" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

31 May 2010

KEADILAN Mengutuk Serangan Kejam Israel

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA

31 Mei 2010

Keadilan mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam dan maut tentera Israel terhadap kapal-kapal antarabangsa bantuan kemanusiaan (Freedom Flotilla) di perairan antarabangsa yang membawa bekalan perubatan, makanan, bahan binaan dan lain-lain keperluan asas meunju Gaza.

Pembunuhan sehingga 15 orang dan kecederaan kepada yang lain di atas kapal-kapal ini adalah kejam, salah sama sekali dan tiada justifikasi di bawah undang-undang antarabangsa.

Kapal-kapal ini juga membawa ahli-ahli Parlimen dari Eropah, seorang pemegang Nobel Peace Prize, wanita, dan beratus-ratus activis keamanan/kemanusiaan/hak asasi.

Keadilan memanggil seluruh dunia untuk mengutuk dan mengambil tindakan terhadap Israel dan menuntut kerajaan Malaysia menyampaikan mesej yang kuat dengan membatalkan kontrak APCO.

Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat


" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Ceramah Lim Guan Eng Di Padang Perdana Kota Bharu

LIM GUAN ENG
(update: 12.15 am-1/JUN 2010)


klik readmore untuk sambungan video...

TAMAT...

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Video Ceramah DSAI Di Padang Perdana Kota Bharu

Dato' Seri Anwar Ibrahim
UPDATE: 3.45 pm

klik readmore untuk sambungan video...

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

23 May 2010

Video Imej Misteri 22 Mei 2010



* semua video/gambar imej misteri paling terkini adalah 100% hasil kerja PRO REFORM. Niat PRO REFORM adalah untuk kongsi bersama pembaca agar kita tidak terlalai dan sentiasa berwaspada dalam menempuh era FITNAH dan SIHIR DAJJAL. Mereka akan sentiasa berusaha dengan menggunakan apa cara sekalipun semata-mata untuk MELALAIKAN kita, apatah lagi sekarang, dimana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT

Kedah utuh, ADUN Pakatan tolak dakwaan lompat

Dakwaan kononnya kerajaan negeri Kedah bakal tumbang apabila beberapa ADUN Pakatan Rakyat, khususnya daripada PKR akan berpaling tadah, ternyata meleset.

Malam semalam pada perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS di Kota Sarang Semut, keempat-empat ADUN yang dikaitkan akan meninggalkan Pakatan mengulangi ikrar mereka akan tetap dengan perjuangan parti masing-masing, setidak-tidaknya sehingga pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, ada pihak meramalkan mereka tidak akan menghadiri majlis ini.

" Keempat-keempat mereka adalah ADUN S.Manikumar (Bukit Selambau), Lim Soo Nee (Kulim), Tan Show Kang (Sidam) dan Lee Guan Aik (Kota Darul Aman) diberi masa 15 minit untuk menerangkan pendirian mereka.

Semua mereka melahirkan rasa "tertekan" kerana menerima jumlah panggilan telefon yang tidak berhenti-henti daripada wartawan, penyokong, sahabat dan juga ahli parti untuk mengetahui sama ada dewan undangan negeri Kedah akan dibubarkan

Sehubungan dengan itu, mereka berkata selepas penjelasan yang diberikan, mereka tidak akan melayan sebarang soalan lagi berhubung perkara berkenaan.

"Sorry-lah … jika ada media yang telefon dan tanya sama ada saya akan lompat, saya akan letak telefon," kata Tan yang diberi peluang pertama menyatakan pendiriannya.

"Jika anda tanya benda yang sama berulang kali, orang tak mahu dengar-lah, sama seperti pecah rekod, berapa kali perlu saya cakap yang saya tak akan lompat?” katanya.

"Jika ia lagu yang sedap, saya tidak keberatan untuk dengar (berulang kali), tetapi ini adalah soalan bodoh.

"Saya penat dan bosan kerana terpaksa menjawab soalan yang sama berkali-kali. Biar ia dihentikan malam ini," katanya.

Manikumar pula yang bercakap dengan fasih dalam bahasa Melayu berkata kenyataannya sering-kali diputar oleh media bagi memperlihatkan kononnya beliau tidak berpuas hati dengan PKR dan pucuk pimpinan kerajaan negeri Kedah.

"Bila saya ditanya sama ada saya akan lompat, saya kata jika ia berlaku, perkara berkenaan perlu dianalisis dengan teliti, ia mungkin masalah ADUN itu sendiri, masalah dengan pemimpin atau kerajaan negeri, tetapi kata-kata saya diputar," katanya.

"Saya bukan gila publisiti, saya selalu bincang dalam keadan tertutup, kita mesti bertolak ansur kerana rakyat menyokong saya semasa pilihan raya supaya saya menjadi wakil mereka, tetapi media ingin menjual suarat khabar, jadi Manikumar ingin letak jawatan dijadikan berita," katanya.

Bagi ADUN Kulim (PKR) Lim Soo Nee, yang didakwa berpotensi paling tinggi akan melompat menceritakan dia dikejutkan dengan panggilan telefon oleh wartawan pada jam 1 pagi semata-mata untuk mengesahkan sama ada dia telah meninggalkan PKR.

"Ini gila, saya telah berkali-kali menjelaskannya tetapi wartawan terus bertanya dan saya tidak akan melayan mereka lagi kerana lagi dilayan mereka jadi lebih bersemangat," katanya

"Saya bukan 'katak' tetapi isu ini sudah berlanjutan, kita ada banyak kerja untuk dibuat, jadi tolong jangan telefon saya mengenai perkara itu lagi," kata Lim sambil menjeling ke arah wartawan yang membuat liputan itu.

Seorang lagi ADUN Pakatan iaitu Lee Guan Aik yang mewakili parti DAP bagi kerusi Kota Darulaman membidas media berhubung spekulasi itu.

"Di media Cina, kita diberi gred - 1, 2 atau 3 – dan ini menunjukkan kebarangkalian atau kemungkinan kita akan melompat atau berpaling tadah, tetapi nasib baik saya hanya diberi Gred 1 sahaja,” katanya dengan sinis.

"Ini cerita lama kerana BN tidak lagi berkuasa sejak dua tahun lalu dan mereka tidak tahu bagaimana menjadi pembangkang," kata Lim yang merupakan seorang bekas anggota tentera.

Ketua PKR Kedah, Ahmad Kassim, yang juga berucap sebelum majlis yang dihadiri lebih dua ribu orang itu berakhir pada jam 12 malam berkata kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undag ke atas mereka yang terus menyebarkan khabar angin berkenaan.

"Kita telah memberi mereka peluang dan ini amaran terakhir, sesiapa yang sebarkan nama orang yang akan lompat sama ada dengan sms, blog atau apa-apa, kita akan bertindak," katanya

Majlis malam itu diakhiri dengan ucapan daripada Menteri Besar, Datuk Azizan Abdul Razak yang menggunakan kiasan 'katak, monyet dan ketam' sehinga menyebakan hadirin gelak besar.

Beliau juga menasihatkan wartwan supaya tidak diperbodohkan dengan dakyah Umno dan berkata, "Jika Umno bodoh sebarkan penipuan, adakah anda perlu menjadi bodoh juga ?"

Katanya, khabar angin kononnya kerjaan negeri Kedah akan tumbang sengaja disebarkan kerana Umno tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka.

"Dalam sistem demokrasi, ada menang dan ada yang kalah; sejak Merdeka, kita sentiasa kalah tetapi kita bersabar dan bila kita menang, Umno menggunakan pelbagai cara yang memalukan dan tidak bertanggungjawab untuk cuba menumbangkan kita," katanya.

Sehubungan itu, Azizan menegaskan beliau tidak akan membubarkan DUN sebagaimana dihebohkan kerana menerima sokongan padu daripada semua 20 ADUN Pakatan Rakyat, termasuk empat wakil rakyat terbabit.

Azizan berkata, tiada ada alasan baginya membubarkan DUN hanya semata-mata mahu memenuhi spekulasi yang disebarkan Umno yang sengaja mahu menimbulkan kekecohan dan melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Katanya, semua keempat-empat ADUN itu menyatakan pendirian masing-masing tanpa dipaksa, sebaliknya dengan kerelaan sendiri serta tiada syarat dikenakan.

(Malaysiakini)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

21 May 2010

Sidang Video Dr.Pornthip, Peguam Fail Permohonan Affidavit

Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 11 Jun ini untuk mendengar permohonan peguam keluarga Teoh Beng Hock, yang mahu pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand, memberi keterangan di inkues kematian Setiausaha Politik Pakatan Rakyat itu melalui sidang video secara langsung.

Peguam, Gobind Singh Deo, berkata Koroner Azmil Muntapha Abas menetapkan tarikh tersebut selepas mengarahkan permohonan itu difailkan dibawah peruntukan undang-undang 272(b).

Pihak keluarga mangsa akan memfailkan permohonan itu esok.

“Tuan Koroner telah membuatkan satu perintah satu permohonan secara formal iaitu yang diusul melalui satu affidavit kerajaan negeri Selangor sebelum beliau membuat satu keputusan perlu ada alasan dan alasan-alasan itu dikemukakan melalui affidavit.

“Jadi atas permintaan ini, Koroner menetapkan satu tarikh 11 Jun untuk membuat keputusan sama ada Dr.Pornthip dapat memberi keterangan melalui video ini,” katanya.

Pornthip dijadualkan memberi keterangan hari ini namun TV Selangor difahamkan pakar patologis itu tidak dapat menghadirkan diri atas alasan tertentu.

Keterangan Pornthip adalah penting kerana beliau menyimpulkan bahawa kesan-kesan kecederaan yang dialami oleh mangsa tidak konsisten dengan kesan membunuh diri.

Sebelum ini, media turut melaporkan pakar patologis itu menerima tekanan dari pihak tertentu.

“Tetapi beliau telah memberitahu yang beliau bersedia memberi keterangan melalui sidang video, undang-undang kami membenarkan seseorang saksi memberi keterangan dari segi sidang video,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, dua lagi saksi yang diketengahkan keluarga mangsa turut gagal menghadirkan diri di inkues hari ini ekoran percanggahan jadual perbicaraan.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah, dan Peguam M Manoharan menghadiri kes saman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Dalam kejadian kematian Teoh Beng Hock, Tan Boon Wah dikatakan antara yang terakhir bersama mangsa sebelum Setiausaha Politik itu ditemui terdampar di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam.

Manakala Manoharan adalah peguam mangsa pada waktu kejadian.

Koroner menetapkan 11 Jun depan untuk memanggil semula dua saksi ini.

(TVS)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

20 May 2010

MIC Pecat Mugilan Serta-Merta

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan telah dipecat dari pari serta-merta berkuat kuasa hari ini. The Malaysian Insider difahamkan surat memecat Mugilan dikeluarkan petang ini dan keputusan itu dibuat oleh Datuk Seri S. Samy Vellu atas kapasitinya sebagai presiden. Samy Vellu boleh berbuat demikian selepas berbincang dengan timbalannya.

“Ya, saya boleh sahkan yang dia sudah dipecat,” kata sumber ibu pejabat MIC.

Mugilan (gambar) yang dihubungi sebentar tadi berkata beliau menerima apa-apa surat. Pemecatan ini merupakan yang kedua dalam tempoh seminggu ini.

Minggu lalu Samy Vellu memecat bekas orang kanannya V. Subramaniam atau yang dikenali sebagai Bharat Maniam.

Pemecatan Mugilan, yang juga Ketua Pemuda Hulu Selangor dibuat sehari selepas Samy Vellu berkata beliau akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin kerana bertindak bertentangan dengan kepentingan parti dan Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu.

(TheMalaysianInsider)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "