" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

30 September 2010

Tindakan disiplin terhadap salah laku anggota PKR

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR diarahkan menyiasat dengan berdasarkan klip-klip video, tentang mana-mana anggota yang melakukan keganasan, kekecohan dan tindakan liar lain yang melanggar Kod Tatalaku Pemilihan parti.

Presiden parti, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, "JPP diarah untuk menyiasat mana-mana anggota parti yang cuba menggagalkan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan pemilihan di beberapa buah Cabang PKR baru-baru ini.

"Tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap mereka," katanya, dalam satu kenyataan media hari ini.

29 September 2010

Adu kepada JPP Atau Sekretariat PKR

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menggesa ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan PKR di peringkat Cabang membuat aduan terus kepada JPP atau sekretariat PKR.

Pengerusi JPP Dr Molly Cheah berkata, ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan tata susila pemilihan harus menggunakan saluran ini daripada membuat pelbagai tuduhan dalam media.

"JPP tidak akan teragak-agak untuk membatalkan keputusan di peringkat Cabang jika kami yakin proses pemilihan diganggu atau jika terdapat perbuatan khianat dan ganas untuk mengganggu perjalanan pemilihan," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

27 September 2010

Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Che Hashim ADUN Galas

ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang telah begitu lama menderita akibat di hidapi barah usus akhirnya telah meninggal dunia petang tadi kira-kira jam 4.25 pm di Pusat Perubatan Kampung Baru. Jenazah akan dibawa balik ke kampung halamannya di Gua Musang malam ini untuk dikebumikan.

Sebelum ini, entah berapa kali kita telah mendengar khabar angin yang mengatakan Allahyarham meninggal dunia. Kali ini ianya benar-benar berlaku dan telah disahkan oleh Tok Guru Nik Aziz dan Salahuddin Ayub.

Oleh itu, kita bakal berdepan dengan satu lagi PRK setelah 'bercuti'. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengatakan SPR akan bermesyuarat dalam tempoh 10 hari bagi memutuskan tarikhnya.

VIDEO KESEDARAN KE 26

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

Saya Tidak Tamak Untuk Terus Kekal Sebagai MB: TGNA

KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak menyimpan sedikit pun perasaan tamak untuk terus kekal memegang jawatan itu yang telah disandangnya sejak 1990.

Nik Aziz berkata ia bukan kehendaknya tetapi adalah keputusan pucuk pimpinan PAS sendiri yang mahukan beliau terus memegang jawatan itu.

"Saya sendirilah jadi Menteri Besar ini tak ada tamak sikit habuk tapi telah dipilih oleh parti. Jadi Menteri Besar, kalau boleh nak suruh orang lain (ganti) tapi lepas setahun, setahun, lepas sepenggal, sepenggal (terus memegang jawatan itu)," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, semalam seperti dilapur Bernama.

26 September 2010

MATC PKR: 6 Negeri, 35 Cabang

PETALING JAYA: Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) diteruskan hari ini dengan menyaksikan 35 cabang mengadakan mesyuarat bagi menentukan pemilihan ahli jawatankuasa cabang dan pusat di enam negeri.

Negeri-negeri itu ialah Sarawak melibatkan sembilan cabang, Wilayah Persekutuan (tujuh), Selangor (lapan), Johor (enam), Pulau Pinang (tiga) dan Negeri Sembilan (dua).

Hari ini juga menyaksikan persaingan sengit di beberapa cabang seperti Telok Kemang iaitu pertandingan ’satu lawan satu’ antara Ahli Parlimennya Datuk Kamarul Bahrin Abas dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Port Dickson M Ravi.

FOTO KESEDARAN 25 SEPTEMBER 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30
Klik untuk foto

25 September 2010

100 Cabang, Azmin Terus Dominasi Pencalonan

Setelah separuh keputusan yang diterima daripada seluruh negara, Naib Presiden PKR Azmin Ali terus mendominasi percalonan untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Daripada 100 cabang daripada 205 di seluruh negara, beliau yang juga ahli parlimen Gombak setakat ini mendapat 58 pencalonan.

Manakala dua lagi pencabarnya Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mendapat 25 pencalonan dan seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 13 pencalonan.

Timbalan: Azmin 46, Zaid 21, Mustaffa 10

Pencalonan untuk naib presiden PKR Azmin Ali bertambah kepada 46 hari ini selepas tiga lagi cabang yang bermesyuarat hari ini – dua di Kelantan dan satu Kedah – mencalonkan beliau bertanding jawatan timbalan presiden.

Tiga cabang tersebut yang bermesyuarat hari ini ialah Jeli dan Gua Musang (Kelantan) dan Baling (Kedah). Mesyuarat agung dua lagi cabang di Kedah – Jerai dan Merbok – ditangguhkan hari ini kerana dakwaan berlaku penyelewngan dalam proses pemilihannya.

Sehingga ini pencabar terdekatnya, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 21 pencalonan manakala pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub (10), Tian Chua (2), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Fuziah Salleh masing-masing mendapat satu pencalonan.

Ahmadinejad Pertikai Mengenai Tragedi 9/11

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad mempersoalkan akan kebenaran di sebalik serangan 9/11 namun, ianya tidak bererti Teheran tidak bersimpati kepada korban tragedi berkenaan.

"Tragedi ini sangat mencurigakan, tetapi saya tidak ingin memberikan penilaian. Saya hanya cuba mengemukakan kertas cadangan yang bersifat kemanusiaan dalam menangani segala permasaalahan yang semakin meningkat ekoran daripada serangan 9/11.

"Sudah tentu kami sedih dan bersimpati terhadap mangsa korban tragedi berkenaan. Tapi kami juga ingin menarik perhatian anda mengenai beratus-ratus ribu orang di kawasan kami yang tidak bersalah, dibunuh angkara tragedi 9/11," kata Ahmadinejad dalam sidang akhbar semalam (Jumaat).

24 September 2010

Kemenangan Buat Kebebasan Mahasiswa

Oleh Fazy Sahir

KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyifatkan kemenangan lima mahasiswa Universiti Malaya (UM) dalam kes ‘Bini Puaka’ sebagai memberi mesej jelas untuk menghentikan tindakan memperbodoh dan menghalang kebebasan para mahasiswa.

Pengerusinya Hilman Idham berkata, "kemenangan ini juga mencatat sejarah buat kelima-lima mahasiswa tersebut yang hampir setahun menanggung berbagai kesulitan dan masalah ekoran disabitkan dengan pertuduhan itu.

"SMM melihat kemenangan ini bukan sahaja kerana lima mahasiswa itu dibebaskan bahkan juga memberikan mesej jelas supaya dihentikan halangan dan kerja-kerja memperbodohkan mahasiswa," katanya yang ditemui di luar perkarangan mahkamah hari ini.

23 September 2010

Tandatangani "Deklarasi Kempen Adil Dan Bebas" – Nurul Izzah

Oleh Fazy Sahir

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, yang menyatakan hasratnya untuk bertanding Naib Presiden PKR, menyarankan supaya semua calon menandatangani secara terbuka "deklarasi kempen adil dan bebas" minggu depan.

"Langkah ini bagi menyuburkan amalan sistem demokrasi di negara ini dan pada pemilihan pemimpin hujung tahun ini," kata beliau pada sidang media di pejabat khidmatnya di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai persaingannya dengan calon yang lain, beliau berkata, saya percaya kepada pemilihan ahli dan akan memberitahu mereka mengenai visi saya terhadap parti dan supaya mereka akhirnya bersetuju dengan dasar parti.

VIDEO KESEDARAN KE 25

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

VIDEO KESEDARAN KE 24

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

22 September 2010

PKR Terus Menjadi Pilihan 'Perosak'

Apabila kita amati, setibanya musim pemilihan PKR 2010, bermula dari peringkat Cabang sehingga ke Pimpinan Pusat, kewujudan 'perosak' samada ciptaan musuh mahupun mereka sendiri yang menginginkan diri di gelar sebagai 'perosak', mula bertebaran. Bagi mereka, inilah masa yang dinanti-nantikan.

Saya ingin memberi penekanan kepada pemilihan baru peringkat Cabang yang boleh dikatakan lemah angkara tingkahlaku pimpinan yang sebelumnya. Agak mengecewakan, sepatutnya dengan pemilihan yang baru ini akan memberi semangat yang baru demi mempersiapkan parti 'istimewa' ini untuk mengambil alih tampok pemerintahan negara bersama parti PAS, DAP dan lain-lain rakan bila berlakunya PRU-13 nanti.

Merobek Al-Quran dan Mengoyak Umat

oleh: Ahmad Abu Ratimah

Saat seorang paderi yang tidak terkenal hendak membakar kitab suci Al-Quran, umat merasa terbakar. Sebahagiannya merasakan perlakuan ini mengancam dan meruntuhkan Islam. Seolah-olah membakar mushaf akan menghapuskan Al-Qur’an dari eksitensinya.

Kebanyakannya berpendapat bahawa paderi yang telah disahkan sendiri oleh anak perempuannya menyebut ayahnya hilang akal, dimana gerejanya hanya berjamaah tidak lebih dari 50 orang. Itu semua hanyalah untuk mencari sensasi dan populariti dan impiannya berjaya dengan bantuan media dan pejabat kerajaan tanpa merasa bertanggungjawab.

21 September 2010

Tian Chua: Pembunuhan Altantuya, Sosilawati Ada Persamaan

Oleh Fazli Othman

Pembunuhan kejam terhadap ahli perniagaan terkemuka, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakan beliau menimbulkan persoalan di kalangan rakyat berhubung motif pembunuhan yang dilihat mempunyai banyak persamaan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu empat tahun lepas.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata kes Altantuya sehingga kini masih lagi menjadi misteri dan hangat diperkatakan di kalangan rakyat dam masyarakat antarabangsa.

Malah kes Altantuya telah sampai ke peringkat antarabangsa di mana ia kini sedang disiasat secara serius oleh mahkamah Perancis berhubung skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hamas Kecam Tindakan Zionis Terhadap Tawanan Palestin

Gerakan Pejuang Hamas mengecam sikap bodoh media masa antarabangsa terhadap nasib ribuan tawanan Palestin di penjara Israel, sedangkan mereka hanya 'menangisi' untuk seorang tawanan Israel di Gaza. Dalam surat keteranganya dari Biro Penerangan Hamas semalam (20/9) yang menyusul selepas hebahan mengenai lawatan Pertubuhan Khas Zionis ke penjara Over, Hadarem, Raimon dan Shattah.

Hamas menyerukan kepada semua pertubuhan antarabangsa seperti PBB dan yang lainya, termasuklah rakyat Palestin sendiri supaya mengadakan perhimpunan solidariti terhadap tawanan Palestin yang di tahan di penjara Israel yang sentiasa melakukan kezaliman, kebiadaban dan berbagai tindakan ganas terhadap tahanan hanya dari suatu negara.

Hamas juga meminta masyarakat antarabangsa mendesak Israel agar membebaskan semua tahanan Palestin dengan kadar segera. (asy)

artikel asal: Infopalestina

Perbicaraan Kes Fitnah 2 Bersambung 14 Oktober Depan

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 14 dan 15 Oktober ini sebagai tarikh perbicaraan kes Fitnah 2 terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perbicaraan yang bersambung semula pagi ini selepas permohonan pihak pembelaan di Mahkamah Rayuan untuk menggugurkan kes tersebut ditolak, semalam.

Pihak pembelaan dalam memfailkan rayuan tersebut mendakwa Timbalan Pendakwaraya, Farah Azlina Latif mempunyai hubungan intim dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu pada sebutan kes yang berlangsung hari ini. Beliau juga menetapkan 25 hingga 29 Oktober, 22 hingga 26 November dan 6 hingga 10 disember tahun ini sebagai tarikh bicara kes tersebut.

20 September 2010

FOTO KESEDARAN 19 SEPTEMBER 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30
klik untuk foto

TGNA: Ulama, Media Pikul Tanggungjawab Berat, Dipersoal Di Akhirat

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tugas yang digalas oleh ulama dan wartawan adalah sama, apa yang membezakan katanya terdapat golongan yang jahat yang dikenali sebagai wartawan upahan manakala ulama pula pula dikenali sebagai ulama palsu dan mereka inilah yang merosakkan masyarakat.

Dalam majlis meraikan para petugas media bertempat di salah sebuah hotel di sini Sabtu lalu beliau menegaskan tugas yang dipikul oleh kedua-dua golongan ini sama berat dan bakal dipersoalkan di akhirat nanti.

19 September 2010

Tentera Iran Memperoleh Teknologi anti-stealth

Agensi berita Mehr melaporkan seorang komander tentera Iran iaitu Brigjen Jeneral Mohammad Hassan Mansourian mengatakan bahawa negaranya telah mempunyai pengetahuan bagaimana untuk menghasilkan stealth-sistem pengesanan kapal.

Beliau berkata,"dengan teknologi kita saat ini untuk menghasilkan radar dengan rentang yang berbeza, kami pasti dapat mengesan pesawat pejuang halimunan musuh,"

18 September 2010

Anasir Lunturkan Semangat Perjuangan PKR...

"Kita terus menerbitkan Suara, walaupun cara ini melanggar undang-undang.  Kita terus mengedarkan Suara walaupun banyak pengedar yang diugut.  Kita tidak ada pilihan lain.  Pihak berkuasa menuduh kita melanggar undang-undang.  Akan tetapi, dengan menafikan hak kita untuk bersuara, sebagaimana yang dijanjikan oleh Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan sebenarnya menggalakkan kita melakukan aktiviti di luar undang-undang.  Ini tuntutan masa dan keadaan." -- 

Dipetik daripada ucapan perasmian Syed Husin Ali, selaku Timbalan Presiden dalam Kongres Nasional Tahunan AMK dan Wanita PKR, pada 1 September 2006.

TGNA: Pembunuhan Kejam Sosilawati Hasil Fahaman Sekular Umno-BN

KOTA BHARU 17, Sept - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pimpinan negara khususnya Perdana Menteri supaya tidak hanya meletakkan tanggungjawab kepada imam dan lebai sahaja untuk memperingatkan rakyat berhubung isu pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

"Sayang sekali apabila tugas memperingatkan manusia agar bertaqwa kepada Allah SWT ini hanya diserahkan kepada imam dan lebai sahaja. Seolah-olah persoalan iman dan taqwa ini hanya boleh disebut di mimbar masjid. Inilah benih yang dituai oleh sekular sekian lama dan kini menampakkan hasilnya.

17 September 2010

VIDEO KESEDARAN KE 23

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

Pencalonan PKR: Zaid Mendahului

Datuk Zaid Ibrahim setakat ini mendahului senarai pencalonan untuk pemilihan jawatan timbalan presiden PKR. Pencalonan itu diterima Zaid daripada empat cabang iaitu Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Alor Setar. Beliau diikuti pencabarnya naib presiden Azmin Ali yang setakat ini menerima pencalonan melalui tiga cabang,

- Langkawi
- Kubang Pasu
- Rantau Panjang.

Sementara itu, pengarah strategik PKR Tian Chua dan Mustaffa Kamil Ayub pula masing-masing mendahului pencalonan bagi jawatan timbalan presiden di cabang Pokok Sena dan Kuala Kedah. Semua cabang berkenaan menamakan Dr Wan Azizah untuk jawatan presiden.

Campur Tangan Kuasa Eksekutif Jejas Kebebasan Institusi Kehakiman

KUALA LUMPUR 17 SEPT: Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram menganggap institusi kehakiman negara gagal menjalankan tanggungjawab lantaran campur tangan kuasa eksekutif.

Berucap depan 350 hadirin pada persidangan kebangsaan mengenai integriti di Kuala Lumpur, semalam, beliau berkata, ia disebabkan hakim dilantik golongan majoriti yang terdiri dari pemegang kuasa eksekutif.

Ini, katanya, menyebabkan hak golongan minoriti atau kumpulan yang tidak sehaluan dengan pemegang kuasa eksekutif, gagal kerap terpinggir sekaligus doktorin pengasingan kuasa tidak lagi berlaku.

16 September 2010

Perutusan DSAI Sempena Hari Malaysia 2010

16hb September 1963, Perseketuan Tanah Melayu bersama Sabah dan Serawak secara rasminya membentuk Malaysia. Makanya kenegaraan Federalisme yang menjadi salah satu dari tiang seri negara sewajarnya menjadi semakin kukuh dan sepatutnya lagi dihormati.

Kemasukan Sabah dan Sarawak ternyata membawa dampak yang bukan sedikit kepada negara. Malangnya semangat pembentukan Negara Malaysia dan faham Federalisme yang mendukungnya, malah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan pula, kian hari semakin terhakis.

Pemusatan kuasa kepada kerajaan persekutuan tidak terbendung lagi. Faham Federalisme, Kedaulatan Undang-Undang dan Semangat Keperlembagaan diketepikan demi mengekalkan kekuasaan elit pemerintah semata.

SEMPENA KEMERDEKAAN DAN SAMBUTAN HARI 1 MALASIA

Lebih 50 tahun berlalu sudah apabila genap tanggal 31 Ogos. Malaysia jadi sebuah nama baru dalam memori kita, dalam memori orang-orang tua. Malaysia – Malayan Union – Malaya – Tanah Melayu – Tanah Segara Masin. Turutan nama tanah semenanjung dari saat kini balik ke saat ditemui orang-orang lari dari ’seberang’.

Dari saat pembukaan Kedah Tua disambung ke Melaka, kemahsyuran Tanah Melayu tersohor seantero dunia sebelum dijajah beratus tahun dan mencapai kemerdekaan secara ‘konon-kononnya’ dalam tahun 1957.

Sepanjang lama mananya perjuangan orang-orang terdahulu untuk membebaskan tanah air dari penjajah dalam tempoh beratus tahun epilog perjuangan tanpa henti, sepanjang itu jugalah kami ingin membongkar kisah sebenar tentang KEMERDEKAAN ini yang pernah di dakwa oleh pengasas UMNO iaitu Dato' Onn Jaafar sebagai KEMREDEKAAN YANG SEPARUH MASAK.

15 September 2010

FOTO KESEDARAN 15 SEPTEMBER 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30
klik untuk foto

Anwar Dua Hari Di Sabah Hadir Sambutan Hari Malaysia

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan ke Sabah hari ini sempena program Sambutan Hari Raya dan Hari Malaysia anjuran Pakatan Rakyat. Beliau dijangka menghadiri jamuan makan malam bersama pimpinan Pakatan Rakyat Sabah di Bukit Padang, Kota Kinbabalu.

Program ini disusuli dengan ceramah oleh pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Kota Kinbabalu, Dr Hew Keng Chieu, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

14 September 2010

FOTO KESEDARAN 13 SEPTEMBER 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30
untuk sambungan foto klik

VIDEO KESEDARAN KE 22

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

13 September 2010

Tentera Iran Akan Bersedia Dalam Menghapi Peperangan Ala 11 Sept

gambar PressTV
Angkatan Tentera Darat Iran akan memantapkan lagi pasukan mereka sebagai persedian dalam menghadapi apa yang dinamakan sebagai 'ancaman peperangan dunia - baru ' selepas insiden 11 September (9/11).

Agensi berita Fars melaporkan bahawa Panglima Tentera Darat Iran, Brigadier Jeneral Ahmad - Reza Pourdastan telah mengesahkan bahawa perancangan ini telah diluluskan oleh Ketua Staf Gabungan Angkatan Bersenjata Iran dan telah diserahkan kepada 'Ketua Revolusi Islam' iaitu Ayatollah Seyyed Ali Khamenei untuk semakan terakhir.

Apabila Wang Melebihi Segalanya

Satu lagi pembunuhan kejam telah menggemparkan negara kita apabila Datuk Sosilawati Lawiya (jutawan kosmetik) bersama 3 individu lain iaitu pemandunya Kamaruddin Shamsudin, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim ditemui mati dipercayai dibunuh dan dibakar sebelum abu mereka dibuang disebatang sungai.

Dalam kes ini, Mstar Online melaporkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, motif pembunuhan juga disebabkan hal berkaitan kewangan. Pembunuhan kejam kali ini terbongkar berdasarkan pengakuan 4 daripada 8 suspek yang ditahan polis termasuk seorang peguam bergelar Datuk.

11 September 2010

PERHIMPUNAN TANDA SOKONGAN PEMBANGUNAN PUSAT ISLAM DI GROUND ZERO

gambar Press TV
Ratusan telah berhimpun secara aman tanda sokongan kepada cadangan untuk membina Pusat Islam di tapak Tragedi Runtuhan World Trade Centre yang di kenali sebagai Ground Zero di New York pada malam ulang tahun ke 9 serangan 11 September, yang mengorbankan hampir 3,000 orang.

Kebanyakan dari mereka memegang lilin menyala, tanda simpati (berkabung) kepada mangsa yang terkorban dalam insiden yang makin mengelirukan kita. Dalam masa yang sama, mereka menyelar pihak yang berusaha bagi menghentikan projek pembangunan Pusat Islam di sana sebagai mengutuk Muslim dan merosakkan hak-hak dasar AS.

Semakin banyak pihak yang telah tampil untuk mengemukan pendapat besertakan bukti bahawa wujudnya pihak yang merancang insiden berkenaan semata-mata bagi mendapatkan 'lesen' dari dunia untuk 'melanyak secara terhormat' negara-negara Islam yang mereka inginkan.

VIDEO KESEDARAN KE 21b

sambungan VIDEO KESEDARAN KE 21a
" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

10 September 2010

VIDEO KESEDARAN KE 21a

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

Perutusan Eidulfitri 2010/1431H Dari DSAI

Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah KurniaNya, berjaya kita menyempurnakan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Menjelang Syawal, saya mengambil kesempatan ini, mewakili keluarga dan Parti Keadilan Rakyat mengucapkan Salam Eidulfitri kepada seluruh umat Islam. Saya berharap kita menyambut hari yang penuh bahagia ini dengan mengingati saudara kita yang berada dalam penderitaan walau di mana pun mereka berada.

Tatkala kita semua menyambut hari lebaran dengan rasa syukur dan meriah bersama keluarga, ada di kalangan kita yang meratapi pemergian mereka yang dikasihi. Moga Allah Yang Maha Besar memberi kesabaran buat kita semua.

08 September 2010

Debat Calon Ketua AMK Pusat Platform Menilai Kualiti Kepimpinan

Program Debat Calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat yang akan diadakan 18 September depan dilihat sebagai platform bagi ahli sayap parti tersebut membuat penilaian mereka terhadap kualiti dan nilai bakal calon yang akan beradu nasib untuk merebut jawatan Ketua AMK Pusat.

Debat anjuran badan bukan kerajaan, Ureka yang akan berlangsung 18 September depan di Taping, Perak memberi peluang kepada ahli AMK untuk mendengar idea calon terbabit berhubung falsafah perjuangan yang mereka galas dalam usaha menuju ke Putrajaya.

FOTO KESEDARAN 07 SEPTEMBER 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

07 September 2010

TV3 Diingatkan Jaga Sensitiviti Umat Islam

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) kesal dengan pihak pengurusan stesen televisyen swasta, TV3 yang tidak peka menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini dengan menyiarkan iklan Aidilfitri yang memasukkan unsur perayaan Krismas, Hindu dan Buddha.

Ketua DPPP, Nasrudin Hassan At Tantawi dalam memorandum bantahan yang difakskan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan berkata pihaknya memberi peringatan kepada stesen tv itu supaya lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan dan menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini.

05 September 2010

Serangan Udara Israel Gempur Rafah dan Khan Yunis

Penjajah Zionis Israel meningkatkan serangan terhadap Jalur Gaza. Pesawat-pesawat tempurnya melakukan 3 serangan udara, Sabtu (4/9), menjelang tengah malam, di wilayah selatan Jalur Gaza.

Salah satu serangan ini telah mengakibatkan 5 warga Palestin tercedera dan beberapa orang pekerja di sebuah terowong hilang. Sumber-sumber dari media Palestin melaporkan, mereka yang tercedera telah di hantar ke hospital Abu Yusuf Najjar di Rafah.

VIDEO KESEDARAN KE 20

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

04 September 2010

FOTO KESEDARAN 03 SEPTEMBER 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

03 September 2010

VIDEO KESEDARAN KE 19

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

02 September 2010

Mahkamah Rayuan Tetap 17 Sept Putus Permohonan Rayuan DSAI

Mahkamah Rayuan telah menetapkan 17 September depan berhubung keputusan permohonan rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan kes Fitnah II terhadap beliau.

Permohonan tersebut telah difailkan oleh peguam bela Sankara Nair dua minggu lalu di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

Anwar telah memfailkan permohonan tersebut selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak rayuan tersebut pada 16 Ogos lalu.

01 September 2010

FOTO KESEDARAN 01 SEPTEMBER 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

Musa Berputih Mata Kontrak Tidak Disambung

Setelah dikritik hebat di atas kegagalan Polis DiRaja Malaysia bersikap profesional dan tidak menyokong Umno-Barisan Nasional serta menghormati hak asasi manusia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akhirnya berputih mata apabila kontraknya untuk kali ketiga tidak disambung.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang membuat pengumuman hari ini berkata jawatan KPN yang baru akan disandang oleh timbalannya, Tan Sri Ismail Omar dan akan berkuatkuasa 13 September ini.

Musa yang sepatutnya bersara wajib pada 2007, disambung perkhidmatannya sebanyak dua kali.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA