" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

24 December 2010

DUN Tenang : 22 Jan Penamaan,30 Jan Pengundian

PUTRAJAYA 24 DIS : Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Labis, Johor ditetapkan pada 30 Januari (Ahad) depan.

Manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 22 Januari , (Sabtu) kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha .

Sulaiman meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur selepas berada dalam kritikal selama 24 hari akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), Allahyarham menewaskan Mohd. Saim dengan majoriti 2,492 undi.

Berdasarkan statistik SPR untuk PRU-12, DUN Tenang mempunyai 14,511 pengundi iaitu Melayu seramai 49.66 peratus, Cina (38.13 peratus), India (12.11 peratus) dan kaum-kaum lain (0.1 peratus).

(TVSnews)

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA