" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

20 April 2009

Najib Dah Ada Kuasa Penuh!

PERAHU sudah di air, dayung sudahpun di tangan. Najib Razak sudah berkuasa penuh sebagai Perdana Menteri keenam. Baginya, rakyat wajib didahulukan dan pencapaian perlu diutamakan.

Maka demi kepentingan rakyat, maka segala perbelanjaan mestilah dibuat dengan penuh hemah. Dan, demi meningkatkan pencapaian maka setiap urusan mestilah dinilai di segi manfaatnya kepada negara.

Lantas, bagi menyerlahkan pandangan ini kepada rakyat jelata, Najib pun melaungkan pendiriannya tidak mahu membazir dana rakyat dengan mengongkosi pilihanraya kecil di Penanti, Pulau Pinang.

Sehubungan itu, beliau menegaskan ini bukan bererti Barisan Nasional dan Umno yang dipimpinnya takut menghadapi Pakatan Rakyat di Penanti. Beliau hanya ingin menjimatkan wang rakyat, masa dan tenaga. Perhatian, katanya, mesti ditumpukan pada urusan ekonomi yang disergah kemelesetan ekonomi dunia.

Dilihat dari perspektif ini maka bolehlah dirumuskan bahawa pendirian Najib itu adalah bersandarkan perkiraan ekonomi. Lantas beliau memulangkan perhitungan kesan politik daripada pemikirannya yang enggan bertanding di Penanti itu kepada rakan-rakan politik dalam Umno dan Barisan Nasional.

Maka ramailah yang memberi pandangan. Reaksi Samy Vellu ibarat harimau kumbang yang terluka. Rekod buruk MIC dalam pilihanraya umum lalu tidak mematahkan semangat juangnya. Malah bertambah garang. Samy mahu BN meletakkan calon di Penanti!

Bagaimanapun Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon yang baru mendapat habuan jawatan menteri (meskipun kalah dalam pilihanraya umum lalu), cepat-cepat memuji kebijaksanaan Najib yang mengatakan tidak perlu bertanding di Penanti. Beliaupun mengulang-ulang kata hikmat Najib – elak membazir sumber dan tenaga.

Sementara bagi pencacai lain, ramailah yang mengingatkan ahli Umno supaya membaca kata Najib itu sebagai larangan jangan ada ahli parti itu berkira untuk bertanding sebagai ahli bebas. Siapa yang engkar akan dipecat!

Pada permukaannya memang pandangan Najib itu kelihatan sesuatu yang mulia. Namun ada sedikit masalah dalam kes ini. Mentor Najib, Dr Mahathir Mohamad pula berpendapat Umno kena lawan di Penanti. Jika tidak, katanya, adakah apabila berlaku kekosongan kerana ragam atau takdir yang membabitkan ahli Umno sendiri di kawasan kuat Umno, parti itu juga enggan bertanding untuk jimat wang, masa dan tenaga?

Tambahan pula, Penanti adalah kubu kuat Anwar Ibrahim. Sebagai seteru nombor satu Anwar, tentu Mahathir tidak mahu melihat Anwar menang tanpa bertanding dan berkokok ke seluruh pelosok negara mengungkit betapa Umno yang baru beliau (Dr Mahathir) sertai semula takut untuk bersabung!

Kesimpulannya, adakah Najib bersedia berbalah dengan Mahathir? Dan, mampukah Najib membuktikan ketegasannya dalam mempertahankan pendirian politik (yang bersandarkan perhitungan ekonomi)?

Untuk membuktikan ketegasan, Najib perlu kesampingkan semua hujah pihak yang mahu BN bertanding di Penanti, termasuk pandangan Dr Mahathir. Dalam keadaan ini barulah rakyat akan berasa lega akhirnya ada pemimpin negara yang benar-benar tegas dengan pendiriannya. Barulah dalam keadaan itu rakyat mungkin terbuka pintu hati untuk meletakkan kepercayaan kepada anak mantan perdana menteri malaysia kedua ini.

Bagaimanapun Najib tetap Najib. Tak pernah berpendirian tegas. Awal-awal lagi beliau telah lakarkan ruang untuk keluar daripada kemelut politik yang bakal berlaku. Najib membuat kenyataan berani ini dengan bersyarat – jika dipersetujui oleh rakan-rakan dalam Umno dan Barisan Nasional.

Maknyanya, Najib masih ada peluang berpatah arah jika rakan lain tak setuju. Itu demokrasi ala Najib. Meskipun begitu, bila hendak menghalalkan hujah tidak mahu bertanding, Najib mengatakan kerana tidak mahu terjebak dengan helah politik Pakatan Rakyat yang menggunakan pilihanraya kecil untuk sentiasa di hati rakyat. Walhal, di atas nama demokrasilah pilihanraya kecil itu diadakan! Fairus letak jawatan untuk membersihkan namanya daripada gugatan rasuah kuari. Begitu juga dengan Arumugam yang berhenti jadi Adun Bukit Selambau untuk memelihara keselematan ahli keluarganya.

Bila tidak tertanggung amanah politik, mereka memulangkan hak menentukan pemimpin kepada rakyat. Bukankah itu demokratik? Dan, nilai demokrasi tulen tidak boleh diukur dengan wang ringgit.

Sepanjang kerjaya politiknya mana Najib pernah membuat keputusan nekad untuk menegakkan pendirian politiknya. Pada tahun 1987 apabila berlaku keretakan Team A menentang Team B dalam Umno, beliau hanya membuat keputusan untuk bersama Team A setelah nyata Team B tidak boleh menang.

Bagaimanapun jika Najib buat keputusan awal menyertai Team B, kemungkinan Team A pimpinan Mahathir hendak menang mungkin tipis. Jika tidak percaya, tanya Tun Musa Hitam!

Mengambil kira caragaya politik Najib selama ini dan juga betapa rapuhnya kedudukan Umno yang telah tidak menang tiga pilihanraya kecil yang ditandinginya berturut-turut, agak sukar untuk menelan hujah bahawa Najib enggan bertanding di Penanti kerana soal ekonomi. Ia lebih condong kepada kegusaran akan kalah lagi.

Yang jelas pemikiran Najib ini adalah satu statement politik. Belumpun sebulan menjadi Perdana Menteri Najib gagal untuk membayangkan betapa beliau boleh menjadi negarawan seperti bapanya. Pendirianny berhubung Penanti lebih mudah dibaca beliau sebagai ahli politik kaliber Abdullah Badawi sahaja.

TVA



Majoriti ADUN BN Terengganu Mahu MB Letak Jawatan

Sejumlah 18 daripada 24 ADUN BN Terengganu kini dipercayai menyokong kumpulan yang mendesak MB, Datuk Ahmad Said supaya meletakkan jawatan. Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah mendakwa, sehingga hari ini jumlah ADUN yang menolak Ahmad meningkat daripada 10 kepada 18 orang.

Menurutnya, ADUN terbaru menyertai kumpulan mereka termasuklah beberapa exco kerajaan negeri. Bagaimanapun, beliau tidak dapat mendedahkan nama2 exco terbabit untuk menjaga kedudukan mereka sekarang.

Majoriti ADUN BN Terengganu mahu Ahmad meletak jawatan. Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihaknya percaya pucuk pimpinan tertinggi parti akan membuat keputusan yang terbaik untuk kepentingan rakyat dan negeri Terengganu.

Luahan Amy Search

Aku sebenarnya terpinga-pinga dan “fonkius” tentang berita yang disensasikan mengenai aku masuk PAS dan kemudiannya tentang aku nafi masuk PAS. Adakah hanya kerana aku hadir dalam suatu majlis sebagai seorang artis di majlis anjuran PAS, yang juga dihadiri oleh Tok Guru Nik Aziz menjadikan aku seorang ahli parti secara automatik? Adakah juga hanya kerana kehadiran Tok Guru menjamu selera di Restoran Cheng Ho dan kehadiran rakan-rakan sepemergian bersama aku ke Tanah Suci di open house hari raya aku menjadikan aku seorang penyokong PAS? Amende lah lu orang ni..

Sampaikan Siti Nurhaliza dan suami juga terpaksa membuat penafian berbagai-bagai hanya kerana hadir menziarahi Tok Guru yang kurang sihat. Ek eleh..

Secara jujurnya, aku melihat Tok Guru bukan sebagai seorang ahli politik tetapi sebagai seorang tokoh ulama yang aku hormati dan aku segani. Dalam setiap perbualan dengan Tok Guru dan dalam mendengar nasihat dan pendapat yang beliau kemukakan, hati aku sentiasa sayu dan tersentuh. Pada aku, he is such a great man..

Untuk kesekian kalinya - aku seorang artis profesional yang akan hadir membuat persembahan di mana-mana majlis yang mengundang. Aku bukanlah ahli kepada mana-mana parti politik. Aku menghormati semua tokoh-tokoh politik yang ada. Seperti mereka, yang punya tanggungjawab untuk berpolitik dalam menentukan masa depan kita, aku juga punya tanggungjawab untuk menyanyi dan membuat persembahan. Can we not just leave it at that?

Phewwiitt..

(blog.phewwiitt.com)


19 April 2009

Apakah Punca Sebenar BN Mungkin Tidak Bertanding?

Baru2 ini Najib telah berkata bahawa PRK yang bakal diadakan di DUN Penanti Parlimen Permatang Pauh adalah sebagai satu tindakan politik dan hanya membuang masa dan duit rakyat. Sedangkan Mohammad Fairus Khairuddin terpaksa melepaskan jawatan itu berpunca daripada pertuduhan skandal rasuah yang kini dalam siasatan SPRM.

Oleh itu, Najib telah mengeluarkan kenyataan bahawa BN berkemungkinan tidak akan bertanding di DUN berkenaan. MCA bangkit menyokong, Samy Vellu pula menentang. Ketua Umum PR, DSAI telah menyarankan agar mereka memberi kemenangan tanpa bertanding untuk PR ekoran daripada kenyataan yang telah dikeluarkan itu.

Mereka ini sebenarnya melihat dari sudut mana? Tidakkah mereka nampak, dengan langkah yang telah diambil oleh pemimpin2 PR dan juga ADUN yang terlibat begitu bertanggungjawab diatas amanah yang telah disandarkan oleh rakyat kepada mereka. Itu sebenarnya kalau dilihat dari pandangan rakyat yang mahukan perubahan dalam sesebuah kerajaan yang telus dalam memikul tanggungjawab untuk membenteras rasuah.

Cuba kita bayangkan sekiranya mereka merasakan kemenangan akan memihak kepada mereka, adalah mustahil mereka akan menolak peluang yang ada ini dengan alasan yang serupa. Dengan kemenangan yang akan memihak kepada mereka, ini merupakan kemenangan moral Najib dan BN, lantas peluang ini tidak sepatutnya di lepaskan begitu sahaja.

Sekiranya mereka akan mendapat kekalahan, ini akan memberi impak yang besar. Ini kerana rakyat akan beranggapan bahawa pentadbiran baru kerajaan BN masih lagi tidak dapat mengubah senario pengundian pada PRK kali ini. Impak ini mahu dielakkan, kerana dengan kekalahan mereka, maka makin teserlah lagi kebangkitan serta kekuatan PR dengan kemenangan yang berterusan (hanya tewas di Batang Ai) dalam PRK selepas PRU-12.

Mungkin mereka risau keraguan rakyat makin bertambah terhadap PM yang baru mendapat mandat dari peralihan kuasa yang berlaku baru2 ini. Adalah lebih baik pada pendapat Najib untuk mengelak dari bertanding dan kalah, kerana impak ini tidak selesa untuk beliau serta kerajaan BN.

Adakah mereka sudah dapat membayangkan keputusan tidak memihak kepada BN, dan tidak rela menghadapinya? Namun, ada juga khabar yang telah kedengaran samada benar atau tidak iaitu, kemungkinan PRK DUN Penanti tidak akan diadakan. Sama2lah kita tunggu apakah keputusan yang bakal diumumkan oleh SPR nanti.

Sultan Perak Nasihati Pemimpin Politik Cari Titik Pertemuan

Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini menggesa pemimpin yang mewakili kumpulan politik berlainan untuk mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama di antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.

Baginda bertitah bahawa perebutan kuasa hanya akan merugikan rakyat yang kini dihimpit dengan kegawatan ekonomi. Baginda akur bahawa perjalanan hampir 52 tahun kemerdekaan negara, telah diwarnai dengan kepincangan dan salah laku serta insiden penyalahgunaan kuasa dalam urus tadbir negara.

"Beta sendiri dari masa ke masa turut menzahirkan teguran, pandangan dan nasihat baik secara terbuka mahupun secara tertutup akan perkara2 yang tergelincir dari dasar dan garis perundangan.

Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti2 politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian.

Perlu ditegaskan bahawa raja berpelembagaan itu memiliki 3 hak iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan dan hak untuk memberi peringatan dan teguran,"

titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

18 April 2009

Jawatan Presiden PAS Bakal Dipertandingkan?

Presiden PAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia dicabar sekiranya ada yang ingin berbuat demikian. Adakah ini ekoran dari adanya khabar yang bertiup sejak akhir2 ini bahawa PAS sekarang sudah terbelah kepada 2 team iaitu team TGNA dan team Presiden?

Bagi pejuang yang mendokong perjuangan PR, tetapi tidak menjadi ahli mana2 parti, mereka melihat isu ini dengan lebih teliti. Kalau seseorang itu menjadi ahli sesebuah parti, mungkin mereka ada kesukaran untuk menegur pemimpin tertinggi parti yang telah disertainya.

Isu ini mula kedengaran semasa sebelum berlalunya target Ketua Umum PR untuk ambil-alih Putrajaya pada 16 Sept tahun lalu dengan adanya kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi PAS yang dilihat telah melawan arus perjuangan PR. Terbaru, adalah isu penubuhan kerajaan campuran.

Kedua-duanya dilihat lebih kurang sama sahaja iaitu kearah gabungan dengan parti UMNO yang selama ini adalah musuh yang wajib ditentang demi mencapai perubahan yang rakyat inginkan. Rakyat dilihat begitu mengharapkan agar UMNO/BN dapat ditumbangkan. Harapan rakyat itu haruslah dipikul oleh PR.

Tuan Presiden PAS berkata, beliau rela dicabar sekiranya ada calon yang layak berbuat demikian (mencabar beliau dimuktamar nanti). Malahan beliau menyerahkan kepada ahli parti untuk memilih sama ada dirinya atau pemimpin yang lain sebagai presiden kelak. Beliau juga tetap akan bersama PAS sama ada dipilih atau tidak untuk menerajui kepimpinan parti.

TGNA sebelum ini berkata beliau menyerahkan kepada ahli untuk menentukan pemimpin yang akan dipilih dalam muktamar agung itu. Namun, beliau menafikan dakwaan wujudnya pergolakan kuasa peringkat kepimpinan PAS. Apa yang penting sekarang adalah mengukuhkan parti bagi menghadapi pemilihan pada Jun nanti dan mencari pemimpin yang benar2 layak. Muktamar PAS bakal diadakan di Shah Alam Selangor.

Tidak mustahil juga, ada juga yang memainkan peranan bagi menghidupkan suasana ini. UMNO/BN sudah semestinya akan mencari jalan agar PR juga akan turut sama bergelora seperti mereka. Dengan cara ini bagi mereka, akan terganggulah perencanaan strategi untuk menumbangkan kerajaan mereka.Namun, dengan semangat yang gitu para pejuang PR, ini semua merupakan perkara biasa dalam istilah perjuangan......

Sivakumar Gantung Setiausaha DUN Perak

Speaker DUN Perak, V.Sivakumar hari ini menggantung jawatan Setiausaha Dewan, Abdullah Antong Sabri yang mengeluarkan notis memanggil Sidang Dewan pada 7 Mei depan tanpa pengetahuannya. Sehubungan itu Sivakumar juga akan menulis surat kepada pejabat Sultan Azlan Shah bagi mendapatkan pengesahan sama ada tarikh itu telah diperkenankan baginda.

Sivakumar berkata, tindakan Abdullah mengeluarkan notis itu tanpa mendapat persetujuan Speaker melanggar peraturan DUN Perak dan tidak sah. Pihaknya menunggu jawapan daripada Pejabat Sultan Perak untuk mengambil tindakan selanjutnya, termasuk mendapatkan tarikh baru mesyuarat DUN Perak. Beliau Sebagai Yang Dipertua Dewan tidak tahu tentang notis sidang. Tidakkah ini pelik? Ada yang tak kena. Adakah ini satu usaha memperkecil-kecilkan atau memperbodoh-bodohkan institusi speaker.

Semalam, Abdullah atas sifatnya sebagai Setiausaha DUN Perak telah mengeluarkan notis mesyuarat kepada semua ADUN untuk menghadiri sidang dewan pada 7 Mei depan.