" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 February 2009

Selepas Perak,Najib Teruskan Jihad Ke Kedah?

Dalam keadaan panik dan berwaspada, pergerakan Adun2 di Kedah kini difahamkan dipantau rapi kerana wujud dakwaan mereka sedang dijadikan terbaru sasaran untuk ditarik melompat menyertai BN.


Usaha sejak tahun lepas dipergiatkan kembali minggu lalu, serentak dengan usaha memujuk beberapa Adun PKR dan DAP di Perak.Difahamkan, usaha ini turut melibatkan sebuah jabatan kerajaan.


Projek BN ini berkaitan usaha menumbangkan satu demi satu kerajaan negeri pimpinan gabungan pembangkang itu, bermula di Perak yang sudah menampakkan kejayaannya.


PR memerintah Kedah dengan kelebihan lapan kerusi - 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, manakala BN pula 14 kerusi.Kerusi milik PR itu terdiri daripada 16 kerusi PAS, lima kerusi PKR dan satu kerusi DAP.


Susulan usaha menarik wakil-wakil rakyat PKR di Kedah semakin rancak, exco kerajaan Kedah V Arumugam membuat laporan polis awal minggu ini dengan dakwaan beliau, keluarganya dan pegawainya diugut.Adun PKR Bukit Selambau itu juga mendakwa ada pihak menawarkan sejumlah wang tetapi enggan mendedahkan jumlahnya dan pihak terbabit.


Menang atas tiket bebas pada pilihanraya umum lalu, Arumugam kemudiannya menyertai PKR sebelum dilantik pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.


3 Adun PKR yang didakwa menjadi sasaran BN: Tan Wei Xu (Bakar Arang), Mohd Rahzi Salleh (Lunas) dan Lim See Nee (Kulim).Seorang lagi Adun Sidam, Tan Chow Kang dikatakan “tidak goncang” walaupun selepas usaha memujuknya melompat kepada BN.


Susulan perkembangan itu khususnya kejatuhan kerajaan PR di Perak, sidang mesyuarat tergempar semua Adun dan ahli parlimen Kedah dijadualkan jam 4ptg ini.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA