
"Tuduhan itu dibuat oleh mereka yang dengki dengan Anwar sebab mereka takut Anwar semakin diterima sekarang. Mereka takut bila Anwar berjaya menjadi pemimpin di negara ini beliau akan kenakan balik pemimpin tersebut. Saya sebenarnya tidak faham dengan cerita ini. Anwar Ibrahim itu individu. Jadi kenapa kita memperbesarkan masalah peribadi. Kita sepatutnya serang dasar tetapi di mana salahnya dasar Parti Keadilan Rakyat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darul Naim dekat sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu dan pemimpin lidah bercabang kerana sanggup memutarbelitkan fakta mengenai usaha UMNO untuk memartabatkan orang Melayu.
TGNA berkata, perkara yang patut dipertikaikan ialah sebarang kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi. "Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya berasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang. Dia mengkhianati bapa saudaranya tetapi sejahil-jahil orang Arab Jahiliah pun dia tidak menuduh Nabi Muhammad SAW sebagai pengkhianat bangsa, sebaliknya hanya dituduh mengkhianati pemimpin," katanya.
No comments:
Post a Comment