
Situasi ini berlaku sebenarnya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana UBN telah memecahkan rekod dengan tidak menyertai PRK kali ini akibat daripada kekalahan yang dilihat telah menyebelahi mereka pada PRK yang diadakan sebelum ini. Jadi, PR telah memecahkan rekod dengan kejayaan mereka yang menyebabkan UBN benar2 terbukti menjadi 'sang penguasa yang penakut....'.
Namun, UBN tetap meneruskan perjuangan mereka dengan mengubah posisi 'membaling batu, sembunyi tangan'. Mereka tetap menyerang PR dengan turut sama berceramah yang menyeru agar pengundi tidak payah keluar mengundi. Ada juga kedengaran yang mereka juga berusaha untuk menarik keluar pengundi dengan pakej pelancongan percuma.
Mungkin pengundi yang tidak keluar mengundi di Penanti merasakan tanpa musuh ketat PR (UBN) bertanding, PKR pasti mendapat kemenangan. Maka mereka tidak perlu bersungguh-sungguh megikuti 'perang' kali ini semata-mata untuk berperang dengan hanya calon bebas. PKR telah membuktikan bahawa rakyat tetap bersama PR dengan mengalahkan serta semua lawannya hilang wang pertaruhan mereka walaupun UBN turut menolong mereka.
Bukan saja peratusan yang keluar mengundi menurun, bahkan jentera PR sendiri pun juga telah menurun akibat daripada tindakan UBN yang dilihat telah memalapkan lagi demokrasi dinegara kita tanpa penyertaan mereka.
Jadi, ada juga benarnya kata Najib kali. Yang Najib terlupa bagitahu adalah, ini semua berpunca daripada tindakan UBN yang telah memecahkan rekod tidak menyertai PRK dengan alasan yang juga memecahkan rekod untuk 'berjimat cermat demi kepentingan rakyat'.
Langkah yang paling baik demi untuk kepentingan rakyat dan untuk mengukur populariti mana2 parti ialah Najib 'harus' membubarkan DUN Perak untuk menyerahkan kuasa kembali kepada rakyat. Namun, itu semua nampaknya 'mustahil' untuk mereka lakukan, sedangkan inilah sebenarnya yang rakyat mahukan. Sama2lah kita ukur di Manek Urai, itupun sekiranya UBN mahu masuk gelanggang disana......
1 comment:
species umno ni masih tak sedar diri lagi,rakyat tak suka tembelang kegagalan umno mengurus negara ini.dgn skandal berbillion ringgit wang rakyat tiris masuk poket elit2 umno gelagat harta negara ni bapak dia punya...pembaziran, cuai jadi tak pa saja utk umno ni..golongan ni mesti di ganti dgn org2 beriman yg mampu melaksanakan cita2 ISLAM rahmat utk seluruh alam..kalau takat najib ni suruh dia ajar bini rosmah tutup aurat dululah..anak2 tidak berparti liar betina sana sini..
Post a Comment