" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 February 2009

Komen Ir Nizar & Pemimpin PR-malaysiakini

DS Nizar diperintah mengadap Sultan tengahari tadi dan dimaklumkan oleh Sultan untuk meletak jawatan.Beliau bagaimanapun meminta Sultan untuk memahami peruntukan perlembagaan supaya membubarkan dewan kerana kerusi Dewan undang negeri sekarang ialah BN 28, PR 28 dan bebas 3. Tiada pihak yang mempunyai majoriti2 yang diperkatakan oleh Umno tidak tepat kerana 3 ADUN yang terlibat sedang menghadapi proses mahkamah.Sekiranya mahkamah melucutkan jawatan mereka, maka DUN Perak akan 'tergantung'.Maka dengan itu, beliau memohon supaya DUN Perak dibubarkan.- selepas menimbangkan semua peruntukan perlembagaan, maka dS Nizar memaklumkan bahawa beliau tidak akan meletak jawatan, sehinggalah proses perundangan diselesaaikan.DS Nizar juga memohon supaya hak rakyat dikembalikan.


DSAI:-Meminta supaya perlembagaan dipatuhi dan Satu delegasi PR akan memohon untuk menemui Sultan.Cara najib merampas kuasa membahayakan amalan demokrasi dimana polis digunakan untuk mengepung SUK.Beliau meminta rakyat bertenang dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang.



Hj.Hadi:-Pas menyokong apa-apa tindakan Pakatan Rakyat untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat.Pas berpendapat, Nizar masih lagi Menteri Besar sehinggalah segala proses undang-undang terlaksana.Apa yang berlaku hari ini amat mengecewakan, terutamanya apabila pencabulan undang2 telah dihalalkan. Sekiranya pencabulan ini dibenarkan, ia mencipta satu perkara yang boleh membahayakan negara.



Lim kit Siang:-Apa yang berlaku hari ini menunjukkan sikap yang akan ditunjukkan oleh Najib apabila menjadi Perdana Menteri kelak.-Kami kecewa kerana polis telah digunakan dan MB dan EXCO dilarang memasuki SUK,
walaupun beliau masih lagi belum menerima surat samada dipecat,disingkir ataupun sudah tidak diperlukan lagi.Apa yang berlaku hari ini,dimana Setiausaha Kerajaan Negeri mengambil alih kuasa amat memalukan.Najib perlu membuat satu pilihanraya Dewan undangan negeri,bagi memastikan hak rakyat dikembalikan.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA