" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

15 February 2009

Tradisi UMNO Menderhaka Kepada Raja & Rakyat

UMNO/BN yang terlebih dahulu menderhaka kepada Sultan dan Raja2 iaitu sewaktu Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi PM dengan menggubal Perlembagaan Persekutuan yang menghakis kekebalan Raja2 Melayu.


Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh Umno terhadap PR berhubung isu derhaka sengaja dibangkitkan supaya rakyat memandang negatif terhadap pakatan pembangkang.


“Siapa yang derhaka sebenarnya? Kalau mereka kata kita derhaka, Dr. Mahathir dan Umno lagi awal menderhaka apabila pada yahun 1993 mereka tarik kekebalan Raja2 Melayu,” katanya dalam ucapan pembukaan Bengkel Memperkasakan Gabungan PR.


Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengupas hal yang sama dalam blognya.


MB Kelantan, TGNA turut menyelar tindakan Umno yang terus membabitkan pihak istana Perak bagi menjayakan agenda rampas kuasa mereka. “Saya melihat UMNO/BN memang tidak gentleman kerana terus melibatkan istana dan berselindung di sebalik kuasa kekebalan istana.”


Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya tidak melihat apa yang berlaku di Perak itu sebagai tindakan menderhaka kepada Sultan. “Kita tidak menderhaka, sebaliknya kita hanya amalkan dan pertahankan hak mengikut undang2.


UMNO sebenarnya yang telah memulakan penghinaan terhadap Raja2 Melayu. Malahan umno telah biadap dan bersikap kurang ajar kepada Raja2 Melayu sejak zaman Tun Mahathir lagi.


Perlu diingat bagaimana seluruh jentera UMNO dan kerajaan telah digunakan oleh UMNO/BN untuk memalukan, menghina, mencerca, mengaibkan dan seterusnya merampas hak kekebalan Raja2 Melayu pada tahun 1993.


Susulan daripada itu banyak insiden yang dengan jelas menunjukkan bagaimana UMNO menghina raja-raja Melayu. Insiden terbaru adalah di Perak, di mana Sultan Perak telah dipergunakan dan diberi gambaran yang salah sehingga sebuah Kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya telah digulingkan dengan kaedah penipuan dan pendustaan.


Pada Mac dan April 2008, pemimpin dan penyokong umno yang diketuai oleh Idris Jusuh dan didalangi oleh Abdullah Badawi telah dengan sombong dan angguhnya mempamerkan penderhakaan mereka terhadap DYMM Agong dan Sultan Terengganu.


Sejarah penderhakaan umno ini sebenarnya telah memakan diri mereka sendiri. UMNO bukan sahaja menderhaka kepada Raja-raja Melayu, tetapi UMNO juga menderhaka kepada Orang Melayu dan RAKYAT seluruhnya.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA