" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

31 January 2011

RON 97 Naik 10 Sen Lagi Malam Ini

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut seorang sumber kerajaan. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

(TVSnews)

29 January 2011

MP Padang Serai umum letak semua jawatan PKR

Bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu. Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.

"Selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam PKR dan teruskan kerja saya melalui NGO baru," katanya dalam mesej yang diposkannya jam 10.50 pagi tadi.

Namun Gobalakrishnan, tidak menyebut nama badan bukan kerajaan (NGO) baru yang akan disertainya bagi meneruskan kerja-kerjanya.

28 January 2011

Rayuan Qazaf: Anwar Diberi Tiga Minggu Kemuka Hujah Bertulis

KUALA LUMPUR 28 JAN : Mahkamah Rayuan Syariah di sini memberi tempoh tiga minggu kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan hujahan secara bertulis berhubung permohonan rayuan qazafnya yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Dalam prosiding hari ini, mahkamah turut mendengar permohonan pindaan yangdibuat oleh Anwar selaku perayu iaitu untuk memasukkan perkataan 'keseluruhan' yang dikatakan telah tercicir dalam notis rayuan, pada 23 April lalu.

Pihaknya membuat permohonan itu berhubung satu perenggan yang menyatakan"...tidak berpuas hati terhadap keputusan mahkamah" untuk meminda dengan menambah perkataan "keseluruhan" yang menjadikan; "...tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan mahkamah."

22 January 2011

DAP Sarawak: Pilihan raya serentak untungkan BN

KUCHING, 22 Jan – Pilihan raya Parlimen dan negeri yang diadakan serentak akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) Sarawak daripada segi berkempen, kata seorang pemimpin pembangkang hari ini.

Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng berkata pilihan raya serentak akan memberi kesan tidak baik kepada parti pembangkang di negeri ini kerana ia akan mengehadkan penggunaan sumber yang mereka miliki.

“Ini adalah suatu helah untuk memastikan sumber pakatan pembangkang dari Semenanjung Malaysia tidak sampai ke Sarawak,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

15 January 2011

Pasaran Getah Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan

Pasaran getah Malaysia dijangka meneruskan lagi peningkatan pada minggu depan dengan harga terus kekal pada paras tinggi berikutan kebimbangan akan keadaan bekalan terhad di seluruh dunia, kata seorang peniaga.

Gred tayar SMR 20 pada Jumaat mencecah paras 1,600 sen sekilogram, yang tertinggi pernah dicatatkan sejak ia diperkenalkan pada 1972, apabila pengeluar kereta Singapura dan China terus membuat tempahan walaupun harga tinggi.

"Walaupun dengan harga yang tinggi sekarang, peniaga masih membeli,berikutan jualan kereta yang bertambah baik.

09 January 2011

Mahfuz : Umno Kian Terdesak 'Peralat' Utusan Kaburi Mata Rakyat

Datuk Mahfuz Omar menyifatkan parti Umno kini berada dalam keadaan terdesak sehingga menggunakan Utusan Malaysia bagi mengaburi mata rakyat dalam isu hubungan antara parti politik dan monarki di Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, tuduhan mengenai PKR dan DAP anti sultan dan mahu menjadikan Malaysia sebuah republik dalam kolum Awang Selamat hari ini membelakangi hakikat sebenar cadangan yang cuba dilakukan Pakatan Rakyat.

"Kenyataan yang dibuat Awang Selamat ini menunjukkan Umno dalam keadaan kritikal apabila cuba menonjolkan dan menaikan isu bahawa PKR dan DAP sebagai anti sistem kesultanan dalam negara kita ini dan cuba mengaitkan isu Khusrin seolah mengkhianati tapi pada hakikatnya kita cuba mengembalikan kuasa lantikan kepada Sultan atas nasihat Menteri Besar," katanya kepada Tv Selangor.

04 January 2011

Kuasa Eksekutif : Pakar Perlembagaan Sangkal laporan Utusan

Pakar Perlembagaan mempertikaikan laporan Utusan Malaysia hari ini yang menyebut bahawa Sultan Selangor mempunyai kuasa eksekutif dan boleh memberikan perkenan dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK).

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Malaysia (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani samada tidak memahami ataupun salah mentafsir kedudukan Sultan seperti termaktub dalam prlembagaan.

"Saya rasa memeranjatkan dan bertentangan dengan apa yang disebut oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas menghadap Ke Bawah Duli Tuanku semalam, di mana kata Tan Sri, Sultan mengaku bahawa baginda sudah tidak ada kuasa dalam hal ini kerana sudahpun dipindahkan ke persekutuan melalui satu pindaan yang dibuat oleh pentadbiran Umno pada tahun 1993," jelas beliau.