" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

02 July 2009

Pemuda Pas Selar Khairy

Dewan Pemuda PAS menyelar gelagat Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan timbalannya seolah-olah melaga-laga pucuk pimpinan PAS berhubung tawaran Dewan tersebut untuk menganjurkan wacana ilmiah berhubung isu "Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan dengan Islam.".

Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad menganggap reaksi Khairy mengulas tawaran tersebut tidak kena dengan jemputan (Pemuda PAS) serta lari dari topik sebenarnya. Khairy mengulas perkara itu dengan menggambarkan seolah-olah ada kerjasama antara PAS dan Umno. "Itu political swing (dolak-dalik politik) dialah. Kita faham. Kita lihat rakyat juga faham (maksud sebenar kita)," tambah beliau lagi.

Kamaruzaman juga berkata soal kesesuaian masa menjayakan program tersebut tidak menjadi masalah kerana cadangan itu selari dengan cabaran debat Mursyidul Am PAS, TGNA kepada PM Najib Razak. Beliau juga menyifatkannya sebagai selari dengan hasrat TGNA sambil menekankan bahawa isunya adalah samada UMNO bersedia menerima tawaran itu.

Bagaimanapun, beliau menafikan desas desus yang menyimpulkan Pemuda PAS mendapat tekanan daripada kepimpinan parti sehingga mengeluarkan kenyataan susulan berhubung wacana ilmiahnya dalam tempoh 6 jam selepas ia diumumkan.

Beliau berkata, "Tidak ada setakat ini..Media ini biasalah. Kita kata A, akan jadi A tambah B tambah C. Akhirnya B dengan C lebih banyak daripada A. Kita perjelaskan perkara itu bahawa media salah lapor (tentang wacana ilmiah)".

(sumber TVA)


Pemuda Umno Peralat Wacana Pas

Dewan Pemuda PAS mengajak Pemuda Umno mengadakan wacana terbuka mengenai doktrin politik parti BN itu. Namun tawaran sayap pemuda parti islam itu dipergunakan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan timbalannya untuk melaga-laga pucuk pimpinan PAS.

Ketua Dewan Pemuda Nasruddin Hassan at-Tantawi mahukan wacana ilmiah yang menilai sama ada perjuangan UMNO bertentangan dengan Islam. Beliau mengesyorkan wacana itu diadakan antara beliau dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin serta 3 wakil lain dari parti masing-masing.

Nasruddin berkata, "Kita pada dasarnya telah menetapkan tajuk wacana ilmiah, benarkah perjuangan umno bercanggah dengan syariat Islam. Namun dalam perbincangan tadi bersama timbalan ketua pemuda umno, tajuk itu boleh dibincangkan kemudian bagi kesesuaian kedua-dua pihak,".

Tawaran Nasaruddin itu diterima oleh Pemuda UMNO.... dan diperalatkan untuk menyindir pimpinan PAS. "Antara saya dan nasruddin kami tidak ada masalah, kecualilah kalau beliau taksub pada pemimpin beliau," kata Naib Ketua Pemuda UMNO Razali Ibrahim.

Ketua beliau, Khairy Jamaluddin pula mendakwa wacana itu tepat dengan aliran pemikiran UMNO. "Kita melihat tawaran dari Pemuda Pas adalah cadangan yang menepati pandangan kita, pemikiran kita, tentang hubungan dan kerjasama yang bakal dijalin Umno dan Pas," kata Khairy.

Khairy mendakwa pucuk pimpinan PAS telah tunduk kepada tekanan PKR dan DAP bersabit isu kerajaan perpaduan, namun '2 Nasaruddin' dalam PAS mendokong idea itu. Beliau kata, "Ada 2 Nasruddin dalam PAS yang menyokong muzakarah. Ini Nasruddin at-Tantawi yang berserban itu, tetapi Nasaruddin yang Timbalan Presiden itu pun setuju juga,".

Mengulas cadangan untuk wacana Pemuda PAS-UMNO ini , Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, sebarang bentuk perbincangan tidak boleh berganjak dari pendirian PR yang menolak cadangan kerajaan perpaduan dalam apa jua bentuk.

"Pas dalam keputusan bersama PR dengan jelas menetapkan bahawa apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat dalam usaha PR menyumbang meyelesaikan perkara itu, bukan satu masalah. Sebagai contoh membincangkan isu ekonomi, pendidikan, berkaitan undang-undang kuku besi, kita tidak ada masalah untuk berbincang dengan kerajaan. Itu adalah keputusan yang dibuat Majlis Pimpinan Tertinggi PR, jadi harus ada cakap-cakap mengenai kerajaan perpaduan," kata Sallehuddin.

Nasaruddin pula berkata, "Pendirian itu didokong oleh saya pemuda PAS yang tegas mengatakan wacana itu tidak ada kena mengena dengan isu kerajaan perpaduan. Yang diputuskan adalah kerjasama politik, kerjasama penyertaan dan seumpananya. Jadi budaya wacana ini perlu dihidupkan, bahkan TGNA sendiri mengajak kepada perdebatan. Yang penting adalah kemukakan hujah, dan kita akan lihat kebenaran. Wacana itu harus disiarkan secara langsung supaya ia tidak menjadi fitnah dan timbul maklumat yang salah".

(TVA)

01 July 2009

MP Padang Serai Terima SMS Ugutan Bunuh

MP Padang Serai, N Gobalakrishnan (PKR) hari ini mendakwa menerima 2 SMS berunsur ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali. Beliau mendakwa, sms pertama diterima beliau kira2 pukul 12.47 tengah malam tadi manakala yang kedua pada pukul 6.48 pagi ini.

Sms yang pertama berbunyi: "Woi, Gopal hindu paraya...aku nak tembak hang. Kereta hang m.benz (Mercedes Benz) 1111 kami 'follow' je...hg (hang) nk (nak) tmbk (tembak) mati macam Joe Fernedas...hahaha".

Sms kedua pula tercatat: "Kalo hg (hang) pi kat polis jaga...janji hang mati....keadilan parti XXXXXX."

Beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan berharap pihak polis dapat menjamin keselamatan beliau dan keluarganya. Beliau berkata, "Pihak polis sudah datang ke Parlimen pada jam 11.45 pagi tadi dan yakin ini bukan sms gurauan berikutan tiada penerangan lanjut mengenainya daripada si pengirim itu. Apabila saya cuba menghubungi talian itu semula, ia masuk ke peti pesanan suara. Saya tidak ingin perkara seperti ini meningkat di Manek Urai nanti dan jika ia berlaku satu lagi PRK terpaksa dijalankan lagi,".

Video Cermah DSAI Di Perhimpunan PR

Part 1


Part 2


Part 3


Tak Habis2 Cubaan Melagakan PAS Dalam PR

Hari ini Bernama telah mengeluarkan artikel yang bertajuk 'Syor Kerajaan Perpaduan Boleh Dianggap Amaran Dari Pas'

Bagi saya senang sahaja, kenapa kumpulan yang anti kerajaan perpaduan lebih ramai daripada yang pro? Ini menunjukkan bahawa rakyat telah begitu matang dalam menghadapi suasana politik sekarang ini.

Pemerhati politik Prof Madya Dr Ghazali Mahyuddin pula berpandangan PAS hanya menurut suara majoriti dalam pakatan pembangkang, yang jelas tidak senang dengan gagasan kerajaan perpaduan itu.

"Bila ada pakatan kenalah ikut suara ramai, tak boleh sendiri-sendiri. Malah daripada segi persahabatan, tindakan PAS juga tidak kena kerana tidak membincangkan terlebih dahulu dengan rakan sekutu,".

Sekarang bukannya masa untuk mengulangi cerita 'dongeng' ini. UMNO sebenarnya tak pernah mahu berubah seikhlas hati. Baru2 ini, TPM 'Tuan Guru' Muhyiddin telah mengatakan bahawa UMNO lebih lama berjuang dalam menegakkan syiar Islam berbanding PAS dan perkara itu sendiri diperakui oleh umat Islam di negara ini.

Beliau kata, "UMNO adalah jauh lebih Islam daripada PAS dan salah satu daripada perjuangan parti kita adalah untuk menegakkan syiar Islam di negara ini. Perkara ini tercatat dalam perjuangan UMNO,".

Beliau juga meminta Mursyidul Am PAS, TGNA meminta ampun kepada Tuhan berhubung kenyataannya yang menyamakan UMNO dengan ajaran sesat dan komunis pada satu ceramah politik di MU. Sebagai seorang yang dikatakan tokoh agama disegani, Menteri Besar Kelantan itu mengetahui apa yang diperkatakannya itu adalah amat berdosa di sisi agama Islam.

Dengan kumpulan yang sebeginikah kita patut membentuk satu pasukan perpaduan? Mereka sepatutnya merenungi seikhlas hati apa yang dimaksudkan oleh TGNA. Bukannya hanya tahu menyerang. TGNA ajak 'debat terbuka' pun mereka tak mau.......

Tuntutan DSAI Peroleh Dokumen Didengar Jumaat Ini

Mahkamah Tinggi menangguhkan hingga Jumaat ini untuk mendengar permohonan DSAI mendapatkan bukti dan dokumen daripada pendakwaraya berhubung dengan pertuduhan kes liiwatnya.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah setelah pendakwaraya enggan menyerahkan bukti dan dokumen bagi membolehkan Anwar menyiapkan pembelaan terhadap pertuduhan itu yang dijadulkan bermula pada 8 Julai.

Permohonan DSAI untuk mendapatkan dokumen itu sepatutnya bermula hari ini. Namun peguam beliau, Sankara Nair meminta menangguhkan semua prosiding di Mahkamah Tinggi sehingga urusan rayuan berhubung keputusan memindahkan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi selesai.

Hakim Zabidin berkata, "Satu tarikh perlu ditetapkan memandang apa yang dijadual hari ini tergenda kerana ada prosiding di Mahkamah Rayuan."Jadi saya tetapkan Jumaat ini...jika prosiding di Mahkamah Rayuan masih belum selesai juga kita akan putuskan kemudian,".

Pendakwaraya masih meneruskan dengan pertuduhan terhadap DSAI walaupun laporan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi menunjukkan tidak ada bukti klinikal untuk menyokong dakwaan pengadu Mohd Saiful Bukhari bahawa beliau diliwat.

Kes 'Liwat Rekaan' Akan Di Tangguh Selagi...

Perbicaraan kes 'liwat rekaan' terhadap DSAI yang dijadual pada 8 Julai ini akan ditangguhkan lagi sekiranya proses rayuan berhubung keputusan memindahkan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi masih belum selesai.

Panel 3 Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Abdul Hamid Embong, bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Jeffery Tan Kok Wha menetapkan untuk menyambung prosiding rayuan tersebut pada pagi ini (1 Julai).

Hakim meminta pihak pendakwaan dan pembelaan menyediakan hujahan yang memfokuskan mengenai pertikaian kesahihan sijil pemindahan yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, pengesahan jaminan yang diberikan oleh bekas PM, Tun Abdullah kepada isteri dan anak perempuan DSAI, doktrin keperluan serta sama ada wujudnya berat sebelah semasa proses pemindahan kes ini dibuat.

DSAI mencabar kesahihan sijil pemindahan yang ditandatangani oleh Abdul Gani kerana Peguam Negara itu tidak boleh menandatangani dokumen berkenaan kerana beliau masih disiasat oleh SPRM berhubung insiden 'mata lebam'.