
Katanya Che Hashim telah menjalani rawatan di China sejak 18 hari lepas dan menurutnya, wakil rakyat itu disahkan menghidap barah usus kira-kira 3 bulan lalu selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Pada PRU lepas,Che Hashim berjaya merampas DUN Galas dari BN dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya dari BN, Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.
Pada tahun 2004, Che Hashim tewas kepada Saufi dengan majoriti 1,729 undi. Saufi mendapat 4,184 undi manakala Che Hashim memperolehi 2,455 undi.
Kita sama2 berdoa agar Che Hashim selamat menjalani pembedahan beliau dan segera sembuh.
No comments:
Post a Comment