" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

28 February 2009

Isu Uthayakumar Akan Kalahkan BN Di Pilihanraya Kecil

Tindakan pihak polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar adalah petanda bahawa BN pasti ditolak oleh masyarakat India di dalam pilihanraya kecil yang bakal di adakan terutama di Bukit Selambau.

Demikian diramalkan oleh penganalisis politik yang menyatakan bahawa pihak kerajaan tidak pernah belajar dari kesilapan.

"Mereka telah ditolak di dalam PRU12 yang lalu apabila masyarakat India mengalihkan sokongan mereka dari MIC - BN kepada Pakatan Rakyat akibat tindakan keras Kerajaan melalui anggota polis terhadap anggota Hindraf yang berjuang untuk kaum India di negara ini," kata seorang penganalisis politik tempatan.

"Malah sehingga kini Kerajaan lansung tidak memperdulikan signal jelas masyarakat India supaya Kerajaan membebaskan pemimpin-pemimpin kaum India yang ditahan di bawah ISA apabila M.Manoharan yang turut ditahan di bawah ISA menang di dalam pilihanraya di Dewan Undangan Negeri Kota Shah Alam," tambah beliau.

Pada hari ini beratus-ratus orang dari masyarakat berketurunan India berkumpul sebagai membantah kerana kegagalan pihak berwajib memberikan layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar yang mengidap kencing manis.

Beberapa anak jari kaki kiri Uthayakumar mengalami kecederaan pada 31 Januari lalu ketika berada di Kem Tahanan Kamunting.

Pada 20 Februari lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, jika keadaan itu berterusan, 'beratus-ratus" laporan polis akan dibuat terhadap pihak berkuasa hari ini.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata tindakan membuat laporan polis beramai-ramai dilihat sebagai satu cara untuk mempersendakan tugas pihak polis kerana menurutnya walaupun hanya satu sahaja laporan dibuat, ia tetap akan disiasat seadil-adilnya.

Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur itu walaubagaimana pun dibentak oleh mereka yang berhimpun pagi tadi yang menyatakan bahawa polis perlu berlaku adil di dalam melayani aduan rakyat. Menurut mereka, polis tidak berhak menghalang aduan dilakukan kerana itu sahaja cara yang paling terhormat untuk menunjukkan rasa marah mereka terhadap layanan yang diberikan kepada Uthayakummar.

Seramai 17 orang termasuk Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam telah ditahan.

Dalam pada itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan polis menahan beberapa orang, termasuk, ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang berkumpul bagi membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.

"Beliau hanya datang untuk membuat laporan kerana merasakan berlaku ketidakadilan kepada rakan di Kamunting dan ditahan kerana menyebabkan kesesakan di kawasan itu (Brickfields).

"Mereka (polis) boleh jaga lalu lintas... pada hal sebelum ini, saya pernah melihat perhimpunan Umno di Pulau Pinang, polis menjaga kesesakan lalu lintas dan tiada yang ditahan," katanya.

“Hendak buat laporan untuk mempertahankan rakan mereka di Kemunting ditangkap. Jadi, nampak polis ini macam alat atau ketua cawangan Umno,” kata ketua pembangkang itu.

(kelab greenboc)

27 February 2009

BN Sedang Merompak Kelantan ?

Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000).

Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).

Ianya terletak di Blok-Blok berikut,

  • Blok A18
  • Blok B17 & C19
  • PM3
  • Sub-Blok Ular
  • PM301 & PM302
  • PM303
  • PM311 & 312

Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.


APA YANG BN SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN ?

Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

  • Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
  • Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
  • Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
  • Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

  • Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.
  • PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.

PERANCANGAN OPERASI TELAGA2 GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

  • Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
  • Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
  • Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
  • Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.


BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000,000 (RM1 Billion).

Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.


ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN

  • PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.
  • Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu.
  • Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.
  • Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan hasil terus kepada rakyat Terengganu.
  • Jika BN memerintah, rakyat akan terus hidup dibelenggu kemiskinan dan ekonomi negeri akan semakin teruk seperti di Terengganu.
  • Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.
  • Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

MAKLUMAT LANJUT, KLIK SINI

Lagu Buat Khir Toyo

ANDAI KHIR TOYO TAHU
KAPAN TIBA AJALNYA
KHIR TOYO AKAN MEMOHON
TUHAN TOLONG PANJANGKAN UMURNYA


ANDAI KHIR TOYO TAHU
KAPAN TIBA MASANYA
KHIR TOYO AKAN MEMOHON
TUHAN JANGAN KAU AMBIL NYAWANYA


KHIR TOYO TAKUT
AKAN SEMUA DOSA-DOSANYA
KHIR TOYO TAKUT
DOSA YANG TERUS MEMBAYANGINYA


MUSIC SOLO 8 BAR:


ANDAI KHIR TOYO TAHU
MALAIKATMU KAN MENJEMPUTNYA
IZINKAN KHIR TOYO
MENGUCAP KATA TAUBAT PADAMU


KHIR TOYO TAKUT
AKAN SEMUA DOSA-DOSANYA
KHIR TOYO TAKUT
DOSA YANG TERUS MEMBAYANGINYA


AMPUNI KHIR TOYO
DARI SEGALA DOSA-DOSANYA
AMPUNI KHIR TOYO
MENANGIS DIA BERTAUBAT PADAMU


KHIR TOYO MANUSIAMU
YANG TAKUT NERAKA
NAMUN KHIR TOYO JUGA
KAPAN TAKDIR SYURGA


ANDAI KHIR TOYO TAHU
KAPAN TIBA AJALNYA
IZINKAN KHIR TOYO
MENGUCAP KATA TAUBAT PADAMU


ORIGINAL SONG BY: UNGU
TITLE: ANDAIKU TAHU


Adakah Ini Wayang Semata-mata ?

Kabinet hari ini menunda keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed semalam. Dalam sidang medianya sebentar tadi, Mohd Zin berkata berikutan itu, kenyataannya semalam mengenai kenaikan kadar tol tersebut, dibatalkan.

Katanya, kenaikan kadar tol itu ditangguhkan sehingga akhir tahun ini, ekoran reaksi negatif orang ramai serta keadaan ekonomi sekarang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengumumkan perkara yang sama dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kementerian Kewangan di Putrajaya jam 5.30 petang ini.

YB Fairuz Kena Pecat Exco Agama ?

Di khabarkan dari sumber2 yang boleh dipercayai, YB Fairuz (Timbalan 1 KM P Pinang) telah dipecat serta merta sebagai Exco Agama oleh KM Pulau Pinang sebentar tadi dalam mesyuarat Exco Negeri.

Dan dengan serta merta juga jawatan itu diganti oleh YB Tuan Haji Abdul Malik Kassim selaku Exco Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang.

Dari sumber dalaman

Apakah Makna 'Badan Bebas' Pada SPRM ?-malaysiakini

Menurut sarjana, ia berasal daripada perkataan Arab (iaitu rishwah, rashwah) bermaksud 'sesuatu penyambung yang dapat menghantarkan tujuan dengan harta sogokan.' Asal perkataan itu daripada 'rasha' yang bermakna 'tali timba yang dipergunakan untuk mengambil air di perigi.'

Kamus Dewan mendefinisikan rasuah sebagai 'pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap).'

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan pengertian suapan dalam konteks yang lebih luas, iaitu:
  • Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain.
  • Apa2 jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa2 sifat.
  • Apa2 bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa2 pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya.
  • Apa2 jenis balasan berharga, apa2 diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan.
  • Apa2 perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga.
  • Apa2 jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa2 penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa2 tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa2 hak atau apa2 kuasa atau kewajipan rasmi.
  • Apa2 tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu.
Menurut suruhanjaya itu, kesalahan rasuah membabitkan perbuatan meminta atau menerima rasuah, menawar atau memberi rasuah, membuat tuntutan palsu dan menyalahgunakan jawatan atau kedudukan.

yeols: Kalau dilihat dari catatan diatas, sepatutnya SPRM tidak boleh sama sekali bertindak sebagaimana yang berlaku sejak mutakhir ini. Sekarang ini nampaknya badan yang dikatakan 'BEBAS' itu (bebas untuk BN cucuk hidungnya) telah membuktikan adalah sebaliknya.

Apa yang SPRM lakukan di Selangor dan Perak kini membuktikan betapa sukarnya untuk melihat SPRM kelihatan sebagai suruhanjaya yang benar2 bebas. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan yang bercakap seolah-olah mewakili Peguam Negara. Apa sudah jadi ni..????

Ni nak ajar sikit sebab dengan kenyataan bersertakan tindakan yang Datuk Ahmad Said Hamdan lakukan kebelakangan ini seperti 'Baduk Sedang Membuat Pertunjukan'. Siasatan hendaklah dilakukan tidak kira suspek itu berada dipihak mana sekalipun. Siasatlah kes2 tertunggak yang telah dilaporkan sekian lamanya seperti yang melibatkan pemimpin2 tertinggi dalam kerajaan.

Siasatlah Khir Toyo, siasatlah Pak Lah, siasatlah Najib yang kes salah laku mereka telah begitu lama dilaporkan kepada SPRM. Seperti kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Saharin sejak tahun 2000 sudah 87 laporan rasuah dibuat terhadap SPRM yang melibatkan pemimpin2 tertinggi BN, tetapi ke mana gerangan menghilangnya fail2 siasatan tersebut yang sehingga kini tiada kabar beritanya?
Juga siasatlah kes pembelian kereta Volvo Kerajaan Negeri Sabah bagi menggantikan Perdana baru2 ini.

Semua sudah maklum, Ahmad Said sedang menanggung aib yang sangat besar. Ini ekoran dari anak lelaki kesayangannya yang membuat onar di Australia dan telah tersebar dengan meluasnya di internet dan media2 diluar negara.

Perhimpunan Rakyat Desak Ibrahim Ali Letak Jawatan-malaysiakini

Satu Perhimpunan Rakyat Pasir Mas akan diadakan hari ini di Pasir Mas yang mahukan Ibrahim Ali melepaskan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen. Ini ekoran beliau sekarang nampaknya begitu angkuh dengan merendah-rendahkan pihak yang telah menyebabkan kemenangan beliau pada PRU-12 lepas.

Perhimpunan ini bagi menyahut cabaran beliau yang mengatakan beliau tidak ada langsung tekanan daripada Rakyat di Pasir Mas. Perhimpunan ini akan diadakan di:-

Masjid Kasar Pasir Mas

Selepas sembahyang Jumaat

27/2/09

Mana2 yang berada disekitar Pasir Mas di harapkan dapat menghadirkan diri bagi menjayakan perhimpunan yang bermakna ini. Ini juga bagi membuktikan kepada Rakyat Malaysia yang kita Rakyat yang berada didalam kawasan Parlimen Pasir Mas begitu malu kerana memiliki Ahli Parlimen yang berperangai sedemikian.

26 February 2009

P/Lah Suruh Kaji Semula Kenaikan Tol

P/Lah meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya yang akan dinaikkan mulai 1 Mac ini kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang. Beliau berkata kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan kabinet esok yang dipengerusikan oleh Najib.

"Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar. Walaupun dipertimbangkan daripada segi syarat2 konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi pada masa sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah. Satu pendekatan baru akan dicari untuk menangani isu ini, termasuk peruntukan dalam pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan di Parlimen pada 10 Mac ini," katanya.

Kumpulan Gangster Buat Kacau Di Lobi Parlimen

Lebih kurang pada pukul 2.30 ptg tadi, kira2 20 hingga 30 ahli Pemuda Umno telah mengepong Karpal Sigh. Mereka ini dipercayai datang dari Selangor dan Kuala Lumpur. Karpal kemudiannya menelefon ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan yang kemudian tiba bersama beberapa Ahli Parlimen PR lain.

Ini ekoran tindakan Karpal menggunakan perkataan 'celaka' yang ditujukan kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam, serta mendakwa pergerakan itu menghantar peluru kepadanya.

Ekoran itu berlaku kekecohan antara kumpulan penyokong Umno dengan wakil2 rakyat PR di situ sebelum pengawal keselamatan tiba untuk meleraikan mereka.

Ketika ditemui pemberita, kumpulan tersebut menunjukkan kad keahlian mereka dalam Pemuda Umno. Ahli Parlimen DAP juga mengadu bahawa anggota keselamatan Parlimen tidak berbuat apa2 untuk melindungi Karpal mereka tiba di situ.

Ahli Parlmen DAP, Lim Lip Eng juga mendakwa beliau telah dipukul oleh kumpulan Pemuda Umno itu. Beliau telah dipukul beberapa kali di muka dan bahagian badannya.

Bagaimanapun, kumpulan itu bukan kumpulan yang sama yang menghadiri sidang akhbar Naib Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin di bangunan Parlimen pagi tadi.

Karpal bagaimanapun menarik balik perkataan "celaka" itu setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

SPRM Perlu Siasat Pengerusi Perhubungan Umno Perak - TGNA

TGNA mempersoalkan mengapa SPRM tidak menyiasat orang yang dikatakan menjadi punca kepada 3 Adun PR di Perak berpaling tadah.

"Sepatutnya yang bertanggungjawab mencetus isu tersebut dan membawa 3 Adun terbabit ke Istana Perak perlu disiasat SPRM kerana segala masalah yang berlaku sekarang berpunca dari situ.

Kita belum mendengar ada maklumat badan tersebut menyiasat Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru dilantik, kerana difahamkan dia ada hubungan dengan 3 Adun tersebut hilang dan muncul di Putrajaya.

Hilang ke mana ? Tentunya ada hubung kait pemimpin tertentu. Jadi kita persoalkan kenapa tidak disiasat pihak terbabit, kalau benar2 mahu lebih profesional ?

SPRM seolah-olah berfungsi menyiasat kes tertentu sahaja dan pembaharuan yang dilakukan sekarang tidak memperlihatkan badan itu benar2 telus.

Selama tidak ada sifat taqwa pada pengerusi dan jawatankuasanya, mereka tidak akan melakukan siasatan ke atas pemimpin negara. Yang disiasat hanya anak-anak bilis, " katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, semalam.

BN Perihatin Rakyat ?-malaysiakini

UPDATE(9:30pm): Kutipan tol di Plaza Tol Salak Jaya, Lebuhraya Sungai Besi, dimansuhkan mulai jam 12.30 tengah hari pada 24 Mac lalu. Pemansuhan yang sepatutnya dijadualkan pada 1 Mac depan, telah dipercepatkan. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata dijangkakan 50,000 pengguna akan menikmati faedah secara langsung daripada pemansuhan itu.

Dan ini pula yang di umumkan semalam oleh KERAjaan yang perihatan kepada Rakyat.

  • Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.
  • Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).
  • Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.
  • Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).
  • Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.
  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).
Ini pula tentangan dari pihak KERAjaan sendiri:

Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) menyifatkan kenaikan kadar tol pada masa kini tidak wajar.

"Baru-baru ini sudah diberitahu bahawa kerajaan akan beri keutamaan kepada rakyat dalam apa saja keputusan bila ada syarikat konsesi meminta kenaikan tol, tapi saya terkejut bila dapat maklumat harga tol akan dinaikkan bermula Ahad ini. Kerajaan seharusnya menangguhkan dahulu kenaikan kadar tol ini sehingga mini bajet dibentangkan pada 10 Mac ini," katanya.

Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) tidak menafikan merasai bebanan kenaikan tol biarpun memahami akan perjanjian yang dibuat kerajaan bersama syarikat konsesi lebuhraya.

"Dulu semasa jadi menteri tak pernah bayar tol, saya tak tahu berapa, tak pernah merasa. Tapi sekarang, saya tingggal di Shah Alam dan sering datang ke Kuala Lumpur dan melalui beberapa tol, saya sangat merasai beban tol itu. Kalau saya merasai, orang lain pun tentu merasai. Dalam perjanjian memang ada kenaikan tol oleh pengusaha tol, memang susah kerajaan nak elak. Kalau boleh kerajaan kaji dengan teliti supaya perkara ini tidak membebankan rakyat,"katanya.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong turut melahirkan rasa terkilan dengan pengumuman kenaikan itu dan meminta kerajaan menelitinya semula.

"Kita masih ada mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini, saya harap perkara ini dikaji semula bagi meringankan beban pengguna jalan. Saya turut merayu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan yang akan membentangkan mini bajet pada 10 Mac ini agar memikirkan semula kenaikan kadar tol itu," katanya.

JANGAN LUPA 7 MARCH JAM 2.00 PETANG ISTANA NEGARA

Gerakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima lonjakan sokongan apabila Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) pula menyokongnya.

Gabungan nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara, Isnin lalu.

Pengerusi PIBGN Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac.

GMP menganjurkan perhimpunan besar minggu depan bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung dasar itu.

(tukar tiub)

Najib Beri Amaran Pasal 'Aduan Palsu'- malaysiakini

Dalam buletin tengahari TV3 Suku tadi Najib baru muncul membuat komen pasal 'laporan palsu'. Persoalannya, kenapa baru sekarang beliau membuat kenyataan sedemikian? Padahal dari awal 'rampasan kuasa' lagi banyak kenyataan yang telah dilemparkan kepada beliau berkenaan isu yang lebih kurang sama. Beliau sempat juga melemparkan 'senyuman manis' kepada wartawan yang hadir. Tetapi disebalik kemanisan itu bagi saya banyak terjemahannya.

Antara kenyataan yang dilemparkan kepada beliau adalah, ketua penculikan terhadap Adun2 PR yang telah menyertai BN di Perak, membeli Adun2 PR dengan ganjaran jutaan ringgit dan menjadi perancang utama dalam melibatkan istana dalam menjayakan 'rampasan kuasa' tersebut. Pada masa itu nampaknya beliau mengambil langkah berdiam diri sahaja.....

Semasa dalam dewan Parlimen, Bakal Perdana Menteri kita DSAI telah membuat kejutan dengan membongkar projek membeli Adun2 PR. DSAI telah memberitahu dewan pada 17 April satu perjumpaan telah berlaku diantara Adun Kulim (Lim Soo Nee) dengan orang yang mewakili bekas MB Kedah Mahadzir Khalid dengan tawaran RM4 juta dan selepas itu sampai ke RM5 juta sebagai ganjaran 'melompat parti'.

Satu perjumpaan telah diatur untuk menemukan Mahadzir dan Najib dengan Adun Kulim itu. Ganguan terhadap Adun Kulim ini bermula dari April, Mei dan July 2008. Selepas itu, Adun Lunas telah membuat aduan kepada BPR (sebelum kejadian SPRM) mengatakan dengan bukti2 dan tarikh ejen2 yang cuba membeli beliau. Dengan itu beliau bersedia berpakat dengan BPR untuk menjadikan dirinya sebagai umpan untuk menangkap individu yang terlibat.

Pertemuan diantara Adun Kulim dengan Mahadzir di sebuah hotel di Seberang Jaya pada akhir 2008 telah dirakam menggunakan CCTV. Semua perbualan, sogok menyogok dan ugut mengugut telah berjaya dirakam oleh pegawai BPR yang terlibat. Tetapi malangnya semua yang dirancang itu tidak menjadi seperti yang diharap2kan. Pegawai BPR yang terlibat dalam kes ini telah dikeluarkan dari Negeri Kedah.

Dengan beliau bersikap sedemikian dimana bila laporan polis dibuat semalam oleh 2 Adun PR, baru beliau berdepan dengan media memberitahu tindakan tegas akan diambil pada mana2 individu yang membuat 'laporan palsu'. Dengan ini bermakna, apa2 tuduhan keatas beliau sebelum semalam adalah benarlah semuanya ???????

SPRM Disifatkan Hina DUN Perak

V Sivakumar ( Speaker DUN Perak )

Saya amat kecewa dengan tindakan SPRM ini. Saya rasa tindakan mereka ini adalah satu penghinaan kepada institusi DUN dan sememangnya saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku. tindakan SPRM itu menjejaskan prinsip demokrasi dalam negara ini dan mengancam doktrin pengasingan kuasa antara tiga badan kerajaan, iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Sebagai Speaker, saya cuma menjalankan tugas mengikut peraturan sedia ada, 'tetapi nampaknya saya pula yang disoal siasat'. Saya yakin telah memberi kerjasama penuh dengan memberi keterangan kepada dua pegawai SPRM dari Ibupejabat di Putrajaya selama kirakira dua jam, bermula dari pukul 6 petang (25/2/09).

Pemuda Umno Gua Musang Tak Setuju Ibrahim Kembali

Pemuda Umno Gua Musang menolak cadangan agar Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali diundang menyertai semula Umno sebaliknya pergerakan itu mahu beliau kekal sebagai anggota Bebas.

Ketua Pemuda Umno Gua Musang Bazlan Baharuddin berkata pengalaman lalu apabila Ibrahim menentang calon Barisan Nasional pada satu pilihan raya kecil pada 2005 menunjukkan beliau sanggup menentang pucuk pimpinan Umno.

"Kalau dia akur dengan keputusan Presiden dan Timbalan Presiden sebelum ini, dia tidak bertanding sebagai calon bebas menentang calon BN," katanya.

Bazlan berharap pucuk pimpinan Umno tidak mudah tertarik dengan cadangan mana-mana pihak supaya Ibrahim menyertai semula Umno sebaliknya mereka perlu belajar daripada kesilapan lampau.

yeols: sepatutnya lebih banyak lagi Pemuda UMNO mengambil tindakan tegas dalam isu Tok Him ini seperti mana Gua Musang ....Inilah yang dipanggil POLITIK dalam acuan UMNO. Beliau telah dibuang Parti seumur hidup.....No problem boleh kasi ejas punyer.....

Isu Lingham: Rakyat Tertipu dan Ditipu

Setelah menunggu sekian lama dan setelah satu Suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat kes klip pita video V.K. Lingham, tiba-tiba tiga dari empat orang yang telah disiasat berhubungkait dengan kes klip pita video V. K. Lingam, telah terlepas dari sebarang pendakwaan dan pertuduhan.

Perdana Menteri di Datuk Seri Abdullah Badawi memberitahu Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) di dalam satu jawapan bertulis dimana 3 kes telah ditandakan sebagai “NFA” — bermaksud "no further action" (tiada tindakan lanjut diambil).

Ini amat menyedihkan dan menandakan negara masih terpenjara dengan isu institusi kehakiman yang tidak bebas apabila pesalah-pesalah tidak dapat di bawa ke muka pengadilan semata-mata dengan alasan tidak mempunyai bukti kukuh.

Sekalipun Perdana Menteri telah pun berusaha untuk memperbaiki institusi kehakiman, tetapi dengan kelemahan perlaksanaan dengan meletakkan pegawai-pegawai yang tidak kompeten tetapi hanya bersifat "mengampu" serta tidak professional, matlamat penubuhan Suruhanjaya yang menelan belanja begitu besar akhirnya ke longkang juga jawapannya.

Ini adalah akibat dari kelemahan dan ketidak-tegasan Pak Lah sebagai Perdana Menteri sehinggakan mereka yang di bawahnya boleh memperman-mainkan kepimpinannya dengan memberikan asalan yang superficial dan klise - YAB, tiada bukti kukuh untuk kita mendakwa mereka dan Pak Lah mengiyakannya sahaja.

Kesilapan Pak Lah memilih dan memberi kepercayaan kepada pegawai-pegawai atasan untuk jawatan kritikal seperti Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya, Ketua Hakim Negara dan seumpamanya menjadikan kepimpinan Pak Lah hanya dilingkari oleh penasihat-penasihat yang bersifat mengampu, menzalimi rakyat, membodek, malas bekerja dan jika bekerja mereka melakukannya secara tidak profesyenal.

Rakyat telah lama memerhatikan hal ini. Rakyat telah bersuara di peti undi semasa pilihanraya umum ke 12 yang lalu, tetapi Pak Lah gagal untuk menyelami intipati keputusannya dan masih terus membiarkan negara dimamah virus korupsi dan rasuah yang bukan kepalang dengan mengekalkan status quo.

Berbalik kepada isu klip pita video V.K.Lingham.

Betapa buruk dan hina institusi kehakiman negara selama ini apabila dengan mudah ianya dibeli dan dikuasai oleh golongan mafia sehingga didedahkan semasa siasatan, ada hakim yang sifatnya binatang bertindak membelakangkan keadilan semata-mata kerana telah diumpan dengan rasuah melancong dan lain-lain pemberian bersifat keduniaan oleh golongan mafia tersebut.

Hasilnya, ketempangan institusi kehakiman terlalu nyata dan fungsi mahkamah sebagai tempat untuk menegakkan kebenaran dan keadilan sudah ranap akibat perbuatan hakim yang khianat.

Keadaan nampaknya akan menjadi bertambah buruk apabila raja segala mafia akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri tidak berapa lama lagi.

Menangislah lagi rakyat selepas ini. Menunggu lagi saat pilihanraya umum yang akan datang yang terasa terlampau lama lagi tibanya.

(greenboc)

25 February 2009

Ada Apa Dengan UMNO ?

Kita semakin hampir kepada pemilihan Agung UMNO. Pak Lah sedang melalui sia-sia hidup beliau sebagai Presiden UMNO dan kepimpinan UMNO akan berubah kepada Najib Tun Abdul Razak tidak lama lagi. Kedudukan UMNO tidak seselesa dahulu. UMNO bergolak, dicabar dan tercabar sehingga ada yang menjangka bahawa UMNO turut akan melalui zaman kejatuhan pada PRU13 nanti.


Apa pula yang mahu dilaksanakan oleh Najib sebagai usaha mengembalikan kedudukan UMNO yang semakin hari semakin meruncing – semakin terpinggir dan semakin jauh. Adakah tindakan seperti di Perak dapat mengembalikan keyakinan sokongan kepada UMNO.


Ironis sekali – apabila isu lompat dan melobi wakil rakyat yang mahu dilakukan oleh PR ia kelihatan seolah-olah di halalkan oleh rakyat dan apabila ia dilakukan oleh UMNO (kerajaan BN) ianya dilabel sebagai satu tindakan terdesak – tidak demokratis dan tidak bermoral. Bukankah ini memberi sesuatu petunjuk tentang kedudukan UMNO.


Kedudukan UMNO amat getir sekali sehingga sebarang tindakan berbentuk demonstrasi yang dilakukan oleh UMNO akan dilabel sebagai suara kepimpinan UMNO dan bukan suara rakyat sedangkan demonstrasi tajaan PR pula gah dibicarakan sebagai suara rakyat. Ini juga memberi petunjuk bahawa UMNO hari ini sudah mula tewas dan jalan untuk mengembalikan UMNO kepada tahap yang di kira selesa di mata dan hati rakyat adalah dan sebarang perbuatan dan perlakuan UMNO sentiasa di kritik.


UMNO semakin jauh. Ini diakui oleh kepimpinan UMNO sendiri. Kenapa dan mengapa? Jawapan sebenarnya ada pada UMNO tetapi segelintir kepimpinan UMNO masih rabun untuk melihat betapa peri pentingnya mereka bangkit dari masih berpaut pada alam lama atau legasi yang semakin lama semakin terlerai. Semakin hari semakin buruk UMNO dan INI ADALAH HAKIKAT yang perlu UMNO terima.


UMNO tidak lagi seselesa dahulu dalam mendapat sokongan rakyat. UMNO sudah seakan pudar sebagai pembela Melayu dan bukan lagi mudah untuk UMNO memenangi sesuatu pilihan raya. UMNO terpaksa berusaha keras – menggunakan segala yang ada semata-mata untuk mendapat undi. Kalau bukan kerana legasi dan kalau bukan kerana tindakan-tindakan yang melobi undi yang dianggap tidak mempunyai etika – UMNO dan BN PASTI LUMPUH. Ini adalah kedudukan UMNO. Ini adalah hakikat yang ada pada UMNO. Adakah UMNO mampu berubah? Apakah yang boleh mengubah senario kedudukan UMNO?


JOM bicara perubahan yang perlu dilakukan oleh UMNO. Kita berbicara secara jujur dan terbuka. Kita mahukan UMNO berubah dan mampu di terima oleh rakyat. Kita tidak mahu kepimpinan yang menjerit-jerit mengatakan bahawa pembangkang memfitnah tetapi terkial-kial mencari hujah untuk mengatakan bahawa mereka memfitnah. Kita mahu mengkaji kesalahan kita dalam UMNO terlebih dahulu sebelum kita mengatakan rakyat tidak tahu menilai antara yang baik dan yang buruk. Hasil dari perbincangan ini kita rumuskan pula sama ada UMNO masih relevan atau pun tidak untuk perjuangan orang Melayu.


(UMNO REFORM2)

Cerita Kelakar Muncul Lagi

Kira2 100 orang anak muda dari perbagai latar belakang telah berhimpun di depan Ibupejabat SPRM putrajaya 11 pagi tadi atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia. Ketika CheGu Bard sampai, sudah penuh di depan pondok jaga Kompleks wartawan dan anak2 muda serta pegawai kerajaan yang yang turun hendak menyaksikan peristiwa tersebut.

Tiba2 datang beberapa pegawai JAS, katanya kehadiran mereka kerana mendapat laporan akan berlaku pembakaran terbuka. Setelah ditanya jika terus membakar apa akan jadi? Mereka menerangkan boleh disaman dan didakwa dimahkamah. Hukumanya denda atau penjara atau kedua - duanya sekali.

Secara baik2 cheGuBard memberitahu akan terus membakar kerana tindakan itu tidak jauh bezanya dengan pembakaran bendera Israel, Amereka atau membakar patung Bush dan pemimpin zionis di depan kedutaan atau di luar masjid. Harap JAS tidak mengganggu dan selepas ini kalau nak saman teruskan.

Selepas keluar dari Kompleks satu sidang media ringkas dibuat. Selepas itu Pegawai SPRM terus mendekati kami dan meminta kad pengenalan cheGuBard dan Musliadi untuk dicatat butiran. Katanya dia tidak bawak surat saman, nanti akan dipanggil semula untuk disaman.

Sultan Tidak Bantah Tan Sri Khalid Guna Kereta Peribadi


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak membantah tindakan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menggunakan kereta peribadinya sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri.


Tan Sri Khalid yang mengadap baginda di Istana Mestika hari ini, memberitahu beliau boleh menggunakan keretanya sendiri selagi tidak melanggar prosedur undang-undang.


Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, Tan Sri Khalid berkata, beliau telah memaklumkan kepada baginda bahawa segala proses undang-undang yang ditetapkan, telah dipatuhi.


Tan Sri Khalid juga memberi taklimat kepada baginda mengenai hal ehwal pentadbiran negeri Selangor, termasuk tohmahan berkaitan derma lembu korban.


Menurutnya, Sultan Selangor tiada halangan terhadap usaha sedekah, malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur, termasuk Bandar Tun Razak.


Berikutan itu, Tan Sri Khalid akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan penjelasan berikutan kenyataan Ketua Pesuruhjayanya, Ahmad Said Hamdan baru-baru ini.


Kerajaan pakatan rakyat juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengerusi GERAK atas segala tohmahan salah guna kuasa seperti yang disiarkan dalam media.

"SPRM Telah Mati"


Para aktivis dari badan NGO hari ini telah membakar semua dokumen yang mengandungi aduan rasuah yang tidak disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di luar pagar ibupejabat SPRM hari ini.

Upacara itu, yang dianjurkan oleh Sekreteriat Solidariti Anak Muda Malaysia, bertujuan untuk menjelaskan bahawa SPRM yang dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam adalah tidak mempunyai sebarang makna dan telah mati.

Minyak petrol telah dituangkan ke atas empat kotak berisi laporan rasuah yang diadukan kepada BPR dan polis sebelum ini sejak 1990 dan dinyalakan api ke atasnya oleh penganjur yang diketuai oleh Badrul Hisham Shahari, di saksikan oleh sekempulan wartawan.

Api yang marak pada awalnya dipadamkan oleh pengawal keselamatan yang menyimbah sebaldi air ke atasnya.

Namun, seorang lagi pengawal keselamatan yang mengheret sebuah pemadam api menjadikan suasana begitu gamat apabila beliau tidak dapat menghidupkan pemadam api itu untuk berfungsi.

Sebelumnya, dua pegawai Jabatan Alam Sekitar yang menunggu bersama pengawal keselamatan, memberitahu Badrul bahawa adalah menjadi satu keslahan untuk membuat pembakaran terbuka.

Tetapi, Badrul menyanggah mengapa mereka tidak bertindak sewaktu bendera Amerika di bakar di Kedutaan Amerika Syarikat baru-baru ini sempena protes terhadap kekejaman Israel ke atas Gaza?

Beliau seterusnya memberitahu pegawai berkenaan untuk teruskan menyamannya dan beliau akan membayar saman itu.

Setelah upacara “pembakaran”, pengawal keselamatan membenarkan Badrul menyerahkan replika “Sijil Kematian” kepada pegawai-pegawai SPRM di luar ibu pejabat.

Badrul telah dijemput untuk menemui pegawai SPRM tetapi telah ditolak oleh Badrul kerana katanya dia datang ke situ bukan untuk bertemu mereka.

Sewaktu sidang media Badrul menyenaraikan kes-kes korupsi yang melibatkan ahli politik Umno dan BN, termasuk aduan yang beliau sendiri lakukan pada awal tahun, yang lansung tidak disiasat.

“Kami disini hari ini untuk mengumumkan SPRM telah mati.”

Beliau menambah sebarang institusi yang tidak mempunyai mekanisma untuk engkaji kelemahan mereka akan gagal.

Badrul ditemani oleh sekumpulan 15 orang yang lain.

Selain dari replika Sijil Kematian, kumpulan itu juga membawa gambar Ketua Psuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan. Gambar Ahmad Said di dalam pakaian seragam mempunyai logo Umno di topinya dan dnegan matanya dilakukan seperti seorang lanun.

Jangan Jadi Lembu Wahai SPRM - AMK


Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengisytiharkan "perang" keatas bekas Menteri besar Selangor Khir Toyo dan mengingatkan Surhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai 20 aduan rasuah yang telah dilaporkan ke atasnya.

Untuk membuktikannya, AMK membawa seekor lembu di atas sebuah lori Isuzu berwarna merah untuk dihadiahkan kepada SPRM.

Walaubagaimana pun pihak polis telah menghalang lembu itu dibawa masuk ke perkarangan ibu pejabat SPRM.

Namun beberapa orang pemimpin AMK telah berjaya menembusi halangan untuk menyerahkan memorandum dan membuat kenyataan mereka.

“SPRM tak sepatutnya bermaksud Suruhanjaya Bagi Lembu dan Kereta ,” bentak Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

“Mengapa mereka menyiasat isu 46 ekor lembu tetapi menidakkan semua aduan yang lain?” tambahnya, merujuk kepada dakwaan yang MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyalahgunakan wang kerajaan negeri untuk membeli lembu dan membayar penyenggaraan kereta peribadinya.

Selain dari 20 aduan, AMK mendakwa Khir Toyo dituduh pernah membeli apartment mewa di Arab Saudi menggunakan dana awam.

“Kami akan menyusunsemula dokumen, kami akan failkan banyak laporan rasuah (terhadap Khir),” kata Shamsul.

Pakatan Rakyat menyatakan SPRM begitu cepat menyiasat dan mengeluarkan kenyataan terhadap laporan yang mengaitkan pimpinan Pakatan Rakyat tetapi membisu malah melenyapkan aduan yang dilakukan ke atas BN.

“Kami ingin memberitahu SPRM supaya mereka tidak dicucuk hidung seperti lembu,” kata Khairul Anuar Ahmad Zainudin, Ketua AMK Selangor.

Beliau menambah lembu itu diberikan kepada PKR oleh penyokong parti mereka dan mereka telah mempunyai dokumen haiwan yang diperlukan untuk dibawa ke tempat awam.

2 Lagi Adun PR Di Tawar RM20 Juta...

2 Adun PR hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai BN.

Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada PKR.

Keshvinder Singh dari DAP berkata beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa ejen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada ejen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan, lapor Bernama.

Beliau menambah antara tawaran, yang diterima ialah imbuhan RM20 juta jika beliau keluar daripada DAP dan mengisytiharkan diri sebagai wakil bebas dan menyokong BN seperti yang dilakukan 3 Adun PR sebelum ini.

Samad Said Nafi Diperalat Pembangkang-malaysiakini

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menafikan dirinya diperalat pembangkang dalam usahanya memperjuang Bahasa Melayu dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata, kehadirannya dalam beberapa siri ceramah pembangkang itu tidak seharusnya disalah anggap oleh masyarakat kerana apa yang penting adalah memperjelas kepada umum isu berkenaan.

"Bagi saya adalah halal untuk saya bercakap mengenai Bahasa Melayu yang saya perjuangkan tidak kira di pentas politik mana sekali pun "Umur saya sudah 76 tahun dan sudah sampai masanya saya memperjuangkan bahasa ibunda saya sebelum hilangnya Bahasa Melayu di muka bumi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sembang Pagi Bersama Sasterawan Negara di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Baharu di sini, hari ini.

Kehadiran sasterawan negara itu dalam beberapa siri ceramah pembangkang dalam isu PPSMI sejak kebelakangan ini mengudang rasa tidak senang umum. Malam ini Samad dijadual berceramah dalam satu majlis anjuran Pas di Padang Perdana di sini bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mengulas perkara itu, Samad berkata beliau bukannya "dibeli" parti politik, malah akan turut memperjuang isu itu jika dianjurkan Umno dan kerajaan.

"Kalau dituduh begitu, itu bukan maksud saya dan saya hadir di situ untuk memperjuangkan bahasa saya," katanya.

Sultan Selangor Yakin Sebarang Keputusan MB Selangor

25 Februari 2009


Sukacita saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada hari Rabu, 25 Februari 2009 dan menyembah kepada baginda perkembangan hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor serta isu yang elibatkan Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, Adun Bukit Lanjan yang juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor.


Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa Baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizibeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, Baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).


Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan ‘privacy’ individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.


Kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong, Baginda melahirkan rasa sedih dan simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.


DATO’ HAJI MOHAMAD MUNIR BIN BANI
Dato’ Lela Bakti
Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor

Jom....Himpunan Semngat 46 Lembu Hari Ini !!!

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) dengan kerjasama AMK Selangor akan melancarkan satu program yang dinamakan “Perhimpunan Semangat 46 Lembu”. Perhimpunan ini akan diadakan bertujuan untuk menunjukkan mesej bahawa SPRM telah menjadi ‘lembu yang dicucuk hidungnya’ kepada UMNO-BN.


Butiran lanjut program tersebut adalah seperti berikut:-


Tarikh : 25 Februari 2009 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat: Pejabat SPRM, Plaza Massalam, Seksyen 9, Shah Alam


Semua penyokong dan wartawan KECUALI Utusan Malaysia adalah dijemput hadir.

Sekian, harap maklum.


HASMUZAIR HASSAN
Sekretariat
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
(Tel: 014-8422155)

RM17 Juta Skandal Terbaru Khir Toyo

Mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo kini terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.

Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah. Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor, 24 Februari lalu, kesemua transaksi dibuat atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh individu muslim.

"Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika kes ini membabitkan unsur jenayah," kenyataan akhbar itu dipetik.


Sebelum ini dua orang Pegawai PNSB telah diminta bercuti selama sebulan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan. Siasatan tersebut berhubung dakwaan kelemahan dan kesalahan urusan simpanan rekod perakaunan anak syarikat kerajaan negeri. Abdul Khalid selaku Pengerusi PNSB telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod tersebut.

24 February 2009

Pak Lah Tegur SPRM

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah telah meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak hanya sebagai satu usaha menjanamakan semula BPR (Badan pencegah Rasuah) kepada SPRM tanpa perubahan ketara ke atas struktur dan keberkesanannya.

Berucap di majlis pelancaran rasmi SPRM pagi tadi Abdullah menyatakan:

"Kita sedar bahawa isu-isu berhubung persepsi ketidak-bebasan SPRM, tuduhan sebagai harimau tak bergigi, penguatkuasan berpilih, kelewatan bertindak serta tuduhan penyiasatan tidak profesyenal sedikit sebanyak telah menjejaskan imej dan kredibiliti BPR (SPRM)."

Banyak pihak melihat teguran Abdullah yang disampaikan dihadapan semua pegawai SPRM itu tepat pada masanya setelah SPRM baru saja dikritik hebat ekoran tindak-tanduk dan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Said Hamdan baru-baru yang telah menyatakan SPRM mempunyai bukti kukuh di dalam kes pembelian 46 ekor lembu korban dan penyenggaran kereta peribadi oleh Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Majlis perasmian SPRM ini entah mengapa tidak mendapat liputan atau laporan oleh akhbar-akhbar arus perdana di dalam edisi mutakhirnya hari ini.

SPRM telah dilihat sebagai lembu yang dicucuk hidungnya apabila melakukan tindakan secara selektif dengan mengabaikan ratusan aduan yang dibuat oleh PR bersabit dengan kes rasuah pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

Guan Eng Akan Saman Utusan Malaysia

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan menyaman Utusan Malaysia serta Yang diPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahya berhubung tuduhan 'DAP menghina Islam' yang termuat dalam laporan Utusan Malaysia hari ini.

Ia berikutan kenyataan Shabudin yang melahirkan rasa kesal dengan kononnya ada penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.


Guan Eng dalam satu sidang media bersama PR di Parlimen hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan laporan Utusan Malaysia itu yang baginya tidak bertanggungjawab.


Hadir sama dalam sidang media itu ialah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dan Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali serta dua ahli Parlimen KeADILan, Dato' Johari Abdul (KeADILan Sungai Petani) dan Yusmandi Yussof (KeADILan Balik Pulau).


"Macam mana beliau kononnya dapat maklumat mengenai majlis ini sedangkan kami dalam mesyuarat exco tidak pernah membincangkan hal ini, ini satu fitnah yang keterlaluan.DAP tidak pernah menghina Islam atau berhasrat menghina Islam seperti yang digembar-gemburkan oleh akhbar seperti Utusan.Sebelum ini saya sendiri pernah membela nasib keluarga Melayu yang pernah dianiaya dalam kes rogol membabitkan orang kenamaan di Melaka yang menyebabkan saya di penjara. " kata Guan Eng dengan nada marah.

Program Himpunan Esok Akan Di Teruskan-malaysiakini




Himpunan Anak Muda Malaysia

Protes SPRM - seronok jadi kuda kelompok politik


25 Febuari 2009, Rabu


11.00 pagi


Depan Pejabat SPRM Putrajaya.


Kemuncak himpunan ini akan dibakar 'salinan' laporan dan bukti - bukti rasuah yang pernah dihantar kepada Polis, SPRM / BPR. Ini sebagai menifestasi rakyat Malaysia hilang harapan terhadap SPRM. SPRM lebih baik tidak wujud kerana kewujudanya selain membazirkan ratus juta wang negara, ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai tawan tawa dunia. Biar dunia mentertawakan SPRM tetapi bangga melihat kebangkitan anak muda Malaysia.

Tidak dapat dipastikan kebenaranya, namun maklumat diperolehi Ketua Pesuruhjaya SPRM sudah mengarahkan laporan polis dibuat kerana wujud 'ancaman' kepada SPRM esok.Kemungkinan sekatan jalan raya. Tidak kira berapa orang yang akan hadir esok.Protes tetap diteruskan! Esok juga ada 'hadiah' buat pertubuhan bukan kerajaan 'GERAK'.

Ini bukan kegiatan ganas tetapi amaran keras dari anak muda Malaysia.

Badrul Hisham Shaharin
Seketeriat
Solidariti Anak Muda Malaysia

Adun Batang Ai Meninggal Dunia

Adun Batang Ai, Datuk Dublin Unting, 53, meninggal dunia pada kira-kira jam 1.25 pagi tadi akibat serangan angin ahmar. Beliau berada dalam keadaan koma sejak diserang angin ahmar Mei tahun lalu sejurus selepas memberi satu temubual radio di Kuching dan selepas itu menjalani pembedahan selama tiga jam untuk membuang darah beku dalam otaknya.

Jika pilihanraya kecil diadakan, ia merupakan ujian pertama bagi PR di Sarawak sejak pilihanraya umum pada Mac 2008. Tidak seperti negeri2 lain, Sarawak tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya umum.

DUN Batang Air terletak di kawasan pedalaman di wilayah selatan Sarawak, berdekatan dengan sempadan barat Kalimantan. Ia terletak kira-kira 200km di timur ibu negeri Sarawak, Kuching.

Siapa Sebenarnya Di Belakang "ribut" Dalam PKR?

iapa sebenarnya di belakang keributan politik kini. PKR kini seolah diasak kiri dan kanan. Apa fasal ahli PKR yang jadi sasaran.

Perak jadi kelam kabut berpunca dari DUN PKR. MB Selangor,orang PKR,kena gasak MACC. Foto seksi juga PKR, Bukit Selambau pun PKR. Apa fasal??

Orang PAS dan DAP tak pula jadi sasaran utama walaupun ada.

Ini semua kerja strategis. PAS dan DAP dah berjuang berpuluh tahun dan kesannya pada UMNO/BN tak memeningkan. Pernah bekerjasama dengan S46 dan PBS. Tetap juga BN menang besar dalam PRU. Jadi bagi dia (mereka), PAS/DAP bukan masalah tunjang. Mereka mesti serang sasaran utama.

Sasaran utama strategis ini ialah Anwar Ibrahim. Masuk penjara sudah. OK, reda sekejap, keluar saja penjara, semua orang UMNO/BN huru hara. Serangan peribadi dah buat, tak jadi. Menang besar di Permatang Pauh. BN dengan segala armada dan General turun, satu undi pun tak dapat curi kalau di banding dengan PRU 12 dulu.

Kalau macam itu, serang pula orang-orang dia, sebab yang lain itu tak sekebal Anwar. Bila serang orang PKR, ini akan jadi masalah untuk Anwar.

Bagi strategis, kalau nak jatuhkan lawan, bagi masalah yang berterusan. Tak kiralah caranya bermoral atau tidak. Gentleman atau tidak. Pokok pangkalnya biar dia sibuk dengan masalah. Barulah boleh buat serangan yang dia tak sangka-sangka.

Taktik begini bukan baru dan bukan asing. Tiap minggu kita boleh tengok dalam EPL. Itulah yang dalam kepala tiap pengurus kelab. Sebelum kena 'sack', Scolari kata, dia tak ada orang yang boleh bagi masalah pada pihak lawan.

Peranan PAS dan DAP dalam merampas 4 negeri dari BN dulu memang tak boleh dinafikan, tapi dominasi DSAI dalam mencatur strategi memang nadi utamanya. Bagi strategis, DSAI ialah masalah terbesar. Kurang lebih sepuluh tahun saja kerjasama PAS, DAP dengan PKR, hasilnya drastik sekali. Dan kurang lebih 4 tahun saja DSAI bebas dan 'all out' berkempen, kesannya 'destructive' sekali bagi UMNO/BN.

Drastik dan 'destructive', kombinasi yang paling di geruni.

Bagi mereka PKR dan DSAI benteng yang mesti diruntuhkan untuk memusnahkan Pakatan Rakyat. Kalau PKR dan DSAI bermasalah, maknanya bermasalah lah Pakatan Rakyat. Taktik yang sama DSAI sendiri buat masa kempen PRU 12, serang pemimpin UMNO, serang DEB, runtuhkan keyakinan rakyat pada UMNO/BN, hasil nya...tak payah disebut lah.

Serangan yang paling bagus ialah duit dan skandal seks. Ini cara paling mudah dan paling efektif selagi ia berlaku diatas muka bumi ini. Jika terjerat sebab dua benda ini, memang susah nak lepas. Rahim Tambi Chik berbelas tahun nak lepas. Isa Samad masih bergelut. Chua Soi Lek saja yang handal, tak sampai 5 tahun isu seks di hotel, terus jadi Timbalan Presiden.

Mungkin ramai yang boleh mengandaikan siapa strategis itu. KJ??... Bukan, bukan...jauh panggang dari api. Akal Oxford nya tak kan sampai kesitu. Dia cuma "master in provocation".

BN memang tak ada isu untuk menghentam PR. Langsung tak ada isu, kalau ada pun isu terpencil. Tapi DSAI dan PR ada bertimbun isu yang nak dijaja pada rakyat.

Mood rakyat sekarang pada PR dalam fasa menaik bukit, sokongan bertambah-tambah. Belum lagi sampai klimaks atau takat tepunya. Masih ada banyak sebab rakyat nak berpihak pada PR. Beribu fakta PR boleh beri pada rakyat mengapa keadaan ekonomi, sosial dan politik kita jadi huru hara.

Sokongan orang Melayu bertambah, sebab orang Melayu suka tunggu dan lihat.Mereka dah tunggu dan lihat keputusan PRU lepas. Signalnya jelas, PR semakin kuat dan popular. Siapa yang tak suka memihak pada yang kuat dan popular. Orang Melayu yang atas pagar atau yang dulu undi BN sebab sentimen tradisi akan masuk menyokong PR.

UMNO/BN pada pandangan rakyat dah memang sinonim dengan politik wang. Sesuatu yang mustahil untuk dikikis dari pemikiran rakyat hatta untuk 15, 20 tahun lagi, melainkan Presiden UMNO itu tiba-tiba turun dari langit dan berwatak macam Nik Aziz.

Serangan-serangan keatas individu PKR akan berterusan sebab mereka melambangkan Anwar Ibrahim, dan jika ada orang PAS dan DAP yang boleh dipalitkan, juga tak terkecuali terutama yang ada 'direct network' dengan Anwar.

Strategis-strategis ini semua ialah orang yang memihak pada Najib, samaada mereka memerlukan Najib atau Najib memerlukan mereka untuk survival. Najib memang bijak orang nya, jika tidak tak kan lah dia bakal jadi PM Mac ini walaupun semua orang UMNO dan perwakilan tahu kes Altantuya dan Razak Baginda bagaikan irama dan lagu dengan Najib.

Namun strategis utamanya ialah musuh nombor satu yang juga bekas bos DSAI sendiri. Wallahualam.

23 February 2009

Kaji Selidik Dan Kemaskini Rekod PNSB

KENYATAAN MEDIA
23 FEB 2009

SHAH ALAM – Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sangat mementingkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menjalankan pentadbiran Kerajaan serta pengendalian anak-anak syarikat Kerajaan Negeri.


Baru-baru ini, Dato’ Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi Pemerbadanan Menteri Besar Selangor telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod perakaunan syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).


Antara rekod-rekod yang disyaki terlibat termasuk penyerahan dokumen kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan urusniaga pembelian serta penjualan hartanah di Mekah diantara tahun 2006-2007.


Oleh itu, ahli lembaga pengarah PNSB hari ini telah mengarahkan Ketua Eksekutif PNSB, Datin Hajah Khairiyah Abu Hassan dan Pengurus Kewangan, Puan Nora Azmin Radzuan diberi cuti bergaji selama 30 hari supaya kajian selidik dan kemaskini rekod perakaunan dapat dilakukan.


Keputusan ini menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam dalam soal memantau selia, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran Kerajaan Negeri dan semua agensi, badan berkanun, pihak-pihak berkuasa dan pertubuhan yang berkaitan dengan atau di bawah pentadbiran Kerajaan negeri Selangor selaras dengan dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.


SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Himpunan GMP: Bantuan Polis Di Perlukan

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan memohon kerjasama polis bagi memastikan Perhimpunan Raksasa membantah pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada 7 Mac ini, berlangsung secara aman.

"Kita perlukan kerjasama polis. Mereka lebih maklum (mengawal keadaan). Macam sambutan hari kemerdekataan setiap 31 Ogos, puluhan ribu orang berkumpul di Dataran Merdeka (menyaksikan sambutan) tetapi keadaaan itu dapat dikawal," kata timbalan setiausaha GMP, Suhaizan Kaiat.

Walaupun Unit Amal PAS akan dikerahkan mengawal keadaan, tetapi bantuan polis masih diperlukan, termasuk untuk mengawal lalulintas dan membuka laluan alternatif jika perlu. Beliau mengakui, apabila 100,000 penunjuk perasaan berkumpul, jumlah yang besar itu akan memenuhi jalanraya dan menjadikannya sesak.

Kepimpinan GMP diterajui oleh tokoh politik dan bahasa dan bukannya pemimpinan politik. Kerja2 mobilisasi dibuat oleh Pemuda PR seperti yang dilakukan dalam siri2 jelajah mereka di seluruh negara.

Petang ini, gabungan NGO dan sayap pemuda pembangkang itu akan mengadakan mesyuarat membincangkan hal-hal teknikal perjalanan perarakan 7 Mac depan di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara.

Manakala malam ini, tokoh pemimpin tertinggi pembangkang, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual hadir dalam sebuah forum PR berhubung isu PPSMI.

Forum akan bermula jam 9 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (SCAH) di ibu negara.

Ahli UMNO Bisa Jadi Penjual DVD Porno

SURAHMAN sejatinya bisa hidup tenang di kampungnya, Sampang, Madura, sebagai petani. Namun, alih-alih mencangkul, dia malah pergi ke Surabaya untuk berbisnis. Sayang, bisnisnya tak patut. Dia jual DVD porno di depan pertokoan Siola. Karena itu, dia ditangkap aparat Polsek Genteng kemarin (18/2).

Bagi Surahman, berdagang film biru itu memang jauh lebih menguntungkan ketimbang berpanas-panas jadi petani. ”Saya nggak kuat jadi petani,” kata pria yang beralamat di Kedung Sroko tersebut. Kepala Surahman tertunduk saat mengucapkan kalimat itu.


Dia pantas menyesal. Sebab, niatnya sejatinya ”mulia”. Dia butuh uang untuk membelikan susu istrinya yang sedang hamil. Apalagi, Surahman sebenarnya sudah bertobat. Dia adalah mantan penjual DVD porno di kawasan tersebut. Dia sudah bertobat dan memilih jadi petani. Namun, pertobatannya kandas dihantam badai ekonomi keluarga.


Surahman bukan satu-satunya pelaku yang ditangkap. Polisi juga mencokok Pria yang mengaku sebagai petugas kebersihan salah satu mal besar itu memilih berjualan film asusila untuk tambahan penghasilan. ”Gaji saya nggak cukup,” ujar Zaini. Dua orang itu tak mau mengatakan sumber film tersebut. Mereka mengaku hanya sebagai makelar. (Kompas)


Laporan dari Malasia: Pencacai UMNO bisa saja lakukan persis Surahman juga Pria. Pencacai umno bisa berdagang filem biru kerna pasti nggak ditangkap polisi Malasia. Akuan geranti lulus pantas dikeluarkan kantor bapak menteri di Putrajaya. Kalian nggak bisa gusar kerna SPRM telah ditangani bapak menteri. Cuba sebut - UMNO dan Porno, bunyinya serasi juga kerasi !!!



(Kerajaan Rakyat)

Perhimpunan Semangat 46 Lembu

Salam Perjuangan kepada semua,


AMK Malaysia bersesama dengan AMK Selangor akan melancarkan program yang dinamakan “Perhimpunan Semangat 46 Lembu“. Perhimpunan ini akan diadakan dengan bertujuan untuk menunjukkan mesej bahawa SPRM telah menjadi Lembu Cucuk Hidung terhadap kerajaan UMNO-BN dulu, kini dan mungkin selamanya.


Oleh itu, semua pimpinan dan pendokong parti2 komponen Pakatan Rakyat dikehendaki dan dijemput hadir ke majlis yang telah dirancang seperti di bawah:-


Tarikh : 25-Februari-2009

Masa : 2.00 petang

Tempat : Lobi Belakang Plaza Massalam, Seksyen 9,
Shah Alam

Agenda : Perarakan Lembu ke SPRM

Tempat Berkumpul : Berkumpul di MacDonald Seksyen 9 dan
bergerak menuju ke Pejabat SPRM, Plaza
Massalam, Seksyen 9, Shah Alam


Bahan-bahan : Sila bawa replika Lembu atau gambar Lembu

Keutamaan Semua Kaum Jadi Teras PR

Semalam saya hadhir memenuhi undangan Majlis Pelancaran Tabung Bantuan untuk Sekolah Sin Ming di Puchong. Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bantuan sebanyak RM 50 ribu dari pihak kerajaan negeri Selangor buat sekolah tersebut.


Turut hadhir dalam majlis itu ialah YB Yaakob Sapari, YB Abdullah Sani, YB Teresa Kok, juga beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor serta masyarakat Tiong Hua sekitar.


Dalam ucapan saya mengungkap kata-kata Han Su Yin yang terkenal iaitu, “Empat Lautan Terbentang Luas, Semua Manusia Bersaudara”. Teras dasar Pakatan Rakyat sangat jelas iaitu memastikan semua kaum di Malaysia tidak dipinggirkan.


Meski pun diberi amaran oleh Kementerian Pelajaran, masyarakat setempat begitu ghairah menyokong usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor di dalam memperkasa pendidikan ibunda; baik jenis kebangsaan, Tamil dan Cina.


Jelas sekali pendukung UMNO-BN sememangnya tidak mahu berubah. Keutamaan mereka hanya satu yakni untuk tetap berkuasa walau ianya menidakkan kemahuan rakyat.


ANWAR IBRAHIM

Perak: Umno Dapatkan Nasihat Queen’s Counsel

Penasihat Undang-undang Perlembagaan UMNO nampak gaya dah habih pakar di Malaysia ni untuk mintak khidmat untuk menegakkan kerja buruk dan cabul Undang-undang di Perak.

Terpaksa pergi ke England untuk minta pandangan Queen’s Council cari jalan keluar krisis Perak.

Tapi pelik jugak kenapa Penasihat Undang-Undang Negeri masih tidak memberikan pandangan beliau. Sedangkan beliaulah yang mempunyai autoriti berkenaan KRISIS PERLEMBAGAAN di Perak ketika ini.

Zambry menyebut Beliau tidak memberi penjelasan kepada media kerana beliau merupakan Kakitangan Kerajaan dan terikat dengan Etika. Tapi saya percaya kalau pandangan Penasihat Undang2 Negeri itu selari dengan kerajaan Haram Jadah BN hari ni, awal2 lagi dah muncul.

Ni la masalah bila Umno yang memerintah sepatutnya Junjung Undang2 negara tetapi membelakangi Perlembagaan.

Semalam Nizar berceramah dan menjelaskan Dun Perak mesti bersidang dalam tempoh enam bulan dari tarikh persidangan lepas. Kalau ikut jadual jatuh pada Bulan Mei ni.

Itu sebabnya Umno dalam keadaan panic sekarang ni. Kalau diadakan sidang Dun umno akan berdepan dengan Undi tak Percaya dan perwakilan BN hanya 21 orang berbanding PR 28.

Kalaupun Undi Tidak Percaya diadakan nampak seperti PR mengiktiraf Zambry sebagai Menteri Besar Haram Jadah pulak dah. Itu yang timbul isu siapa yang mempunyai kuasa memanggil Sidang Dun samada Sultan atau Speaker.

Kalau tidak diadakan Sidang Dun dalam tempoh tersebut, Dun Perak akan dibubar secara automatik dan Pilihanraya Negeri terpaksa diadakan.

Dari segi Undang-undang nampak gaya masih menyebelahi PR tapi saya bimbang dengan Sikap tak profesional SPR selepas kes 2 Adun Haram Jadah lompat Parti tu.

Nampak gaya selagi tak de keputusan mahkamah berkenaan dua exco tu, SPR akan guna tindakan yang sama tidak mengiktiraf kuasa speaker setiap kali diminta mengadakan Pilihanraya Kecil.

“Mereka merancang dan Allah juga merancang, tetapi Allahlah sebaik-baik perancang”

22 February 2009

UMNO Dulu..Kini...& Selamanya-malaysiakini

Yang jelas perebutan jawatan yang bakal menjanjikan habuan duniawi semata2. Kuasa, wang ringgit nampaknya menjadi agenda peribadi oleh KEBANYAKAN mereka. Namun masih ada segelintir mereka yang berjuang tetapi akan dan bakal tersisih oleh segerombolan yang rakus dalam semua bidang. Kalau UMNO tidak evolve bersesuaian dengan perkembangan masa kini UMNO akan pupus dalam masa terdekat seperti pupusnya dinasor akibat tidak boleh menyesuaikan diri dengan perubahan masa kini.

Bila UMNO kalah di 5 negeri kepada pembangkang (PR), mereka menuding jari kepada orang Melayu khasnya kerana mengkhianati UMNO tapi hakikatnya siapakah yang mengkhianati siapa?? Dalam hal ini, pemimpin UMNOlah yang korup bukan semua tapi majoriti di antara mereka. Rakyat tidak lagi boleh diperbodohkan mahupun disalahkan dalam hal ini. Cerminlah diri.., dan buatlah analisa sendiri adakah layak antara mereka ini, bergelar pemimpin?

Dengan perkembangan terbaru iaitu di Perak & Selangor serta berkemungkinan neger2 lain yang dibawah PR...., terbukti cara yang digunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Target utama pihak yang bertanggungjawab menghuru-harakan disana adalah semata-mata untuk menunjukan mereka masih mempunyai KUASA untuk membuat REFORMASI dengan cara mereka......


Sama-sama kita saksikan nanti bila pemilihan parti Melayu ini pada hujung Mac ini. Yang penting sekali..,adakah Najib akan berjaya mencapai IMPIAN BESARnya untuk menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA..!!!!

Hantar Mesej Kepada Mereka......


Ini adalah wajah mereka yang merubah senario politik Perak? Sudah pasti ada antara kita yang ingin menyampaikan mesej kepada mereka. Apa salahnya kita memberitahu mereka ini apa yang kita rasa mengenai tindakan yang mereka buat. Adakah TAHNIAH merupakan ucapan kita pada mereka atau sebaliknya. Kita perlu menatap wajah mereka agakrsemua tahu dan dapat menilai sama ada mereka adalah jaguh atau sebaliknya. Sampaikan kepada mereka apa anda rasa dan ucapan anda kepada mereka.

Apa pun mereka telah memberi impak kepada senario politik Perak. Marah atau tidak mereka adalah punca utama. Pesanan anda pasti akan mereka baca di www.umno-reform.com. Anda juga boleh menghantar email ke editor1@umno-reform.com

Cikgu Bard:SPRM Pelacur Pemuas Nafsu UMNO..?

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shahrin menyifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sama seperti pelacur yang menjadi pemuas nafsu pemimpin Umno.

Menurut beliau ketika dihubungi Suara Keadilan, SPRM harus malu dalam agendanya untuk mencegah rasuah didalam Malaysia sedangkan rasuah didalam parti pemerintah semakin berleluasa.

“SPRM harus malu dengan Barisan Nasional, mereka menjadikan SPRM seperti pelacur untuk memuaskan nafsu sesetengah ahli politik Malaysia,” katanya tegas hari ini

Katanya, SPRM hanya membazirkan wang rakyat kerana sejak penubuhan badan berkenaan tidak menjalankan tugas yang dengan dedikasi dan seperti yang diharapkan.

Pada 2 Januari lalu, Badrul telah menyerahkan kira-kira 60 mukasurat yang mengandungi pelbagai laporan rasuah lama dan baru kepada SPRM.

Walaubagaimanapun menurutnya sehingga kini tidak ada sebarang jalan penyelesaian yang dilihat untuk menangani rasuah yang telah dilaporkan.

“Kita telah menghantar bukti rasuah kepada SPRM pada awal penubuhanya untuk menguji sebagaimana kredibiliti SPRM dalam menangani masalah, namun apa yang saya lihat SPRM gagal melaksanakanya,”katanya.

Oleh yang demikian, Badrul bersama-sama kumpulan anak mudanya akan membakar bukti-bukti rasuah yang berada ditangan beliau sebagai tanda kemarahan terhadap SPRM.

“Apa yang saya buat ini bukan seorang, bukan kerana parti, tapi ini adalah tanda kemarahan rakyat yang melihat SPRM gagal menangani gejala rasuah,” katanya lagi. Menurut blog beliau, pada 26 Februari ini beliau akan ke Pejabat SPRM di Putrajaya utnuk membakar salinan dokumen dan bukti rasuah yang pernah dihantar beliau semenjak 1998.

Apa Jadi Pada Ratusan Laporan Rasuah Ke Atas Pimpinan UMNO-BN?

Saya kesal dengan kenyataan politik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah bertindak menghukum Tan Sri Khalid sebelum sebarang pendakwaan dan perbicaraan bersabit dengan kenderaan dan juga lembu.


Sikap pilih kasih dan pendakwaan selektif yang begitu ketara ini sangat menjijikkan, tatkala puluhan, malahan ratusan laporan polis serta laporan rasuah yang dikemukakan kepada SPRM melibatkan pimpinan UMNO-BN, dibakulsampahkan dan senyap sunyi tanpa berita!


Reformasi apa yang dijanjikan kini? SPRM ghairah memperjuangkan kes lembu, walhasil mereka menampakkan diri mereka ibarat lembu dicucuk hidung.


Cara jelek sebegini pastinya satu percaturan yang diatur bagi memenuhi agenda peribadi Datuk Seri Najib untuk memastikan suara rakyat dilenyapkan.


KeADILan dan Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa kita komited dengan agenda membanteras rasuah ke akar umbi dan menentang sistem yang rakus dan zalim.


ANWAR IBRAHIM

21 February 2009

Minda Berpolitik Tak Di Update-malaysiakini

Nampaknya UMNO/BN masih menggunakan cara berpolitik masih ditahap lama. Ini kerana modal yang digunakan mereka nampaknya lebih kurang sama dengan yang lalu....

Tugas PR dan Rakyat yang mahukan Perubahan Ke Arah Kebaikan Kepada Semua adalah melondehkan semua kepincangan yang telah mereka (UMNO/BN) lakukan. Walaupun nampaknya SPRM yang dikatakan badan bebas itu telah membuktikan badan ini adalah sebaliknya, namun kita jangan berputus-asa menyerang mereka habis-habisan.

Dalam TV3 Suku sekejap tadi bekas MB yang masih tergila-gilakan jawatan itu muncul dengan modal kelakarnya yang menyuruh MB kita Tan Sri Khalid Ibrahim pula meletak jawatan.

Sekarang mereka nampaknya cuba sedaya-upaya juga untuk menyekat ARUS PERUBAHAN INI. Oleh kerana itu, bermacam-macam senario telah sama2 kita saksikan, bemula sejak negara menghadapi PRU-12 lagi...

Sekarang ini Rakyat Malaysia dengan penuh Tekun memerhatikan gelagat2 mereka yang masih angkuh dengan sisa2 kuasa mereka yang masih ada...... Sekarang juga, Citarasa Rakyat Malaysia sudah BERUBAH..!!!!. Antara cara2 lama yang mereka gunakan ialah:

1. Ugut. Mengugut rakyat dengan pelbagai deraan sekiranya tidak mengikuti telunjuk mereka.


2. Meniup api perkauman. Orang bukan Melayu UMNO adalah pendatang pada mereka. Orang Melayu, tetapi kalaubukan UMNO, juga pendatang. Maka tidak layak berada di Malaysia


3. Mewujudkan suasana racist agar orang Melayu kembali menyokong UMNO


4. Menimbulkan konsep ketuanan Melayu agar timbul rasa tersepit di kalangan orang Melayu. Congaknya ialah apabila orang Melayu rasa tersepit, mereka akam kembali kapada UMNO dan kemudian mengundi UMNO


5. Mencipta musuh baru, supaya semangat ketuanan Melayu, racism dan ketaatan mutlak kepada UMNO dijana semula. Antara musuh baru yang mereka dapat ialah Hindraf, Teresa Kok, dan RajaPetra. Musuh lama seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang, Nik Aziz, Hj. Hadi tetap diawet supaya kekal status mereka sebagai musuh.


6. 'Musuh nombor wahid adalah Anwar Ibrahim' cuba dihancur seranap yang mungkin. Tetapi individu ini sampai sekarang menjadi pilihan nombor wahid Rakyat Malaysia.


7.Mereka juga cuba character assasination. Yang terkini ialah Elizabeth Wong


8.Yang paling menjijikan ialah mereka melakukan peralihan kuasa secara rasuah. Dan mereka berjaya di Perak. Tetapi kejayaan tersebut lebih berbentuk neraka daripada kegemilangan.


9. Dan, mereka sentiasa bersedia menggunakan satu satu senjata yang mereka ada untuk membenarkan semua tindakan yang mereka lakukan. ISA, telah terbukti senjata yang boleh menyelamatkan nyawa politik mereka.


10. Di Perak, telah ada suara menggesa agar UMNO menggunakan option ini, iaitu ISA.


11. Kemudian sekiranya tidak menunjukkan kejayaan, option mengisytihar darurat akan mereka gunakan.


12. Namun menggunakan lunas demokrasi tidak sekali.

SPRM Di Perkudakan UMNO/BN?

Ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat negeri Selangor sepakat menegaskan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dato' Ahmad Said Hamdan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersifat politik dan pendakwaan tersebut bertujuan mencemarkan nama baik Menteri Besar.

Kenyataan pertama sebulat suara daripada Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu dinyatakan dalam sidang media sempena program Retreat Exco Selangor 2009, di Holiday Hotel, Subang Jaya selama 3 hari.

Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa)
Kami menuntut supaya SPRM dapat melaksanakan tugas secara bertanggungjawab dan kami mendapati ia merupakan usaha jahat yang terancang oleh Umno-BN untuk mengugat PR Selangor dengan memperalatkan institusi SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Saya yakin wakil rakyat Pakatan PR Selangor akan terus menjadi sasaran serangan fitnah Umno-BN dalam beberapa bulan yang akan datang. Bagaimanapun semua Adun dan Ahli Parlimen akan mempertahankan prinsip2 keluhuran Perlembagaan serta mendukung sebulat suara kepimpinan Menteri Besar untuk terus memimpim Selangor.

Pentadbiran kerajaan PR yang dipimpin selama hampir setahun telah mempertahankan agenda dan program kebajikan rakyat dengan prinsip merakyatkan ekonomi Selangor.

Kerajaan PR dalam pentadbiran dan pembangunan dalam tahap yang cukup cemerlang dan kami yakin rakyat akan tetap memberikan mandat untuk Tan Sri memimpin dan menerajui Selangor.

Kenyataan Pengerusi SPRM itu seolah-oleh menggambarkan bahawa SPRM tidak bebas dan menjadi alat serta diperkudakan oleh Umno-BN.

Justeru, Adun dan Ahli Parlimen PR Selangor berharap Jabatan Peguam Negara sewajarnya bertindak secara bebas, adil dan telus manakala SPRM pula tidak mengambil tindakan yang boleh dilihat sebagai badan yang tidak bebas.

Rasuah Khir Toyo Di Dedah


MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan tiga penyelewengan Datuk Seri Khir Toyo ketika memimpin negeri itu sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu.


Penyelewengan berkenaan membabitkan tindakan cuba mengelak cukai, menukar sistem perakaunan anak syarikat kerajaan negeri, dan pembelian apatmen di Makkah “untuk tujuan yang meragukan”.


Tan Sri Khalid berkata, Khir semasa menjadi Menteri Besar mempengerusikan tiga syarikat negeri dan mendapat imbuhan tiga buah kereta tetapi ini tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


“Salahguna kuasa kedua yang dilakukan Khir Toyo ialah menerima hadiah jam tangan bernilai RM 150,000 daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad atau PNSB,” katanya.


Beliau berkata, apabila menyedari menerima habuan seperti itu adalah satu kesalahan, Khir cuba membayar balik secara memasukkan wang tunai RM150,000 ke dalam akaun syarikat.


Selain itu, kata Tan Sri Khalid, Khir Toyo juga membuat pembelian apatmen di Makkah untuk “kegunaan beberapa anak Selangor yang terpilih sahaja” dengan perbelanjaan lebih RM 9 juta.


MB Selangor menegaskan siri pendedahan mengenai penyelewengan dan salahguna kuasa Khir Toyo dibuat bukan kerana hendak “menutup mulut” Ketua Pembangkang Selangor itu tetapi hendak mengingatkan beliau supaya “menjaga mulutnya”.


Beliau juga menyifatkan Khir Toyo sebagai “pengacau” kepada program pembangunan rakyat dan beliau yang sebelum ini hanya mempertahankan diri daripada segala tomahan Khir Toyo kini bertindak kerana “kesabarannya ada hadnya.”

Moral UMNO (Bah-2) Pembaziran Wang Rakyat

Melihat kepada trak polis yang berderet di Kuala Terengganu semasa prk Kuala Terengganu,sudah macam nak pergi perang. - Foto ihsan Anilnetto

Bayaran sewa canopy sahaja: RM6 juta. Gila punya perbelanjaan!!

Perbelanjaan yang telah diboroskan oleh Kerajaan UMNO/BN untuk menempatkan 3,376 anggota polis (sebenarnya makin ramai anggota polis, semakin porak-peranda jadinya) seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA semasa pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
  • Alaun Perjalanan - RM2,700,000
  • Makan dan Penginapan - RM4,500,000
  • Makanan Ringan dan Minuman - RM65,000
  • Komunikasi dan Peralatan - RM50,000
  • Sewa Canopy (Kemah) - RM6,000,000
  • Minyak Kenderaan dan alatganti - RM698,000
  • Bahan Mentah dan lain-lain - RM310,000
  • Penyelegaraan dan lain-lain - RM830,000
  • Jumlah Perbelanjaan - RM15,153,000

Bayangkanlah betapa kerajaan UMNO/BN memborosi wang RAKYAT. Dalam keadaan ekonomi negara meleset ini, RM15 juta telah dihabiskan hanya untuk anggota polis. Ini baru hanya satu prk!!

Yang paling pelik, perbelanjaan untuk sewa canopy/kemah sahaja sudah mencecah RM6,000,000!!! Kita sudah boleh agak siapa yang dapat kontrak menyewakan kemah-kemah ini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tak nak siasat ke? Polis-polis ini pergi makan angin ke? Ada sebahagian kemah yang siap berhawa dingin. Untuk makan (atau muntah kedarah?) saja habis RM4.5 juta. Tidak cukup dengan itu, mereka muntah kedarah lagi dengan makanan ringan sebanyak RM65 ribu


Inilah moral kerajaan LAKNAT UMNO/BN dalam perbelanjaan ‘berhemah’.


(Kerajaan Rakyat)


HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA