" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

03 March 2009

PNSB Hantar Representasi Ke LHDN

Kenyataan Media


SHAH ALAM: Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) hari ini berjumpa dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat pengakuan atas kegagalan syarikat itu memasukkan faedah bukan wang (benefits in kind) di dalam Borang EA yang telah dikembalikan pada tahun-tahun yang lepas.


PNSB telah memberi komitmen kepada LHDN untuk memberi maklumat terperinci tentang semua “benefits in kind” yang telah diberi kepada kakitangan termasuk Pengerusi dan Lembaga Pengarah. Faedah ini termasuk dalam bentuk barangan, wang tunai atau kedua-duanya. Antara faedah tersebut termasuk kereta dan pemandu, serta percutian di dalam dan luar negara.


Pada perjumpaan tersebut, LHDN juga telah mengesahkan segala “benefits in kind” yang diterima mestilah dimasukkan dalam borang EA dan ini termasuk kereta, pemandu, faedah percutian dan hadiah dalam bentuk barangan dan tunai. Tiada pengecualian boleh diberi tanpa mengira kedudukan dan pangkat dalam syarikat
tersebut.


Dengan itu, kerajaan negeri berasa hairan dengan kenyataan akhbar yang dibuat oleh bekas pengerusi PNSB Dato’ Seri Mohamad Khir Toyo yang menyatakan beliau tidak perlu membayar cukai atas faedah kereta dan pemandu yang diterima. Mengikut laporan Berita Harian pada 27 Feb 2009, beliau dilaporkan sebagai berkata: “Ia adalah prosedur standard. Jika saya membayar cukai kereta ia akan menjadi bayaran berganda kepada LHDN kerana syarikat juga membayarnya”.


Dalam pada itu, selain daripada “benefits in kind”, PNSB juga akan meminta khidmat nasihat daripada LHDN ke atas pembelanjaan tertentu yang melibatkan hadiah – barangan dan wang tunai – kepada kakitangan.


Satu proses penilaian yang sedang berjalan di PNSB bertujuan untuk meningkatkan prestasi syarikat tersebut.


SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR

02 March 2009

Peringatan Provokasi Di Perak !

AWAS SMS PROVOKASI !!!!

PERHATIAN KEPADA SEMUA RAKYAT PERAK AGAR TIDAK TERMAKAN DENGAN SMS YANG MENGAJAK RAKYAT UNTUK BERKUMPUL ESOK DI BANGGUNAN KERAJAAN NEGERI PERAK...

ABAIKAN SEMUA SMS YANG BENBENTUK PROVOKASI DAN JANGAN SEBARKAN APA-APA YANG BOLEH MENGUNDANG MASALAH...

PIHAK MENTERI BESAR PERAK DATO SERI IR HJ NIZAR JAMALUDDIN TIDAK MENGELUARKAN APA-APA KENYTAAN YANG MENGAJAK RAKYAT BERKUMPUL DAN BERHIMPUN....

ABAIKAN SEMUA SMS PROVOKASI ITU KERANA IA SATU LAGI PROJEK UMNO/BN





RM2 Billion Terbang ?

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menggunakan khidmat Syarikat Target Resources Sdn Bhd untuk aspek pengurusan penyelamatan kapal selam atau "Submarine Escape and Rescue" (SMER) kerana ia tiada kepakaran dan pengalaman dalam bidang itu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata perkhidmatan itu diperolehi secara rundingan terus dan diberikan kepada syarikat itu.

"Kementerian berpendapat dengan cara itu TLDM dan Kementerian boleh mengetahui aspek teknikal yang berkaitan dan mendapatkan perkhidmatan terbaik," katanya semasa menggulung usul terima kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Katanya, perkhidmatan itu penting memandangkan kapal selam pertama akan mula beroperasi pada Julai 2009.

Beliau berkata pada 25 Ogos 2008, Kementerian Pertahanan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan bagi melaksanakan rundingan terus itu dengan kos sebanyak RM8.2 juta sebulan selama 20 tahun atau RM98.4 juta setahun.

"Bagaimanapun Kementerian Kewangan tidak setuju kos itu dan meminta Kementerian Pertahanan merundingkan harga tersebut ke paras terendah dan bagi tempoh perkhidmatan selama enam tahun dan rundingan masih berlangsung," katanya.

Abu Seman juga berkata tidak berlaku pengagihan keuntungan kepada personaliti tertentu yang melantik pembekal kepada kem-kem yang mengendalikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

"Ini satu sangkaan buruk," katanya.

Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudian mencelah bahawa ia bukannya satu tuduhan tetapi satu soalan.

"Ini bukan tuduhan. Kalau ada kata ada, kalau tiada kata tiada," kata Wan Junaidi yang menjelaskan persoalan yang dibangkitkan oleh Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) yang menyebut laporan audit ada menyatakan perkara berkenaan.

Kepada pertanyaan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang mendakwa ada pengusaha kem dibayar dan membuat keuntungan besar sedangkan pelatih tidak dihantar ke kem berkenaan, Abu Seman berkata perkara itu berlaku pada awal pelaksanaan program.

"Pada peringkat awal kita tidak dapat jangka jumlah peserta sedangkan kita sudah membuat perjanjian dengan pengusaha kem. Perkara ini diperbetulkan apabila memasuki perjanjian baru yang mana kita ikut kehadiran (peserta)," katanya.

Perisik Rakyat:
98.4 Juta duit rakyat setahun dihabiskan untuk kapal selam tersebut. Kenapa kita tidak menghantar anggota TLDM kita menjalani kursus yang berkaitan dengannya. Kenapa kita perlu menghabiskan duit sebanyak itu sedangkan anggota TLDM kita mampu untuk mengendalikannya sekira mereka diberi ilmu yang secukupnya. Ini membuktikan pegawai dan anggota TLDM adalah kurang cerdik sehingga untuk SMER kita menggunakan syarikat luar. Tempoh bukan 20 bulan tetapi 20 tahun. Jumlah keseluruhan yang kena bayar kepada syarikat yang dilantik terus itu adalah 1.968 billion RM. Memalukan sungguh. Satu persoalaan adakah staff syarikat tersebut bukan dari warga malaysia?

Kerajaan Haram UMNO Semakin Kelam Kabut

Para peguam Zambry Kadir dan para exconya diberitakan akan memfailkan injunksi hari ini di Mahkamah Tinggi Ipoh di dalam usaha untuk menghalang larangan mereka daripada menghadiri sidang tergempar dewan undangan negeri yang akan diadakan esok.

Saman tersebut dikatakan akan dikemukakan kepada Speaker V Sivakumar.

Namun para peguam melihat tindakan tersebut tidak pernah dilakukan kerana mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mempersoalkan atau campurtangan apa-apa keputusan dan perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri kerana ia akan mencabar dontrin pengasingan kuasa yang yang dijamin oleh Perlembagaan.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan :-

Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri.
1.Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.


Dalam meneruskan usaha terdesak mereka, seorang exco kerajaan BN Perak mahu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu dengan alasan V Sivakumar menyalahgunakan kuasanya.

Mohd Zahir Abdul Khalid merujuk tindakan Sivakumar menggantung beliau, Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan lima lagi exco pertengahan bulan lepas.

Sebenarnya permohonan injunksi itu sendiri jelas membuktikan bahawa tindakan Speaker memanggil sidang tergempar DUN Perak pada hari esok diakui sah dan kerajaan UMNO-BN sudah dilihat berada di dalam "kelam-kabut" apabila usaha untuk menggunakan nama Setiausaha Dewan, Abdullah Antong Sabri bagi menghalang sidang tergempar DUN diatas alasan tidak memperolehi perkenan Sultan tidak boleh dikuatkuasakan kerana Abdullah selaku seorang Penjawat Awam jelas telah melanggar peraturan Perintah-Perintah Am (General Order), apabila beliau telah membuat kenyataan rasmi dan kenyataan tersebut juga telah dikeluarkan melalui media.

Sementara itu Bekas Timbalan Speaker Dun Kelantan, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh berkata persidangan tergempar Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak esok sah kerana ia tidak memerlukan perkenan sultan dan tanpa notis 14 hari sebagaimana persidangan biasa.

Beliau menambah amalan yang serupa juga berlaku di parlimen sebelum ini di mana Perdana Menteri mencadangkan persidangan diadakan bagi membincangkan isu pencerobohan Yahudi ke atas bumi Palestin.

"Persidangan parlimen tersebut berlangsung dengan hanya empat hari notis bukan 14 hari sebagaimana kelaziman yang menjadi amalan bagi persidangan biasa," katanya sebagai mengulas tindakan Speaker Dun Perak, V Sivakumar mengeluar notis diadakan persidangan tergempar Dun Perak 3 Mac ini.

Beliau yang juga Adun Melor berkata, tidak ada alasan konkrit sebagaimana disebut pihak tertentu kononnya Sivakumar menyalahgunakan kuasa.

Manakala Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sebelum ini pula menganggap persidangan tersebut tidak boleh diadakan berikutan krisis di Perak menjadi kes mahkamah.

Wan Ismail berkata, sekiranya kenyataan Timbalan Presiden Umno itu diambil kira tentunya pelantikan Menteri Besar baru di Perak juga tidak boleh diterima kerana ia membabitkan kes mahkamah.

Mantan Speaker Dun Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, persidangan pertama Dun sahaja yang memerlukan perkenan sultan, manakala persidangan Dun berikutnya tidak perlu lagi.

"Menjadi amalan di Kelantan pihak Dewan mengemukakan tiga tarikh persidangan Dun bagi tempoh setahun. Dan setiap tarikh yang kita kemukakan kepada pihak istana, baginda menyetujui.

"Persidangan Dun perlu diadakan dalam tempoh enam bulan. Di Kelantan persidangan Dun diadakan tiga kali dalam tempoh setahun," katanya di sini.

Wan Ismail yang juga bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan berkata, Umno kini sudah benar-benar ketandusan isu apabila sengaja membangkitkan isu derhaka kepada raja, sedangkan mereka lupa pemimpin Umno menjuarai penderhakaan kepada raja Melayu.

(greenboc)

Yakinlah, Rakyat Bersama Kita!

Amanat Harapan telah pun disampaikan kepada penggerak dan kepimpinan parti di Hotel Quality, Shah Alam kelmarin. Saya melontarkan kepada hadhirin juga kepada umum, hasil penggalian teks klasik seumpama Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.


Kita harus yakin kerana hujah dan pemahaman kita akan akar budaya serta akal budi umat Melayu berasaskan permenungan pujangga serta garapan pendita bangsa.


Kedangkalan pemahaman juga tumpulnya hujah pengampu-pengampu yang melaungkan-laungkan ‘derhaka’ cukup melucukan, namun juga menyedihkan. Ini jelas memperlihatkan miskinnya jiwa anak-anak bangsa sehingga sanggup bersikap biadap dan angkuh.


Apatah lagi dengan ingatan singkat pimpinan kumpulan taksub ini, sekonyong-sekonyong merekalah pejuang Melayu sejati, walhal gerombolan inilah yang merompak harta rakyat miskin serta mencabul kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi!


Yakinlah, rakyat bersama kita. Tak kira dari Semenanjung atau dari Sabah mahupun Sarawak, agenda kita disambut kerana tuntutan perubahan sememangnya tidak terelakkan dan pastinya berlaku.


Majlis Amanat kemudiannya disambung dengan pertemuan dan perbincangan bersama kepimpinan serta pengerak dari seluruh negara termasuklah dari Sabah dan Sarawak. Berhadapan seteru yang mempunyai kekayaan yang tidak terkira, pastinya tidak mudah. Akan tetapi rakyat Sarawak dahagakan perubahan. Suara mereka yang sebelumnya ditindas akan disahut dengan tuntutan perubahan.


Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaaan kepada semua kerana sudi berkongsi buah fikiran. Pendapat saudara semua sangat bermakna dalam memenuhi Agenda Perubahan dan menyusun strategi berkesan bagi membolehkan rakyat menikmati janji Harapan Baru Untuk Malaysia.


ANWAR IBRAHIM

TGNA: Jangan Guna Perkataan Bumiputera

MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) berkata beliau tidak bersetuju istilah "bumiputera" digunakan terutama bertujuan untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan.

Beliau berkata istilah bumiputera itu juga berbau perkauman dan menafikan hak kaum lain sedangkan mereka mempunyai hak yang sama rata dan mempunyai kad pengenalan yang sama.

"Bila pilihan raya kaum lain boleh mengundi dengan satu undi, begitu juga dengan kaum bumiputera dapat mengundi dengan satu undi," katanya mengulas kedudukan bumiputera di negara ini yang didakwa sama dengan golongan aparteid di Afrika.

Beliau bagaimanapun berkata sewajarnya pihak tertentu menyamakan bumiputera itu sama seperti aparteid. Kerajaan perlu menubuhkan satu badan bagi mengendalikan golongan miskin di negara ini bukannya membantu satu kaum yang dikenali sebagai bumiputera.

"Saya tidak suka dengan perkataan bumiputera. Yang saya suka perkataan miskin, melibatkan semua kaum, begitu juga dalam Islam tidak sebut (Islam) hak Arab sahaja tetapi hak semua termasuk Arab Quraisy," katanya.

Sehubungan dengan itu beliau berkata penubuhan sebuah badan yang mengendalikan bantuan kepada golongan miskin dapat menentukan pihak yang bertanggungjawab mendapatkan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan. Semua golongan yang terdiri dari kalangan miskin perlu dibantu sebagaimana kerajaan membantu golongan bumiputera sekarang.

"Apa kita hendak guna bumiputera sahaja sedangkan kaum Cina, kaum India pun miskin juga dan perlu dibantu," katanya.

01 March 2009

Serangan Bermula Hari Ini

1 Mac 2009.Serangan bermula hari ini.Kesepakatan rakan-rakan bloggers ditagih untuk mencari segala kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO dan paparkan di dalam blog masing-masing agar MP-MP Pakatan Rakyat dapat bangkitkan perkara ini dalam parlimen, buat report polis dan SPRM.

Tok nak ulas kenyataan Najib semalam, sidang tergempar DUN Perak tidak boleh diadakan kerana perlu menunggu keputusan mahkamah. Tok tak tahu siapa penasihat Najib,R azak Baginda atau Zahid Hamidi, tapi janganlah memperbodohkan diri sendiri depan wartawan-wartawan. Kalau dah tak reti, eloklah diam sahaja. Sekarang satu dunia tahu bakal PM Malaysia IQnya rendah. Nampak sangat Najib tak yakin dengan status kerajaan BN di Perak. Lain kali kalau nak bertindak, berfikirlah dulu.

Apakah Najib akan menggunakan polis untuk menghalang sidang tergempar DUN Perak selasa ini..? Jika ini berlaku, rakyat terpaksa turun ke padang untuk membantah kezaliman yang dilakukan oleh UMNO-BN. Inilah yang diharapkan berlaku kerana UMNO-BN memang berhasrat untuk memerintah ke semua negeri Pakatan Rakyat jika darurat diisytiharkan.

Bukan Najib je tengah pening, Tok tengok kabinet pun pening sama. hari ni kata naikkan tol, esok kata tak jadi. Hari ni kata penganut Kristian boleh pakai nama Islam, esok tak boleh pulak. Polisi kerajaan BN yang sentiasa berubah ini menunjukkan ketidakstabilan kerajaan UMNO-BN yang ada sekarang. Rakyat keliru, pelabur asing pun keliru. Siapa yang jadi PM ketika ini, Pak Lah atau Najib. Masa tol naik, mesyuarat kabinet dipengerusikan Najib dan persepsi Pak Lah dah serah kuasa kepada Najib sudah menjadi perbualan hangat rakyat semua dan ramai yang tertanya-tanya kita ada dua PM ke? Nampaknya ramailah yang terpaksa telan panadol lepas ni. Kabinet tak naikkan harga panadol ke?

Tentang gerakan membantah PPSMI atau GMP, eloklah diperhebatkan kerana demo besar yang nak kita adakan tak sampai seminggu lagi, 7 Mac 2009 dan penyertaan kesatuan guru, persatuan mahasiswa dan kesatuan sekerja CEUPACS atau MTUC sungguh penting. Tok cadangkan kepada semua guru berminat boleh sms kepada Setiausaha NUTP negeri masing-masing nak mintak penjelasan sama ada NUTP sokong atau tidak PPSMI. Tok tengok NUTP sekarang macam tunggul mati. Bila dah dapat beribu-ribu sms Tok percaya NUTP akan sokong GMP dan jika NUTP bacul, guru-guru boleh gertak keluar daripada kesatuan itu atau lantik calon mereka untuk menentang kepimpinan NUTP sekarang yang mungkin pro UMNO-BN.

Rakan-rakan bloggers boleh paparkan no telefon Setiausaha NUTP negeri dalam blog masing-masing. Sepatutnya dalam isu ini NUTP di depan dan bukannya mendiamkan diri. MP Pakatan Rakyat, ADUN-ADUN, barisan pemuda, puteri dan seluruh ahli juga perlu menyertai demo ini sebagai perjuangan kita untuk masa depan anak cucu kita. Sokongan terbuka tokoh seperti Tun Saleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, Datuk Shahnon Ahmad, sasterawan negara dan lain-lain tokoh akademik juga diperlukan agar gerakan ini semakin berkembang dan mendapat sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia.

Tok pelik bin hairan kenapa UMNO tak bantah. Kata pujangga bahasa jiwa bangsa. kalau dah bahasa dikuburkan, ke manakah identiti bangsa melayu. Cuba rakan-rakan bloggers siasat siapa yang mendapat tender membekalkan perisian, cd, buku-buku teks untuk sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Jika puak-puak UMNO yang dapat, memang patutlah mereka tak bantah dan pedulikan nasib bangsa Melayu kerana mulut mereka telah disuapkan dengan wang ringgit malaysia. Jelaslah selama ini UMNO hanya jual nama Melayu untuk hidup mewah.

Tok seperti rakyat Malaysia yang lain, nak tahu ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi, berapa banyak bangunan pejabat pelajaran daerah di seluruh negara diperindahkan dan diperbesarkan ketika ada murid-murid miskin yang tidak mendapat bantuan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran atau meneruskan pelajarannya. Cuba MP-MP Pakatan Rakyat ajukan soalan ini di parlimen dan tanyakan juga berapa banyak blok bangunan sekolah yang lewat disiapkan sehingga menyusahkan murid-murid.

Satu soalan cepu emas, berapa ramai pula guru-guru dan GB yang aktif memegang jawatan dalam UMNO-BN. selama ini sikap double standard kerajaan UMNO-BN sudah diketahui umum. Sokong dan pegang jawatan UMNO-BN boleh bagi kakitangan awam tapi sokong pembangkang tak boleh.

Senario politik yang berlaku dalam politik tanahair kebelakangan ini menjadi realiti kepada rakyat UMNO-BN takut kehilangan kuasanya. Bermula isu rampasan kuasa kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat, ketakutan untuk membubarkan DUN Perak, isu ketuanan melayu dan derhaka kepada Raja-Raja Melayu dan paling mutakhir Sidang tergempar Dun Perak selasa ini.

Rakyat semakin bijak menilai dan mula mempersoalkan apakah pelan pemulihan ekonomi oleh kerajaan UMNO-BN. KDNK negara jatuh kepada 4.6% terburuk sejak 2001. Indeks Komposit BSKL merudum dan kadar pengangguran dikatakan mencecah 80 ribu orang. harga-harga barang keperluan makanan dijangkakan naik seperti gula akan naik 20 atau 30 sen sekilo. Tol juga diramalkan naik tetapi ditangguhkan kerajaan UMNO-BN kerana takut kalah dalam PRK di Bukit Gantang, Selambau dan Batang Ai. Jika kerajaan pusat berani mengambilalih pengurusan air negara, mengapa pula kerajaan pusat UMNO-BN tidak berani mengambilalih syarikat konsesi tol. Apakah kerana UMNO dan kroninya ada kepentingan di dalam syarikat konsesi tol ini. Eloklah SPRM siasat.

Tok dan rakyat dah nampak UMNO-BN takut hilang kuasa. Peluang terbaik memerintah negara adalah untuk isytiharkan darurat dan UMNO telah mula menjaja isu ini di kampung-kampung dan kepada golongan peneroka.

Tok juga nak peringatkan kepada semua MB dan KM Pakatan Rakyat supaya tidak menyimpan musuh dalam selimut dalam jentera pentadbiran negeri masing-masing. nanti rahsia kerajaan negeri terbongkar dan paling tidak pun mereka akan buat surat layang menggunakan letter head Kerajaan Negeri. Di Kedah, tok heran kenapa pemuda UMNO negeri itu berkokok dalam TV3 suku tentang isu surat layang yang menghina sultan kedah. Kan surat tu ada setem dan bersampul, buat ajelah report polis. jangan sampai rakyat anggap polis sudah mesra UMNO dan bukan mesra rakyat sudah.

Ada yang beranggapan UMNO memperalatkan setiausaha Sultan membuat kerja-kerja keji ini dan eloklah polis siasat perkara ini. Rakyat dah semakin muak dengan budaya samseng UMNO sekarang yang cuba menghuru-harakan negara ini dah sudah sampai masanya mereka pula ditahan ISA. rakyat dah ada persepsi UMNO semacam dah ada cawangannya di balai polis. UMNO pergi lanyak MP Pakatan Rakyat, seorang OKU dalam parlimen boleh tapi rakyat demo depan balai polis kena sembur dengan air pemedih mata dan lanyak dengan FRU. Tak pasal-pasal ada pulak rakyat hantar keldai, baghal atau lembu buat report polis.

Ingatlah UMNO, Polis, SPR, SPRM, Mahkamah dan Sultan bukan hak cipta terpelihara mereka sahaja. Usah bongkak dan sesuka hati melanggar undang-undang negara semata-mata gilakan kuasa.

(Tok Iskandar)