TGNA memberi ulasan mengenai kekalahan UBN dalam PRK buat kali yang ke-7 berturut-turut.

Beliau mengatakan bahawa penolakan yang begitu banyak terhadap UMNO ini, satu daripada sebabnya adalah berpunca daripada dasar yang dibuat oleh UMNO itu sendiri iaitu
'tolak Islam, ambil kebangsaan'. 
Kelantan yang telah hampir 20 tahun menggunakan
dasar Islam, alhamdulillah...ia mendapat penerimaan daripada semua pihak. Oleh itu, beliau dengan ikhlas meminta para pemimpin dan ahli UMNO agar mengubah dasar yang diperjuangkan parti itu selama ini.
"Bulan Ramadan bulan Quran, buatlah dasar lain. Kedaulatan Allah ke atas manusia seakan terhakis apabila dasar yang diperjuangkan bukan dasar Islam. Allah pernah berdaulat, tiba-tiba kita tidak mahu pakai al-Quran dan ambil dasar yang di bawa oleh orang Eropah."
2 comments:
salam pro reform list kan lah era pasca lam blog mu... hehehe
hisamudin ckp malaysia llum sedia kan... 50taun printah pun tak sedia2 lg... kalau tak sedia bg kat org len la perintah... sembag macam bomm... :0
w,salam baginda. Lama sudah dilistkan dgn nama blog Baginda Reformasi...
Post a Comment