" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 July 2009

Zambry Umpan ADUN PR Perak

Setelah gagal menangani bantahan rakyat Perak terhadap rampasan kuasa di negeri itu, Menteri Besar Zambry kadir dari UMNO kini menggunakan taktik baru meraih sokongan orang ramai. Beliau cuba pula untuk mengumpan kerjasama PR dengan menawarkan ADUN mereka sebagai AJK kerajaan negeri Perak bersabit urusan DUN namun usaha itu gagal. 4 ADUN itu ialah:

1- Khalil Idham Lim bin Abdullah (Titi Serong) ditawarkan sebagai AJK Peraturan Mesyuarat Negeri Perak.

2- Yee Sue Kai (Pokok Asam) dilantik menjadi AJK Kira-Kira Wang

3- Ong Boon Tiow (Tebing Tinggi) pula diberi jawatan AJK Hak dan Kebebasan Negeri Perak

4- Haji Mohd Anuar Sudin (Changkat Jong) dilantik sebagai AJK Kira-kira Wang Negeri perak.

Mereka semua bertekad menolak perlantikan itu kerana tidak ada sebarang usul bersabit perkara berkenaan dibentangkan pada sidang DUN 7 Mei lalu. Malah sidang itu telah dipergunakan oleh UMNO untuk mengarahkan polis bertindak secara kekerasan untuk menyingkir speaker V.Sivakumar bagi membolehkan Zambry melantik calon beliau sendiri.

Nga Kor Ming berkata, "PR Menyoalkan Secara Rasmi tentang lantikan itu dibuat secara tidak sah ,dan tidak mengikut sebarang asas undang-undang . Lantikan ini juga secara paksaan dan tiada sebarang persetujuan dari keempat-empat ADUN berkenaan"

Nampaknya, Zambry sekali lagi telah 'memperkosa' perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri dalam menawarkan jawatan itu kepada 4 ADUN berkenaan.

Sekarang, makin terserlah keadaan sebenar dimana UBN Perak begitu terdesak dalam menangani bantahan lantang rakyat yang mahu DUN dibubarkan supaya pilihanraya negeri diadakan semula.

04 July 2009

Abe Uji Sumbang Jasa Bangunkan Bandar Kuala Krai

Calon PAS di Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah sudah tidak asing lagi di kalangan penduduk yang tinggal Kuala Krai. Peranannya tidak kecil dalam usaha membangunkan bandar Kuala Krai.

Sebelum ini beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Lalulintas Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) dan sekarang dilantik pula pengerusi bahagian perlesenan yang bertanggungjawab kepada peniaga. Malah pada penggal lalu beliau dilantik kerajaan negeri sebagai Penyelia Dun Guchil.

Mohd Fauzi atau yang lebih dikenali sebagai Abe Uji berkata, MDKK menyedari laluan Kuala Krai ke Gua Musang sering berlaku kesesakan pada musim perayaan memandangkan ramai anak perantau pulang ke kampung.

Katanya, laluan tersebut sering berlaku kemalangan jalanraya disebabkan pemandu memandu laju dan memotong kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya. Kawasan yang sering berlakunya kemalangan iaitu di kawasan Hentian Rehat Damai ke Padang Sembilan, kawasan Sekolah Menengah Pahi, sekitar Sekolah Kebangsaan Peria, cabang tiga Sungai Sok, kawasan pemeriksaan JPJ di Laloh dan simpang di Lela Jasa.

"Oleh itu saya berharap di musim pilihan raya kecil di Dun Manek Urai sekarang pengguna jalan raya hendaklah sentiasa berhati-hati dengan mengurangkan kelajuan memandangkan banyak kegiatan diadakan sempena pilihan raya sekarang," katanya selepas merasmikan program konvoi bermotor Belia Manek Urai di perkarangan masjid Kampung Peria, hari ini.

Beliau juga berharap golongan belia usah terlalu ghairah semasa berada di jalan raya sempena kempen pilihan raya sekarang bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

"Saya berharap belia dan remaja di Dun Manek Urai ini mematuhi peraturan lalu lintas dan tidak menjadikan jalan raya sebagai gelanggang untuk berlumba. Kalau boleh belia hendaklah menjadikan masjid sebagai tempat berkumpul di samping menimba ilmu agama melalui kuliah-kuliah agama yang diadakan. Dengan menjadikan masjid sebagai tempat berkumpul, belia dapat menghindarkan masalah sosial dan seterusnya mendisiplinkan diri melawan segala ancaman yang membolehkan membinasakan diri sendiri," ujarnya.

(Harakah)

PKR Kedah Nafi Ikut Jejak DAP

Pengerusi Perhubungan PKR Kedah,Ahmad Kassim menafikan kononnya ADUN dari PKR akan turut ikut jejak DAP di negeri itu. Beliau berkata:

"perkara itu merupakan propaganda pihak tertentu yang ingin melihat PR berpecah. Kita tidak pernah berhasrat untuk keluar dari PR, saya jamin pimpinan dan ADUN PKR di Kedah tidak pernah terlintas untuk melakukan perkara sedemikian. Dalam PR kita boleh menyelesaikan perkara ini sesama kita dan tidak perlu mencanangnya diluar keluarga PR".

03 July 2009

TGNA Tetap Mahu Berdebat

Mursyidul Am PAS, TGNA tetap akan menghantar surat kepada PM, Datuk Seri Najib Razak bagi mengadakan debat secara terbuka untuk mencapai titik pertemuan yang dijangka menyelesaikan kemelut UMNO dan PAS yang sudah lama berlanjutan. Beliau berkata,

"hari ini baru saya nak hantar surat itu. Dia nak tolak dia punya pasal. Saya tetap dengan keputusan saya. Lagipun saya tak kirim lagi surat tu. Surat saya akan dikirim hari ini. Saya tetap nak berdebat. Saya yakin dengan cara ini kita dapat mencapai titik pertemuan atau penyelesaian di atas apa yang berlaku selama ini.

PAS terutama PAS Pusat sudah banyak kali meminta untuk bermuzakarah dengan UMNO tetapi ditolak. Tak jadi2. Jadi apa yang kami belum minta lagi ialah debat. Dan debat ini bukan pandai2 saya.

Allah sendiri sebut, kita ada 3 cara. Pertama bilhikmah iaitu diberitahu secara biasa. Kedua, walmau’idah juga diberitahu secara biasa dan ketika wajadilhum. Ia bermaksud mesti bermujadalah. Ini beza dia.

Presiden dunia pun dalam masa pilihan raya dia berdebat sesama calon mereka. Obama berdebat dengan lawan dia dari parti Republikan. Sekarang ini Susilo Bambang Yudhono berganding Boediono, Megawati Soekarnoputri bersama Prabowo Subianto.

Debat mereka hanya masalah teknikal sahaja. Tetapi debat ini ialah masalah akidah. Kita sembahyang tanpa akidah tidak akan diterima di akhirat. Kita pergi ke Mekah tanpa akidah tidak akan diterima,".

Beliau berkata pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Darul Naim di sini, semalam.

Sementara itu, beliau tidak bersetuju kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifly Noordin yang meminta debat itu diadakan secara tertutup dan berkumpulan. Menurutnya, kenapa perlu diadakan secara tertutup sedangkan selama ini bercanggahan pendapat dan pertelagahan antara PAS dan UMNO berlaku secara terbuka.


02 July 2009

DSAI: Media BN Putarbelitkan Isu Kedah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran pimpinan Pas Kedah. Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar- gemburkan dan memperbesarkan isu itu.

Beliau berkata, "Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam BN, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya,".

Beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota PR.

Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Ketua Umum PKR berkata beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

Semalam, DAP Kedah mengumumkan ia tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan meroboh satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar. Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su berkata beliau menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.

Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata, "isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar. Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta DSAI meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita,".

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.

Karpal Singh ketika ditemui pula berkata, "isu berkenaan boleh diselesaikan. Saya tidak fikir masalah itu serius sehingga mampu memecahbelahkan pakatan pembangkang,".

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob, yang mempengerusikan satu mesyuarat sekretariat pakatan pembangkang hari ini, berkata isu itu akan dibincangkan oleh Majlis Presiden pakatan pembangkang Sabtu ini.

(sumber TVA)

Rancangan 'Merosakkan' PR Masih Berterusan

Sekarang sudah kedengaran lagi isu yang akan membawa kegelisahan dikalangan rakyat yang merestui perjuangan PR. Terbaru, isu Pemuda PAS yang berhajat untuk mengadakan 'wacana terbuka' dengan Pemuda UMNO.

Dewan Pemuda Pas menyelar gelagat Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan timbalannya seolah-olah melaga-laga pucuk pimpinan PAS berhubung tawaran Dewan tersebut untuk menganjurkan wacana ilmiah berhubung isu "Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan dengan Islam?".

Kenapa perkara2 yang sebegini masih berkumandang? Sedangkan kita semua sudah maklum, memang beginilah cara yang digunakan oleh UBN. Kenapa kita masih melayan mereka, sedangkan kita sedia maklum mereka adalah pakar putar-belit dan ini hanya akan merugikan PR itu sendiri. Sudah jelas dan nyata, mereka sentiasa tiada keikhlasan sepertimana yang kita harapkan.

Ekoran daripada itu, che'GuBard telah menyatakan bahawa,

"pendirian beliau bukan mewakili parti, tetapi selaku anak muda yang bergelumang dengan aktivis 'bawahan' dan melihat derita rakyat dizalimi dan ditinds regim serta mepelajari sejarah bahawa regim ini pewaris penjajah negara, maka dengan ini mengecam tindakan Dewan Pemuda Pas yang masih terhegeh-hegeh memberikan talian hayat kepada UBN. Selaku anak muda, che'GuBard mengisytiharkan memboikot semua program melibatkan Dewan Demuda PAS termasuk jemputan yang telah disahkan hadir.

Apa yang kita dapat hari ini bukan atas kekuatan parti kita semata - mata tetapi atas penolakan kuat rakyat terhadap Bn dan harapan sedikit yang ada terhadap gabungan kita. Bila ada sikit kuasa kita lupa dan nak lebih dengan ajak entiti yang ditolak rakyat untuk duduk semeja.... percayalah teruskanlah perkara ini rakyat akan terus mencampak kita dalam longkang dalam PRU yang akan datang.....

Wahai Yb atau sesiapa yang mendapat apa juga tempat hasil PRU lepas, ketahuilah keputusan itu bukan dicipta begitu sahaja dalam sehari pada 8 Mac yang lepas ia merupakan hasil perjuangan panjang...... sanggupkah kita kianati semua sejarah perjuangan panjang tersebut".

Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan DSAI

Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan bersabit permohonan Ketua Pembangkang, DSAI untuk membatalkan keputusan pemindahan perbicaraan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.