" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

06 November 2010

Pesawat Qantas Kedua Melakukan Pendaratan Cemas!

Satu lagi pesawat penumpang Qantas Airways - Boeing 747-400 terpaksa membatalkan penerbangan ke Sydney apabila salah satu injinnya terbakar hanya beberapa minit setelah berlepas dari landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura.

Pesawat malang kedua dari syarikat yang sama (Qantas Airways) terpaksa melakukan pendaratan cemas hanya 20 minit selepas berlepas pagi semalam (Jumaat). Insiden kedua berlaku kurang dari 48 jam selepas insiden yang pertama pada Khamis.


Dalam insiden sebelumnya, pesawat penumpang terbesar di dunia dari Qantas Airways - Airbus A380 melakukan pendaratan cemas selepas salah satu daripada empat enjin Rolls-Royce meletup semasa dalam penerbangan. Serpihan pesawat berkenaan telah jatuh ke tanah di sebuah pulau di Indonesia.

Malapetaka serentak yang berlaku mutakhir ini adalah seperti:-
- Pesawat terhempas, pesawat terpaksa mendarat cemas berturut turut
- Ledakan luar biasa gunung berapi berturut-turut
- Gempa bumi yang semakin menjadi jadi sehingga menyebabkan tsunami
- Banjir luar biasa yang sedang dan bakal melanda negara kita lagi
- PRK yang semakin menjadi-jadi dalam negara selepas PRU-12 majoritinya di sebabkan kematian

Semoga dengan apa yang berlaku ini akan memperkuatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah swt insyaallah...

BERUBAHLAH KE ARAH KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA