" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

30 September 2009

Gegaran Turut Di Rasai Di Kota Bharu

Seramai 300 penduduk Kondominium Pelangi Mall panik apabila mendapati rumah mereka bergoyang dan bergegar akibat gempa bumi itu. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pelangi Mall Najib Baharuddin berkata ketika kejadian itu ramai merasakan diri mereka pening pada awalnya dan hanya mengesyaki bangunan mereka bergoyang setelah beberapa ketika.

Kondominium itu mempunyai tiga menara iaitu menara A, B dan C dengan menara C mempunyai ketinggian 14 tingkat manakala dua menara A dan B mempunyai ketinggian 22 tingkat, katanya sambil menambah mendapati ada sedikit keretakan di bangunan A selepas pemantauan dijalankan. -Bernama

MB N9 Kata Undi Pos Beri Kelebihan Kepada Pembakang Juga

Hari ini MB N9 Datuk Seri Mohamad Hasan telah membuat kenyataan yang mengejutkan kita iaitu undi pos turut memberi kelebihan kepada pembakang juga. Katanya pada PRU-12 lalu, majoriti BN di Bagan Pinang merosot kerana undi pos berpihak kepada pembangkang (PR).

Oleh itu kata beliau, pembangkang tidak boleh kata undi pos itu advantage (memberi kelebihan) kepada BN kerana pada 2008 (PRU-12) disebabkan mereka dapat banyak undi pos pada ketika itu iaitu 1,800 undi kalau nak bandingkan dengan 2004 (PRU-11).

Pada PRU-12 lalu, negara telah dikejutkan oleh 'Gelombang Tsunami Politik' yang telah dicetuskan oleh Pakatan Rakyat (PR). Walaupun PR tewas, majoriti BN telah berjaya dikurangkan. Tidak hairanlah apa yang telah dimaksudkan oleh MB N9 iaitu majoriti BN telah merosot kerana ianya berlaku pada masa itu. Tapi yang ramai persoalkan ialah BN tetap menang dalam masa tsunami melanda dan yang penting, pengundi pos memang wujud disana.

Faktanya, DUN Bagan Pinang mempunyai 13,664 pemilih berdaftar iaitu 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos berdasarkan kepada daftar pemilih yang telah dikemaskinikan sehingga 4 September lalu.

Pada PRU-12 lalu, calon BN mendapat 6,430 undi, manakala calon PR yang diwakili oleh parti PAS pula mendapat 4,097 undi. Bandingkan jumlah pengundi pos dengan majoriti yang telah memenangkan BN. Bukankah kuasa undi pos benar-benar memihak kepada BN dan inilah yang ramai persoalkan? Mereka bukan sengaja mengada-adakan isu. Bukan taraf PR untuk berkelakuan begitu.

PR mahukan perubahan dalam proses pilihanraya berlangsung dengan adil bagi bertarung dengan BN secara anak jantan walaupun dalam kawasan kubu kuat BN yang telah terbukti hanya kerana wujudnya pengundi pos disana.

Kemelut MCA, MIC Bakal Runtuhkan BN

Telahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Barisan Nasional (BN) bakal mengikuti jejak Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun dilihat semakin menjadi kenyataan apabila parti komponen utama yang membentuk BN dilanda kemelut yang berpanjangan.

Bermula dengan kesukaran tidak dapat menerima tsunami politik 2008 satu persatu parti komponen ini dilanda masalah yang tidak berkesudahan.

Semua masalah-masalah ini adalah cerminan kepada perpecahan yang sebenarnya berlaku di dalam BN itu sendiri. Dr Mahathir berpendapat Umno dan BN mungkin akan mengalami nasib sama seperti Parti LDP Jepun yang ditolak rakyat negara itu.

Beliau berkata, situasi politik yang berlaku dalam Umno dan BN dilihat seakan-akan mengikut jejak langkah negara Jepun dan tidak mustahil pilihan raya akan datang, fenomena yang sama turut berlaku.

Menurutnya, parti-parti yang berjuang dan mencapai kemerdekaan di beberapa negara lain, telah hilang begitu saja seolah-olah rakyat di negara itu tidak tahu berterima kasih dan tidak peduli ‘perjuangan dan pengorbanan’ parti-parti itu dan pemimpinnya," katanya yang dipetik dalam blognya.

Krisis MCA semakin parah

MCA kini bergelut dalam krisis dalaman yang meruncing dan menentukan jatuh bangun parti tersebut. Walaupun usianya telah menjangkau 60 tahun, namun kemelut organisasi yang melanda kini masih lagi gagal diselesaikan dengan baik.

Kesan dari krisis dalaman MCA meyaksikan Datuk Chua Jui Meng menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). Kini Datuk Chua Soi Lek berdepan dengan usaha terancang menamatkan karier politik beliau secara total dalam MCA.

Persoalannya di sini, adakah dengan situasi yang berlaku terhadap tokoh MCA yang berasal dari Johor ini akan menyebabkan berlaku pola perubahan politik di kalangan pengundi Cina di Johor dan memungkinkan Johor akan beralih kepada Pakatan Rakyat?

Sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa MCA supaya menyelesaikan segera masalah dalamannya sebelum ia menjadi isu besar kepada BN.

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN yang juga Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasuition Ismail, ketika mengulas perkara ini menyifatkan kemungkinan itu wujud. Namun Pakatan Rakyat tidak harus bergantung kepada situasi ini sahaja, sebaliknya harus menggerakkan usaha bersepadu dan membina kekuatan untuk menang.

“Situasi percakaran MCA sekarang ibarat yang menang jadi abu yang kalah jadi arang. Kita tidak melihat dua aktor yang bertembung dalam politik dalaman MCA ini sebagai signifikan dalam usaha mereka memulihkan semula sokongan masyarakat Cina kepada BN dan juga MCA. Ini dapat dilihat apabila tujuh daripada lapan pilihan raya kecil, pengundi Cina tidak memihak kepada BN,” katanya.

Beliau menambah, “Malah yang mengejutkan, apabila Presiden MCA diserang bertubi-tubi berhubung Skandal PKFZ, tiada seorang pun menteri membela Ong Tee Keat. Ini menunjukkan pertembungan ini bukan sahaja berlaku dalam MCA malah ianya berlaku krisis dalaman di dalam BN.”

Pertembungan Tee Keat selaku Presiden MCA dan juga “mantan” Timbalan Presiden MCA, Soi Lek mengheret MCA untuk megadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mencari jalan penyelesaian.

Isu ini memuncak apabila Presiden menggunakan Jawatankuasa Disiplin Parti MCA memecat Soi Lek pada 27 Ogos lalu atas alasan mencalar imej parti menerusi skandal DVD seks.

Tindakan ini mencabar pilihan akar umbi yang mengangkat Soi Lek secara demokrasi dalam parti. Penyokong Soi Lek menyifatkan tindakan pemecatan ini tidak wajar dan diibaratkan “menyebat mayat”.

Menurut Ahli Parlimen Gopeng yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat , Lee Boon Chye beliau berkomentar bahawa isu ini sebenarnya cukup besar untuk memberikan impak kepada pengundi Cina terutama di negeri yang di perintah oleh BN.

Beliau cukup yakin dengan kemelut ini pengundi Cina di beberapa negeri selatan akan beralih angin selepas penolakan Soi Lek ini.

“Respon masyarakat Cina jelas menunjukkan bahawa mereka melihat isu perebutan jawatan ini bukanlah isu orang Cina. Masyarakat Cina jelas kecewa dengan MCA yang mana ketika negara sibuk bergelut dengan H1N1, tetapi MCA sibuk berebut jawatan!” katanya.


Samy Vellu liabiliti BN

Mengekalkan dirinya sebagai manusia paling lama berkuasa dalam sejarah politik negara barangkali adalah satu kebanggaan kepada Datuk Seri S Samy Vellu. Tetapi hakikatnya ia adalah liabiliti kepada BN yang semakin terhakis kuasa politiknya.

Sokongan terbuka Mahathir terhadap bekas timbalan Samy Vellu dalam MIC, Datuk S Subramaniam yang sekian kali merebut jawatan nombor dua parti terbesar kaum India itu mengundang kemarahan yang bukan kepalang kepada MIC.

Kalungan selipar yang dicadangkan untuk Mahathir menerima reaksi yang tidak menyenangkan pelbagai pihak. Lantas para pemimpin Umno menyalak membela Mahathir yang dihina itu.

Episod cabar mencabar dan permohonan maaf akhirnya tamat apabila Mahathir bersuara bahawa beliau lebih terluka dengan kutukan ahli Umno terhadapnya sewaktu Tun Abdullah Badawi berkuasa dahulu.

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, perbalahan dalam MIC adalah parah dan tidak dapat dibendung lagi.

"Bukan setakat masalah dalaman tetapi ia turut melibatkan campurtangan parti induk BN itu sendiri iaitu Umno, perkara ini dapat dilihat apabila akhbar rasmi parti itu Utusan Malaysia begitu agresif menghentam Samy Vellu. Ini memperlihatkan kerjasama dikalangan BN sudah semakin rapuh," katanya.

Kemenangan pasukan presiden yang didakwa Samy Vellu ternyata tidak menghilangkan arus yang terus meletakkan Samy adalah individu yang menjadi liabiliti kepada parti.

Keputusan ini mengukuhkan lagi kedudukan Samy Vellu, yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Presiden, jawatan yang disandangnya sejak 1979.

Walaubagaimanapun, kemenangan calon pilihan Samy Vellu ini tidak bermakna seluruh masyarakat India di negara ini menyokong Presiden MIC terbabit.

Keputusan pilihan raya umum lalu dan beberapa perkembangan selepas itu menunjukkan sebahagian besar masyarakat India lebih cenderung untuk bersama pembangkang.

Bukan rahsia lagi bahawa antara faktor MIC semakin kehilangan pengaruhnya di kalangan masyarakat India ialah kerana Samy Vellu sendiri.

Hakikat ini bukan saja diakui pemimpin BN, malah di kalangan pemimpin MIC sendiri, tetapi takut untuk bersuara secara terbuka.

Sehinggakan Najib Razak ketika merasmikan perhimpunan agung itu didakwa menyindir Samy Vellu secara umum.

Beliau mengingatkan pemimpin parti komponen supaya menjadi popular di kalangan rakyat untuk memastikan BN terus relevan pada mata rakyat.

“Tiada guna jadi popular di kalangan ahli parti saja, tetapi tidak popular di kalangan rakyat. Jika mahu terus relevan, saya ingatkan kepada Umno, MCA, MIC dan komponen BN bahawa pertimbangan bergantung kepada sejauh mana kita popular di kalangan rakyat, bukan di kalangan ahli parti saja.

Pun begitu, Samy Vellu yang terkenal dengan sikap keras kepalanya menyangkal dakwaan bosnya itu apabila mendakwa punca masyarakat India tidak menyokong BN kerana kerajaan mengabaikan mereka, bukan kerana beliau tidak popular.

“Ramai menyalahkan saya, kata rakyat menyampah dengan saya, tetapi mereka sebenarnya tidak sukakan BN, bukan saya. Saya bercakap terus terang kerana saya tidak takut pada sesiapa,” katanya.

Nada keangkuhan Samy Vellu ini tenyata tidak disenangi pimpinan BN, tekanan terus diberikan kepada Samy Vellu sehinggakan membawa kepada isu peralihan kuasanya ini ke meja rundingan peringkat Perdana Menteri.

Itulah keistimewaan Samy Vellu barangkali, walaupun rakyat sudah menunjukkan jalan persaraan terhadap kerjaya politiknya tetapi beliau masih tidak akur.

Barangkali kekalahan total BN dalam pilihan raya umum yang akan datang adalah keadah terbaik menguburkan politik beliau. Bagaimanapun semua ini akan terjadi dengan restu perwakilan MIC yang kelihatan sangat taksub dengan ketokohannya.

(TVA)

29 September 2009

PAS Memilih Zulkefly

Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, 45, sebagai calon yang mewakili PAS untuk bertanding pada PRK DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober ini. Ianya diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu 9 Teluk Kemang sebentar tadi.

Turut berucap pada majlis tersebut Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Azmin Ali. Antara pimpinan PAS yang turut hadir ialah Timbalan Presiden Ust Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.

Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan sejak 2007 lagi dan seorang profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa.

TBH: Prosiding Inkues Di Tangguh Khamis

Prosiding inkues Teoh Beng Hock akan ditangguhkan pada hari Khamis ini berikutan pegawai penyiasat bagi membantu prosiding ini cuti kecemasan. Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Nazri, terbabit dalam satu kemalangan baru-baru ini dan sedang cuti sakit hingga 30 September.

Koroner Azmil Muntapha Abas dijangka akan mendengar keterangan daripada abang Teoh, Meng Kee dan rakan, Woo Chuan Sing apabila perbincangan itu diteruskan pada 1 Oktober.

Terdahulu, peguam pewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, mempersoalkan keperluan keluarga Teoh dan rakan-rakan dipanggil untuk di temuduga oleh ahli psikiatri forensik di Hospital Selayang hari ini.

Gobind turut meminta senarai soalan-soalan yang akan diajukan bagi menentukan sama ada ia relevan atau tidak. Beliau turut menyatakan kekecewaannya kerana mereka diminta hadir untuk temuduga oleh pakar psikiatri hanya melalui mesej pesanan ringkas (SMS).

Peguam Tan Hock Chuan, mewakili Peguam Negara, berkata temuduga psikiatri itu adalah bertujuan untuk mengukur latar belakang si mati dan Tan bersetuju untuk menyerahkan skop soalan-soalan pada hari Jumaat.

Koroner Azmil dijangka akan membuat satu arahan berhubung keperluan untuk ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan Teoh untuk menghadiri sesi-sesi temuduga pada hari Jumaat ini.

Dalam pada itu, di luar mahkamah, Gobind memberitahu bahawa sebagai penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) adalah cara yang tidak professional, beliau turut meminta pakar psikiatri menyenaraikan soalan secara terperinci untuk diajukan nanti.

“Saya sebagai seorang peguam saya rasa, tidak elok kalau seseorang diminta hadir ke balai polis atau hospital melalui sms, ini bukan satu amalan yang baik, kita professional kita nak meminta mereka hadir, tiada masalah, tapi permohonan perlu dibuat mengikut undang-undang secara baik kita tak tahu sms ini daripada siapa, benar atau tidak benar.

“Tapi apa yang penting adalah untuk ahli psikiatri memberi kepada kita secara terperinci apakah skop soalan yang ingin ditanya, kita kene paham status dan keadaan mental saksi-saksi ini iaitu kawan teoh dan ahli keluarga teoh bukan menjadi isu dalam inkues ini,” katanya.

(TVS)

Kontroversi KM Digilir di P.Pinang, Penjelasan Yusmadi

Hari ini saya dihujani dengan email dan sms daripada pelbagai pihak termasuk pimpinan parti saya dan teman-teman penyokong Pakatan yang membaca laporan akhbar di dalam Berita Harian halaman 6 bertarikh 29 September 2009 bertajuk "Pemuda PKR mahu jawatan KM digilir ikut formula baru".

Ingin saya jelaskan di sini bahawa saya tidak pernah sekali-kali membangkitkan isu jawatan KM DIGILIR ikut formula baru. Saya memberi pandangan berlatar belakangkang sambutan hari raya yang antara lain menunjukkan bahawa terdapat penerimaan masyarakat terhadap citra kepimpinan politik baru yang dibawa oleh Pakatan Rakyat selepas 8 Mac 2009.

Kunjungan rakyat berbilang kaum ke rumah-rumah terbuka anjuran pimpinan Pakatan Rakyat tidak kira bangsa seperti yang dianjurkan oleh pimpinan PKR, DAP dan PAS menggambarkan bahawa formula kepimpinan yang digunakan oleh BN/UMNO yang mengangkat agenda perkauman telah ditolak.

Saya cadangkan kenyataan saya dibaca tanpa TAJUK dan Tafsiran yang diberikan oleh akhbar, tetapi fokus kepada petikan (quotation) yang digunakan yang lebih menggambarkan kenyataan saya yang sebenar. Saya yakin pembaca sekalian mempunyai kematangan untuk membezakan apa yang benar dan apa yang salah.

Pemuda PKR mahu jawatan KM digilir ikut formula baru (Tafsiran media)

Beri peluang kepada semua kaum pegang jawatan Ketua Menteri (Tafsiran media)

KUALA LUMPUR: Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mahu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru yang memberi peluang kepada semua kaum menjadi pemimpin selaras prinsip perjuangan gagasan Pakatan Rakyat (PR), keadilan untuk semua. (Tafsiran media)

Ketua Pemuda PKR yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff, berkata formula politik baru itu perlu bagi menggantikan formula Barisan Nasional (BN) dan Perikatan yang memberi jawatan tertinggi itu hanya kepada kaum Cina dan jawatan timbalan ketua menteri kepada kaum Melayu. (Tafsiran media)

Beliau berkata, sebagai rakan pakatan yang memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum dan menolak politik perkauman sempit, sudah sampai masanya formula itu ditukar bagi memberi peluang kepada semua kaum menjadi ketua menteri. (Tafsiran media yang mana saya tidak langsung merujuk kepada formula bergilir)

"Pulau Pinang sejak dulu lagi terperangkap dengan formula BN dan Perikatan yang menjadi asas politik perkauman dengan memberi jawatan Ketua Menteri kepada kaum Cina semata-mata atas alasan kaum majoriti di negeri ini."

"Politik baru Pakatan Rakyat tidak menjadikan kaum sebagai alasan utama, orang Melayu atau India pun boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Peluang itu terbuka kepada semua dan saya yakin masyarakat di sini juga sudah dapat membezakan prinsip keadilan dan kemanusiaan berbanding fahaman agenda sempit dan perkauman yang diamalkan parti kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. (kenyataan saya yang merujuk kepada perbezaan normatif dan prinsip kepimpinan politik Pakatan Rakyat yang mengangkat prinsip keadilan untuk semua dan menolak politik perkauman berbanding BN)

Mohd Yusmadi percaya kepemimpinan tertinggi pakatan termasuk DAP, PKR dan Pas dapat menerima pandangan itu dan melaksanakannya. (Tafsiran media)

"Tidak ada masalah (pelaksanaan), sebab mereka (PR) turut mengangkat agenda keadilan dan menolak prinsip perkauman seperti Pas yang melaungkan slogan Pas untuk semua." (suntingan petikan yang tidak lengkap- kenyataan saya ialah Pakatan Rakyat yang mengangkat prinsip keadilan untuk semua dan menolak politik perkauman tidak akan terperangkap dengan model kepimpinan ala BN/UMNO)

"PKR sendiri adalah parti yang menolak agenda perkauman dengan mengangkat agenda keadilan dan ini dibuktikan melalui kepemimpinan kami yang diterima rakyat tanpa mengira kaum," katanya. (kenyataan saya yang mnngangkat dasar PKR keadilan untuk semua dan perkataan "Kami" yang digunakan sebenarnya ialah "Anwar Ibrahim" yang saya katakan sebagai conton pemimpin yang diterima oleh semua rakyat bukan di atas sebab perkauman tetapi keadilan untuk semua. Contoh tersebut tidak digunakan)

Beliau yang mewakili golongan muda di negeri itu juga yakin formula baru itu dapat dilaksanakan menerusi pendekatan tolak ansur antara pemimpin dalam pakatan. (Tafsiran media - kenyataan sebenar saya ialah prinsip politik Pakatan Rakyat mendapat tempat anak muda yang menolak politik perkauman dan bukan "tolak ansur" seperti yang dilaporkan. Saya tidak pernah menggunakan perkataan tolak ansur)

"Saya yakin inilah citra politik yang dimahukan rakyat Malaysia, iaitu kepemimpinan politik tidak kira kaum Melayu, Cina dan India," katanya. (kenyataan saya yang menunjukkan perkembangan sihat politik Pakatan Rakyat yang menolak politik perkauman)

Ditanya pandangannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang sedia ada, Lim Guan Eng, Yusmadi berkata, Lim sekarang berusaha keras memenangi hati rakyat dengan memberi keutamaan kepada pelbagai aspek dan usahanya itu diterima baik semua pihak.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan teman-teman dan pembaca. Saya yakin apa yang dikatakan "Liberation is a tough a job".

Yusmadi Yusoff
Ahli Parlimen Malaysia (Balik Pulau)
Ketua AMK Pulau Pinang

Suara TDM Tak Laku, Mohd Isa Tetap Dicalonkan

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad yang pernah digantung kerana terlibat penggunaan politik wang telah dipilih sebagai calon BN bagi PRK DUN Bagan Pinang. Perkara tersebut diumumkan oleh TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini bermakna suara Tun Dr Mahathir (TDM) sekarang sudah tidak laku lagi. Sebelum ini beliau beria-ia supaya Mohd Isa tidak dipilih sebagai calon BN disana atas sebab Mohd Isa pernah terlibat dengan politik wang. Tapi dalam UBN, kes seumpama itu adalah perkara biasa bagi mereka. Dengan ini juga bermakna, slogan yang Najib gembar-gemburkan iaitu rakyat didahulukan ternyata meleset sekali.

Rakyat pasti tidak mahukan pemimpin yang pernah terlibat dengan politik wang bagi istilah UBN, bagi rakyat istilahnya adalah menggunakan rasuah dalam memastikan kedudukan pemimpin berkenaan tidak tergugat. Semua maklum, UMNO kian hancur salah satu penyebab utamanya adalah bila kerajaan UBN berjaya memartabatkan penggunaan rasuah disegenap penjuru termasuk dalam parti mereka.

Bagi pengumuman calon PAS yang mewakili PR pula akan diumumkan malam ini bertempat di markas PAS Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang oleh presiden parti, Datuk Seri Abdul Had Awang.

2 nama disebut untuk dipilih sebagai calon PAS kali ini. Mereka ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri itu, Kassim Tahir. Bagaimanapun, dipercayai PAS akan memilih calon yang lebih muda, iaitu Zulkefly untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang itu.

Hujjah-Hujjah Khalid Samad

27 September, jam 3.30 petang, maka akhirnya diadakan juga mesyuarat Perhubungan Negeri. Dalam mesyuarat ini memang banyaklah yang dinyatakan, khususnya persoalan wala’ terhadap pimpinan yang masih merupakan isu terbesar bagi kebanyakan YDP kawasan. Dalam persoalan ini saya sememangnyalah menjadi sasaran dan menjadi tumpuan teguran. Hanya saya sahaja yang masih tidak faham nampaknya.

Wala' itu maknanya tidak boleh menegur pemimpinkah? Fahaman saya, tidak boleh ingkar arahan dan setakat ini tiada arahan berhubung perjalanan parti yang telah saya ingkari. Teguran dan ingkaran merupakan dua perkara yang berbeza. Namun menegur pemimpin, itu merupakan hak pengikut, lebih-lebih lagi apabila ianya kelihatan seperti menjejas kepentingan parti.

Namun, perkara tesebut wala' merupakan masalah terbesar sebahagian besar ahli mesyuarat. Bagi saya masalah besar yang sepatutnya di berikan tumpuan ialah persoalan SELCAT dan pengukuhan PR.

Oleh itu, pada hari ini saya ingin mengemukakan untuk tatapan umum hujjah-hujjah yang telah saya kemukakan di dalam mesyuarat berkenaan. Sekiranya ada hujjah saya yang salah atau menzahirkan kurang wala'nya diri saya ini, harap dapat dikemukakan dalam bentuk hujjah yang sama.

Pada hari mesyuarat, saya telah mengemukakan LIMA hujjah seperti berikut:-

1. Mengapa Mengambil Posisi Menegur SELCAT Secara Berasingan?
Saya menyatakan kepada mesyuarat bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh PJ telah dan sedang dibincang oleh ADUN-ADUN dan anggota SELCAT itu sendiri. Ramai telahpun bersetuju untuk memperbaiki perjalanan sesi soal-jawab SELCAT berpandukan feedback yang negatif berhubung kaedah soal-siasat dan sebagainya. Yang menjadi masalah ialah apabila PJ membuat kenyataan mengkritik SELCAT secara terbuka dan mengambil posisi bersendirian dalam isu ini. Ianya telah pun memberikan gambaran bahawa hanya PAS mengambil berat kedudukan pegawai kerajaan dan menjuarai mereka dan parti lain tidak. Sedangkan hakikatnya, pihak lain juga telah bersetuju dengan teguran-teguran yang telah disampaikan secara dalaman.

Saya menyatakan, “tidakkah lebih sesuai PJ mengatakan kami, iaitu PR, telah bersetuju untuk memperbaiki kaedah dan pendekatan soal-siasat terhadap pegawai-pegawai kerajaan supaya tidak dilihat sebagai berniat menghina dan memalukan mereka?

Sekiranya kenyataannya begitu, ianya tidak akan kelihatan seperti seolah-olah menempelak rakan lain di dalam PR dan PAS tidak akan dilihat sebagai menikam kawan dari belakang.

2. Mengapa Tidak Merujuk Kepada Wakil PAS yang Menganggotai SELCAT?
Isu kedua yang saya bangkitkan adalah berhubung satu-satunya wakil PAS di dalam SELCAT, iaitu YB Shaari Sungib. Saya bertanya mengapa mesyuarat tidak menjemput beliau memandangkan mesyuarat khas ini adalah berhubung SELCAT dan beliau adalah anggota SELCAT?

Saya bertanya lagi, “tidakkah lebih wajar kita mendengar pandangan dari ahli parti kita sendiri yang menganggotai SELCAT berhubung perjalanannya daripada mendengar aduan sebelah pihak pegawai kerajaan semata-mata?

3. Mengapa Membela Pegawai-Pegawai Kerajaan Sekiranya Mereka Bersalah?
Saya terus menjelaskan bahawa peranan SELCAT adalah untuk menjamin kecekapan, pertanggung-jawaban dan ketelusan. Pegawai-pegawai dipanggil untuk menjelaskan bagaimana mereka telah menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka, bukan persoalan peribadi mereka.

Sekiranya mereka menjalankan tugas mereka dengan betul tiada sebab yang perlu mereka rasa malu. Sekiranya mereka dipaksa menjalankan tugas mereka dengan cara yang kurang betul, maka perlu mereka nyatakan mereka dipaksa atau pun diarah berbuat begitu. Tetapi, sekiranya mereka ingin melindungi penyelewengan BN dulu, maka adakah perlu kita membela mereka?

Dalam pada itu, saya nyatakan, sesi SELCAT yang pertama dahulu yang melibatkan isu BALQIS telah berjalan dengan baik. Datin Khairiyyah telah menjawab semua soalan dengan telus dan mendedahkan bagaimana wang sebanyak RM 900,000 lebih telah diselewengkan dan dibazirkan oleh pentadbiran Khir Toyo. Dalam sesi soal jawab itu, tiada pula yang mengemukakan persoalan bagaimana sesi terbuka yang disiarkan secara terus menghina dan memalukan Datin Khairiyyah.

Kalau nak timbulkan soalan memalukan dan menghina, kenapa tidak kita membantah hukuman sebat terhadap Kartika juga? Adakah kita menganggap persoalan penyelewengan duit rakyat tidak sepenting soal meminum arak? Adakah kita menganggap bahawa Islam redha dengan persoalan yang pertama dan hanya menolak yang kedua? Sepertimana kita menerima hukuman sebat terhadap Kartika, hukuman ‘soal siasat’ terbuka tidak sepatutnya kita tolak.

Akhirnya saya menegaskan mengapa sesi itu perlu diadakan secara terbuka. Pendedahan oleh pegawai kerajaan sendiri adalah lebih berkesan dari sekiranya diadakan sesi tertutup dan kemudiannya maklumat disampaikan oleh kita kepada rakyat. Pihak tertentu boleh mengatakan ianya permainan politik dan pengakuan paksaan. Maka itu adalah lebih teruk, kita akan dikatakan sama sahaja dengan SPRM! Mengugut dan memaksa sehingga mendapat ‘pengakuan’.

4. Mengapa Saya Respon Kepada Kenyataan PJ
Dalam pada itu saya menjelaskan mengapa saya respon kepada kenyataan PJ. Saya nyatakan bahawa tindakan PJ menyerang SELCAT secara terbuka telah memberikan gambaran seolah-olah PAS tidak setuju dengan SELCAT dan dengan itu bercanggah dengan matlamat pentadbiran PR.

Saya menolak kenyataan PJ juga secara terbuka kerana ingin menegaskan bahawa PAS tetap bersama PR dan perpaduan sememangnya wujud di kalangan kami. Perpaduan PR adalah penting untuk dizahirkan kerana ianya akan meyakinkan rakyat untuk terus memilih kita. Bukan sahaja di Selangor tetapi juga untuk mendapat kembali Perak, memenangi Pahang dan negeri-negeri lain. Demi menyatakan perpaduan kukuh wujud dalam PR sepertimana kehendak muktamar, maka saya menyanggah PJ walaupun ianya akan menzahirkan perbalahan dalam PAS Selangor.

Kedua, sebagai Ahli Exco, saya beranggapan bahawa beliau sepatutnya mengambil posisi bersama kerajaan PR dan bukan menyerang usaha kerajaan untuk mengasaskan kecekapan, pertanggung-jawaban dan ketelusan dalam perkhidmatan kerajaan melalui Dewan Negeri Selangor. Saya menegaskan bahawa sekiranya PJ tidak mampu berkerjasama dengan ahli Exco yang lain, maka beliau sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Exco dan menjadi seorang back-bencher. Saya tidak pernah menyuruh beliau keluar PAS mahupun PR!

Sebenarnya amat tidak wajar kalau kita sebagai seorang ahli Exco yang bermesyuarat dengan Exco tiba-tiba di luar mesyuarat menyerang kembali usaha kerajaan. Sekiranya sebagai back-bencher, tidaklah bermasalah sangat. Samalah juga seperti seorang ahli dewan harian, bermesyuarat dengan dewan harian, tetapi diluar bantai balik dewan harian. Kalau begitu patut keluar dewan harian (sepertimana persetujuaan pelucutan jawatan saya sebagai TPJ) dan sekiranya dari luar, sebagai ahli perhubungan, berhak mempersoalkan keputusan dewan harian.

5. Bagaimana Dengan Janji Kita di Tropicana PJ?
Point saya yang terakhir ialah berkenaan perjanjian kita bersama hasil Konvensyen PR di Tropicana PJ yang telah diadakan selepas peristiwa arak dan Ronnie Liu. Hasil Konvensyen itu telah dipersetujui bahawa kita tidak akan lagi mengeluarkan kenyataan saling menyerang satu sama lain. Sekiranya mana-mana pihak melakukannya, maka tindakan disiplin perlu dikenakan atas orang berkenaan oleh partinya sendiri.

Saya bertanya, “tidakkah janji kita ini perlu kita hayati?”

Hujjah-hujjah di atas dikemukakan untuk tatapan umum supaya masyarakat dan khususnya ahli PAS kawasan Shah Alam memahami pendirian, tindakan dan usaha saya sebagai YDP mereka mempertahankan usul yang telah diluluskan tanpa bahas di dalam Muktamar ke 55 yang dibawa oleh Shah Alam yang berbunyi:

“Maka Muktamar PAS Pusat yang bersidang pada hari ini 11-13 Jamadilakhir 1430 bersamaan 5-7 Jun 2009 di Stadium Melawati, Shah Alam mengusulkan dan membuat ketetapan supaya PAS Pusat:-

i) Konsisten dengan pendirian untuk terus kekal berkerjasama dengan parti-parti politik dengan berusaha dan menyusun kaedah yang lebih berkesan bagi memperbaiki hubungan dan kesatuan antara parti dan ahli akan terbina, seterusnya mengekalkan dan melebarkan kemenangan PR demi menegakkan syiar Islam

ii) Berusaha mewujudkan struktur organisasi yang berdaftar atas nama Pakatan Rakyat sebagai alternatif atau pengganti kepada Barisan Nasional bagi menerajui kepimpinan Negara.


Bagi saya, apa-apa usaha yang bercanggah dengan matlamat usul yang telah diluluskan di Muktamar seperti di atas, maka wajib saya sanggah. Tidakkah sepatutnya begitu?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Ibrahim Ali Nyanyuk, Bagai Kacang Lupakan Kulit

Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman - Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan

Sikap kurang ajar Datuk Ibrahim Ali menghina Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) diibaratkan oleh sebagai Kacang Lupakan Kulit.

Ibrahim Ali telah melampau dalam tindakannya apabila mendesak TGNA meletak jawatan bersandarkan beberapa tanggapan salah beliau sendiri. Seperti seorang yang berjalan di siang hari tetapi asyik mendongak kepala keatas sehinggakan tidak nampak apa yang berlaku di sekelilingnya.

Ibrahim Ali boleh melihat dengan mata kasar pembangunan yang berlaku di negeri ini, begitu banyak sekali pasaraya yang timbul,pembangunan fizikal mestilah selari dengan rohani, bagi beliau hanyalah mementingkan kebendaan sahaja.

Pemerintahan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 hingga sekarang, berjalan dengan baik dan tidak adapun pembangunan yang tergendala.

Saya hairan mengapa beliau mempertikaikan kesihatan seseorang sedangkan itu semua datang dari Allah, lagipun sehingga hari ini kita masih lagi dapat bersama dengan Tuan Guru dalam pelbagai program dan hari ini beliau ke Gua Musang dan singgah di Kuala Krai untuk sama-sama meraikan majlis Aidil fitri ini.

Pemuda PAS negeri menyerah sepenuhnya kepada Pemuda PAS Pasir Mas untuk mengambil langkah-langkah seperti turun ke peringkat akar umbi membuat bancian sejauh manakah sokongan rakyat di Pasir Mas menyokong Ibrahim Ali ini.

Kita tidak akan mengikut rentak Ibrahim Ali ini yang seluruh rakyat negara ini sudahpun mengenali beliau yang suka merempuh apa sahaja di hadapan asalkan beliau dapat berdiri, kalau dulu dalam Umno pun kena tendang seumur hidupnya, menumpang pula di tangga PAS dan telah berikrar untuk bersama Tuan Guru tetapi kini beliau bukan sahaja tidak mengenang budi Tuan Guru malah telah menghina rakyat Pasir Mas sendiri.

Dr. Mohd Hatta Ramli - Bendahari PAS Pusat

Tindakan Ibrahim Ali adalah keterlaluan tanpa mengambil kira sentimen rakyat Kelantan yang berdiri teguh di belakang Tuan Guru sehinggakan Pilihanraya ke 12 baru-baru ini PAS telah mencapai kemenangan besar di Kelantan dan ini juga hasil kebijaksanaan Tuan Guru dalam berpolitik dan mentadbir Kelantan.

Paling tidakpun Ibrahim Ali seharusnya menghormati rakyat negeri ini dan tindakan beliau menghina Tuan Guru dengan panggilan yang tidak sewajar dikeluarkan kepada seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi amatlah dikesali.

Sebelum ini kita lihat tindakan Ibrahim seolah-olah berunsur perkauman ketika perbahasan di Parlimen dan seperti tidak mengakui wujudnya masyarakat majmuk di negara ini sedangkan Tuan Guru begitu pintar dalam perjuangan untuk menyatupadukan pelbagai kaum dan kita boleh lihat perpaduan kukuh antara kaum di Kelantan ini.

Mahadi Mat Zain - Ketua Pemuda PAS Kuala Krai

Keperibadian Ibrahim Ali dengan Mursyidul Am PAS adalah amat tidak setaraf. Pemuda PAS Kuala Krai mendesak Ibrahim Ali agar memohon maaf secara bertemu dengan Tuan Guru dan menarik balik perkataan nyayuk yang dituju kepada Tuan Guru.

Ibrahim Ali telah mengeluarkan sepuluh sebab mengapa Tuan Guru patut meletak jawatan dan telah menghina seorang tokoh ulamak,sedangkan dalam Islam sendiri telah menjelaskan amat berbeza seseorang yang mempunyai ilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu.

Saya yakin ilmu Ibrahim Ali dalam bidang keagamaan amatlah nipis jika dibandingkan dengan Tuan Guru dan sifat nyayuk sememangnya tiada dalam diri seseorang yang tinggi ilmu agamanya.

Bagi Pemuda PAS Kuala Krai,Ibrahim Ali adalah seorang yang mempunyai sifat nyayuk kerana tidak sedar siapa diri beliau dan siapa yang membantu beliau untuk menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas.

Ketika ramai rakyat negara ini memberi gelaran sebagai Katak Lompat amat tepatlah kerana tidak mempunyai parti yang diperjuangkan,seperti Umno,S46 dan Bebas dan jelaslah beliaulah yang nyayuk dan seharusnya meletak jawatan.

sumber asal: HarakahDaily

Pemuda MIC Bantah Makkal Sakthi

Ketua Pemuda MIC, T.Mohan dengan tegasnya mengatakan bahawa pemuda MIC tidak sedia membenarkan parti baru 'Makkal Sakthi' yang dijangka akan dilancarkan sendiri oleh Najib pada 10 Okt ini menjadi parti alternatif kepada MIC bagi mewakili kaum India.

Walaupun banyak parti bakal muncul pada masa akan datang, tiada jaminan parti berkenaan mampu meraih sokongan rakyat sedangkan sumbangan dan jasa MIC selama bertahun-tahun telah dilupakan.

Adalah tidak wajar jika penubuhan parti itu adalah untuk menguburkan MIC yang telah berkhidmat untuk BN selama 63 tahun. Pemuda MIC sudah pasti akan protes penubuhan parti baru untuk menggantikan MIC walau apapun alasannya ... tidak akan berkompromi.

Parti Makkal Sakthi Malaysia yang akan diketuai R.S. Thenenthiran, 47, bekas penyelaras kumpulan Hindraf yang diharamkan. Parti baru ini mula didendang dengan serius kepada rakyat selepas sahaja berlalunya pemilihan MIC baru-baru ini yang telah memperlihatkan Presiden MIC tetap berdegil mempertahankan jawatan dan kedudukan beliau dalam parti komponen BN itu.

SELCAT Tidak Akan Di Rombak : MB Selangor

Kerajaan negeri Selangor malam tadi memutuskan untuk tidak merombak prosedur dan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Keputusan itu dibuat dalam perbincangan hampir dua jam membabitkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid, Barisan Exco Selangor termasuk Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Teng Chang Khim, Pegawai Daerah, Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT), wakil rakyat dan ahli parlimen.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor berkata, sebarang perubahan terhadap Selcat perlu dibincangkan dan dibahaskan pada sidang Dewan, jika perlu.

Beliau turut mengingatkan bahawa sebarang perbincangan mengenai Selcat tidak perlu dibincangkan dengan pihak luar. Beliau berkata demikian selepas menpengerusikan mesyuarat tertutup itu di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) di Shah Alam.

Sebelum ini, Datuk Dr Hasan mengkritik prosedur Selcat yang menyoal pegawai daerah berhubung perbelanjaan peruntukan tahunan wakil rakyat pada sesi pendengaran, baru-baru ini. Datuk Dr Hasan dilaporkan berkata, prosedur yang diamalkan oleh Selcat itu tidak sesuai dan seolah-olah cuba mengaibkan pegawai kerajaan terbabit.

Malah, beliau turut mencadangkan supaya rombakan ahli jawatankuasa selcat dilakukan bagi meningkatkan integriti jawatankuasa bebas itu. Walaubagaimanapun ketika ditanya pihak media, beliau enggan mengulas mengenai keputusan perbincangan yang diputuskan itu.

(TVS)

28 September 2009

Najib Menampar Muka Sendiri?

Kerajaan mungkin menggantikan Proton Perdana V6 Executive dengan kereta mewah yang diimport sebagai kereta rasmi. The Malaysian Insider memetik berita ini daripada sumber dalaman kerajaan, bahawa kerajaan mengambil keputusan untuk menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang lama, dengan kereta mewah yang diimport. Keputusan ini dibuat memandangkan pengeluaran model Perdana V6 bakal dihentikan pada tahun depan.

Sekali imbas, pemimpin BN pernah menyelar kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor dan Perak kerana "tidak patriotik", ekoran daripada keputusan untuk menukarkan kereta nasional dengan Toyota Camry sebagai kereta rasmi kerajaan. Malah, setelah rampasan kuasa, Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir melelongkan segera Toyota Camry yang belum genap tiga bulan digunakan kerajaan PR.

Keputusan menggunakan kereta import mewah sebagai kereta rasmi kerajaan seumpama meludah ke langit. Seandainya apa yang dilaporkan The Malaysian Insider itu benar, maka keputusan sedemikian memberi tamparan yang sengit buat kerajaan Najib.

Kontrak bernilai RM80 juta setahun

Sebagaimana yang diketahui, kereta import mewah tersebut termasuklah Mercedes Benz S class, BMW 5 series, Toyota Camry dan sebagainya. Kerajaan akan memajakkan kereta ini dari syarikat swasta, Spanco Sdn Bhd untuk tempoh empat tahun.

Spanco Sdn Bhd adalah salah satu "produk" projek penswastaan, menawarkan perkhidmatan pajakan dan pembaikan kereta untuk kerajaan. Perjanjian konsesi untuk tempoh 25 tahun ini (sehingga tahun 2018) bernilai RM80 juta setahun.

Menurut sumber dalaman kerajaan tersebut, bayaran pajakan kereta baru adalah lebih rendah, maka akan mengurangkan kos pada peringkat awal (initial cost). Namun, Spanco Sdn Bhd boleh mempertingkatkan kadar bayaran perkhidmatan pengendalian kemudiannya, dan ia mungkin mengakibatkan matlamat kerajaan untuk berjimat tidak kesampaian.

Sementara itu, The Malaysian Insider memetik dari sumber dalaman kerajaan, bahawa hakim telah memutuskan untuk menggunakan kereta Mercedes Benz. Kereta tersebut telah mula dipasang di kilang dalam kawasan Parlimen Najib, Pekan.

Keputusan ini mencungkil dua kontradiksi yang nyata. Pertamanya, wakil rakyat BN pernah membidas keputusan kerajaan PR negeri Selangor dan Perak untuk menukarkan Perdana V6 kepada Toyata Camry sebagai tindakan yang tidak patriotik. Kerajaan negeri BN Terengganu turut berdepan dengan bantahan apabila memutuskan untuk membeli 14 buah kereta Mercedes Benz untuk menggantikan Perdana V6.

Spanco Sdn Bhd pernah dipertikai

Keduanya, pada tahun 2004, Kementerian Kewangan telah melantik syarikat perunding pengurusan bebas Tetuan Coopers & Lybrand untuk mengkajian perjanjian konsesi Spanco Sdn Bhd ini, kerana "bayaran harga yang terlalu tinggi" dikenakan terhadap kerajaan.

Menurut laporan Malay Mail, setelah dikaji semula, nilai perjanjian konsesi ini telah dikurangkan dari RM100 juta setahun kepada RM80 juta setahun. Kementerian Kewangan membuat keputusan untuk mengkaji semula program penswastaan ini setelah TPM ketika itu, Najib menyatakan bahawa "kerajaan akan mengkaji semula perjanjian konsesi yang tidak adil".

Malah, Najib pernah berkata bahawa kerajaan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya kerajaan yang diterajui Najib memutuskan untuk"menggantikan Perdana V6 dengan kereta import", maka langkah ini seolah-olah menampar muka sendiri.

Pada hakikatnya, pertikaian terhadap Spanco Sdn Bhd pernah diungkit dalam parlimen pada tahun 1998. Menurut Penyata Rasmi Parlimen ke-9, penggal keempat yang bertarikh 25 November 1998, Timbalan Menteri Kewangan ketika itu Wong See Wah pernah memberi perjelasan mengapa Spanco Sdn Bhd diberikan perjanjian konsesi tersebut.

Kebetulannya, Kementerian Kewangan juga melantik Tetuan Coopers & Lybrand untuk mengkaji program penswastaan tersebut. Bekas ahli parlimen, Nungsari bin Ahmad Radhi ketika itu mempertikai mengapa kerajaan melantik Tetuan Coopers & Lybrand untuk membuat penilaian selepas program itu dijalankan, dan bukan sebelumnya.

1998: Projek pajak kereta

Kerajaan mula memajakkan kereta dari syarikat Spanco Sdn.Bhd dan tidak lagi membeli kereta untuk pegawai tinggi dalam kerajaan pada tahun 1994. Namun, bekas PM Mahathir Mohamad memberhentikan program penswastaan ini selepas kemelut ekonomi tahun 1997. Pada tahun 1998, program ini diberi nafas baru atas alasan "mengkaji semula keperluan program penswastaan".

Spanco Sdn Bhd dikuasai Tan Hua Choon, usahawan Cina yang terkemuka. Tan yang amat rapat dengan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin (gambar di kiri), dilihat sebagai usahawan yang bangkit dengan dorongan kuasa politik pada zaman Mahathir. Hubungan antara Tan dengan Daim memberi lampu hijau kepadanya untuk menguasai beberapa sumber negara, termasuk saham beberapa syarikat tersenarai.

Selain anak Tan Hua Choon, Tan Han Chuan dan Tan Ching Ching, Lembaga Pengarah Spanco Sdn Bhd terdiri daripada Osman bin Mohd Daim, Abdul Rashid Harun, Hamzah Mohamad Salleh dan lain-lain. Hamzah Mohamad Salleh ialah Ketua Pegawai Eksekutif Spanco, sementara Osman bin Mohd Daim dan Abdul Rashid Harun sebagai rakan sepakat Tan Hua Choon dalam dunia perniagaan.

(MerdekaReview)


SPRM Gagal Lagi....

SPRM gagal lagi dalam cubaannya untuk menangguhkan prosiding Inkues TBH setelah Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan supaya ianya diteruskan. Dalam keputusan sebulat suara, panel hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Low Hop Bing berkata permohonan SPRM untuk menangguhkan inkues tersebut, akan didengar bersama dengan kes rayuan.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Petaling Jaya mengenepikan permohonan SPRM untuk semakan semula keputusan yang dibuat oleh koroner bahawa laporan polis yang dibuat oleh Sivanesan yang mendakwa beliau didera dan diseksa oleh sekumpulan pegawai SPRM, adalah berkaitan bagi membantu inkues ini. Tiada apa yang menyalahi undang-undang, yang tidak betul atau tidak kena, dalam tindakan koroner itu.

SPRM telah berusaha sedaya-upaya untuk mengenepikan saksi misteri ini. Pegawai-pegawai pihak berkuasa dalam negara kita ini ada antaranya yang terlampau ego dengan jawatan yang dipegang.

Apa yang mereka lakukan pasti mendapat pembelaan dari pihak atasan terutamanya pada kes-kes yang 'istimewa'. Bila ada saksi yang berani tampil untuk buktikan salahlaku mereka seperti Sivanesan, dengan lantas mereka bersama dengan ketua mereka mengatakan bahawa saksi itu adalah penipu.....

Raja Sesumpah Muncul Lagi !!

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang lebih terkenal dengan gelaran Raja Sesumpah telah uncul kembali. Beliau menjadi pelakon utama dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya pilihan raya kecil PRK Parlimen Permatang Pauh bulan Ogos tahun lalu. Dijangkakan akan mengulangi watak utama menjelangnya PRK di DUN Bagan Pinang tidak lama lagi.

Jika dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh isu Raja Sesumpah ini telah dimainkan secara meluas termasuk oleh media arus perdana pro UMNO maka sekali lagi dalam PRK Bagan Pinang beliau akan dijadikan 'pak sanggup' sekali lagi. Beliau menjadi contoh bagaimana seorang anak muda yang rela untuk mendedahkan kejelekan dan keburukan yang ada pada dirinya bagi kepentingan politik sempit UMNO BN.

Raja Sesumpah dalam blognya telah melahirkan rasa bimbang diatas keselamatan beliau menjelangnya perbicaraan kes yang membabitkan Anwar pada 3 November yang akan datang. Beliau juga mendakwa ketakutan ini kerana tidak mahu terjadi kes yang sama seperti apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock. Kenyataan Raja Sesumpah ini menjadi kemusyikilan kerana selama ini beliau sudah pasti dikelilingi oleh 'bodyguard' kerana beliau individu penting bagi kes ini.

Siapa yang mahu mengugat ketenteraman beliau? Melainkan hati beliau sendiri tidak tenteram kerana melakukan dosa fitnah terhadap Anwar. Tambah menjadi prejudis lagi apabila beliau mulai muncul tatkala akan diadakan PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti.

Namun kehadiran beliau tidak menjadi 'kudis' kepada Pakatan Rakyat menjelang PRK DUN Bagan Pinang kerana sudah terbukti sebelum ini. Walaupun beliau bersumpah mubahalah menjelangnya PRK Parlimen Permatang Pauh dengan didokong oleh pemimpin UMNO BN ternyata rakyat sudah tahu beliaulah ialah Raja Sesumpah yang sudah terkena sumpah beliau sendiri.

Oleh: addin77

AMK Gesa SPR Mansuh Undi Pos

AMK konsisten dengan pendirian Pakatan Rakyat sebelum ini dalam memorandum yang dianjurkan bersih kepada Yang Dipertuan Agong untuk menghapuskan undi pos. Itu menunjukkan bahawa undi pos ini adalah kaedah undi yang tidak lagi boleh digunapakai kerana sudah lapuk, jadi ianya perlu dikaji semula.

AMK melihat kerajaan UBN telah mengambil kelebihan daripada undian pos ini dimana sistem pengundiannya adalah tidak telus dan akan meletakkan sesiapa sahaja yang terlibat dengan undi pos dalam keadaan serba salah. Ini adalah kerana undi yang diberi oleh mereka adalah tidak telus dan boleh ditentukan oleh kerajaan.

Kerahsiaan undi adalah satu faktor asasi dalam proses pemilihan ini dan tujuan diwujudkan peruntukan untuk pengundi tidak hadir adalah bagi membolehkan rakyat yang tidak bermastautin di dalam satu-satu bahagian pilihanraya menjalankan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pemilih.

Ini kerana soal seperti nombor siri yang berada di kertas undi dan menyebabkan mereka yang memilih undi diketahui oleh pihak lawan dan pihak SPR. Itu menunjukkan undi itu tidak lagi menjadi undi yang rahsia dan bebanan kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan undi pos.

Perkara keduanya ialah reputasi pengundi pos di mana yang termaktub dalam undang-undang bagi pengundi yang hadir dalam sesuatlu pilihan raya, dalam keadaan negara sekarang keadaan aman dan tidak ada peperangan dan sebagainya sepertimana yang berlaku sewaktu zaman kita memerangi komunis dahulu, itu menunjukkan mereka yang berada dalam pengundi pos berada dalam keadaan kawasan kem dan kawasan-kawasan pengundi tidak perlu sebenarnya kepada pengundi pos ini.

Dengan sebab itu kita menuntut kepada SPR yang mendesak sebenarnya kepada perubahan politik dan juga undang-undang kerana dari segi asasnya perlembagaan memperuntukkan bahawa setiap orang berhak mengundi sampai rasa takut dan fobia dan undi mereka dijamin dari segi kerahsiaan.

Antara mereka yang tidak bermastautin ini ialah anggota keselamatan yang bertugas di perbatasan atau di medan pertempuran atau mereka yang menjalankan tugas-tugas kritikal lain semasa hari mengundi.

Sudah tentu anggota tentera yang bermastautin di dalam kem atau di dalam sesuatu bahagian pilihanraya sesama keadaan aman, apatah lagi suami atau isteri mereka tidak dimaksudkan sebagai pengundi tidak hadir oleh penggubal Perlembagaan dan undang-undang.

Kita kembali kepada rakyat kerana kita melihat SPR tidak bersungguh-sungguh untuk membuat perubahan dalam sistem undi pos ini. Dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang contoh, SPR didesak supaya mengkaji semula prosedur undi pos.

Ini termasuklah memorandum yang dihantar oleh Pakatan Rakyat kepada pihak SPR supaya mengkaji aspek-aspek teknikal kepada pengundi pos. Sebagai contoh, esok kita ada pertemuan yang kedua dengan SPR dalam hal pengundian pos ini. Dengan itu saya melihat kenyataan dan keterangan Timbalan Pengerusi SPR baru-baru ini yang mengambil mudah pendekatan dan juga keyakinan kita terhadap undi pos ini apabila beliau menyatakan SPR tidak kiralah sama ada semua pihak akan meneruskan dengan sistem undi ini.

AMK memandang berat kegagalan atau mungkin keengganan untuk memahami niat penggubal undang-undang ini. Prinsip yang harus dipatuhi ialah ‘the intention of the legislator is law'.

Tindakan memaksa pengundi dari kalangan anggota tentera dan suami atau isteri mereka menjadi pengundi tidak hadir dan menafikan hak mereka untuk mengundi sama seperti rakyat Malaysia yang lain dan ini telah mencabul Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa setiap rakyat adalah samarata dan tidak boleh didiskriminasi atas sebarang faktor termasuk profesion mereka.

Selan itu, AMK mengajak semua pihak yang terlibat agar prihatin dengan pelaksanaan demokrasi tulen di Malaysia dengan mengadakan Forum Rakyat bagi membincangkan secara khusus persoalan undi pos atau pengundi tidak hadir ini.

Forum Rakyat ini adalah penting bagi merungkai segala permasalahan dan kelemahan yang wujud serta bagi memastikan setiap undi adalah benar-benar bebas dan berkesan dalam menzahirkan kehendak sebenar rakyat.

AMK akan mengambil inisiatif untuk menganjurkan Forum Rakyat tersebut dengan menjemput semua pihak yang terlibat, termasuk wakil SPR, parti-parti politik, wakil Angkatan Tentera Malaysia, wakil Polis DiRaja Malaysia, organisasi masyarakat (NGO) dan rakyat yang prihatin.

Biarlah rakyat yang tentukan apabila mereka mendapat maklumat yang jelas bagaimana undi pos ini boleh terdedah kepada sebarang penipuan yang memberi kelebihan kepada parti pemerintah.

Sudah tiba masanya proses dan sistem pilihanraya berkenaan pengundi pos atau pengundi tidak hadir ini dikaji semula dengan jujur dan dilakukan pindaan sekiranya perlu. Ini untuk mengelakkan anggota tentera, polis dan semua pengundi tidak hadir daripada berada dalam keadaan serba salah dan tidak ada kebebasan untuk membuat pilihan.

Keengganan untuk membuat pindaan-pindaan tersebut akan menyebabkan semua pihak terus dengan persepsi bahawa pihak pemerintah UBN mempunyai agenda tersembunyi. Malah selama ini rakyat menganggap pengundi tidak hadir ini adalah faktor penentu yang memberikan kemenangan kepada BN di dalam pilihanraya secara tidak adil.

Sebab itu saya yakin kalau kita pulangkan kepada rakyat, biarlah rakyat membuat keputusan. BN akan menyatakan dengan penuh yakin bahawa ini merupakan bekas kubu kuat mereka kerana mereka mempunyai kelebihan dari segi pengundi pos dan bukan meraih kekuatan dari sokongan rakyat biasa.

Persepsi wujud penipuan di dalam proses pilihanraya ini akan menjejaskan kewibawaan kerajaan, merosakkan amalan demokrasi sehingga boleh menyebabkan demokrasi di Malaysia menjadi demokrasi tempang, malah akan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap demokrasi dalam negara ini sendiri.

Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ianya merupakan satu pengkhianatan terhadap negara, pengkhianatan terhadap usaha gigih dan pengorbanan pengasas negara ini serta para pejuang kemerdekaan, pengkhianatan terhadap anggota keselamatan yang sanggup menggadaikan nyawa demi menjamin keselamatan negara dan pengkhianatan kepada rakyat sendiri.

Oleh: Shamsul Iskandar Mohd. Akin - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)

27 September 2009

Pengundi Kecewa Ibrahim Ali Khianati Amanah

Tanpa lambang bulan sudah pasti Datuk Ibrahim Ali tidak akan merasai kedudukan seperti sekarang, sebagai anggota parlimen Pasir Mas, namun beliau melupakan segala-galanya dan 'menggigit tangan yang menyuapkannya makanan'.

Ini kerana sokongan padu penyokong PAS dan Pakatan Rakyat membolehkan beliau merasai kembali jawatan itu selepas menang di atas tiket Semangat 46 pada 1990.

Namun Ibrahim melupakan segala jasa dan keringat ahli dan penyokong PAS yang bekerja keras memenangkannya pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008. Kata orang tua-tua, ibarat kacang sudah lupakan kulit.

Pengundi di Pasir Mas ketika ditemui menyokong penuh saranan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) supaya Ibrahim meletak jawatan kerana telah mengkhianati amanah rakyat.

Pesara kerajaan, Mohamad Osman, 67 dari Kampung Kasa berkata, hanya pemimpin yang tiada maruah sahaja sanggup mempertahankan kedudukannya biar pun dicemuh seluruh pengundi. "Tindakan Ibrahim sekarang seolah-olah membunuh karier politik sendiri. Selepas ini siapa lagi yang mempercayai pemimpin seperti itu," katanya di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan TGNA hari ini sekali lagi mengulangi pendiriannya supaya Ibrahim menggosongkan kerusi parlimen Pasir Mas memandangkan sikap dan tindak tanduknya bertentangan dengan perjuangan PAS.

"Saya akan terus mendesaknya melepaskan jawatan wakil rakyat di Pasir Mas kerana dia bertanding atas tiket PAS. Namun kini menentang menentang dasar PAS dan kerajaan negeri. Wakil Rakyat macam ni orang tak boleh terima sebab tak ada pendirian dan prinsip perjuangan," katanya ketika ditemui media di majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV hari ini.

Sumber dari: HarakahDaily

Nasharudin: Hasan Ali Tak Perlu Dikenakan Tindakan Disiplin

Isu yang melibatkan PR sentiasa menjelma setibanya satu-satu PRK. Kerajaan Perpaduan, arak dan yang terbaru isu SELCAT. Hasan Ali telah mengambil posisi seperti sebelumnya yang dilihat lebih bersikap melawan arus dengan mempertikai cara yang digunakan dalam SELCAT.

Hari ini setelah begitu lama menyepi angkara bersikap lebih kurang sama dengan Hasan Ali (melawan arus), Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS pusat akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini dan tidak bercadang untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Hasan Ali. Sebaliknya, pucuk kepimpinan PAS hanya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada beliau (Hasan Ali).

Nasharudin berkata, "Saya tidak melihat kepada keperluan sampai ke peringkat itu kerana bagi saya Datuk Hasan memberikan pandangan beliau tentang perlunya prosedur Selcat diperbaiki. Bagi saya memberikan pandangan sebegitu tidaklah sampai perlu diambil tindakan disiplin. Penjelasan, ya... kami akan minta penjelasan daripada beliau (Hasan Ali) tentang apa sebenarnya perkara yang berlaku.

"Dalam PAS, usaha ke arah diambil tindakan disiplin perlu melalui beberapa proses. Dalam konteks ini, saya secara peribadi tidak melihat kepada keperluan untuk diambil tindakan disiplin,".

Kenyataan yang boleh dikira enak didengar yang telah dikeluarkan oleh Nasarudin hari ini ialah, "daripada penjelasan yang diterima daripada beberapa pihak termasuk Hasan sendiri, ingin saya menyatakan bahawa dalam hal yang berlaku dalam isu berkaitan dengan SELCAT, tidak timbul sebarang isu hendak keluar (PAS) daripada Pakatan...

"Kita berpegang teguh kepada keputusan muktamar PAS di Ipoh dan di Shah Alam untuk memperkukuhkan Pakatan. Insya-Allah kita akan berdepan dengan segala isu yang timbul di hadapan kita dengan semangat Pakatan yang telah kita bina sekian lama,".

Samada kenyataan daripada Nasarudin ini benar-benar ikhlas ataupun sebaliknya, hanya Allah sahaja yang tahu.......

Brahim Ali Isytihar Perang Terbuka Dengan TGNA?

Ekoran daripada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh TGNA agar Ibrahim Ali melepaskan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali telah membalasnya dengan meminta agar TGNA pula yang patut meletak jawatan.

Sebelum ini walaupun ada berbagai kenyataan daripada pimpinan PAS dari Parlimen Pasir Mas khasnya yang mahukan Ibrahim berundur, beliau mampu bersikap 'cool' sahaja. Pada masa itu Ibrahim hanya membalas, beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas kecuali ianya diminta oleh pengundi di kawasan itu sendiri. Sedangkan cara orang lain menegur jauh sekali jika nak dibandingkan dengan cara yang digunakan oleh TGNA.

Kali ini, TGNA berkata, "Saya minta dia (Ibrahim) keluar... yang melantik dia bertanding di Pasir Mas saya dengan bendera PAS. Bila PAS kawasan Pasir Mas minta dia undur, dia kena berundur. Duit yang dia makan tu tidak betul, sembahyang Tuhan tak terima. Lebih baik dia letak jawatan... perut kenyang tapi masyarakat pandang lekeh. Orang PAS yang undi dia dan memenangkan dia, hanya sedikit orang UMNO mengundi dia,".

Ibrahim membalas, "Dia (TGNA) yang patut letak jawatan, dia dah lama jadi Menteri Besar, dia dah tua, sakit...dia yang kena letak jawatan, dan patut beri laluan pada orang baru. Saya jadi wakil rakyat, saya tak guna 5 sen pun duit rakyat. Saya guna semua duit gaji saya untuk rakyat. Kalau dia (TGNA) kata saya menang sebab PAS, sebenarnya orang PAS menang sebab saya. Pada tahun 2004 dia hanya ada 2 kerusi, dia saja yang betul, syurga neraka hak dia,".

Ternyata sekarang Ibrahim benar-benar tersepit. Mungkin ini kerana hasrat beliau untuk rujuk kembali ketempat asal (UMNO) sudah semakin kabur. Pimpinan tertinggi UMNO sebenarnya tak teringin langsung untuk menjemput beliau kembali. Mungkin ini kerana cara beliau berpolitik tidak ubah seperti 'budak-budak'. Mulut sukar dikawal, sikap panas baran beliau begitu sukar ditahan.

Saya sendiri yang mewakili pengundi kawasan Parlimen Pasir Mas mendesak agar Ibrahim melepaskan jawatan beliau bagi memberi mandat kepada rakyat sekiranya beliau benar-benar pemimpin yang berjiwa rakyat.

Bagi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang sealiran dengan perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Mereka pasti tidak mahukan pemimpin yang sentiasa berlawan arus oleh kerana mempunyai agenda yang terselindung ataupun masih rindukan kepada ideologi UMNO.

Sekiranya PRK berlaku disini, semua pertikaian ini pasti selesai. Semua apa yang dikatakan oleh Ibrahim itu pasti terbukti nanti samada benar atau tidak. PENGUNDI PARLIMEN PASIR MAS AKAN TENTUKAN...!!!

TGNA: UBN Jangan Eksploitasi Pengundi Pos di Bagan Pinang

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengingatkan Umno Barisan Nasional (UBN) tidak mengeksploitasi pengundi pos di pilihan raya kecil Bagan Pinang yang akan berlangsung pada 11 Oktober ini.

Beliau berkata dengan jumlah undi pos yang berjumlah 4,604 orang bagi mempertahankan kerusi berkenaan dilihat boleh menjadi penentu kepada kemenangan parti pada pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.

Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos.

“Nampak gayanya di mana-mana negeri termasuk Kelantan, undi pos jadi penentu. Jadi sama ada askar dipaksa, tak munasabah, jadi demokrasi macam mana kalau dipaksa atau pun ada seseorang yang khusus pangkah undi untuk orang lain yang tidak tahu hujung pangkalnya.

“Saya harap telus sebab kita demokrasi, jadi kita belajar demokrasi dari Eropah, tapi betulkah orang Eropah ajar askar macam itu, Eropah tak paksa askar dan polis turut mengikut arahan ketua,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengingatkan penceramah parti itu supaya tidak menyerang secara peribadi lawan sepanjang kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang nanti.

Nik Aziz berkata, secara umum penceramah Pas boleh meyentuh perkara berkaitan dasar tanpa menyentuh peribadi lawan di pentas ceramahnya sepanjang hari berkempen.

Jelasnya walaupun hari berkempen adalah saat yang perlu digunakan sepenuhnya oleh semua pemimpin parti tetapi tidak bermakna peluang yang ada itu disalahgunakan dengan menyerang secara peribadi.

“Saya tak suka sentuh peribadi, hal peribadi kenapa nak beritahu orang lain, kalau sentuh perangai secara umum itu tak pa.

“Kita sebut rasuah politik, sebut rasuah itu haram dalam agama dan demokrasi, nak sebut secara umum taka pa, jangan tuju sesiapa dan kalau hendak sebut juga, jumpa orang itu sendiri,” katanya.

(TVA)

26 September 2009

Isu SELCAT Dan Kenyataan2 Yang Mengelirukan

Baru-baru ini kita terpaksa menangani ‘krisis jadian’ sekali lagi di Selangor. Krisis kali ini berhubung persoalan kaedah sesi soal siasat terbuka yang berlangsung melalui SELCAT, khususnya terhadap pegawai-pegawai kerajaan. Mereka dikatakan telah ‘dibuli’, ‘diperbudak-budakkan’ dan ‘dihina’ semasa perjalanan sesi tersebut. Di atas alasan ini maka dikeluarkan kenyataan mengkritik perjalanan sesi soal siasat tersebut di dalam media.

Seperti yang boleh dijangkakan, kritikan terbuka sebegini oleh Dato Dr. Hassan Ali, sebagai seorang Ahli Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor memang dimanfaatkan sepenuhnya oleh media arus perdana. Kritikan-kritikannya digunakan untuk menyatakan kononnya wujud perbalahan dan berbagai masalah dalam PR Selangor.

Sebenarnya, kita semua menyedari bahawa SELCAT merupakan perkara yang baru. Sesi soal siasat terbuka seperti ini sememangnya merupakan satu amalan yang tidak biasa dilakukan di negara kita ini. Oleh itu sudah pasti akan ada reaksi yang kurang baik dan mungkin akan ada juga kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi. Saya difahamkan bahawa sudah pun dibuat teguran-teguran kepada pihak yang berwajib bagi memperbaiki beberapa kelemahan yang telah pun dikenalpasti. Teguran-teguran itu telahpun diterima dengan baik di atas semangat kebersamaan dan kerjasama.

Yang menjadi masalah ialah apabila Dato Dr Hassan membuat pendedahan dan kritikan berhubung persoalan ini kepada pihak media arus perdana. Diambil olehnya posisi sebagai pengkritik dan pembangkang, mengkritik kerajaan PR, sedangkan beliau sepatutnya memainkan peranan sebagai ahli exco yang sedang bersama berusaha untuk mengasaskan budaya ketelusan, pertanggungjawaban dan keamanahan yang hampir tidak wujud semasa zaman BN dahulu. Diluah pula apa yang tidak dipersetujuinya kepada akhbar arus perdana yang dikenali semua sebagai alat pihak lawan.

Semestinya apabila diserang sebegitu, oleh orang yang dianggap rakan, ramai dari ADUN PR yang terperanjat. Lebih-lebih lagi apabila teguran-teguran yang sama telah pun dibincang bersama secara tertutup dan telah juga diambil kira. Tindakan beliau dilihat sebagai usaha untuk menonjolkan diri sebagai pembela pegawai-pegawai ini, sambil dalam masa yang sama SELCAT pula digambarkan sebagai pihak yang menzalimi mereka!

Bagi saya, yang ‘membuli’, ‘memperbudak-budakkan’ dan ‘menghina’ pegawai-pegawai kerajaan gred atasan ini ialah pentadbiran BN dahulu. Ini mereka lakukan apabila mereka mengarah pegawai-pegawai atasan ini supaya membenarkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi setiap DUN dihabiskan dalam tempoh 2 bulan sedangkan ianya peruntukan untuk setahun! Mereka dipaksa mengenepikan peraturan-peraturan tetap dan dalam pada itu diugut dengan tindakan tata-tertib sekiranya tidak akur. Ini ‘buli’ dan ini ‘memperbudakkan’. Sebaliknya, tindakan kerajaan PR ingin mendidik dan memartabatkan jawatan pegawai-pegawai kanan ini dengan menjelaskan kepada mereka amanah dan tanggungjawab yang datang bersama jawatan yang penting sebegitu.

Hasil tindakan mengkritik SELCAT secara terbuka oleh Dato Dr Hassan, dan ini bukan merupakan kali pertama tindakan sebegini dilakukannya, telah pun menjejaskan imej PR dan PAS.

PR kelihatan sebagai sebuah kerjasama dan gabungan yang rapuh, lemah dan tidak kukuh. Ia dilihat sentiasa bertelagah satu sama lain walaupun telah bersama selama lebih dari setahun. Imej lemah sebegini memang diusahakan oleh BN dan dengan tindakannya itu, beliau telah pun secara tidak langsung membantu BN dalam usaha mereka untuk memperlekehkan PR. Segala usaha PR untuk menzahirkan imej bersatu, kukuh dan padu digagalkannya dengan tindakan sebegini.

PAS pula dilihat sebagai parti yang bersifat ‘talam dua muka’atau ‘gunting dalam lipatan’. Duduk bersama Exco membincang segala pendekatan tetapi menempelak kerajaan PR pada setiap peluang yang diperolehinya. Dalam bahasa Inggeris ada istilah ‘one-up manship’ yang bermakna usaha untuk menaikkan nama sendiri dengan menjatuhkan nama ‘kawan’. Orang yang sebegini tidak ada yang ingin jadikan sebagai kawan. Dia sentiasa mengambil kesempatan untuk menjatuhkan imej kawan demi menaikkan imej sendiri. Golongan ini dijadikan kawan hanya apabila tiada pilihan lain atau terpaksa.

Sepatutnya sebagai Parti Islam, PAS adalah parti yang ingin disepakati oleh semua kerana jujurnya, amanahnya, setianya, lurusnya dan telusnya. Parti Islam tidak akan khianat kerana sentiasa boleh diharapkan dan dipercayai. Berpegang kepada janjinya dan bukan jenis cakap lain, buat lain. Malangnya buat masa ini di Selangor, PAS tidak mempunyai imej yang sebegitu. Apabila disebut sahaja ‘lompat’ di Selangor, semua melihat pada PAS. Ini adalah hasil dari tindakan-tindakan ‘one-up manship’ yang telah berlaku selama ini.

PAS dilihat mempunyai agenda tersendiri yang dirahsiakan dan tidak dikongsi bersama dengan rakan Pakatan. Ini menimbulkan syak wasangka dan boleh menggagalkan PR. Kenyataan-kenyataan yang saling bercanggah yang dikeluarkan selepas ditegur hanya menimbulkan kesangsiaan. Sekejap dikatakan hakim pencen, sekejap tidak. Sekejap dikatakan ingin mengkaji semula kedudukan dengan PR, sekejap tidak! Keliru lagi mengelirukan!

Saya tidak faham, apakah sukar sangat untuk kita berpakat dan berkerjasama secara jujur dan ikhlas? Bukankah kejujuran dan keikhlasan itu dituntut oleh Islam? Adakah kerana kita merasakan kita Parti Islam dan yang lain tidak, maka kita tidak perlu berlaku jujur dalam kerjasama kita bersama mereka? Adakah kita sudah begitu sesat dengan fahaman Yahudi Zionis sehingga menganggap setia kepada janji dengan bukan Islam adalah satu kesalahan? Akan hilang atau tidak wala’ lagi pada kepimpinan Islam kerana menjadi wala’ kepada pemimpin lain? (Bagi yang tidak tahu, wala’ maksudnya kesetiaan).

Sekiranya itulah fahaman yang hendak dibawa, maka akan hancurlah PAS. Bukan kerana kekuatan lawan tetapi kesesatan diri sendiri. PAS sebagai parti Islam mestilah jujur dengan kerjasamanya dengan pihak lain dan atas kejujuran itu akan terbina satu kekuatan yang jitu. Kekuatan kejujuran dan keikhlasan perjuangan Islam inilah yang akan menyebab semua datang berteduh di bawah naungannya. Inilah kaedah yang sebenarnya, bukan melalui pengkhianatan, kelicikan dan kepura-puraan.

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

MB Selangor Dengar Penjelasan Hassan Ali Isnin Ini

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan bertemu Exco Kerajaan Selangor, Dr Hassan Ali dan 9 pegawai daerah di Selangor bagi mendapatkan penjelasan mereka berhubung kritikan terhadap perlaksanaan pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT).

Mesyuarat tertutup itu akan dipengerusikan menteri besar sendiri bagi meredakan krisis yang menurut Khalid akibat salah faham itu, pada jam 8.45 malam, Isnin ini.

Hassan Ali diarah menjelaskan kenyataannya yang menyelar operasi Selcat, manakala kesemua 9 pegawai daerah termasuk Bakhtiar Husin yang mengadu diaibkan juga dipanggil untuk memberi penjelasan.

Khalid Ibrahim yakin isu ini dapat ditangani sebaik sahaja mendengar penjelasan daripada semua pihak. Beliau berkata adalah penting bagi sesebuah kerajaan bertindak dalam satu pasukan.

Prosiding Selcat yang terkini sedang menyiasat misteri adun-adun UMNO BN menghabiskan kesemua peruntukan negeri mencecah RM500,000 dalam masa dua bulan sahaja, sebelum Pilihanraya Umum ke-12, 8 Mac 2008.

Namun, para Pegawai Daerah yang dipanggil membantu siasatan merungut bahawa mereka disiasat tanpa belas oleh Selcat.

Selcat Selangor sebelum ini meraih pengiktirafan masyarakat sebagai mercu ketelusan dan keterbukaan selepas ia membongkar penyelewengan RM9.9 juta wang rakyat oleh isteri-isteri Adun BN melalui Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Pendengaran awam selcet kali kedua telah diadakan pada 8 hingga 14 september 2009 dan dipancarkan secara langsung oleh tv selangor.com dan tvantara.com.

(TVA)

Pakatan Ataupun Barisan?

Dalam masa Kerajaan PR Selangor dikatakan sudah tidak bersependapat angkara sikap melawan arus seorang pemimpin sahaja, BN pula sedang sibuk merangka strategi bagi memperkemaskan barisan untuk bersaing dengan pakatan. Tumpuan mereka sekarang ialah membuat reform bagi mendapat kembali sokongan daripada kaum India.

Mereka sudah bersedia untuk mengkaramkan MIC bersama-sama dengan Samy Vellu sekali sekiranya Samy masuh berdegil untuk duduk dikerusi Presiden. Parti Makkal Sakti sudah bersedia untuk menggantikan MIC. Setiausaha Agungnya iaitu Kanan Ramasamy telah membuat kenyataan bahawa Najib sendiri yang akan melancarkan penubuhan parti baru itu.

Hari in,i MIC pimpinan Samy Vellu diserang lagi. 7 calon yang bertanding pada pemilihan MIC pusat pada 12 September lalu termasuk seorang calon jawatan Naib Presiden, mahu keputusan pemilihan itu diisytiharkan sebagai tidak sah. Mereka juga telah mengemukakan 4 surat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan sejak 18 September lalu juga mahu satu pemilihan baru diadakan.

Suasana yang sebegini menunjukkan bahawa BN sekarang ini begitu terdesak sekali bagi memastikan rakyat kembali menyokong mereka. Rakyat boleh menilai samada 'Pakatan ataupun Barisan' sebenarnya yang dalam proses kehancuran.

Husam: Ekspedisi Royalti Minyak Anjuran Rakyat Sendiri

Selepas jenuh mendengar tuduhan beberapa media yang cuba mempersalahkan kerajaan negeri ketika menganjur Ekspedisi Misi Royalti ke pelantar Cakerawala berhubung isu tuntutan royalti minyak baru-baru ini sebagai misi maut, akhirnya wakil kerajaan negeri menjawabnya.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, menjelaskan bahawa ekspedisi tersebut sebenarnya bukan anjuran kerajaan negeri sebaliknya anjuran sekumpulan rakyat Kelantan yang diantaranya melibatkan golongan nelayan sebagai tanda sokongan usaha kerajaan selain daripada ingin memastikan sendiri hak mereka.

Husam memberitahu, cadangan ekspedisi berkenaan ditawarkan oleh nelayan yang mempunyai kapal sendiri serta peka terhadap usaha kerajaan yang memperjuangkan hak rakyat kepadanya dan beliau menyambut cadangan itu demi rakyat.

Maka perancangan itu dibuat secara terbuka (bukan dalam bentuk paksaan) kepada sesiapa sahaja berminat untuk mengikuti ekspedisi tersebut dengan menggunakan bot nelayan.

“Ekoran itu kita tidak paksa, cuma kita buka peluang, sukarela kepada sesiapa yang hendak naik kapal itu asal tidak melebihi muatan,” jelasnya dalam ceramah idilfitri di Rantau Panjang malam tadi.

Ekspedisi Misi Royalti telah diadakan pada 4 Ogos lalu melibatkan 60 peserta termasuk ahli Parlimen, ADUN dan wartawan. Malangnya ia dimanipulasikan sesetengah media sebagai misi maut lantaran beberapa peserta mengalami kemabukan dalam perjalanan meredah Lautan Cina Selatan hampir 30 jam pergi balik sejauh 150 kilometer.

Ekoran itu, ada sekumpulan wartawan di Kelantan secara senyap-senyap menyisihkan Husam yang dianggap bertanggungjawab menganjurkan ekspedisi itu yang mereka anggap tidak menjaga keselamatan wartawan.

Padahal ia berlaku kerana mereka tidak biasa dengan suasana meredah lautan bergelora sebagaimana yang dilalui oleh para nelayan saban hari.

Dalam pada itu Husam menggesa kerajaan Malaysia melihat inisiatif rakyat Kelantan itu dari sudut positif di samping menghargai serta menghormati kesungguhan rakyat Kelantan di mana orang kampung biasa sanggup menawarkan kapal sendiri bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan pusat dalam menuntut haknya.

Justeru kerajaan pusat perlu berlaku adil dan tidak ada sebab untuk terus menafikan hak rakyat Kelantan apatah lagi pengeluaran Kelantan adalah yang tertinggi berbanding dengan negeri-negeri pengeluar minyak lain dalam Malaysia.

Dalam masa yang sama Husam turut mendedahkan laporan Petronas 2008-2009 yang berakhir pada bulan Mac 2009 baru-baru ini dalam masa setahun Petronas sudah bayar royalti hasil daripada pengeluaran petroleum kepada Terengganu sebanyak RM3,000 juta dan Sabah RM900 juta.

“Kalau kepada Terengganu dan Sabah kerajaan boleh bayar kenapa tidak kepada Kelantan?” soalnya.

Sebelum ini kerajaan negeri melalui Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sudahpun dua kali menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung perkara berkaitan.

Bagaimanapun semasa lawatan beliau ke Kelantan baru-baru ini memaklumkan isu tersebut masih dalam kajian namun hingga ke hari ini masih belum ada apa-apa tindak balas.

Sebelum itu, ketika ditanya Husam dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara, Najib berkata, ia sedang dikaji dan apabila selesai beberapa soal teknikal, pihaknya akan bermesyuarat dengan Kelantan.

(TheMalaysianInsider)


Pengunjung Rumah Terbuka Najib Terlalu Kecil

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyangkal dakwaan bahawa jumlah pengunjung yang ramai menghadiri rumah terbuka perdana menteri yang diadakan pada hari pertama Aidilfitri lalu menunjukkan bahawa orang ramai menyokong slogan 1Malaysia yang dibawa oleh Dato' Seri Najib Razak.

Media arus perdana melaporkan sekitar 50,000 hingga 60,000 orang menghadiri Rumah Terbuka Perdana Menteri di Sri Perdana pada 20 September lalu.

"Jika jumlah pengunjung menjadi ukuran sokongan kepada dasar dan slogan Perdana Menteri sekarang, bagaimana pula dengan jumlah pengunjung yang pernah diterima oleh perdana menteri dahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad?" kata Lim Kit Siang.

Lim berkata, jumlah kunjungan yang pernah diterima Abdullah dan Mahathir sewaktu menjadi perdana menteri jauh lebih besar daripada kunjungan yang diterima Najib.

"Dalam majlis pada November 2004 dan Oktober 2008, media arus perdana melaporkan sekitar 200,000 orang menghadiri rumah terbuka hari raya Abdullah.

"Orang ramai jangan tertipu dengan dakwaan yang begitu mudah mengaitkan jumlah pengunjung yang datang dengan sokongan yang diberikan kepada slogan 1Malaysia Najib, terutama di saat Najib sendiri masih tidak pasti dengan makna sebenar slogan itu, lalu memberikan mesej yang bertentangan mengenai kefahamannya tentang slogan 1Malaysia," jelas Lim dalam blognya.

Menurut ahli Parlimen terkemuka itu lagi, jika negara ini menjadi semakin maju melalui slogan 1Malaysia itu, Malaysia sepatutnya menjadi semakin berdaya saing di peringkat antarabangsa, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

(DetikDaily)

25 September 2009

Che Det Semakin Kembali Ke Posisi Asalnya

Sebelum ini Che Det nampak tidak bersungguh-sungguh untuk menghentam PR terutamanya semasa Pak Lah menjadi PM. Beliau kerap mengambil posisi ditengah-tengah dan adakalanya menghentam rumahnya sendiri iaitu UMNO.

Tapi kali ini beliau tidak boleh menahan perangai asalnya. Dengan angkuhnya beliau mengatakan PR bukanlah satu alternatif. Amat malang jika PR menang dan membentuk kerajaan Persekutuan.

Apakah ini menunjukkan yang beliau juga berperanan dalam memastikan kerajaan PR Selangor sentiasa diganggu-gugat dari dalam?

Kita pasti tidak lupa akan kelicikan beliau dalam mengatur sesuatu 'konspirasi'. Beliau telah bercuti sementara dalam memegang watak utama dalam pentas politik negara kita mungkin kerana pada masa Pak Lah menjadi PM, amat sukar bagi beliau untuk mengarahkan Pak Lah. Beliau terus merajuk dengan bertindak keluar dari UMNO. Pada masa itu beliau seakan telah menjadi satu pasukan dengan PR, semata-mata kerana beliau bencikan Pak Lah.

Bila sahaja beliau berjaya menjatuhkan Pak Lah dan digantikan dengan Najib, dengan pantas beliau menyertai UMNO kembali dan dari situ juga beliau telah kembali keposisi asalnya.

Kalau dilihat dengan tertib dan berhemah, UMNO, MCA, MIC makin dibaiki, makinlah parah kerosakkannya. Dalam PR, yang sentiasa mencari masaalah adalah individu yang sama dan bukannya mempunyai satu kumpulan yang besar.

Disini saya nampak, Che Det cuba memperbetulkan apa yang telah dijahanamkan oleh beliau sendiri. Tapi yang pasti, cara rakyat berpolitik sekarang sudah jauh kedepan meninggalkan cara yang Che Det gunakan.

Salahuddin: PAS Tiada Niat Tinggalkan PR

PAS tidak bercadang meninggalkan Pakatan Rakyat seperti dilaporkan hari ini susulan perselisihan terbuka antara pemimpin parti itu dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) di Selangor.

Naib presidennya Salahuddin Ayub berkata PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam gabungan tiga parti pembangkang utama itu di semua peringkat, lapor media rasmi parti Harakahdaily.net.

"Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali," ahli parlimen itu dipetik berkata hari ini.

"Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar."

Beberapa akhbar hari ini melaporkan kesediaan PAS Selangor menimbangkan kedudukannya dalam kerajaan negeri itu ketika memetik kenyataan setiausaha perhubungannya Mohd Khairuddin Othman semalam.

"Sekiranya ada mana-mana wakil rakyat yang mencadangkan agar PAS mengkaji kedudukannya dalam Pakatan Rakyat, PAS Selangor bersedia mengkaji kenyataan tersebut secara terperinci," katanya.

Beliau mempertahankan pendirian exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, yang menggesa Selcat mengadakan siasatan tertutup sewaktu mengambil keterangan pegawai kerajaan berhubung pengagihan peruntukan DUN oleh pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat sekarang.

Cadangan itu dibantah DAP dan tindakan Dr Hasan mengkritik jawatankuasa khas DUN Selangor itu secara terbuka juga dijadikan isu oleh pemimpin-pemimpin dalam Pakatan.

(TVS)

AMK Sanggah Kenyataan SPR

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia kesal dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar bahawa sistem undi pos akan diteruskan selagi adanya peruntukan undang-undang sedemikian, sebagaimana yang dilaporkan oleh media hari ini.

AMK melihat kenyataan ini sebagai mencerminkan kedangkalan pemahaman mengenai tujuan diwujudkan peruntukan untuk pengundi tidak hadir dan malah matlamat dan fungsi pilihan raya.

Pilihan raya diadakan untuk membolehkan rakyat memilih dengan bebas, tanpa tekanan yang tidak sewajarnya wakil mereka bagi membentuk kerajaan rakyat. Kerahsiaan undi adalah satu faktor asasi dalam proses pemilihan ini.

Tujuan diwujudkan peruntukan untuk pengundi tidak hadir adalah bagi membolehkan rakyat yang tidak bermastautin di dalam satu-satu bahagian pilihanraya menjalankan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pemilih.

Antara mereka yang tidak bermastautin ini ialah anggota keselamatan yang bertugas di perbatasan atau di medan pertempuran atau mereka yang menjalankan tugas-tugas kritikal lain semasa hari mengundi.

Sudah tentu anggota tentera yang bermastautin di dalam kem atau di dalam sesuatu bahagian pilihanraya sesama keadaan aman, apatah lagi suami atau isteri mereka tidak dimaksudkan sebagai pengundi tidak hadir oleh penggubal Perlembagaan dan undang-undang.

AMK memandang berat kegagalan atau mungkin keengganan untuk memahami niat penggubal undang-undang ini. Prinsip yang harus dipatuhi ialah "the intention of the legislator is law".

Tindakan memaksa pengundi dari kalangan anggota tentera dan suami atau isteri mereka menjadi pengundi tidak hadir dan menafikan hak mereka untuk mengundi sama seperti rakyat Malaysia lain mencabul Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa setiap rakyat adalah samarata dan tidak boleh didiskriminasi atas sebarang faktor termasuk profesion mereka.

Justeru AMK mengajak semua pihak yang terlibat dan prihatin dengan pelaksanaan demokrasi tulen di Malaysia untuk mengadakan Forum Rakyat bagi membincangkan secara khusus persoalan undi pos atau pengundi tidak hadir ini. Forum Rakyat ini adalah penting bagi merungkai segala permasalahan dan kelemahan yang wujud bagi memastikan setiap undi adalah benar-benar bebas dan berkesan dalam menzahirkan kehendak sebenar rakyat.

AMK akan mengambil inisiatif untuk menganjurkan Forum Rakyat tersebut dengan menjemput semua pihak yang terlibat, termasuk wakil SPR, parti-parti politik, wakil Angkatan Tentera Malaysia, wakil Polis DiRaja Malaysia, organisasi masyarakat (NGO) dan rakyat yang prihatin.

Sudah tiba masanya proses dan sistem pilihanraya berkenaan pengundi tidak hadir dikaji semula dengan jujur dan dilakukan pindaan-pindaan perlu. Ini untuk mengelakkan anggota tentera, polis dan semua pengundi tidak hadir daripada berada di dalam keadaan serba salah dan tidak ada kebebasan untuk membuat pilihan.

Keengganan untuk membuat pindaan-pindaan tersebut akan menyebabkan semua pihak terus mempunyai persepsi bahawa pihak pemerintah UMNO-Barisan Nasional mempunyai agenda tersembunyi. Malah selama ini rakyat menganggap pengundi tidak hadir ini adalah faktor penentu yang memberikan kemenangan kepada BN di dalam pilihanraya secara tidak adil.

Persepsi wujud penipuan di dalam proses pilihanraya ini akan menjejaskan wibawa kerajaan, merosakkan amalan demokrasi sehingga boleh menyebabkan demokrasi di Malaysia menjadi demokrasi tempang dan malah menghilangkan keyakinan rakyat terhadap demokrasi dan negara ini sendiri.

Jika keadaan ini dibiarkan berterusan ia adalah satu pengkhianatan terhadap negara, pengkhianatan terhadap usaha gigih dan pengorbanan pengasas negara ini dan para pejuang kemerdekaan, pengkhianatan terhadap anggota keselamatan yang menggadaikan nyawa untuk keselamatan negara dan pengkhianatan kepada rakyat sendiri.

oleh: Shamsul Iskandar Mohd.Akin (Ketua AMK Malaysia)

Bagan Pinang: PR Sedia Hadapi UBN

Pakatan Rakyat bersedia menghadapi apa jua taktik politik yang dimainkan Umno Barisan Nasional dalam kempen Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang yang bakal bermula pada 3 Oktober depan.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar berkata Pas mengembleng segenap sumber dari peringkat akar umbi sehingga ke pucuk pimpinan negeri, dengan sokongan Kelab Penyokong Pas dan badan-badan bukan kerajaan.

“Kita mempersiapkan jentera dari peringkat akar umbi sampai ke peringkat negeri bersama dengan rakan PKR, DAP, Kelab Penyokong Kaum India dan NGO bersama untuk membantu kempen kita bagi memastikan kemenangan calon PR kali ini,” katanya.

Menurut Zulkefly, PKR Bagan Pinang akan menyaksikan pendekatan mendidik rakyat mengenai hak dan kuasa mereka memilih pemimpin yang berwibawa, bebas rasuah dan bertanggungjawab.

Pendidikan politik ini penting bagi menghadapi permainan retorik pembangunan Umno dalam setiap pilihanraya.

Zulkefly menambah pemberdayaan pengundi membuka mata masyarakat kepada manfaat sekiranya orang-ramai melantik pemimpin yang bersih, amanah dan bertanggungjawab.

“Kita tahu Umno penuh tipu muslihat. Masa pilihanraya mereka cuba buat baik, cuba hendak mengambil hati semua rakyat. Masa inilah dia nak bagi macam-macam kepada rakyat tetapi mereka tidak peduli langsung kehidupan rakyat sama ada orang Melayu, Cina atau India,” katanya.

DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya, Azman Mohammad Noor yang mewakili Barisan Nasional meninggal dunia pada 4 September lalu akibat jangkitan dalam darah.

Sementara itu Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata Umno Barisan Nasional akan membangkitkan isu pembangunan dalam usaha menarik sokongan rakyat.

Sehubungan itu katanya, PR akan mendedahkan kegagalan Umno-BN menjaga kedudukan Bagan Pinang dari destinasi ulung di Selatan Tanahair kepada pekan koboi yang tidak lagi dikenali.

“Ini akan memberi gambaran Bagan Pinang sendiri di bawah Barisan Nasional dan Umno tidak membawa pembangunan yang disebutkan, jadi apakah perubahan yang akan dibawa di sini? Saya fikir rakyat tidak akan lagi memberi kepercayaan,” katanya.

Dari segi persiapan awal, Kamarul berkata Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah menghadapi PRK pada kali ini kerana terdapatnya jentera yang mantap disamping kerjasama erat antara parti komponen Pakatan Rakyat

“Persiapan awal lancar kita hanya tunggu hari penamaan calon, organisasi jentera bergerak persiapan awal dari segi pentadbiran, kerjasama dengan Pas dan DAP bagus bersepakat dan sekarang kita bersedia dengan semangat,” katanya

Menurut Kamarul, PKR meletakkan sasaran mengurangkan majoriti Umno di peringkat Dewan Undangan Negeri. Beliau menambah Bagan Pinang adalah batu loncatan kepada operasi merampas Negeri Sembilan dari BN.

“Akan mengurangakan majoriti Barisan Nasional dan perbezaan hanya 2 atau 3 kerusi termasuk Speaker yang boleh menggugat kerajaan Barisan Nasional.

“Pertama kita mendekatkan jurang kurangkan majoriti Barisan Nasional Negeri Sembilan. Keduanya membuktikan pada rakyat Malaysia bahawa sokongan padu yang diberi rakyat kepada PR berterusan dan belum lagi luntur menunjukkan peningkatan memberi semangat kepada kita,” katanya.

Jentara parti DAP turut turun bagi memperkemas persiapan Pakatan Rakyat menghadapi PRK Bagan Pinang.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan Loke Siew Fook berkata tinjauan awal mendapati Umno Barisan Nasional berada dalam keadaan yang amat tertekan.

“Saya rasa Umno lebih tertekan dari kita kerana mereka perlu menang di kawasan ini.Ini merupakan kubu kuat kepada mereka sekiranya mereka kalah ia bukan sahaja memberikan satu implikasi yang besar kepada Umno Negeri Sembilan tetapi Umno Malaysia keseluruhannya,” katanya.

Siew Fook berkata undi pos merupakan cabaran hebat kepada Pakatan Rakyat memandangkan proses kawalan ketat undi berkenaan memaksa pengundi pos tidak dapat membuat pilihan secara bebas.

“Sama ada mereka boleh membuat satu pilihan secara bebas. Saya yakin kalau undi pos ini diberikan satu kebebasan kepada mereka untuk memilih saya yakin bahawa tentera pun ada ramai yang akan menyokong kita,” katanya.

(TVA)

24 September 2009

Konvensyen PR Menjadi Tumpuan

Akhbar The Star telah memberi tumpuan dan perhatian rapi terhadap cadangan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang akan dibentangkan di Konvensyen Pakatan Rakyat pada hujung tahun ini. Penulis rencana itu Joceline Tan menulis panjang lebar dalam kolumnya dua hari sebelum hari raya.

Ini diikuti pula oleh penulis bebas Baradan Kuppusamy tiga hari kemudian. Mereka nampaknya mahu tahu sejauh manakah realistiknya harapan bahawa PAS, DAP dan KeADILan dapat mencari muafakat dalam hal-hal sensitif dan berbeza. Rakyat jelata pun ingin tahu sejauh mana Pakatan Rakyat sanggup melaksanakan janji-janji dalam manifesto mereka.

Memang usaha mencari kata sepakat ini sukar dan amat mencabar sekali. Saya sedar tentang perkara ini tetapi kita ada tanggung jawab kepada rakyat bahawa Pakatan ini bukan hanya sekadar pakatan membantu satu sama lain sewaktu pilihan raya sahaja.

Ianya juga bukan sekadar pakatan untuk mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional tanpa mampu melaksanakan bersama dasar-dasar yang kita janjikan dalam manifesto. Memang usaha ini sukar tetapi ini mesti kita cuba laksanakan, dan cuba mencari muafakat terlebih dahulu.

Sebagai contoh, bila Dewan Undangan Negeri Selangor mengadakan Select Committee on Competency, Accountability & Transparency (SELCAT) untuk memastikan ketelusan dan integriti dalam pentadbiran negeri, sepatutnya PAS menyokong usaha ini.

Kalau PAS menyokong, mengapa pemimpin PAS Selangor Hassan Ali dibiarkan mencabar badan ini yang dipengurusikan oleh Speaker Dewan? Apa guna PAS berjanji dalam manifestonya untuk menjadi sebuah kerajaan yang telus, yang mahu memansuhkan Akta Rahsia Rasmi (OSA), yang mahu menggubal undang-undang baru Hak Mendapatkan maklumat (Freedom of Information Act), jika usaha murni awal SELCAT di Selangor telah pun disanggah dan dicabar oleh PAS.

Berhubung cadangan menggubal Akta Hak Mendapatkan Maklumat yang sememangnya terkandung dalam manifesto parti-parti Pakatan Rakyat pada tahun 2008, pihak yang sudah pun menguasai kerajaan negeri sepatutnya mengorak langkah ke arah pelaksanaan usaha ini. Maksud saya, KeADILan yang menerajui Selangor, PAS yang memimpin Kelantan dan Kedah serta DAP di Pulau Pinang, sepatutnya dapat melakukan sesuatu ke arah menjayakan hasrat ini. Tak payah tunggu nak sampai ke Putrajaya.

Untuk menjayakan undang-undang ini, mungkin masih perlu hal-hal tertentu terus diklasifikasikan sebagai “sulit” tetapi inilah masanya kita buka rahsia-rahsia kerajaan selama ini supaya rakyat dapat maklumat yang akan membawa kepada pentadbiran yang lebih telus dan kurang rasuah. Kita harus terima hakikat bahawa kerajaan yang terbuka akan memberi peluang yang lebih adil kepada rakyat.

Khalid Ibrahim di Selangor dan Husam Musa di Kelantan telah pun membuat kenyataan terbuka tentang kesedian mereka melaksanakan dasar ini, tetapi sampai sekarang belum tercapai hasrat itu. Itulah beza antara janji dan pelaksanaan. Janji mudah dilafazkan tetapi melaksanakannya memerlukan pendirian dan iltizam politik yang kuat. Inilah cabaran sebenar parti-parti dalam Pakatan.

PAS misalnya telah sanggup menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara. Tetapi bagaimana pendiriannya dengan kebebasan beragama? PAS berjanji mahu memghapuskan akta-akta zalim seperti ISA dan OSA, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan sebagainya. PAS juga berjanji akan menghormati hak asasi maanusia. Tetapi Pemuda PAS Terengganu masih lagi mahu “menangkap dab memberi nasihat” kapada anak-anak muda yang disyaki berkhalwat dengan menggunakan sukarelawan polis agama atau “moral police” sendiri.

Nampaknya mereka rasa tangkapan yang dibuat oleh pegawai bertauliah yang diberi kuasa oleh majlis agama negeri sekarang ini masih tak cukup. Pemuda PAS juga mahu mengharamkan konsert itu dan ini. Seolah-olah bagi Pemuda PAS, usaha menentang rasuah, kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan menabur api perkauman itu kurang penting berbanding usaha memastikan anak-anak muda yang baru belajar bercinta dan ingin bebas menonton hiburan disekat daripada menikmati sedikit kebebasan itu.

Rakyat ingin tahu di manakah garis panduan kebebasan yang dijanjikan dalam negara demokrasi pimpinan Pakatan Rakyat dengan dasar PAS mengenai hal-hal Islam dan bukan Islam, termasuk kebebasan individu yang sudah tentunya terhad mengikut tafsiran yang rigid. Rakyat juga ingin tahu tentang jaminan kebebasan Islam – yang dijanjikan dan yang diamalkan.

Ini kerana kebebasan dan kreativiti Islam di zaman keagungannya dahulu terkenal di seluruh dunia., tetapi yang menghairankan ialah mengapa zaman ini kebebasan Islam semakin sempit dan tertekan ?. Parti-parti dalam Pakatan harus sedia menjawab persoalan ini sebelum bermulanya Konvensyen Pakatan pada Disember depan.

(Zaid Ibrahim)

Apa Sebenarnya Hasan Ali Mahukan?

Hasan Ali tidak akan membiarkan kerajaan PR Selangor kesunyian. Beliau sentiasa mencari isu yang terbukti janggal bagi lain-lain pimpinan dalam PR. Beliau dilihat sentiasa mengkritik dasar yang digunakan oleh kerajaan PR Selangor .

Terbaru, beliau telah mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat) yang kini menyiasat dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri walaupun beliau sendiri merupakan anggota eksekutif yang turut terlibat dalam penubuhan Selcat.

Jadi, cerita yang mengatakan beliau terlibat dalam 'pakatan' dengan beberapa ADUN BN disana bagi 'menjatuhkan' kerajaan PR Selangor mungkin ada kebenarannya. Tidak salah dengan wujudnya pendapat agar Hasan meninggalkan PR jika beliau tidak lagi mampu bekerjasama dengan lain-lain wakil rakyat dalam PR.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Wakil Rakyat PAS dan penyokong sepatutnya boleh membuat penilaian terhadap tindakan Hasan yang sentiasa bertentangan dengan dasar kerajaan PR Selangor sehingga menimbulkan tanggapan bahawa kerajaan PR di Selangor lemah dan rapuh.

Sebelum ini Hasan sudah dinasihatkan oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS supaya mengelak daripada membuat kenyataan yang bertentangan dengan dasar kerajaan PR ekoran daripada kontroversi yang dibuat oleh beliau berhubung dengan isu arak.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA