" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

10 June 2011

Gimik terakhir Umno halang perhimpunan BERSIH 2.0 -Tian Chua

KUALA LUMPUR: Perhimpunan ‘Walk For Democracy’ yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai depan menimbulkan ketakutan kepada Umno.

Naib Presiden KEADILAN, Tian berkata, laporan polis yang dibuat Pemuda Umno berhubung perhimpunan itu, merupakan gimik terakhir mereka untuk menggagalkan perancangan NGO terbabit.

“Ia gimik terakhir mereka kerana mereka juga boleh menghalang kita dengan cara lain. Mereka sengaja menggunakan tekanan politik dengan membuat laporan polis supaya mengagalkan perhimpunan itu.

“Laporan itu tidak berasas, ini hanya cara untuk mereka mencari alasan sahaja. Ia menunjukkan Umno begitu takut dengan perhimpunan rakyat,” kata Tian Chua ketika dihubungi Keadilandaily.com.


Semalam, Exco hal ehwal bandar yang juga ketua Pemuda Umno Bukit Bintang, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin membuat laporan polis konon kerana bimbang keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja terjejas ekoran penganjuran demonstrasi BERSIH 2.0.

Laporan polis itu berdasarkan laporan Suara Keadilan yang melaporkan Tian Chua sebagai berkata, 60,000 ahli KEADILAN akan hadir dalam perhimpunan itu.

Menurut Tian Chua, laporan polis yang dibuat pihak berkenaan kononnya peniaga akan mengalami kerugian jika perhimpunan itu dianjurkan, tidak berasas sama sekali.

“Apa yang diberitahu oleh beliau tidak benar, peniaga sama sekali tidak akan menghadapi kerugian, sekiranya mereka (peniaga) merasakan berlaku kerugian dalam perniagaan mereka, sudah pasti telah banyak laporan yang dibuat mereka.

“Secara logiknya, saya percaya mereka akan mendapat keuntungan sebab orang ramai yang hadir akan membeli makanan dan minuman,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Batu.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa setiap kali penganjuran perhimpunan oleh Pakatan Rakyat (PR) atau badan bukan kerajaan (NGO), tidak akan berlaku kekecohan sekiranya polis faham tanggungjawab mereka menjaga keselamatan dan bukan menganggu demonstrasi tersebut.

“Tidak timbul soal akan mengganggu-gugat keselamatan orang awam sekiranya polis memberi kerjasama dengan memastikan perhimpunan itu berjalan lancar tanpa gangguan daripada ereka.

“Perhimpunan yang diadakan ini bukan untuk menyerang orang awam, polis kena faham apa yang kita mahu anjurkan,” ujarnya.

Sebelum ini dilaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi amaran bahawa pihak berkuasa tidak akan memberikan pengecualian tindakan undang-undang terhadap perhimpunan yang dirancang BERSIH 2.0.

-KeadilanDaily

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA