" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 January 2012

Acheh Digegarkan Gempa Bumi 7.1 Skala Richter

Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter menggegarkan Aceh awal pagi Rabu, namun belum ada laporan mengenai kerosakan harta benda dan korban jiwa dalam peristiwa ini.

Pihak berkuasa juga menarik balik amaran ancaman tsunami tidak beberapa lama selepas mengeluarkannya sejurus selepas kejadian.

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) mencatatkan bahawa gempa bumi di lautan yang berpusat di 419km Barat Daya Meulaboh, dengan kedalaman 10km itu, berlaku pada 1.36 pagi dan ia diikuti beberapa kejadian gempa susulan.

Menurut laporan media tempatan, gegaran kuat gempa bumi itu dirasai penduduk Banda Aceh dan sekitarnya, manakala penduduk di kawasan pesisir Aceh pula merasakan tiupan angin kencang.

Penduduk di pesisir pantai yang panik, dilaporkan lari meninggalkan kediaman masing-masing menuju kawasan yang lebih selamat.

Di pusat bandar Banda Aceh, penduduk banyak berkumpul di Jambatan Pantai Pirak dan Jambatan Simpang Surabaya untuk memantau pergerakan arus sungai Krueng Aceh kerana ia boleh memberi petanda jika berlaku tsunami.

Suasana kembali tenang apabila pihak berkuasa menarik balik amaran tsunami itu.

- Bernama