
1) Budaya mendengar - kita (puaka2nya) kena sentiasa mendengar suara rakyat, rintihan rakyat, sanggup sentiasa disisi rakyat dan bukannya jauh, bukan sombong tapi merendah diri dan jangan jadi golongan elit.
2) Budaya berkhidmat - berkhidmat untuk rakyat, jangan berkhidmat kepada puak kita sahaja, berkhidmat mesti sepanjang masa, bukan masa dekat pilihan raya, kepil biodata, harap2 jadi calon. Itu budaya nak jadi calon, rakyat akan menilai kita (puaka2nya), kita kena jaga semua orang, yang penting bukan kita tapi parti kita (UMNO).
3) Budaya menyelesaikan masalah - Jangan hanya dengar masalah, ambil surat tapi tidak selesaikan, jangan biar 'bernanah', setiap masalah itu yang dikesan mesti diselesaikan.
yeols: Ini bermakna, Najib telah sedar bahawa tidak lama lagi UMNO akan menjadi 'parti pembakang' sekiranya mereka tidak dapat mengamalkan 3 budaya ini. Bermakna, sebelum ini mereka tidak 'mengamalkan' 3 budaya ini. Oleh kerana itu parti mereka makin hari makin jauh dihati rakyat.
Mungkin Najib baru sedar. Sebab itulah beliau mengeluarkan kenyataan yang sebegini. Mampukah mereka masuk 'gelanggang' untuk 'berentap' dengan PR dimana rakyat akan menjadi hakimnya? Mampukah mereka 'korbankan' budaya mereka yang menjadi amalan mereka sebelum ini? Atau ianya seperti ungkapan 'cakap tak serupa bikin'?.
2 comments:
Lupakanlah Saja Jib, awak dan gerombolan awak dah terlambat. Bersiap-sedialah untuk menjadi pembangkan dalam waktu terdekat.
btoii.. tu sahabat 'kapal' dh terlepas dh... Pakatan Rakyat dh nk sampai ke destinasi dh....
Post a Comment