" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

28 February 2010

MALAPETAKA SEMAKIN MENDATANG

Gempa Bumi Terkuat Landa Chile, 214 Terbunuh

Lebih 214 orang terbunuh dalam gempa bumi sekuat 8.8 pada skala Richter menggegarkan bahagian selatan Chile petang semalam (waktu Malaysia) - gegaran lebih kuat berbanding yang dialami Haiti bulan lalu.

Gempa bumi terkuat dirasai Chile ini telah mengorbankan 214 orang setakat ini (pagi waktu Malaysia), kata Menteri Dalam Negerinya Edmundo Perez. Angka kematian dijangka terus meningkat.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.43 petang semalam waktu Malaysia), 90 kilometer dari timur laut bandar Conception pada kedalaman 35 kilometer.

Laporan radio dan televisyen menyebut beberapa bangunan runtuh di bandar raya Curico dan terdapat kerosakan pada bangunan bersejarah di tengah ibu negara Santiago, kira-kira 320 km dari utara pusat gempa.

Lapangan terbang antarabangsa di Santiago ditutup dan sebuah jambatan lebuh raya runtuh.

Apartmen-apartmen yang baru dibina juga ranap sama sekali.

Berjuta-juta orang membanjiri jalan raya dalam kegelapan ekoran gangguan bekalan elektrik.

Presiden Michelle Bachelet mengisytiharkan perintah bencana ketika pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mengesan mangsa-mangsa yang terselamat.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran bagi negara-negara di Amerika Latin dan juga kepada Jepun, Rusia, Filipina, Indonesia dan French Polynesia.

Tsunami di rantau Asia dan Asia Pasifik dijangka berlaku di antara 12 hingga 15 jam selepas gempa bumi.

Ombak besar melanda pulau Robinson Crusoe, wilayah terbesar di kepulauan Fernández dengan sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan terbunuh.

Penduduk dari Pulau Easter dipindahkan.

Bunyi siren amaran tsunami dikeluarkan di kawasan Hawaii sekitar pukul 6 pagi waktu tempatan (12 tengah malam waktu Malaysia).

Dalam pada itu Bernama melaporkan Wisma Putra masih cuba mewujudkan hubungan komunikasi dengan Kedutaan Malaysia di Santiago bagi mengetahui nasib rakyat Malaysia.

Timbalan Menteri Luar A.Kohilan Pillay memberitahu Bernama laporan awal media menyebut talian telephone dan bekalan elektrik terputus akibat kejadian itu .

Keadaan itu menjejaskan usaha menghubungi pegawai kedutaan bagi mendapatkan perkembangan terbaru mengenai keselamatan rakyat Malaysia serta keadaan menyeluruh di sana, katanya.

"Usaha berterusan sedang dilakukan bagi menghubungi pegawai kedutaan kita di negara itu," katanya.

Bagaimanapun, bilangan rakyat Malaysia di negara, yang penduduknya berjumlah 17 juta, belum dipastikan. -AP

IMEJ MISTERI UNTUK DIKONGSI (28/02/2010)

26 February 2010

Gambar Untuk Dikongsi Bersama 25 Feb 2010

25 February 2010

Mahkamah Tolak Semakan Keputusan Peroleh Bahan Bukti

Seperti diduga, permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyemak keputusan mahkamah yang sebelum ini menolak permohonan memperoleh bukti utama perbicaraan kes konspirasi kedua, ditolak Mahkamah Persekutuan sebulat suara.

Antara bukti utama yang diperlu pasukan pembelaan bagi menjamin perbicaraan berjalan secara adil ialah rakaman kamera litar tertutup (CCTV), laporan perubatan dan kenyataan saksi pendakwa.

Semakan itu didengar panel tiga hakim diketuai Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin dan dua hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Heliliah Mohd Yusof.

Mengulas keputusan itu, peguam utama Anwar, Karpal Singh meluahkan kekesalannya kerana semakan itu hanya didengar sekarang sedangkan perbicaraan terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah bermula.

Tanpa bukti utama itu, Karpal menyifatkan perbicaraan kes itu tidak wajar dan tentunya tidak mungkin dapat menjamin keadilan kepada Anwar.

Malah, beliau menganggap kehadiran tiga pakar forensik dan DNA dari luar negara terjejas berikutan mereka dapat berpeluang meneliti bukti tersebut.

Pada perbicaraan semakan itu, Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menyatakan mahkamah tiada kuasa menyemak keputusan kerana penghakiman Mahkamah Persekutuan adalah muktamad.

Sedangkan, Karpal menegaskan mahkamah boleh menyemak keputusannya sendiri kerana dengan jelas telah berlaku ketidakadilan.

(TVS)

Gambar Untuk Dikongsi Bersama 24 Feb 2010

Polis Siasat Pemimpin Pakatan Rakyat

Dua pemimpin kanan Pakatan Rakyat menjadi sasaran polis kerana menjawab pertuduhan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat , Sivarasa Rasiah dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub disoal siasat oleh polis di Parlimen berhubung kenyataan mereka pada ceramah di Seberang Jaya Pulau Pinang bulan lalu.

Polis mengambil keterangan mereka di bawah Akta Hasutan berikutan aduan yang dibuat oleh rakan setugas mereka pada 8 Feb lalu.

"Bagi saya tindakan seperti ini adalah cubaan untuk mengugut, dalam cubaan untuk menghentikan saya, Yb Salahuddin dan rakan-rakan lain berceramah kepada orang ramai dan menyentuh isu-isu penting seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar, seperti kes Altantuyaa dan beberapa isu penting lain dan amalan rasuah,"katanya.

Menurut Sivarasa, beliau disoal siasat kerana menyentuh perbicaraan konspirasi kedua terhadap Anwar.

Pelbagai pihak mempersoalkan keperluan pertuduhan itu diteruskan apabila laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur mengesahkan tidak ada bukti pengadu Saiful Bukhari Azlan di liwat.

"Telah bertanya kepada pihak polis, apakah kesalahan yang kononnya disiasat, jawapan yang diberi ialah kandungan ceramah kami adalah dianggap sebagai kesalahan di bawah Akta Hasutan. Jadi nampaknya macam biasalah, mereka telah rekodkan keterangan dan buat siasatan,"katanya.

Sivarasa mencabar polis supaya membuktikan ucapan beliau adalah kesalahan undang-undang dan membidas taktik untuk menyoal siasat beliau.

"Bagi saya kalau mereka anggap ada satu kesalahan, tidak ada halangan, mereka boleh tuduh terus. lagipun mereka ada rakaman dan mereka sudah ada saksi mereka, tidak perlu hendak ambil keterangan, kalau dianggap salah, cajlah,"katanya.

Salahuddin pula menyifatkan tindakan polis itu sebagai hasutan bagi menghalang rakyat daripada mengetahui fakta-fakta di sebalik pertuduhan fitnah liwat yang dikenakan ke atas Anwar.

"Satu skrip telah disediakan kepada kami pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat bahawa apa jua yang menyentuh tentang perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus dituduh di bawah Akta Hasutan seperti mana yang berlaku kepada Manoharan,"katanya.

Salahuddin menambah, siasatan yang dibuat ke atas beliau bukan sahaja menjurus kepada ceramah umumnya berhubung perbicaraan Anwar namun ia turut melibatkan isu penggunaan kalimah Allah yang disampaikannya.

"Demikian juga pada saya, isu-isu penggunaan kalimah Allah juga mereka cuba sabitkan juga dengan akta hasutan. saya rasa ini cukup merbahaya bagi mereka dan kerana mereka telah terperangkap dengan isu ini, menggunakan isu kalimah Allah ini dalam ceramah PAS juga boleh diambil tindakan dalam Akta Hasutan,"katanya.

(TVS)

23 February 2010

Gambar Untuk Dikongsi Bersama 23 Feb 2010

Wartawan Kanan India Persoal Perbicaraan Anwar

Hadri Yaziz

Selepas Ahli Parlimen Australia dan Senat Amerika Syarikat, Editor The Sunday Guardian, MJ Akbar pula menyifatkan perbicaraan kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ada yang tidak kena.

Penulis buku 'Kashmir: Behind the Veil’, Riot after Riot’ dan ‘India: The Siege Within’ itu melabel demikian berdasarkan pengamatan, selain berkongsi maklumat dengan media dan peguam.

"Seperti yang kita perhatikan, perbicaraan ini tampak begitu rompong. Perbicaraan ini penuh dengan kesilapan. Pada pandangan saya, saya tidak menyangkal hanya perbicaraan yang adil dapat melengkapkan segalanya," katanya kepada TV Selangor.

Beliau memberi pandangan peribadi itu apabila diminta mengulas mengenai proses kehakiman yang hangat diperkatakan, ketika mengadakan lawatan ke Malaysia bertemu Anwar bagi memberi sokongan moral.

Akbar petang semalam mengadakan dialog bersama wakil media dan penulis blog bebas di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sesi dialog selama satu jam itu membincangkan keberkesanan komunikasi dalam media melalui mesej yang disampaikan selain bentuk pengolahan sempurna untuk tatapan umum.

Beliau berkongsi pengalaman tentang kuasa penulisan kreatif yang boleh mengubah persepsi dan pendirian pembaca, dengan menggunakan mesej ringkas mampu memberi impak lebih besar berbanding penulisan kompleks.

Akbar yang dijadual pulang ke New Delhi hari ini, turut mengulas peranan komunikasi media sebagai medium penting dalam menyampaikan mesej individu kepada umum.

(TVS)

22 February 2010

Mengapa Ahli Parlimen Australia Bantah Malaysia?

Wall Street Journal menerbitkan sebuah kisah pengalaman sendiri tentang bagaimana Cawangan Khas Polis Malaysia mengada-adakan tuduhan yang membawa Anwar kepada perbicaraan pertama .

Munawar Anees recalled how he had been starved and beaten into signing a false confession which implicated Anwar. Munawar Anees mengingati semula bagaimana beliau telah kebuluran dan dibelasah hingga dipaksa menandatangani satu pengakuan palsu yang melibatkan Anwar.

Minggu lalu telah melihat acara yang luar biasa dalam politik Australia: anggota backbench DPR dari kedua belah pihak (Labor, Liberal, Green and independent) telah mengambil inisiatif hal luar negera, bebas daripada pimpinan parti mereka.

Enam puluh Ahli dan Senator – Buruh, Liberal, Hijau dan independen – menandatangani sebuah surat yang disampaikan kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia memprotes perbicaraan terkini Pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim atas tuduhan “sodomi.”

Petisyen itu ditandatangani oleh, antara lain, Laurie Ferguson, Malcolm Turnbull, Greg Hunt, Bob Brown, Nick Xenophon, Duncan Kerr, Timbalan Ketua Anna Burke, Jennie George, Gary Gray dan Mark Dreyfus QC. Ini berikutan satu ucapan saya di Dewan Perwakilan Rakyat pada 3 Februari, di mana saya menarik perhatian DPR keatas perbicaraan Sodomi ke-2 Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur.

Saya sangat berterima kasih kepada semua Ahli dan senator yang menandatangani surat itu. I can’t recall another backbench initiative like this in recent times. Saya tidak ingat adanya inisiatif backbench lain seumpama ini dalam masa yang terdekat ini.

Mengapa Ahli Parlimen Australia menojolkan hidung mereka ke dalam urusan negara seperti Malaysia, yang merupakan teman dan tetangga?

Saya akan menjelaskan,justru kerana Malaysia adalah teman dan tetangga bahawa kita prihatin apa yang berlaku di sana. No-one is surprised at show trials and political persecution in North Korea or Burma. Tidak ada siapa yang terkejut terhadap perbicaraan dan penganiayaan politik di Korea Utara atau Myanmar.

Tetapi apabila perkara sebegitu terjadi di suatu negara yang merupakan salah satu negara yang kisah kejayaannya agak relatif dengan kita, maka kita terkejut dan cemas.

Ramai daripada kalangan orang Australia yang telah bercakap untuk Aung San Suu Kyi, Burma pemimpin yang dipilih secara demokratik di bawah tahanan rumah oleh rejim autoritarian.

Dalam beberapa pengertian penganiayaan perbicaraan Anwar ini adalah lebih mengerikan kerana berlaku dalam sebuah negara demokrasi yang sedang berkembang di mana mengatakan bahawa organ-organ negara seperti mahkamah atau polis tidak boleh digunakan untuk menganiaya pihak musuh politik yang demokratik.

Hubungan antara warga Australia dan Malaysia telah menjadi sangat intim dalam beberapa tahun terkini, melalui mahasiswa yang belajar di Australia, pertambahan bilangan pelancongan di kedua pihak dan berkembangnya urusan perniagaan. Penganiayaan terhadap Anwar Ibrahim, bagaimanapun, tidak menempatkan Malaysia pada keadaan yang baik.

Usaha-usaha yang berulang kali oleh parti yang berkuasa di Malaysia untuk mengusir Anwar keluar daripada politik dengan mengada-adakan tuduhan palsu adalah jelas sesuatu yang memalukan yang kini sudah berjalan selama lebih dari sepuluh tahun.

Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 ketika dia berselisih dengan Perdana Menteri Mahathir Mohamad – bukan kawan Australia.

Beliau ditangkap, dipukul, dibicarakan dengan bukti-bukti palsu, dan testimoni paksaan, lalu dipenjara selama empat tahun, sebelum vonis itu dibatalkan pada tahun 2004. Now the same charges have been laid again. Sekarang tuduhan yang sama telah disusun lagi.

Baru-baru ini Wall Street Journal melaporkan sebuah kisah pengalaman sendiri tentang bagaimana Cawangan Khas Polis Malaysia mengada-adakan tuduhan yang membawa Anwar kepada perbicaraan pertama . Munawar Anees mengingati semula bagaimana beliau telah kebuluran dan dbelasah hingga dipaksa menandatangani satu pengakuan palsu yang melibatkan Anwar.

Hal yang sama berulang lagi sekarang.Ini tidak dapat diterima dalam setiap negara demokratik dimana Penuduh (Saiful) telah pergi ke rumah Perdana Menteri sebelum kemudiannya pergi ke balai pols yang (sepatutnya) tidak memihak . Ini adalah apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim ketika Penuduh yang dibantu oleh Rosmah Razak (Rosmah Mansor), isteri Perdana Menteri, sebelum ia pergi untuk membuat laporan keatas Anwar di balai polis.

Ini adalah taktik musuh Anwar yang bersedia untuk diperalatkan, dalam rangka untuk menghapuskan ancamannya (Anwar) terhadap mereka yang sedang berkuasa sekarang.

Alasan parti yang berkuasa, UMNO yang takut terhadap Anwar adalah kerana dia merupakan ahli politik Melayu yang pertama kali mampu mencabar monopoli undi Melayu , yang merupakan asas pemegangan kuasa yang sejak sekian lama ini.

Pada pilihanraya 2008 Parti Keadilan Rakyat Anwar dan sekutu-sekutunya memenangi 60 kerusi, layak mencipta dua sistem parti untuk pertama kalinya.

UMNO berasa takut bahawa ia (Pakatan Pembangkang) akan memenangi pilihan raya selepas ini kecuali ia disekat, dan nampaknya terdapat beberapa elemen UMNO dan sekutu-sekutu mereka seperti PDRM bersedia untuk menggunakan apa cara sekali pun untuk menghalangnya.

Senario mimpi ngeri mereka adalah Melayu bandar yang berpendidikan bersama-sama dengan kaum minoriti India dan China bersama-sama wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak yang tidak berpuas hati, bersatu untuk membentuk majoriti parlimen.

Namun Malaysia, tidak seperti Korea Utara yang tertutup dari opini dunia. Orang di Malaysia dan kerajaan Malaysia prihatin terhadap reputasi mereka di serantau dan dunia.

Ada demonstrasi oleh ‘pemuda’ UMNO di luar Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur. Seorang penyokong terkemuka Perdana Menteri Malaysia ( Ibrahim Ali? ) berusaha untuk menangkis pendapat dengan menanggapi bahawa ‘Michael Danby, yang mengatur penyerahan petisyen itu adalah homoseksual’.

Sedih dan menyedihkan terhadap reaksi seperti ini, respon oleh beberapa blog dan laman-laman baru, oleh warga biasa Malaysia yang marah terhadap perbicaraan tersebut, menolak prasangka tersebut dan menunjukkan harapan untuk warga negara Malaysia berwacana sebagai perkembangan etos demokratik.

Media di Malaysia melaporkan apa yang dikatakan tentang Malaysia di negara lain.Itu sebabnya intervensi melalui surat dua pihak parti kami kepada Duta Besar tersebut, sopan tetapi jelas menetapkan protes keras kami terhadap penganiayaan terhadap Anwar Ibrahim, boleh berkesan, dan itu merupakan inisiatif penting.

Mudah-mudahan apabila Anwar dibebaskan daripada penganiayaan ini, menjadi jawapan terbaik kepada mereka yang inginkan Malaysia sebuah negara satu parti, akan menjadi sebuah negara peralihan kuasa damai daripada Kerajaan Pembangkang al la Jepun, Taiwan dan Korea

Apabila itu terjadi, ahli politik Australia akan menjalin lebih banyak persahabatan sejati dengan Malaysia daripada sejumlah besar daripada “diplomasi.”

-Michael Danby adalah anggota Pelabuhan Melbourne dan Ketua Sub-jawatankuasa parlimen untuk Luar Negera.

(Malaysia Today)

Amaran Anwar: Rakyat Akan Tolak BN

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan UMNO Barisan Nasional bahawa rakyat akan menolak parti itu dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata rakyat tetap akan menepis dakyah kolot parti itu walaupun konspirasi jahat pemerintah memenjarakan beliau dibalik jeriji besi akan berjaya sedikit masa lagi.

Katanya, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, Anwar berkata, BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosman mansor "tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu'.

Katanya, adalah merugikan jika mereka masih menyangka rakyat akan kembali menyokong BN sekiranya beliau dipenjarakan.

Anwar merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat terhadapnya yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat akan bangun menolak Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, tidak kira sama ada beliau di dalam penjara ataupun tidak.

Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana "rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya".

Anwar mendakwa dibawah pemerintahan BN, Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau Asean.

Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malah Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.

"Kita hanya baik sedikit daripad Burma dan Zimbabwe," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.
 

(TVS)

21 February 2010

AMK S'gor Saran Rumah Untuk Generasi Muda

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor meminta kerajaan negeri memberi perhatian kepada pemilikan rumah mampu milik untuk generasi muda.

"Ia amat perlu kerana generasi muda yang baru memulakan kehidupan berkeluarga berhadapan dengan situasi sukar untuk memiliki rumah kerana faktor-faktor ekonomi keluarga yang belum mantap dan stabil," kata ketua penerangannya, Mohd Ezli Mashut.

"Kita yakin jika usaha ini dilaksanakan kelak, generasi muda mampu membina kehidupan awalnya dengan lebih bahagia disamping membentuk keluarga yang harmoni," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

AMK Selangor, katanya, yakin pembelaan rakyat seperti itu yang ditunggu rakyat keseluruhannya.

"Program yang memberi nilai tambah kepada kualiti hidup rakyat perlu menjadi keutamaan penting dalam menjana kemakmuran ekonomi untuk kesejahteraan semua," tegasnya.

Sementara itu, katanya, AMK Selangor mengalu-alukan langkah kerajaan negeri itu memulihkan projek perumahan terbengkalai.

"Manfaat ini akan dinikmati oleh lebih 50,000 rumah dan ini akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi di Selangor," kata Mohd Ezli.

AMK Selangor, katanya, yakin bahawa pakej rangsangan ekonomi kerajaan Selangor yang kian rancak dilaksanakan, mampu membawa negeri berhadapan dengan cabaran ekonomi yang masih malap dan samar-samar.

"Malahan dengan keprihatinan kerajaan negeri Selangor ini, masalah warisan daripada kerajaan BN terdahulu, yang gagal menangani masalah perumahan rakyat terbengkalai dapat diatasi dengan segera.

"Kita percaya selepas ini kerajaan Selangor mempunyai pelan rancangan mereka sendiri untuk menarik pelaburan ke negeri di mana penasihat ekonomi kerajaan Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan 'magnet' yang mampu menarik pelaburan luar negara.

"Suasana iklim seperti ini diharap tidak cuba disabotaj oleh pihak-pihak lain yang merasa mereka cemburu dengan keupayaan dan prestasi mengkagumkan kerajaan Pakatan Rakyat memacu dan membawa pembaharuan ekonomi yang lebih merakyatkan dan adil untuk semua," tegas Mohd Ezli.

(Malaysiakini)

Gambar Untuk Dikongsi Bersama 20 Feb 2010

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA