" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

03 June 2009

Nizar Tetap Mengharapkan Keadilan

Walaupun masih belum menerima penghujahan bertulis keputusan Mahkamah Rayuan 22 Mei yang mengesahkan Zambry sebagai MB, namun ini tidak menghalang langkah Mohammad Nizar Jamaluddin untuk memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Beliau berkata, "Kita masih belum menerima penghujahan bertulis daripada Mahkamah Rayuan. Walau bagaimanapun setelah berbincang dengan peguam, pihak kami akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan pada hari Isnin 8 Jun depan. Pasukan peguam saya akan memohon agar rayuan saya akan didengar oleh panel penuh 9 hakim".

Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif sebelum ini berkata penghakiman bertulis akan dikeluarkan pada 29 Mei.

Peguam Nizar, Leong Cheok Leng berkata, "faks daripada pejabat Mahkamah Rayuan memberitahu bahawa mahkamah tersebut masih dalam proses menyediakan penghakiman bertulis tersebut. Kita berharap akan menerima dokumen tersebut pada minggu ini supaya kami dapat bersedia untuk proses rayuan kepada Mahkamah Persekutuan".

Nizar mempunyai tempoh masa sebulan daripada tarikh keputusan secara lisan untuk memfailkan rayuan. Beliau juga akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang apabila Parlimen menyambung sidang pada 15 Jun depan.

Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-50 Bermula

Muktamar tahunan Dewan Pemuda PAS kali yang ke-50 akan dirasmikan hari ini di Markas PAS Taman Melewar. Pelbagai program telah diaturkan untuk memeriahkan lagi Muktamar kali ini antaranya Majlis Jamuan Keraian Muktamar dan di susuli acara kemuncaknya bermula jam 8.00 malam dengan ucaptama yang akan disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Muktamar kali ini bakal menyaksikan, Salahuddin menyampaikan ucaptama yang terakhirnya kepada Para Pemuda PAS, kerana jawatan yang digalasnya bakal dipikul pula oleh penggantinya Ustaz Nasruddin Tantawi.

Selain ucaptama dan perasmian, para perwakilan dan pemerhati akan diraikan dengan Persembahan Multimedia serta Persembahan Seni pada jam 10 malam. Manakala penyampaian anugerah2 akan di adakan selepas itu bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan aktivis dan tokoh2 tertentu yang banyak menyumbang jasa kepada parti.

Muktamar Pemuda PAS akan terus berlangsung pada keesokannya (4 Jun) di lokasi yang sama, di mana perbahasan dan usul dijangka bermula pada sebelah pagi dan petangnya.
Untuk mengetahui tentatif program Muktamar tersebut, sila layari laman web Muktamar PAS yang ke 55 di Muktamar55.pas.org.my

02 June 2009

Teralihkah Tumpuan Rakyat Dengan Isu Manohara?

Sebelum ini kita semua sudah digemparkan dengan isu yang sama (part 1). Tetapi nampaknya Manohara Part 1 tidak berapa mendapat sambutan pada masa itu. Isu Perak lebih hebat dimata Rakyat Malaysia.

Sekarang muncul pula Manohara Part 2. Kali ini nampaknya lebih hebat dari yang sebelumnya (part 1). Watak utama (Manohara) telah bebas dari 'sangkar neraka' (tapi belum pasti). Semasa Part 1 dulu, hanya watak 'Ibu Daisy' yang menjadi watak utama, Manohara pula hanya berdiam diri kerana masih boleh melemparkan senyuman bersama suami yang tersayang (Tengku Temenggung).

Kali ini Manohara sudah berjaya melarikan diri daripada 'sangkar neraka' (tapi belum pasti) semasa beliau mengikut suaminya menziarah mertua beliau (Sultan Kelantan) yang sedang menerima rawatan di Singapura.

Tengku Temenggung telah mencabar isteri beliau (Manohara) bagi membuktikan semua dakwaan yang telah dilemparkan terhadap beliau dalam masa seminggu. Manohara pula akan mengheret suaminya (Tengku Temenggung) ke mahkamah atas tuduhan mendera, kata seorang peguam Ibu Daisy.

Persoalannya, kenapa Manohara masih boleh melemparkan senyuman walaupun mengikut dakwaan beliau baru bebas dari 'sangkar neraka' yang penuh dengan penyeksaan? Mengapa setibanya di Jakarta beliau terus mengadakan sidang media dengan mempamerkan airmuka yang semacam beliau tidak melalui 'penyeksaan' seperti yang didakwa ? Kenapa semasa Ibu Daisy menjalankan 'operasi ala komando' untuk membebaskan anak kesayangannya, wartawan juga telah bersama mereka dalam operasi ini?

Samada benar atau tidak Isu Manohara Part 2 ini, adakah ianya dapat mengalih tumpuan seluruh Rakyat Malaysia daripada melihat dan mengkaji Isu Perak yang jelas lebih memerlukan perhatian untuk mendesak kerajaan Perak yang ada sekarang supaya 'bubarkan DUN Perak'?

Walaupun semua ini adalah 'mustahil' buat masa sekarang, tetapi dengan isu ini jugalah yang akan menambahkan lagi tekanan kepada UBN agar menerima kenyataan bahawa Rakyat Malaysia sudah betul2 'muak dengan karenah politik' mereka. Perubahan 'wajib' dilaksanakan.......!!!

Dr Mansor Angkat Sumpah TKM1 Rabu Ini

Setelah pelbagai permasaalahan yang telah melanda PKR Pulau Pinang dalam mencari pengganti TKM1, pada Rabu ini Dr Mansor yang telah memenangi kerusi DUN Penanti pada PRK baru2 ini akan mengangkat sumpah.

Pengumuman dibuat oleh KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Majlis angkat sumpah tersebut akan diadakan pada sebelah pagi. Lim turut mengucapkan tahniah kepada Dr. Mansor dan beranggapan bahawa kemenangan beliau itu adalah 'kemenangan rakyat'.

Erdogan Beri Kelebihan Kepada PAS

Kemunculan puak Erdogan dalam Pas dianggap satu kelebihan kerana mereka dikatakan mampu melumpuhkan gerakan sesat yang dipimpin oleh Melayu Muslim yang menolak Islam dan memperjuangkan dasar kebangsaan.

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abul Aziz Nik Mat (TGNA) berkata, "sekiranya benar dakwaan wujudnya puak Erdogan di dalam Pas, ia adalah satu perkembangan yang baik kerana golongan ini mampu melemahkan pihak lawan.

Saya sebenarnya tidak faham kenapa digunakan nama Erdogan. Erdogan ini nama bagi PM Turki dan dia telah memalukan PM Israel. Jadi kalau ada puak Erdogan di dalam Pas ini saya berasa gembira, kerana mereka boleh memalukan golongan sekular".

Beliau juga mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Safian yang membidas kerajaan negeri berhubung dakwaan yang kononnya menggunakan khutbah Jumaat untuk berkempen menjelang PRK DUN Manek Urai.

Beliau berkata, "Ayat2 al-Quran itu ada ayat yang berbentuk politik. Allah minta keadilan. Jadi itu politik. Allah minta adil dan berbudi pada masyarakat dan cakna kepada keluarga. Yang UMNO tak mahu itu, sebab dia menolak Islam. Saya tidak faham kenapa ia (khutbah) perlu dikaji semula.

Khutbah Jumaat dibuat untuk menyedarkan rakyat hidup di dunia dan akhirat. Kalau hendak selamat di akhirat jangan ada rasuah, jangan ada rogol, jangan ada mencuri dan jangan ada riba. Nak kaji macam mana benda begitu. Kalau buang, tak jadi khutbah Jumaat".

01 June 2009

Najib Kata Penanti Bukan Pengukur Populariti

Najib kata, kemenangan PKR dalam PRK DUN Penanti semalam bukanlah kayu ukur populariti mana2 parti politik dan ia juga satu kemenangan yang tidak merangsangkan daripada 2 segi iaitu bilangan pengundi yang keluar mengundi menurun kepada kurang 50%, dan majoriti yang diperoleh PKR merosot kira2 1,300 undi.

Situasi ini berlaku sebenarnya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana UBN telah memecahkan rekod dengan tidak menyertai PRK kali ini akibat daripada kekalahan yang dilihat telah menyebelahi mereka pada PRK yang diadakan sebelum ini. Jadi, PR telah memecahkan rekod dengan kejayaan mereka yang menyebabkan UBN benar2 terbukti menjadi 'sang penguasa yang penakut....'.

Namun, UBN tetap meneruskan perjuangan mereka dengan mengubah posisi 'membaling batu, sembunyi tangan'. Mereka tetap menyerang PR dengan turut sama berceramah yang menyeru agar pengundi tidak payah keluar mengundi. Ada juga kedengaran yang mereka juga berusaha untuk menarik keluar pengundi dengan pakej pelancongan percuma.

Mungkin pengundi yang tidak keluar mengundi di Penanti merasakan tanpa musuh ketat PR (UBN) bertanding, PKR pasti mendapat kemenangan. Maka mereka tidak perlu bersungguh-sungguh megikuti 'perang' kali ini semata-mata untuk berperang dengan hanya calon bebas. PKR telah membuktikan bahawa rakyat tetap bersama PR dengan mengalahkan serta semua lawannya hilang wang pertaruhan mereka walaupun UBN turut menolong mereka.

Bukan saja peratusan yang keluar mengundi menurun, bahkan jentera PR sendiri pun juga telah menurun akibat daripada tindakan UBN yang dilihat telah memalapkan lagi demokrasi dinegara kita tanpa penyertaan mereka.

Jadi, ada juga benarnya kata Najib kali. Yang Najib terlupa bagitahu adalah, ini semua berpunca daripada tindakan UBN yang telah memecahkan rekod tidak menyertai PRK dengan alasan yang juga memecahkan rekod untuk 'berjimat cermat demi kepentingan rakyat'.

Langkah yang paling baik demi untuk kepentingan rakyat dan untuk mengukur populariti mana2 parti ialah Najib 'harus' membubarkan DUN Perak untuk menyerahkan kuasa kembali kepada rakyat. Namun, itu semua nampaknya 'mustahil' untuk mereka lakukan, sedangkan inilah sebenarnya yang rakyat mahukan.
Sama2lah kita ukur di Manek Urai, itupun sekiranya UBN mahu masuk gelanggang disana......

Terbukti PR Masih Pilihan Rakyat!

Ketua AMK Shamsul Iskandar berkata dalam Suara Keadilan pihak mereka akan mengeluarkan analisa berkenaan secepat mungkin bagi memastikan peratusan keluar mengundi yang rendah tidak berlaku lagi.

Semasa PRU-12, seramai 12,667 daripada 15,421 pemilih berdaftar keluar mengundi berbeza dengan tahun ini, jumlah mengundi hanyalah sebanyak 46.15 peratus atau 7,100 orang. Tahniah kepada PR terutamanya PKR diatas kemenangan ini.

Bagi saya, memang suasana semasa hari pembuangan undi semalam saya sendiri dapat melihat jumlah mereka yang keluar mengundi jauh lebih rendah. Mungkin juga 'bahang' PAS Permatang Pauh sebelum ini yang ingin 'memboikot' masih dirasai walaupun pada hakikat ianya sudah ditarik balik.