" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

17 February 2009

Tokoh2 Politik Sertai Malaysia Think Tank

Malaysia Think Tank hari ini mengumumkan pembentukan Kumpulan Penasihat Rentas Parti (Cross Party Advisory Group - CPAG) yang dianggotai oleh tokoh2 politik daripada pelbagai parti.

CPAG dianggotai oleh YB Datuk Nur Jazlan Mohamed (UMNO, Ahli Parlimen Pulai), YB Dato’ Kamarudin Jaffar (PAS, Ahli Parlimen Tumpat), YB Yusmadi Yusoff (PKR, Ahli Parlimen Balik Pulau), YBhg Sdr Wong Nai Chee (Ahli Jawatankuasa Pusat MCA) dan YM Tunku Aziz Ibrahim (Timbalan Pengerusi DAP). Ahli-ahli CPAG dilantik atas kapasiti individu.

Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata: “Saya bangga menjadi sebahagian daripada Malaysia Think Tank yang akan membentuk pemikiran generasi akan datang di negara kita. Insha-Allah saya cuba berkongsi fikiran mengenai nilai-nilai demokrasi liberal dan juga tanggungjawab yang perlu dipikul setelah datangnya kebebasan dalam rangka kita melahirkan Bangsa Malaysia yang tulin.”

Wong Nai Chee menyatakan persetujuan beliau: “keadaan sosial negara kita telah banyak berubah sejak tahun 1957. Cabaran paling besar yang dihadapi oleh negara kita ialah dalam mencipta dasar2 yang boleh diterima oleh semua untuk 50 tahun lagi.”

Dato’ Kamarudin Jaffar mempertegaskan bahawa: “lanskap politik Malaysia sedang berubah dan saya harap Malaysia Think Tank akan boleh memberi sumbangan positif ke arah perubahan tersebut.”

Yusmadi Yusoff mengulas: “model rentas parti yang digunapakai oleh Malaysia Think Tank merupakan satu model berani. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin pertubuhan yang bercita-cita tinggi ini ke arah memperkukuh demokrasi di negara kita.”

Tunku Aziz, bekas timbalan pengerusi Transparency International,berkata: “Dalam usaha kita membentuk identiti nasional sebagai sebuah negara yang adil dan prihatin, tidak mungkin kita akan menemui pengganti bagi prinsip, falsafah dan nilai2 demokratik yang sejati.”

Tunku ‘Abidin Muhriz, Pengarah Malaysia Think Tank, berkata: “Dengan pengumuman ini kami berharap untuk membuktikan bahawa perbahasan yang matang mengenai dasar dan idea dapat dijalankan secara aman dan konstruktif. Semua parti2 politik yang dianggotai oleh tokoh2 ini telah memberi sumbangan besar kepada negara sejak Merdeka lagi. Pastinya mereka akan terus memberikan sumbangan yang terbaik dan persaingan antara mereka akan menentukan halatuju Malaysia. Kami yakin Malaysia Think Tank akan mendapat manfaat daripada perbicangan mereka terutamanya melalu CPAG.”

Ketua Pengarah Malaysia Think Tank, Wan Saiful Wan Jan, berkata: “Tokoh2 ini membawa kepada Malaysia Think Tank pengalaman bina negara yang berdekad-dekad lamanya. Saya terharu kerana mereka sudi membantu kami. Sebagai sebuah organisasi, MTT tidak bercakap mewakili mana2 tokoh2 ini.

Memang terdapat perbezaan dan kami sedar bahawa mereka merupakan tokoh2 yang disegani yang akan terus berkhidmat untuk parti masing2 demi untuk negara. Kami akan meminta nasihat mereka untuk melahirkan idea2 yang boleh membantu menjadikan Malaysia lebih maju dan harmoni.”

(waubebas)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA