" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

15 February 2009

DSAI Bertemu Dengan Yusuf Al-Qaradawi

Saya meninggalkan sidang untuk berkunjung ke kediaman Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, ulama’ muktabar dunia Islam di pinggir kota Doha. Beliau ditemani puteranya Muhammad.


Syeikh Yusuf merupakan antara ulama’ besar yang menghulur sokongan tatkala saya dizalimi dan diaib lebih 10 tahun lalu. Ilmuan kelahiran Mesir ini telah menulis lebih dari 50 buah kitab yang mengupas pelbagai isu antaranya termasuk Islam: Tamadun Masa Depan.


Syukur kerana kesihatannya pulih meskipun kelihatan letih. Beliau dan keluarga turut menanyakan perihal Azizah tidak bersama.


Sheikh Yusuf menjelaskan pendirian Ittihad Ulama’ (Persatuan Ulama Sedunia) yang beliau pimpin terhadap pentadbiran Presiden Obama; sedia mengadakan dialog dengan syarat Amerika menghentikan pencerobohan ke atas Iraq dan Afghanistan serta berlaku adil terhadap rakyat Palestin.


Beliau terus menggalakkan saya meneruskan usaha mengukuh jaringan kerjasama antarabangsa serta menjelaskan pendirian dengan tegas.


Kami turut menyentuh perkembangan mutakhir di Malaysia dan Indonesia. Selain itu beliau mendorong usaha ke arah pembaharuan sambil meningkatkan usaha daawah dan tarbiyah.


ANWAR IBRAHIM

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA