
Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan Umno bermesyuarat kali

Datuk Seri Hishammuddin berkata, "Kita sedang mengumpul maklumat berhubung pindaan tersebut melalui mesyuarat peringkat cawangan dan bahagian," Kata Pengerusi Jawatankuasa Induk berkenaan".
Berlainan daripada pindaan yang diluluskan oleh PKR, UMNO akan terus mengekalkan sistem perwakilan bagi memilih pemimpin. Inilah faktor yang menyebabkan parti itu dibelenggui dengan budaya politik rasuah untuk sekian lama.
UMNO hanya akan meminda sistem kuota yang ditetapkan untuk membolehkan calon bertanding, isu-isu berhubung yuran, penambahan jumlah perwakilan, had kelayakan menjadi calon serta penglibatan ahli di peringkat akar umbi.
Pemerhati politik mempertikaikan sejauh mana pindaan itu akan berkesan untuk memastikan perwakilan UMNO tidak menjual undi mereka kepada calon yang menawarkan harga paling tinggi, sebagaimana yang lazim berlaku pada setiap pemilihan parti.
Pada sidang Kongres Khas minggu lalu, PKR memansuhkan sistem perwakilan itu dan memberikan hak langsung kepada ahli di akar umbi untuk memilih pemimpin mereka. Selain dari itu, presiden parti dihadkan memegang jawatan itu untuk 3 penggal sahaja manakala dakwat kekal diguna untuk pemilihan bagi memastikan proses itu telus dan berwibawa.
Pindaan perlembagaan PKR itu adalah yang paling menyeluruh dilakukan oleh mana-mana badan politik di Malaysia dalam usaha mewujudkan demokrasi tulen dan memastikan PKR bebas dari pemimpin yang mabuk kuasa atau pun membeli sokongan.
Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan UMNO dianggotai oleh 23 orang ahli yang terdiri daripada wakil ketiga-tiga sayap parti, wakil setiap negeri dan ahli yang dilantik. Hishammuddin berkata, semua maklumat mengenai cadangan dan pandangan berkaitan pindaan perlembagaan itu akan diperoleh selewat-lewatnya 16 Ogos selepas mesyuarat peringkat bahagian berakhir.
Ditanya mengenai peratusan ahli yang akan dilibatkan dalam proses pemilihan parti, Naib Presiden Umno itu berkata perkara itu bergantung kepada logistik dan kaedah yang ingin digunakan. Najib berkata:
"Mungkin melalui jawatankausa induk ini akan mencadangkan beberapa opsyen kepada Majlis Tertinggi (MT), contohnya kalau kita nak beri lebih suara kepada bahagian menentukan, jumlah ahli yang terlibat adalah 10,000... lebih daripada 2,000 yang ada sekarang.
Tapi kalau nak beri suara kepada ahli jumlahnya ialah 2.3 juta, jadi sama ada ia realistik atau dapat dilakukan di peringkat akar umbi... jawatankuasa teknikal akan melihatnya dan beri pandangan kepada kita (jawatankuasa induk)".
(sumber TVA)
No comments:
Post a Comment