Pasaran getah Malaysia dijangka meneruskan lagi peningkatan pada minggu depan dengan harga terus kekal pada paras tinggi berikutan kebimbangan akan keadaan bekalan terhad di seluruh dunia, kata seorang peniaga.
Gred tayar SMR 20 pada Jumaat mencecah paras 1,600 sen sekilogram, yang tertinggi pernah dicatatkan sejak ia diperkenalkan pada 1972, apabila pengeluar kereta Singapura dan China terus membuat tempahan walaupun harga tinggi.
"Walaupun dengan harga yang tinggi sekarang, peniaga masih membeli,berikutan jualan kereta yang bertambah baik.
"Senario ini akan membawa kepada malahan harga lebih tinggi ketika bekalan masih kekal kecil, terutamanya, dengan ketibaan musim daun luruh," kata peniaga itu.
Musim daun luruh di negara-negara pengeluar utama akan memaksa aktiviti penorehan ditangguhkan kerana pokok menghasilkan kurang susu getah semasa tempoh ini.
Peniaga itu berkata musim daun luruh dijangka berterusan sehingga April. Bagi asas mingguan, harga jualan rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 naik 40.5 sen kepada 1,593 sen sekilogram daripada 1,552.5 sen pada minggu sebelumnya.
Susu getah pukal meningkat 19.5 sen kepada 1,004.5 sen sekilogram daripada 985 sen sebelumnya.
Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 naik 48.5 sen kepada 1,600 sen sekilogram daripada 1,551.5 sen minggu sebelumnya, manakala susu getah pukal meningkat 25.5 sen kepada 1,008 sen sekilogram daripada 982.5 sen sebelumnya.

(TVSnews)
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
1 comment:
Shukor...Alhamdulillah. Semoga negara kita terus aman dan sejahtera serta kepimpinan YAB PM terus diberkati Allah...
Post a Comment