" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

17 June 2009

'Kerajaan Perpaduan' Yang Tiada 'Keikhlasan'

Isu kerajaan perpaduan telah menjadi tumpuan didalam dewan parlimen apabila ahli parlimen dari Pengkalan Chepa telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa PAS tidak pernah terlintas difikiran untuk menyokong dongengan kerajaan perpaduan.

Beliau juga merupakan Ahli Majlis Syura mengatakan, apa yang digembar-bembur oleh Najib semalam adalah semata-mata untuk memecah-belahkan jemaah dalam PAS dan juga komponen dalam 'Pakatan' Rakyat.

Seandainya pihak yang 'mengaturkan projek penyatuan PAS/UMNO' berjaya merialisasikan projek ini, maka kita bakal melihat perpecahan yang begitu hebat dalam sejarah Malaysia... Ini bertentangan dengan slogan UBN '1 Malaysia' yang dikepalai oleh Najib.

Sekiranya kerajaan 'ikhlas' untuk menyatukan seluruh rakyat Malaysia, perbincangan mengenainya 'wajiblah' mengikut landasannya. Mereka sepatutnya membuat perbincangan secara terbuka supaya mudah rakyat menilai siapa sebenarnya yang 'ikhlas' untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia. Ini kerana kekuatan 'Pakatan' Rakyat adalah bergantung kepada 'kekuatan rakyat'. Inilah 'kelebihan' PR.

Cerita yang saya 'benci' sekali apabila kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh TGNA telah 'perlekehkan' oleh pihak2 yang berlakon kononnya untuk 'menyatupadukan rakyat' ini. Mereka ini sudah betul2 melampau...!!!!

Inilah matlamat mereka. Membentuk satu suasana 'keraguan dikalangan rakyat'.Inilah suasana yang mereka inginkan. Samada kerajaan perpaduan ini jadi ataupun tak jadi mereka 'tetap' mendapat untungnya.

16 June 2009

Giliran Najib Pula Dendangkan 'Kerajaan Perpaduan'

Baru2 ini PAS telah mengeluarkan arahan agar 'tutup mulut' kepada semua pemimpin tertinggi mereka daripada bercakap tentang kerajaan perpaduan. Ini ekoran isu ini dikatakan telah diputarbelitkan oleh pihak yang ingin melihat perpecahan dalam PAS itu sendiri dan juga dalam PR.

Hari ini giliran Najib pula mendendangkannya. Beliau mengatakan beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Hadi Awang. Dalam rancangan Hujah juga telah menjadi tajuk utama mengenai isu muzakarah PAS/UMNO. Tetapi tetamu malam ini kedua-duanya sebelah UBN. Ulasannya terang dan nyata iaitu mereka bertindak sebagai 'batu api' semata-mata, tidak lebih dari itu.

Pihak yang 'pro-kerajaan perpaduan' juga turut tidak ketinggalan dalam memberi reaksi kepada kenyataan Najib. Mengikut MStar Online, Nasharudin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS) berkata, PAS mengalu-alukan maklum balas PM dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar negara.

Siapakah sekarang yang telah 'gagal' dalam saranan agar semua pemimpin tertinggi PAS 'tutup mulut' dari memperkatakan isu ini? Sepatutnya tak payah dilayan terus kenyataan Najib ini.

Sebelah sini arah tutup (PAS), sebelah sana (UMNO) pula perdendangkan. Bila sebelah sana perdendangkan, sebelah sini pula ikut menari mengikut rentak. Tidak diketahui samada penari ini sedar ataupun tidak, bahawa tariannya itu begitu 'sumbang dimata rakyat'.

Tidak sedarkah lagi wahai pimpinan tertinggi PAS yang 'pro-kerajaan perpaduan' ini bahawa pemimpin UMNO yang inginkan isu ini diperdendangkan tak lain dan tak bukan adalah bertujuan untuk 'merosakkan PR' dan dalam pada masa yang sama memberi peluang kepada mereka (UBN) untuk menggunakan 'talian hayat' dalam 'ikhtiar terakhir' mereka bagi memanjangkan lagi umur mereka.

Sepatutnya disaat dimana PR perlu bersiap sedia untuk menggantikan kerajaan UBN, semua pimpinan utama setiap parti komponen dalam PR perlu 'bersatu hati' bagi memperkukuhkan 'Pakatan' dan menolak terus UMNO. Ini kerana telah terbukti selama ini UMNO adalah sebuah parti yang angkuh dan tidak boleh 'dipakai langsung' untuk dibawa berunding. Ianya terbukti mengikut rekod yang dulu2...... Benar sekali pendirian tegas TGNA (Mursyidul Am PAS) berkenaan dengan isu ini.......

Konspirasi 1998 Berulang ?

Maka bermulalah edisi kedua konspirasi politik, penyembunyian bahan bukti dan keterangan saksi serta pencabulan undang-undang yang direstui di peringkat tertinggi. Barisan pelakon utama dalam siri ini adalah sama – antara lain Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Mereka mensasarkan orang yang sama– Anwar Ibrahim.

Perbicaraan liwat yang dilemparkan terhadap Anwar untuk kali kedua mirip bibit-bibit awal kes rasuah dan liwat Anwar selepas beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Kini, Anwar sekali lagi berdepan dengan pendakwaan yang enggan menyerahkan bahan bukti walaupun permohonan dibuat oleh peguam mantan Timbalan Perdana Menteri itu sejak September tahun lalu.

Anwar terpaksa memohon mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan pejabat Gani Patail supaya menyerahkan segala bukti yang dikumpul oleh polis bagi membolehkannya menyediakan pembelaan yang tuntas.

Walapun perbicaraan kes itu akan bermula kurang dua minggu, Pendakwa Raya berkeras enggan membekalkan peguam Anwar dengan pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008.

Begitu juga dengan contoh DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kenyataan polis. Dalam keadaan begini, tidak siapa boleh menyalahkan peguam-peguam Anwar sendiri atas rasa gusar tidak dapat menyediakan pembelaan lengkap untuk anak guam mereka.

Bagi peguam seperti Sankara Nair, semua yang sedang berlaku sekarang adalah siaran ulangan perbicaraan yang ditempuhi oleh Anwar sebelum ini.

Beliau berkata setakat ini pihak pendakwaraya mempamerkan sikap tidak profesional dan beretika dalam segala peri laku mereka bersabit kes itu.

Amat penting untuk Anwar mendapatkan contoh DNA yang digunakan oleh pendakwaraya selain rakaman CCTV.

Kedua-duanya perlu bagi membolehkan Anwar mendapatkan pakar sendiri untuk menyaring serta menguji kesahihan bukti yang akan dibawa ke mahkamah oleh kerajaan.

Permohonan Anwar untuk mendapatkan bahan kes itu akan didengar pada 22 Jun ini. Perbicaraan itu akan menawarkan intipan awal ke atas tata laku badan kehakiman terhadap Anwar kali ini.

Memang tidak dinafikan, ada segelintir hakim yang masih mendokong prinsip keadilan dan menolak sebarang campurtangan dalam tugas mereka. Hanya segelintir.

Hakikatnya ialah beberapa keputusan mahkamah, contohnya yang bersabit krisis Perak menyerlahkan kebimbangan umum terhadap kebebasan institusi kehakiman.

Dalam kes liwat Anwar sendiri, keputusan bingkas Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak keputusan Mahkamah Sesyen mengenai haknya membicarakan kes itu menzahirkan rasa bimbang terhadap peluang Anwar untuk mendapatkan pengadilan sewajarnya.

Perjuangan Anwar selama ini menjadikan beliau musuh politik utama kepada Mahathir. Kini Najib Razak pula berdepan dengan Anwar dan gandingan mantap Pakatan Rakyat yang semakin menggugat ketahanan Barisan Nasional.

Sayugia diingatkan Najib dan Rosmah secara langsung terbabit dalam kes ini.

Persoalan sama ada pasangan No 1 negara itu akan tampil memberi keterangan di mahkamah akan mencorakkan kredibiliti kerajaan, pendakwaraya dan polis dalam menghadapkan Anwar ke mahkamah atas tuduhan yang begitu mengaibkan.

Pendedahan terbaru bahawa pejabat Peguam Negara masih menahan begitu banyak bukti daripada peguam Anwar_satu pencabulan yang jelas di bawah Seksyen 51 dan 51(A) _ hanya meyemarakkan anggapan bahawa sejarah detik hitam perbicaraan Anwar akan berulang...

(TVA)

DSAI: Dasar Umno-BN Yang Haru Biru

Hari pertama mesyuarat kedua penggal ke dua parlimen ke 12 menyaksikan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru menggantikan Allahyarham Hj Roslan. Sdr Nizar memulakan tugas hari ini dengan melaungkan perkataan “Hidup Rakyat” agar ianya bergema menggegar sanubari setiap ahli parlimen. Sudah tentu niat suci beliau dipandang serong, lalu kemudiannya diminta untuk meninggalkan dewan.

Saya menulis sepucuk surat kepada YB Tan Sri Speaker agar Sdr Nizar dan ahli parlimen lainnya dibenarkan hadir pada esok harinya;16 Jun 2009. Malangnya rayuan saya agar YB Speaker mempertimbangkan semula keputusannya diketepikan. Laungan tersebut haruslah dilihat mewakili suara hati rakyat Perak yang mahukan sebuah kerajaan yang sah serta terbukti mendapat mandat dari rakyat.

Pastinya esok media umno bn akan memuatkan berita khusus menyerang watak serta peribadi sdr Nizar. Skrip usang dan wayang lama diputar kembali. Belumpun puas memintal fitnah jahat terhadap saya sosok lain pula akan menjadi mangsa.

Di saat saya mencoret catitan ini terukir sendirian senyuman sinis dibibir saya. Terdetik sebentar, Dato’ Sri Najib tidak pula dituduh sebagai pengkhianat negara apabila melawat Negara China yang diperintah berdasarkan ideologi komunis itu. Walhal negara tersebut merupakan penyokong kuat parti komunis Malaya. Selainkan menyediakan dana, Beijing merupakan destinasi latihan buat pimpinan parti komunis Malaya.

Malahan pendedahan Chin Peng di dalam memoirnya bahawa pihak polis negara terbabit membeli senjata pihak komunis seusainya Perjanjian Haadyai tidak pula disanggah sebagai satu tindakan mengkhianat. Laporan media yang berat sebelah nampaknya sudah menjadi amalan sesegelintir yang mahu terus mengampu umno bn. Haru biru dasar negara kita, diskriminasi bukan sahaja berlaku ketika mengagihkan kekayaan negara, ianya juga ketika menentukan dengan siapa kita harus berdendam.

ANWAR IBRAHIM

PKR selar Speaker Parlimen Gantung Nizar dan 6 lagi

PKR menyelar tindakan Speaker Parlimen, Pandikar Amin Mulia berhubung tindakannya menggantung Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Sri Nizar Jamaluddin dan enam wakil rakyat lain dari menghadiri sidang parlimen selama 2 hari.

Turut sama digantung adalah N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis), Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Dr Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena).

Mereka di halau dari Parlimen hanya kerana memakai lilitan bubar DUN Perak, bagi menggesa pembubaran DUN untuk menyelesaikan krisis perlembagaan Perak yang berlarutan sejak Febuari lalu.

"Penyingkiran tujuh Ahli Parlimen berkenaan adalah satu lagi contoh keazaman BN untuk memadam apa juga kritikan terhadap BN. Ia juga sekali lagi menimbulkan persoalan mengenai kewibawaan Pandikar selaku Speaker Dewan," kata Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail.

(TVA)

15 June 2009

1 Ogos : Perhimpunan Mega Prostes Akta ISA

Tanggal 1 Ogos bukan sahaja menyaksikan sambutan ulang tahun ke 49 perlaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA bahkan serentak tarikh itu satu perhimpunan besar memprotes akta zalim itu akan diadakan di ibu negara, Kuala Lumpur.

Perhimpunan mega ini, pada asalnya dijadualkan berlangsung sebaik sahaja demonstrasi membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) 7 Mac lepas, selesai.

Demonstrasi membantah PPSMI yang dikepalai Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, menarik kira-kira 8,000 penyokong dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang disertai lebih 80 NGO dan parti pembangkang bertindak menangguhkan perhimpunan itu atas beberapa alasan antaranya berlangsungnya pilihanraya kecil serentak di tiga kawasan melibatkan Parlimen Bukit Gantang, Perak, DUN Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Aii, Sarawak.

Datuk Seri Najib Razak, sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam, berikrar ingin menyemak kembali ISA yang terus-menerus menjadi bahan kritikan NGO dan pembangkang.

Bagaimanapun sehingga kini tiada langkah konkrit diumumkan.

(SuaraKeadilan)

DSAI Pertahan Tindakan Nizar

Ketua Pembangkang, DSAI, mempertahan tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen PR memakai lilitan hitam "Bubarkan DUN Perak" semasa permulaan sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, "Parlimen luar negara membenarkan wakil rakyatnya memakai sebarang tanda bagi meluahkan sesuatu perkara ketika memasuki mesyuarat atau persidangan. Saya juga akan mengutus surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini berhubung tindakan beliau mengarah 7 wakil rakyat pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat kerana enggan mematuhi arahan menanggalkan lilitan itu,".