" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

18 June 2009

Terabaikah Isu 'Konspirasi Liwat 2'?

Dalam sibuk melihat dan mendengar isu 'panas' sekarang ini iaitu kerajaan perpaduan, akan lupakah kita kepada 'Wira Arus Perubahan', DSAI akan terpaksa melalui detik2 hitam buat kali keduanya. Kes beliau dijangka akan mula didengar pada awal July ini.

Tergamakkah kita membiarkan Wira kita ini berseorangan dalam menghadapi konspirasi yang jelas bertujuan untuk 'mematikan watak' beliau sepertimana yang beliau 'terpaksa' menempuhinya sebelum ini walaupun ianya begitu pahit sekali. Tetapi beliau dengan tabah melaluinya demi untuk 'membuka mata dan minda' rakyat......

Tak terlintaskah difikiran kita bahawa, ramai2 pemimpin dalam negara kita terutamanya daripada UBN yang sanggup melalui detik2 hitam sedangkan sebelum ianya 'digerakkan', sudah ada pilihan samada mahu mengalah ataupun mahu melawan.

"Mahu mengalah...', selamat, mahu lawan..., terimalah akibatnya daripada
'sang penguasa' yang begitu angkuh dan sombong. Mereka sudah menyiapkan 'segala skrip' buat para pelakonnya".

Berkat daripada 'pengorbanan' beliau, maka lahirlah PR yang telah hampir2 dapat menawan Malaysia pada PRU-12. Tapi sekarang adalah 'serangan hebat' daripada musuh dimana mereka telah menggunakan 'jentera' mereka dari dalam parti komponen PR. Yang jelas sekarang, PAS adalah 'mangsa' (mungkin yang terakhir) yang 'dipaksa' untuk turut terlibat dalam projek yang jelas bertujuan untuk 'memecah-belahkan' perpaduan yang ada dalam PR.....

Bagi saya, serangan ini juga bertujuan untuk mengalihkan perhatian para penyokong dan pendokong PR agar 'melupakan' apa yang telah berlaku sebelum ini. Bagi mereka, kita mungkin akan terlupa siapa sebenarnya 'pencetus' arus perubahan ini. Jadi, senanglah kerja mereka untuk menghumban Wira kita, DSAI kepenjara kembali.....

Petanda detik2 hitam ini akan berlaku lagi ialah semasa mahkamah telah dijadikan tempat 'harapan' untuk menyelesaikan kemelut diPerak. Mereka (UBN) dengan angkuhnya telah menidakkan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah memberi kemenangan kepada Nizar.

'Kuasa VK Lingam' dilihat masih lagi mempengaruhi keputusan. Biarpun segala bukti dan Suruhanjaya Diraja telah mengesahkan bahawa klip video itu adalah 'original', semua yang terlibat dalam video klip ini masih lagi tidak dituduh sebagai pesalah. Dengan puak yang sebegini kita hendak percaya untuk dibuat kawan ???

Sekiranya apa yang telah 'diatur' berjalan lancar dimana '2 watak utama' iaitu TGNA dan DSAI dapat 'dimatikan dalam satu masa',tidak mustahil pada masa itulah juga Najib akan membubarkan Parlimen bagi mendapat mandat yang baru daripada rakyat. Sudah pasti mereka mengharapkan suasana PRU-11 berulang lagi dengan pertolongan isu kerajaan perpaduan.

Berjaya ataupun tidak mereka tak kisah. Yang penting, mereka telah berjaya 'mencetuskan' satu suasana yang mana ada sekarang. Sekiranya lambat diselesaikan, PR akan 'gagal' melaksanakan 'tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat' bagi 'merialisasikan' impian rakyat. Maka hancurlah impian rakyat Malaysia untuk melihat perubahan sepertimana yang kita semua fahami sebelum ini.....

Laporan HKL: Tidak Ada Bukti Saiful Diliwat

Laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang diperakukan oleh 3 pakar mengesahkan tidak ada bukti Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwa oleh beliau, kata peguamabela Datuk Sri Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah.

Justeru pihak pembelaan yakin laporan itu bersama bukti- bukti lain akan menunjukkan tuduhan liwat terhadap anwar adalah tidak benar dan rekaan semata- mata.

Bercakap kepada media di satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, peguam Sivarasa dan seorang lagi peguam Anwar, Amir Hamzah Arshad berkata pendakwaraya perlu membuktikan wujudnya penetrasi untuk menyabit kesalahan Anwar Ibrahim.

“Bukti terpenting dalam mana-mana dakwaan rogol atau liwat adalah bukti mengesahkan berlakunya penetrasi. Namun, tidak ada penemuan klinial yang mencadangkan adanya liwat dan tidak ada kesan luka mempertahankan diri pada tubuh pesakit,” kata Amir Hamzah.

Kes ini ditetapkan di dengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Julai nanti.

Sehubungan itu, salinan laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur ini dilampirkan bersama afidavit yang difailkan mantan Timbalan Perdana Menteri itu semalam.

Anwar mengemukakan laporan berserta affidavit itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan dakwaan sodomi itu.

Laporan perubatan ini bertarikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan.

Laporan HKL ini seraya menguatkan lagi laporan awal dari Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) yang turut mengesahkan tidak ada penetrasi keatas tubuh Saiful Bukhari Azlan.

Pada 10 Mac lalu, Anwar mengaku tidak bersalah diatas dakwaan meliwat pembantu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun, tahun lalu.

Dakwaan sodomi ini terbit dikala mantan Timbalan Perdana Menteri itu menghadapi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Amir Hamzah juga berkata pembelaan telah diperincikan dan dirapi dan apa yang perlu sekarang ini hanyalah dokumen-dokumen yang belum diserahkan pihak kerajaan.

Dokumen ini termasuk laporan dari pegawai penyiasat kanan termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV), carta ujian Asid Deoxyribonucleic (DNA), laporan pakar kimia, serta kenyataan dari penuduh.

“Kami mendesak kerajaan untuk segera menyerahkan dokumen-dokumen ini khususnya laporan ujian DNA supaya kita boleh melakukan ujian bebas serta mendapatkan khidmat-nasihat bebas,” kata Amir.

Peguambela memohon kepada mahkamah untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari sebarang dakwaan sodomi atau menangguhkan prosiding sekiranya pihak pendakwaan gagal menyerahkan dokumen- dokumen tersebut.

(TVA)

Tanduk2 Telah Mula Muncul Di Kepala

Serangan yang seterusnya mensasarkan TGNA untuk mempamerkan beliau seorang yang panas barang. MStar Online melaporkan "Desakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti kerana menyokong kerajaan perpaduan, dijangka dibincang pada mesyuarat parti itu Isnin ini yang akan dipengerusikan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata beberapa pemimpin parti itu. Menurut mereka, Abdul Hadi yang kini berada di London, dijadual pulang Sabtu ini.

Apakah ini benar menunjukkan ada satu pihak yang cuba 'menyerang' TGNA diatas pendirian tegas beliau mengenai kerajaan perpaduan? Sekiranya suasana ini memang berlaku, jelas sistem yang digunakan ini 'mirip' UMNO punya stail.

Maka,'tanduk2 telah mula tumbuh dikepala'.Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan telah ikut sama dalam isu ini. Beliau mengatakan PAS tidak perlu melibatkan DAP dan PKR dalam perbincangannya dengan Umno mengenai kerajaan perpaduan kerana PAS mempunyai kekuatannya sendiri dalam mengadakan perbincangan dengan Umno mengenai isu2 perpaduan orang Melayu dan tidak perlu meminjam kekuatan parti lain.

Ketua Pemuda Umno Gua Musang Bazlan Baharuddin pula berkata kenyataan TGNA itu adalah disebabkan beliau risau penguasaan PAS terjejas di Kelantan.

Nak bincang apa lagi. Isu ini lahir semasa DSAI sedang sibuk mengaturkan projek 16 Sept. Kalau tidak kerana Pak Lah yang 'membocorkan rahsia' ada 'pakatan ikut pintu belakang' yang sedang giat diatur untuk merialisasikan 'pakatan PAS/UMNO'.

Bulan depan DSAI terpaksa menghadapi untuk kali ke-2 tuduhan yang direka untuk 'mematikan watak' beliau dari pesada politik negara kita buat kedua kalinya. Kemana semua semangat membara yang telah dicetuskan oleh insan yang bernama DSAI selama ini? Jalan yang begitu sukar telah ditempuhi bersama, begitu senang sekali rupanya untuk 'menyelesaikannya' dengan hanya melalui kerajaan perpaduan.

Percayalah, begitu ramai rakyat Malaysia yang begitu kecewa dengan apa yang berlaku sekarang.....

17 June 2009

Bukan Main2 Lagi Nampaknya.......

Isu kerajaan perpaduan makin menampakkan yang ianya sudah dirancang begitu rapi sekali. Mereka2 yang terlibat sudah menunjukkan yang mereka tidak akan memandang kebelakang lagi. Kumpulan mereka ini sudah menyiapkan segala fakta yang untuk diperdebatkan yang bertujuan untuk 'mengelirukan rakyat'.

Dimanakah 'perikemanusian' mereka yang sanggup melihat TGNA terpaksa menanggung permasaalahan yang dicetuskan oleh orang lain? Hari ini TGNA terpaksa menghantar isyarat yang tegas kepada Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa iaitu:

"tinggalkan parti PAS dan letak jawatan sebagai ahli parlimen Bachok jika masih inginkan kerajaan perpaduan. Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran idea peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas PR. Kalau benar Nasharuddin nak setuju, lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan Timbalan Presiden PAS dan di Bachok".

Kenyataan penuh TGNA:

Pertama sekali saya nak ulangi kenyataan saya dulu bahawa isu perpaduan ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan daripada Pas. Kalau Perdana Menteri kata ianya dari Pas, itu tak betul. Itu lontaran peribadi dan tidak masuk dalam kertas agenda mesyuarat parti dan juga kertas agenda mesyuarat pakatan (pembangkang). Sebab itu pakatan tidak tahu. Maka bagaimana hendak sebut Pas setuju... tidak boleh.

Kalau setakat hendak berunding untuk kerjasama sahaja dan bukan untuk kerajaan perpaduan bagaimana pendapat Tok Guru?

Bawa benda ini dalam mesyuarat parti dan yang kedua kepada pakatan. Kalau Pas setuju dan pakatan setuju, lain masalahnya. Pas tidak bincang, pakatan pun tidak bincang. Mana boleh kita hendak bercakap benda ini sebab itu saya kata ini kerja boneka UMNO. Saya ulangi lagi ini kerja boneka UMNO.

Kalau benar Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa hendak setuju, lebih baik masuk UMNO, terang. Saya sebut lebih baik masuk UMNO, letak jawatan di Bachok dan bertanding (semula).

Apa yang duduk buat sampah ini, menyusahkan orang. Dia tidak tahu bagaimana susahnya saya ada yang telefon, datang jumpa sendiri menangis-nangis dan sebak dari dalam dan luar Kelantan. Malah ada setengah yang datang jumpa saya sebak tidak boleh kata apa, tidak boleh cerita. Apa cerita ini, dia masuk UMNO senanglah daripada duduk bertenggek dalam Pas. Tidak ada moral orang panggil, tidak boleh macam ini.

Kalau semua setuju, pakatan setuju, Pas setuju. Semua jadi anggota kerajaan, DAP jadi menteri, Pas jadi menteri, Keadilan jadi menteri, baru benar-benar perpaduan.

Ini bukan perpaduan tetapi perpecahan. UMNO sekarang berpesta. Pesta bahawa Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan pakatan bergaduh. Pas sudah bercelaru, Pas dengan pakatan pun bercelaru. UMNO sudah berjaya pecah belahkan orang Pas tetapi Alhamdulillah dapat dibendung dengan kenyataan saya baru-baru ini. Tidak boleh terima orang ini, boneka UMNO.

Tok Guru akan terus beri nasihat kepada orang Pas yang menyokong kerajaan perpaduan?

Hendak nasihat apa lagi orang ini, boneka UMNO.

Nasihat kepada ahli Pas yang memahami isu perpaduan ini?

Saya ucapkan terima kasih sebab semua orang sudah faham selepas saya buat kenyataan dulu. Cukuplah setakat ini.

DSAI Mohon Mahkamah Tarik Balik Kes Liwat

Ketua Pembangkang DSAI hari ini mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk ditarik balik pertuduhan liwat ke atas beliau serta meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan kes itu yang ditetapkan pada 1 Julai. Permohonan itu difailkan oleh peguam Anwar Sankara Nair petang tadi.

Menurut Sankara, pertuduhan itu adalah satu lagi konspirasi politik untuk membunuh kerjaya politik anak guamnya. Pertuduhan itu berniat jahat, menindas dan adalah penyalahgunaan proses mahkamah.

Walaupun wujud keterangan-keterangan sah dari pakar-pakar yang menolak berlakunya kejadian liwat sebagaimana yang didakwa oleh pengadu, pihak pendakwaan telah masih meneruskan pendakwaan jahat terhadap Anwar.

Ini permohonan kedua DSAI dalam tempoh seminggu. Rabu lalu, beliau memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengarahkan Pejabat Pendakwaraya menyerahkan bukti kes yang relevan kepada pembelaannya. Penyerahan itu adalah termaktub dalam Kanun Acara Jenayah bagi memastikan hak tertuduh untuk mendapatkan pembelaan terbaik.

Walaupun perbicaraan akan bermula kurang 2 minggu, pejabat Pendakwa Raya berkeras enggan membekalkan peguam DSAI dengan pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008. Begitu juga dengan contoh DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kenyataan polis.

Permohonan itu akan didengar Isnin depan.

(sumber TVA)

Pembelaan Nizar Di Mahkamah Persekutuan Terjejas

Pembelaan kes Menteri Besar Perak Datuk Sri Nizar Jamaluddin melawan Dr Zambry Abdul Kadir ke Mahkamah Persekutuan terjejas ekoran sikap hakim-hakim Mahkamah Rayuan lambat mengemukakan ulasan keputusan kehakiman.

Bercakap kepada media di Parlimen hari ini, Nizar berkata ulasan keputusan kehakiman ini penting bagi membolehkan para peguamnya mempersiapkan pembelaan rapi di Mahkamah Persekutuan.

Namun dengan kesulitan ini, peguambela Nizar terpaksa meneka mengapa Mahkamah Rayuan mengumumkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

“Kita telah meminta ulasan kehakiman banyak kali namun sehingga ke hari ini mereka belum menghasilkannya,” kata Nizar.

Sebelum ini, Hakim Dato’ Md Raus Shariff bersama-sama Hakim Dato’ Zainun Ali dan Hakim Dato’ Ahmad Maarop di Mahkamah Rayuan mencapai keputusan kontroversi dengan mengumumkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Mengikut amalan standard badan kehakiman, mereka mempunyai 30 hari untuk menghasilkan ulasan keputusan kehakiman, dan dalam kes Nizar, mereka mempunyai masa sehingga 19 Jun untuk mengemukakan dokumen tersebut.

Nizar berkata para peguamnya telah mengemukakan surat kepada hakim terbabit. Nizar juga menjelaskan jangka masa 30 hari tidak boleh dijadikan alasan mengapa ulasan kehakiman tidak dapat keluarkan dengan lebih awal.

Lagipun, kata Nizar, Mahkamah Rayuan pernah membuktikan mukjizat dengan meluluskan rayuan Dr Zambry dalam masa kurang dari 24 jam.

Mahkamah Rayuan menyegera dan meluluskan permohonan Dr Zambry untuk membekukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

(SuaraKeadilan)

Syarat Baru Kearah 'Kerajaan Perpaduan'

Bila isu ini nampaknya sudah boleh dikatakan 'serius', syarat 'terbaru' telah dikeluarkan oleh setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali iaitu:

'Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan melibatkan juga 2 lagi rakan kongsinya dalam PR. Jika Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak bersedia dengan syarat terbaru itu, kami tidak akan mengadakan perbincangan dengan Umno'.


Semacam dah 'dipaksa' pula PKR dan DAP untuk 'mengiyakan' projek Kerajaan Perpaduan ini. Kemana hilangnya segala penat lelah dalam perjuangan ini? Rakyat bersama PR 'bersatu hati' dalam perjuangan ini iaitu UMNO adalah 'target utama' yang patut digulingkan. Akibat dari pemimpin mereka sendiri, parti yang 'gah' sebelum ini iaitu UBN sedang menuju kehancuran.....

Apakah keuntungan yang rakyat akan dapat daripada 'dongengan' ini sekiranya ia menjadi 'realiti'? Rakyat semacam tidak percaya untuk memberi peluang kepada UMNO. Isu ini sepatutnya sudah 'wajib' ditutup selepas sahaja Majlis Syura keluarkan arahan untuk berbuat demikian. Sekarang semacam PKR dan DAP terpaksa melayan isu yang tiada untungnya buat masa ini kepada PR.

Plan asal 'perubahan' juga pastinya terbantut akibat daripada 'taktik' pihak2 yang tak bertanggungjawab ini.