" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

31 March 2011

Royalti: Kelantan Gagal Pindah Balik Kes Ke Mahkamah Komersial

Oleh: Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Kerajaan negeri Kelantan gagal dalam usahanya memindahkan kes tuntutan royalti minyak terhadap Petronas ke mahkamah komersial selepas Mahkamah Tinggi Sivil menolak permohonannya.

Hakim Zabariah Mohd Yusof memutuskan untuk mendengar kes tersebut di bahagian sivil selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya.

Justeru, beliau menetapkan 21 April ini untuk sebutan kes itu.

Kes itu pada awalnya difailkan di Mahkamah Tinggi Komersial pada Ogos lalu oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bagaimanapun ia dipindahkan ke mahkamah sivil, yang menurut kerajaan negeri Kelantan dilakukan tanpa pengetahuannya.

Banjir Di Perlis Makin Buruk, 2,356 Kena Pindah

KANGAR: Banjir di Perlis semakin buruk semalam apabila 2,356 mangsa daripada 593 keluarga dari seluruh negeri itu dipindahkan ke 25 pusat pemindahan.

Jumlah itu meningkat dalam tempoh 24 jam dan dikhuatiri bertambah jika hujan di kawasan utara Semenanjung berterusan. Sebahagian besar mangsa dipindahkan adalah dari daerah ini.

Seramai 1,852 mangsa daripada 452 keluarga ditempatkan di 14 pusat pemindahan di sekitar Kangar, manakala 490 mangsa daripada 130 keluarga lagi di Padang Besar dan bakinya di Arau membabitkan 44 mangsa daripada 11 keluarga.

30 March 2011

Bencana Di Selatan Thai Telah Meragut 15 Nyawa

BANGKOK - Sekurang-kurangnya 4 orang telah terkorban dan 10-20 orang di laporkan hilang dalam insiden tanah runtuh di Selatan Thailand. 15 kematian di rekodkan akibat banjir.

Vittayen Muttamara mengatakan 716.110 orang telah terkena banjir di lapan wilayah selatan Thai. Tentera Laut Thailand telah menghantar 3 buah kapal bagi menyelamatkan para pelancong yang berada di tempat-tempat peranginan seperti Koh Samui.

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva telah melakukan lawatan pada pagi Rabu di wilayah yang di timpa bencana berkenaan dan mengarahkan pasukan penyelamat supaya segera memindahkan penduduk di sana. -AP

Ceramah DNA : Azmin Saman Polis

AMPANG 30 MAC : Naib Presiden PKR, N Surendran berkata pihaknya akan mengambil tindakan menyaman polis, termasuk 16 anggota pasukan itu kerana didakwa melakukan kekerasan ketika menyerbu dan menghalang ceramah kempen ‘Tolak Fitnah’ anjuran parti itu di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati, Jumaat lalu.

Menurut N Surendran, pihaknya juga menamakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, kerajaan Malaysia dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam saman berkenaan serta memberikan notis 48 jam kepada pihak polis untuk memohon maaf berhubung insiden tersebut.

"Tapi sampai sekarang belum ada apa-apa permohonan maaf yang dibuat ," katanya.

29 March 2011

Kenyataan Akhbar JMM: Amaran Hujan Lebat (Tahap Jingga)

AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
Ditingkatkan pada 11.00 pagi 29/03/2011

i) Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) yang dikeluarkan pada 7.50 pagi, 29/3/2011 ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga). Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dijangka berterusan sehingga Rabu, 30 Mac 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

ii) Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) yang dikeluarkan pada 9.11 pagi, 29/3/2011 ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga). Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Perlis dan Kedah (Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang) dijangka berterusan sehingga Rabu, 30 Mac 2011.

FOTO KESEDARAN 28 MAC 2011


" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30
sila klik untuk sambungan foto...

Video Lucah : Bukit Aman Tidak Siasat Anwar

Polis tidak menyiasat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung fitnah video seks yang didalangi oleh bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik dan dua individu lain.

Ketua Sekretariat Polis Bukit Aman Deputi Komisioner, Datuk Ghazali Mohd Amin menegaskan Ketua Pembangkang itu tidak disiasat kerana tiada tanda menunjukkan wujudnya salah laku jenayah.

“Tidak, tidak, tidak,” kata beliau kepada The Malaysian Insider semalam apabila ditanya sama ada Anwar dikenakan sebarang tuduhan berbentuk jenayah.

Ghazali enggan menjawab sebarang soalan lain kerana sedang menaiki kapal terbang ketika dihubungi.

28 March 2011

Krisis Nuklear: Peningkatan Radiasi 10 Juta Kali Lebih Tinggi Berbanding Biasa

TOKYO: Pegawai di Jepun semalam melaporkan peningkatan besar mendadak kadar radiasi iaitu 10 juta kali lebih tinggi berbanding paras biasa dalam air di salah satu reaktor di loji nuklear di Fukushima Daiichi yang bocor selepas dilanda gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu.

Jurucakap pengendali loji Tokyo Electric Power Co (TEPCO), Takashi Kurita berkata, udara di loji itu diukur pada kadar, 1,000 milisievert sejam, empat kali ganda paras 250 milisievert yang disahkan selamat oleh kerajaan.

Berita mengenai peningkatan mendadak paras radiasi di Unit 2 tersebar ketika jurutera TEPCO bertungkus-lumus mengepam air tercemar dari dua lagi reaktor bermasalah di loji Fukushima Daiichi, 220 kilometer ke timur laut Tokyo.

Kenyataan Akhbar JMM Susulan Gempa Kuat Pada 28 Mac Di Honshu, Jepun

KENYATAAN AKHBAR
(Dikeluarkan Pada 28 Mac 2011, 6:40 pagi)

Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 pada skala Richter telah berlaku berhampiran Pantai Timur Honshu, Jepun pada 6:24 pagi. Pusat gempa bumi terletak di 38.3º Utara dan 142.4º Timur, 4337 km dari Timur Laut Kudat, Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan yang terkini.

Pegawai bertugas : En. Zaidi bin Zainal Abidin
No. Telefon: 03-79678066

27 March 2011

PKR dan DAP Selesai Isu Kerusi P/raya Sarawak

PULAU PINANG 27 MAC : Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Demokratik berjaya menyelesaikan isu pengagihan kerusi antara dua parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak.

Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng mengesahkan bahawa persetujuan sudah dicapai manakala butiran terperinci akan di umumkan dalam tempoh terdekat.

“Setiap kelewatan menyelesaikan isu ini akan merugikan kita. Sudah sampai masanya kita bekerja sebagai satu pasukan,” Lim memberitahu pemberita.

26 March 2011

Presiden Yaman Sedia Melepaskan Jawatan?

SANAA - Presiden Ali Abdullah Saleh berkata pada Jumaat bahawa beliau bersedia untuk menyerahkan kuasa demi untuk menghentikan pertumpahan darah di Yaman. Namun itu semua hanyalah semata-mata untuk menyelamatkan diri beliau dari puluhan ribu pendemonstrasi yang berhimpun pada hari yang di namakan 'Hari Pengunduran'.

Para pendemonstrasi membahagi-bahagikan kad berwarna merah yang bermaksud mereka mahukan presiden mereka berundur, menamatkan siri perang saudara, gerakan pemisah dan serangan militan.

Tentera yang setia kepada jeneral Yaman yang mengawal para pendemonstrasi telah menembak ke udara bagi menyekat kemaraan penyokong Saleh dari mendekati kawasan tersebut, kata saksi.

Rakaman Penuh Pidato DSAI Di Taman Melawati 25 Mac 2011


sila klik untuk video

Tindakan Tak Profesional Polis Bukti Umno BN Gentar

KUALA LUMPUR: Tindakan polis menyerbu kawasan persendirian dan mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pentas di saat-saat untuk mengakhiri ceramahnya, menunjukkan Umno Barisan Nasional (BN) gentar dengan kebangkitan rakyat yang dipimpin Ketua Umum KEADILAN itu.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, berkata Umno BN yang diketuai Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor takut kebenaran akan terserlah walaupun mereka cuba mengaburi rakyat dengan kes Fitnah II dan muslihat video seks.

“Polis menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian. Tindakan itu mengakibatkan kecederaan kepada rakyat termasuk wartawan dan pimpinan AMK,” katanya pada satu kenyataan media, awal pagi ini.

25 March 2011

‘Calon’ Konspirator Video Seks Dedah Tembelang Eskay

Mahti dedah Eskay mahu jatuhkan Anwar dengan 'apa cara sekalipun'.

SUNGAI BULOH: Seorang kenalan rapat Datuk Shazril Eskay Abdullah yang dipelawa sebagai sebahagian konspirator penayangan video seks di Hotel Carcosa Isnin lalu mendedahkan, ahli perniagaan itu mahu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ‘apa cara sekalipun’.

Hal itu didedahkan Mohamad Mahti Abd Rahim, bekas anggota polis yang juga bekas pengawal peribadi kepada Tan Sri Megat Junid selama lebih 20 tahun, yang turut mengenali Eskay.

Beliau mengakui turut mengetahui mengenai penayangan video seks itu dan turut diajak bersama menyertai kumpulan berkenaan tetapi beliau menolaknya.

Kenyataan Akhbar JMM Susulan Gempa Kuat Di Honshu, Jepun

KENYATAAN AKHBAR
( Dikeluarkan Pada 25 Mac 2011, 8:00 malam )

Gempa Bumi Kuat di Berhampiran Pantai Timur Honshu, Jepun Pada 25 Mac 2011, 07:36 malam

Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter telah berlaku berhampiran Pantai Timur Honshu, Jepun pada 7:36 malam.Pusat gempa bumi terletak di 38.1º Utara dan 141.2º Timur, 4250 km dari Timur Laut Kudat, Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan yang terkini.

Pegawai bertugas : En. Azmi bin Atan
No. Telefon: 03-79678066

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA (MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT)
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MINISTRY OF SCIENCE, TECHNOLOGY & INNOVATION)
Jalan Sultan, 46667 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia


Tel: 603-79678000
Faks: 603-79550964
E-mel: mmd@met.gov.my
http://www.met.gov.my

- JMM

Gempa Di Sempadan Myanmar - Thailand Amat Menakutkan Penduduk

Yangon - Gempa Bumi kuat telah melanda Myanmar semalam berhampiran sempadan Thailand yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang, termasuk seorang kanak-kanak, kata pegawai dari kedua-dua negara berkenaan.

Penduduk yang dalam ketakutan bertindak meninggalkan rumah mereka. Bangunan tinggi bergoyang di Bangkok yang berjarak hampir 800 kilometer (500 batu) dari pusat gempa. Usaha memindahkan mangsa dari bangunan tinggi di lakukan dan semua pesakit dari Mae Sai RSUD di pindahkan ke Chiang Rai.

US Geological Survey (USGS) pada awalnya mencatat gempa sebagai berkekuatan 7,0, namun kemudian disemak turun menjadi 6,8. Sebuah gempa susulan yang kuat kemudian diukur pada besarnya 5.4.

Gegaran Gempa Bumi Di Myanmar Turut Dirasai Di Thailand

BANGKOK: Thailand merasai sedikit gegaran berikutan kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.8 pada skala Richter melanda Myanmar pada malam Jumaat.

Timbalan Pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, Somchai Baimuang berkata, penduduk di wilayah utara di Chiang Rai, Chiang Mai, Nam dan Bangkok turut merasai kesan daripada gempa bumi pada pukul 8.55 malam waktu tempatan.

“Jangan panik dan tiada gempa bumi di Thailand dan tiada amaran tsunami dikeluarkan,” katanya.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik melaporkan kejadian gempa bumi di Myanmar berlaku jauh di pendalaman dan tidak mencetuskan ombak tsunami. -BERNAMA

24 March 2011

Ulang siar kenyataan penuh Chegubard berkaitan video seks

Pada 21 Mac 2011, saya menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari Umno.

Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang memperkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami dijemput di perkarangan parkir IJN pada lebih kurang hampir 8 pm.

23 March 2011

Rakaman Pendedahan Datuk Johari Abdul Berhubung Dalang Disebalik Video Lucah


" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

21 March 2011

Lelaki dalam video fitnah bukan saya – DSAI

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah pemimpin utama pembangkang dalam video fitnah yang ditayangkan kepada media tempatan, tengah hari tadi.

Anwar berada di rumahnya bersama ahli keluarga pada 21 Februari 2011 iaitu tarikh yang tertera dalam rakaman video berkenaan.

“Saya di rumah bersama Dr Wan Azizah Ismail, anak-anak dan cucu selepas bermesyuarat dengan staf KEADILAN,” katanya.

FOTO KESEDARAN 21 MAC 2011

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

klik untuk sambungan foto...

12 March 2011

Kebimbangan Akibat Kebocoran Nuklear

EPA
Sistem pendingin loji penjana tenaga nuklear Jepun Fukushima Daiichi itu rosak teruk akibat gempa bumi semalam dan telah  menyebabkan tahap radiasi semakin meningkat. Pihak berkuasa menghadkan setiap orang dalam radius dua batu
Jepun berusaha mengelak daripada terkena bencana nuklear apabila dua pembangkit listrik dari stesyen penjanaan nuklearnya rosak akibat daripada gempa bumi kuat semalam.

Para pegawai mengakui bahawa tahap radiasi 1,000 kali lebih tinggi daripada biasa di dalam penjanaan elektrik Daiichi Fukushima, sekitar 170 batu utara Tokyo, dan bercadang untuk melepaskan stim radioaktif bagi mengurangkan tekanan terhadap reaktor.

11 March 2011

Gempa Magnitud 8.8 Skala Richter Landa Jepun

Gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat.
TOKYO: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter (30 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan.

Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.

Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi.

Mesir: 13 Maut Angkara Perbalahan Antara Kristian - Islam

 Kaherah: 13 orang telah terkorban dalam insiden perbalahan antara Kristian dan Muslim di Mesir. Suasana menjadi tegang kembali di Kaherah. Dalam masa yang sama kerajaan baru Mesir mula bermesyuarat buat kali pertama pada hari Rabu yang membahaskan cara-cara bagi mengembalikan undang-undang dan ketenteraman awam.

Perbalahan ini menimbulkan cabaran lain untuk keputusan Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata seperti graf saja Mesir terhadap pilihan raya yang akan mengembalikan kuasa kepada kerajaan dalam tempoh 6 bulan.

08 March 2011

Krisis Libya: AS Dan Sekutunya Mempertimbangkan Pilihan

 
pejuang pemberontak Libya berlindung sebagai bom yang dijatuhkan oleh tentera udara meletup jet pejuang di sebuah pos pemeriksaan di pinggiran kota minyak Ras Lanuf. (Marco Longari/ AFP/ Getty Images)

Libya - Pesawat perang Kerajaan telah mengebom kedudukan pemberontak berhampiran kilang minyak ini bandar pesisir terakhir dalam usaha untuk mengumpul kekuatan pembangkang jauh kembali ke timur.

Presiden Obama memberi amaran bahawa Barat sedang mempertimbangkan semua opsyen bagi menagani krisis di Libya, termasuklah campur tangan tentera.

06 March 2011

Peratusan Keluar Undi : Merlimau 72.6 % , Kerdau 79.4 % Sehingga 3 Petang

MERLIMAU 6 MAC : Kira-kira 72.6 peratus daripada 10,679 pemilih berdaftar telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Merlimau sehingga 3 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR mensasarkan lebih 80 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil ini yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Roslan Ahmad, 44, dan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38.

Sementara itu di DUN Kerdau jumlah yang keluar mengundi meningkat kepada 7,149 (79.44%) sehingga jam 3 petang.

DSAI: Mengapa Takut Dengan Perubahan

Pagi ini terpampang amaran pemimpin Umno agar pembangkang jangan bermain api. Amaran ini dikeluarkan oleh pimpinan Umno kerana para pemimpin Pakatan Rakyat memulakan inisiatif membandingkan antara tuntutan Perubahan yang diungkapkan di Timur Tengah serta Afrika Utara dengan tuntutan Perubahan di Malaysia.

Sebenarnya apa yang Pakatan Rakyat lakukan sekadar mengingatkan kerajaan agar mengambil iktibar akan beberapa persoalan mendasar yang menjadi punca kemarahan penduduk di Libya, Mesir dan Tunisia misalnya.

Apakah peringatan yang diungkapkan kita agar kekayaan jangan hanya tertumpu kepada segelintir manakala masih ramai yang terpaksa membanting tulang untuk sesuap nasi itu suatu usaha meniup kebencian? Apakah usaha kita mendedahkan betapa 1.36 juta(34%) dari 4 juta pekerja di Malaysia dibayar kurang dari RM 700 sebulan, manakala 40% dari keseluruhan rakyat Malaysia hanya menikmati pendapatan isi rumah kurang dari RM 1500 itu suatu usaha hasutan?

02 March 2011

Iran: Mir Hossein Mousavi dan Mehdi Karroubi 'ditangkap'

Pemimpin pembangkang Iran Mir Hossein Mousavi dan Mehdi Karroubi serta isteri mereka, telah ditangkap di rumah masing-masing oleh pegawai-pegawai keselamatan.

Anak Mr Karroubi memberitahu BBC bahwa dia mendengar ayahnya sudah dipindahkan, tetapi tidak tahu di mana ia telah diambil. Yang dekat website untuk Mousavi tuntutan orang-orang telah dibawa ke Heshmatiyeh penjara di Teheran. Pegawai kerajaan Iran membantah laporan itu, agensi berita Fars semi-rasmi mengatakan.

Itu datang menjelang aksi protes yang dirancang yang dijadualkan akan diadakan pada hari Selasa. Fars mengutip seorang pegawai yang tidak disebutkan namanya di mahkamah Iran sebagai menyangkal bahawa orang-orang telah diambil.

01 March 2011

Fitnah 2 : Mahkamah Ditunjukkan Barang Kes Dari Kondo, Lokap (UPDATE)

Perbicaraan kes Fitnah 2 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersambung dengan mahkamah ditunjukkan bahan bukti termasuk sehelai bulu, sebidang karpet dan sehelai selimut.

Timbalan Pendakwaraya (DPP) Nordin Hassan membawa Superintenden (B) Amidon Aman sebagai saksi seterusnya dalam perbicaraan kes fitnah 2 itu pagi ini.

Amidon yang bertugas sebagai Ketua Bahagian CSI Makmal Forensik Bukit Aman ketika itu berkata telah hadir ke kondominium Desa Damansara pada 17 Julai 2008.

Gadhafi Berusaha Menggagalkan Perhimpunan Besar Yang Bakal Berlaku

Tripoli, Libya (AP) - Seorang saksi mengatakan beratus penunjuk perasaan berbaris di daerah Tripolisambil melaungkan slogan-slogan anti pemimpin Libya Moammar Gadhafi.

Saksi mengatakan permulaan demonstrasi sekitar 300 orang yang telah berhimpun di ibu negara hari ini (Isnin)selepas acara pengebumian para pendemonstrasi yang telah terkorban akibat daripada serangan kumpulan militan pro-Gadhafi. Pasukan keselamatan Libya dilaporkan telah menuju ke timur Tajoura dalam persiapan menghadapi apa jua kemungkinan.

Saksi yang enggan identitinya di dedahkan di atas faktor keselamatan memberitahu bahawa pasukan Pro-Rejim Gadhafi yang lengkap bersenjata telah bertindak mengepung ibu kota dan mendirikan pos-pos pemeriksaan , setelah kumpulan pembangkang merancang bagi mengadakan demonstrasi besar-besaran pada Jumaat ini.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA