
Saya tidak bermaksud untuk bangkitkan sebarang isu perkauman, cuma sekadar menyebut apa yang dilontarkan Raja Muda Perak itu. Saya terjemahkan sebagai ‘amaran terakhir’ untuk semua orang tidak kira Melayu atau tidak, khususnya di Semenanjung Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.
Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS)

Membangkitkan perkara itu (7 wasiat Raja2 Melayu) hanya menjadi bahan gelak ketawa sahaja jika tidak berani bersuara sepatah pun supaya institusi2 Melayu dibebaskan dari kekuasaan PM.
Kalau benar mahu menghentikan rasa tidak puas hati orang2 Melayu, tuntut supaya peneraju2 institusi2 yang dilihat sebagai institusi orang2 Melayu seperti Mara, Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera dilantik sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan bertanggungjawab secara langsung kepada Jawatankuasa Parlimen.
Hanya Rejimen Askar Melayu sahaja yang boleh dianggap masih berbaki ciri2 asal. Siapa boleh melupakan kenyataan (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) terhadap Islam? Pada 20 April 1983, Najib memberitahu wartawan bahawa "negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan".
Pada 20 April 1992, Najib sekali lagi memberitahu wartawan bahawa "kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu".
Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.
Kalau ajaran Islam yang paling tinggi di hati orang2 Melayu pun dihina, tidak perlu ada sebarang percubaan untuk membuai orang2 Melayu dengan isu2 tanah rezab Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.
Tidak sedarkah pihak berkenaan bahawa di bawah pemerintahan Umno selama 52 tahun hampir 44 peratus tanah rezab Melayu telah pupus di mana 3 juta hektar tanah rezab Melayu pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995? Itu belum lagi kita bangkitkan hartanah orang-orang Melayu yang pupus teruk terutama di kawasan bandar.
Tindakan membangkitkan perkara itu tidak lebih dari sekadar mengulang-ulang harapan palsu kepada orang2 Melayu. Lebih baik bercakap tentang gerakan bersama untuk menuntut usaha intensif bagi mewujudkan pusat2 pengajian termasuk pusat2 tinggi kepada orang2 Melayu.
No comments:
Post a Comment