" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

10 October 2009

Pendaftaran PR : Keutuhan Dan Kesefahaman Diutamakan

Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat memberikan respon mereka terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Sivarasa Rasiah berkata, Pakatan Rakyat tidak pernah menjadikan isu pendaftaran gabungan itu sebagai suatu perkara pokok sebaliknya keutuhan dan kerjasama di antara ketiga-tiga parti itu yang sering menjadi keutamaan.

"Bagi saya pendaftaran itu, ia satu isu teknikal yang tidak akan menjejaskan perjalanan gabungan. Tapi hanya satu kelebihan yang kita ada kalau isu pendaftaran ini dijalankan iaitu penggunaan satu lambang".

"Kalau pakatan buat keputusan untuk membuat satu lambang, bagi saya pada saat itu sahaja isu pendaftaran ini menjadi penting. Kalau hendak dijadikan satu lambang, maka memang pendaftaran itu penting".

Ujarnya lagi, selama setahun usia gabungan itu, apa yang dititik beratkan adalah untuk memperkasakan pakatan dari segenap segi.

Bukan hanya mengamalkan sikap keterbukaan di antara ketiga-tiga parti, malah Pakatan Rakyat tampil dengan idea dan corak pemerintahan yang jauh lebih matang.

"Isu halangan ini tidak timbul dan isu pendaftaran ini pun tidak timbul. Sebab di pihak kami, apa yang lebih penting semenjak penubuhan Pakatan setahun yang lepas adalah untuk memperkukuhkan Pakatan itu sebagai satu gabungan. Jadi usaha kita untuk membuat struktur kita sendiri, mekanisma kerjasama, struktur pentadbiran, itu lebih penting. Dan isi gabungan itu lebih penting daripada hakikat pendaftaran itu" ujarnya lagi.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan Pakatan Rakyat boleh membentuk satu parti dengan hanya mempunyai tiga anggota sahaja.

Ia kemudiannya diikuti dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Datuk Md Alias Kalil yang memaklumkan Pakatan Rakyat boleh bergabung sebagai parti dan tidak memerlukan syarat tujuh anggota kerana Pakatan Rakyat sudah bertaraf nasional.

Sementara itu, bagi Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye, pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua organisasi itu diterima baik namun ianya tetap menimbulkan keraguan.

"Saya tidak menafikan mungkin wujudnya muslihat sedemikian. Cuma yang penting sekali, sama ada pimpinan ketiga-tiga parti sedia untuk mendaftar sebagai satu pakatan dan nama pakatan ini tidak semestinya Pakatan Rakyat. Tapi yang penting sekali adalah sama ada ketiga-tiga parti ini bersetuju menjadikan satu gabungan yang lebih kukuh".

"Saya gembira dengan cadangan ROS, tetapi saya begitu terkejut sejak bila ROS begitu mesra dengan Pakatan Rakyat. Saya rasa kita berhasrat sekiranya mendapat persetujuan dari ketiga-tiga parti, saya rasa pendaftaran Pakatan Rakyat adalah satu idea baik yang boleh memperkukuhkan kerjasama di antara ketiga-tiga parti dan kita boleh memberi bayangan yang mana ini adalah satu pakatan yang kukuh kepada rakyat".

Manakala bagi Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, syarat yang diletakkan untuk menubuhkan satu-satu parti melalui syarat tujuh anggota sudah tidak relevan pada masa kini.

Namun beliau tidak menolak pendaftaran Pakatan Rakyat akan memberikan impak yang lebih positif dalam memperkukuhkan lagi pakatan itu.

"Pertama sekali syarat tujuh anggota ini sudah tidak boleh dipakai untuk menyekat penubuhan sebarang penggabungan parti-parti politik atau kesatuan sekerja. Bagi kita hak untuk bergabung ini adalah satu hak dalam perlembagaan. Bagi pakatan juga niat kita untuk berdaftar ini sebagai langkah untuk memperkukuhkan lagi penggabungan kita sebagai satu pergerakan politik untuk jangka masa panjang dan kukuh perhubungan kita".

(TVA)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA