" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

31 August 2009

Perutusan Hari Kemerdekaan Dari DSAI

Semangat Kemerdekaan Menyanggah Perhambaan dan Membina Keyakinan Baru

Apabila mendekati tarikh 31hb Ogos, ingatan kita akan mengimbas kembali rentetan peristiwa dan perjuangan rakyat yang berkemuncak dengan Kemerdekaan. Tarikh tersebut terungkap sebagai tarikh keramat ,menjanjikan kebebasan daripada cengkaman penjajah dan menyelamatkan martabat hidup rakyat.

Persoalan yang menerjah kita semua ialah, bagaimana kita menghayati makna tarikh tersebut hari ini. Pergulatan ini menjadi penentu kepada persoalan makna diri kita sebagai rakyat Malaysia. Tekad baru untuk memahami makna diri Malaysia sebagai bangsa merdeka juga menuntut kita untuk memahami bagaimana kita menjadi tidak merdeka, bagaimana kita hilang kemerdekaan sebelum kita memperolehinya kembali.

Lebih dua ribu tahun yang lalu, Brutus bertanya warga Kota Rom "siapakah yang begitu hina sehingga mahu hidup sebagai hamba ?" Ceasar mahu memiliki kuasa yang tidak terbatas. Nafsunya sebegitu besar dan mahu memastikan Rom dalam genggamannya.

Pertentangan antara Brutus dengan Ceaser adalah pertentangan antara kebebasan menentang nafsu kekuasan tidak terbatas. Sejak negara kita merdeka kita masih bergelut dengan pertentangan ini. Kebebasan – kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan institusi kehakiman sentiasa mahu disekat oleh penguasa. Oleh itu kita menginsafi hanya bangsa yang pernah melalui gelita penjajahan akan mengerti makna cahaya kemerdekaan. Bagitu juga, hanya diri yang pernah kebebasannya diragut akan menghargai nilai kebebasan.

Syarahan Perdana Professor Dr. Syed Muhammad Naguib al-Attas yang berjudul Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu juga menghuraikan dengan panjang lebar peranan paksi tauhid sebagai aqidah menambat keyakinan baru yang menolak faham tahyul dan perhambaan, seterusnya menjadi pelantar kepada pemikiran yang berakar dengan tradisi aqliyah dan mencernakan budaya segar dengan bahasa Melayu sebagai pertuturan kepustakaan(lingua franca) rantau ini. Ratusan tahun berlalu yang sewajarnya tambah memperkukuh dan memantapkan semangat dan keyakinan baru tersebut.

"Cantik sungguh puteri Palembang,
Sayang bersunting bunga pudak;
Betapa keras dilambung gelombang,
Kucacak tiang, kulayar jua."

Manakala melangkaui separuh abad kemerdekaan, kita rakyat Malaysia sewajarnya mempunyai kesedaran betapa Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa pasar, bahasa komunikasi basahan untuk berjual beli. Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, bahasa tamadun dan bahasa untuk mengungkapkan pengalaman kemanusian yang paling mendalam dan luhur. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa intelektual dan kerohanian untuk umat Islam, makanya Bahasa Melayu juga seharusnya menjadi bahasa intelektual dan kerohanian umat Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain keyakinan.

Bahasa Melayu yang saya sebutkan di sini bukanlah bahasa milik orang Melayu semata-mata. Bahasa Melayu adalah milik rakyat dan bangsa Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain-lain. Bahasa Melayu adalah milik semua rakyat Malaysia.

Kemerdekaan mestilah tidak terperangkap dengan bahana dari politik sempit dan kelam sesebuah parti politik tertentu. Kemerdekaan perlu di lihat dari perspektif rakyat keseluruhannya ; perjuangan pelbagai kaum, menggunakan pelbagai wadah, dan melibatkan pelbagai aliran pemikiran. Sejarah ternyata mengajar kita bahawa Perjuangan Menuntut Kemerdekaan menerbitkan kesatuan semangat untuk menentang penjajah dan imperialisme Barat ketika itu.

Generasi terdahulu yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan, dan mereka yang menempuh zaman mudanya di masa awal kemerdekaan menjadi saksi kepada kepelbagaian aliran dan wadah perjuangan rakyat. Tetapi penulisan sejarah kemerdekaan yang disampaikan kepada generasi hari ini masih belum berlaku adil kerana fakta yang bercampur propaganda.

Ini merupakan beban dan tanggungjawab kepada ahli-ahli sejarah kerana tanpa pensejarahan yang adil, kita tidak akan dapat melihat dan menemui makna dan rupa diri bangsa kita yang sebenarnya. Nama pejuang kemerdekaan seperti Dato’ Onn Jaafar, Ustaz Abu Bakar Baqir, Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Boestamam, Mat Salleh, Panglima Rentap dan Rosli Dhobi tidak sewajarnya digelapkan dari sejarah menuntut kemerdekaan.

Kemerdekaan adalah untuk kebebasan dan keadilan. Inilah yang dijanjikan kepada kita pada 31 Ogos 1957. Sekiranya kita mahu berdegil untuk meneruskan saki baki peninggalan feudal, atau mahu memperkokohkan lembaga-lembaga sistem otoritarianisme, sudah pasti kita menjadi bangsa yang terpinggir. Bangsa Malaysia tidak miskin dengan sumber daya manusianya. Dengan paras pembangunan yang telah dicapai dan kekayaan yang kita miliki Malaysia boleh menjadi negara yang besar. Dan kita perlu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi bangsa yang besar. Tetapi kita tidak boleh menjadi bangsa yang besar sekiranya rakyatnya tidak bebas dan merdeka.

ANWAR IBRAHIM

Pemecatan Chua Jana Reformasi Masyarakat Cina?

Oleh: Lim Hong Siang

Pemecatan orang nombor dua UMNO pada tahun 1998 telah mencetuskan ledakan gerakan Reformasi dalam masyarakat Malaysia secara umumnya, dan masyarakat Melayu secara khususnya. Baru ini, orang nombor dua dalam MCA telah dipecat, atas tuduhan mencalar imej parti kerana terlibat dalam skandal seks, yang didedahkan akhir tahun 2007.

"Memperlekahkan demokrasi! Mencantas akar umbi Chua! Kemusnahan MCA berpunca dari Ong!" Demikianlah antara slogan yang tertulis pada banner, oleh penyokong Chua Soi Lek yang menuntut agar Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan, berusulkan pembuangan undi tidak percaya kepada Presiden Ong Tee Keat, dan mengekalkan keahlian serta jawatan Timbalan Presiden Chua Soi Lek.

Perbalahan antara dua pemimpin tertinggi dari parti komponen Barisan Nasional kedua terbesar ini telah diberi liputan yang luas dalam ruangan media bahasa Cina. Persoalannya, apakah pertembungan antara dua elit politik ini bakal menjana gerakan Reformasi dalam masyarakat Cina?

Tidak menyentuh agenda besar
Pertembungan antara Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim, walaupun cuba digunakan "skandal seks" sebagai isu, berakhir dengan perdebatan agenda besar seperti rasuah, kronisme, nepotisme, hak asasi manusia, keadilan, kepincangan sistem kehakiman dan sebagainya. Malah, masyarakat Melayu digegarkan dengan laungan "Reformasi", menyaksikan puluhan ribu manusia turun ke jalan raya menuntut perubahan.

Sebaliknya, pergelutan antara Ong Tee Keat dengan Chua Soi Lek, langsung tidak kesampaian untuk menyentuh isu-isu sebesar itu. Chua Soi Lek dihukum untuk kali kedua dengan dvd skandal seks yang sama, yang diibaratkan penyokong Chua sebagai "menyebat mayat".

Namun demikian, mengimbas sejarah pergelutan kuasa MCA, hampir tiada pertembungan yang berlandaskan ideologi, bahkan berpaksikan pendirian dalam isu-isu tertentu. Perselisihan antara Ling Liong Sik dengan timbalannya, Lim Ah Lek juga berpunca daripada pembahagian kuasa, di mana masing-masing mahukan anak buah mereka mewarisi tampuk pimpinan MCA.
Perbalahan ini bersinambungan sejak tahun 2000, sehingga isu pembelian Nanyang Holdings tercetus pada tahun 2001, membuka gelanggang agar kedua-dua puak ini bersilat. Isu "kebebasan media" diketengahkan, Team A yang dipimpin Ling Liong Sik menyokong untuk membeli syarikat media tersebut, sementara Team B yang diketuai Lim Ah Lek membantah pembelian tersebut.

Secara ringkasnya, isu "kebebasan media" hanyalah peluru kepada Team B untuk menyerang Team A. Isu ini dilenyapkan begitu sahaja apabila Chan Kong Choy dari Team B memperolehi jawatan Menteri Pengangkutan merangkap Timbalan Presiden MCA, setelah Mahathir Mohamad bercampur tangan mendamaikan kemelut MCA.

Campur tangan UMNO
Maka, isu pemecatan Chua Soi Lek kini diolah dengan hujah "sama ada ahli mahu MCA yang diperkudakan UMNO, atau MCA yang bermaruah untuk menentukan pucuk pimpinan dirinya".

Jelas, Ong Tee Keat memperjudikan nasibnya apabila melepaskan khabar bahawa seluruh pucuk pimpinan akan meletak jawatan, seandainya EGM diadakan untuk membatalkan keputusan Majlis Presiden kelmarin.

Malah, Pengerusi BN Najib Abdul Razak kini berada dalam kedudukan serba salah, sama ada untuk bercampur tangan dalam kemelut MCA atau tidak. Dalam perkiraan Ong, Chua perlu bergantung kepada "kuasa luar", iaitu Najib untuk bertarung dengan dirinya. Tetapi, seandainya tangan Najib dimasukkan ke dalam celah retakan MCA, maka Ong akan menyatukan sokongan akar umbi untuk melawan "musuh" dari luar.

Jauhi pengaruh UMNO?
Penampilan imej Ong sebagai "penentang UMNO" mungkin disambut baik ahli MCA, malah masyarakat Cina secara umumnya. Persoalannya, gerak-geri Ong Tee Keat ini tidak bermakna, sekiranya MCA gagal menjauhkan dirinya dari UMNO ketika penyelewengan, ketidakadilan dan penindasan berlaku.

Tsunami politik 8 Mac 2008 hampir mengaramkan MCA, pada ambang parti itu menyambut ulangtahun ke-60. Pemimpin MCA yang ditampar oleh pengundi, bertekad untuk "berubah sebelum diubah". Tetapi, sejak Ong Tee Keat mengambil alih pucuk pimpinan, apakah perubahan yang terlaksana?

Penganalisa politik, kolumnis di media internet mula mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mah Han Soon yang menyumbangkan "warna kulitnya" untuk merampas kuasa kerajaan negeri Perak bersama UMNO.

Pemuda MCA yang diketuai Wee Ka Siong, kononnya akan bersuara lantang untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat, bagaimanapun berpeluk tubuh untuk memberi laluan kepada FRU membelasah peserta perhimpunan Mansuhkan ISA. Malah, kenyataan media daripada Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen yang cuba duduk di atas pagar dan mengkritik kedua-dua pihak polis dan peserta demonstrasi, dibidas sehabis-habisnya.

Masa depan MCA
Kegagalan MCA untuk memenangi sokongan pengundi Cina terbukti dalam semua pilihan raya kecil yang diadakan selepas PRU ke-12. Malah, apabila calon PAS daripada Pakatan Rakyat, Mohd. Nizar Jamaluddin memperolehi hampir 85% undi Cina di Bukit Gantang, mengharungi segala tuduhan "Negara Islam" yang dilemparkan, MCA diaibkan sebogel-bogelnya.

Jelas, MCA semakin hilang relevannya kepada masyarakat Malaysia secara umumnya, dan masyarakat Cina secara khususnya. Slogan "Tiga Lawan" yang dilaungkan Ong, "Lawan untuk ekonomi! Lawan untuk politik! Lawan untuk keharmonian kaum!" tiada kandungan yang konkrit, malah tiada kayu ukur untuk menilai sejauh manakah matlamat ini tercapai.

Berbalik kepada tajuk, apakah pergelutan antara Ong dan Chua bakal menjana gerakan reformasi dalam masyarakat Cina? Jawapannya mungkin. Sekiranya perebutan kuasa Ong dan Chua ini berjaya membawa kepada kemusnahan MCA, maka politik masyarakat Cina akan mengucapkan "selamat tinggal" kepada MCA buat selama-lamanya.

Dengan itu, reformasi mula terjana secara senyap dalam masyarakat Cina, selepas satu dekad "Reformasi" bergema di Dataran Merdeka.

*Lim Hong Siang ialah editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.

(DetikDaily)


30 August 2009

Status Kota Seputeh Diumum Selasa Ini

Kemungkinan ADUN Kota Seputeh iaitu Datuk Abu Hassan Sarif (BN) akan digugurkan daripada jawatannya ekoran daripada kegagalan beliau menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu tanpa kebenaran Speaker. Oleh itu, satu lagi PRK bakal diadakan.

Pengerusi SPR berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas pada Selasa ini bagi memutuskan status kerusi DUN Kota Seputeh Kedah, sama ada perlu diadakan PRK ataupun tidak. Beliau berkata sekiranya SPR mengumumkan kerusi disana kosong, sudah tentu PRK akan diadakan. SPR akan memaklumkan keputusannya kepada Speaker Kedah.

Mahu tidak mahu, UBN terpaksa 'masuk gelanggang' untuk berentap dengan lawan mereka PR. Malangnya bagi mereka, kemenangan sentiasa memihak kepada PR. Makin diburuk-burukkan lagi imej PR serta pemimpin-pemimpinnya kepada rakyat, UBN 'tetap teguh ditolak rakyat'. Namun, pemimpin2 UBN masih bersikap ego. Mustahil bagi mereka UBN dapat dijatuhkan, kerana mereka masih lagi menjadi 'Raja'...

29 August 2009

Komen Pimpinan Kerajaan Selangor Mengenai 'Demo Kepala Lembu'

Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)
Ketika rakyat Selangor sedang bersiap-sedia untuk menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-52, sikap tidak bertolak ansur terhadap agama orang lain yang masih wujud di kalangan segelintir warganegara Malaysia ini, sangatlah dikesali.

Tindakan menghina agama orang lain, menyebabkan seluruh negara ini dilihat undur ke belakang dalam usaha mewujudkan rasa hormat terhadap kepelbagaian agama dan adat resam dalam kalangan penduduk pelbagai keturunan.

Usaha menyatukan penduduk, sebenarnya sudah dilakukan sejak kemerdekaan tahun 1957 lagi, demi pembinaan satu negara yang memperlihatkan persamaan visi dan identiti. Saya berharap, rakyat bersikap matang dan tidak mudah terpengaruh dengan hasutan segelintir pembantah kerana ia dikhuatiri boleh mewujudkan ketegangan antara kaum.

Walaupun kita wajar mengecam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini, adalah lebih baik menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan. Kerajaan Selangor juga telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya mengadakan perbincangan terbuka pada 5 September depan antara penduduk sebenar Seksyen 23, Shah Alam, pegawai MBSA dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Sementara menunggu tarikh perjumpaan tersebut, kerajaan Selangor menggesa penduduk Seksyen 23, Shah Alam supaya bertenang dan tidak dipengaruhi fakta-fakta yang tidak benar yang sengaja diapi-apikan oleh kumpulan yang memang berniat jahat terhadap keharmonian rakyat dan kestabilan politik kerajaan Selangor.

Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)

Ini saya persalahkan pihak UMNO walaupun orang yang ambil peranan dalam tunjuk perasaan itu berkata mereka bukan dari UMNO, tapi saya kenal mereka. Mereka memang UMNO, kita tahu, oleh kerana mereka itu dari UMNO. Itulah sebabnya mereka dibenarkan melakukan tindakan-tindakan yang keterlaluan ini. Sepertimana yang saya katakan sebelum ini dan semalam menjadi kenyataan, UMNO merosakkan Melayu dan merosakkan imej Islam.

Sebagai Ahli Parlimen Shah Alam saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh segelintir 40 hingga 50 orang dan saya menafikan dengan sekeras-kerasnya tindakan mereka mewakili orang Islam atau pun orang Melayu.

Ini merupakan satu tindakan yang bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri supaya kita menghormati agama orang lain, jangan kita memperlekeh dan memperkecil kepercayaan orang lain. Ianya amat malang dilakukan dalam bulan Ramadhan selepas sembahyang Jumaat.

Dr Dzulkifli Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
Apa yang berlaku itu adalah penerusan dari siri-siri laporan dan tulisan dari akhbar Utusan Malaysia sejak sekian lama yang bersifat perkauman dan dilihat cuba membangkitkan semangat Melayu. Ianya juga dari pengaruh akhbar berkenaan terhadap pembaca mereka khasnya di kalangan ahli UMNO. Mereka hanya menyambung apa yang telah disiar dan ditulis dalam akhbar mereka sahaja.

Antaranya tulisan bertajuk 'Sedarlahh wahai Melayu' dan sebagainya. Penulis akhbar itu membayangkan seolah-olah Melayu dalam tertekan. Padahal, bagi kebanyakan pemimpin PR, bukan Melayu yang tertekan tetapi UMNO. Atas sebab itulah pelbagai usaha dibuat untuk menarik PAS bersama mereka atas kepentingan Melayu dan Islam. Namun, ianya ditolak oleh PAS.

Ronnie Liu (Exco Negeri Selangor)
Selepas lawatan Noh Omar, jawatankuasa yang dikatakan membuat bantahan mengenai kuil yang hendak dibinakan di Seksyen 23 itu, barulah berlaku insiden semalam kerana Noh Omar telah mengeluarkan satu kenyataan dia akan lawan, dia akan menentang projek itu berhabis-habisan.

Lepas itu ada insiden ini. Saya mintalah Noh Omar, memberitahu apakah pendirian dia kepada kita. Adakah dia adalah penghasut atau batu api ataupun dia pun tidak setuju dengan apa yang berlaku semalam.

Kenapa 'Kepala Lembu' Dibawa Berarak?

Tak terlintaskah difikiran kita dengan apa yang cuba dipertontonkan semalam iaitu sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam telah berarak mengunakan kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.

Adakah ini sebenarnya merupakan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba mewujudkan satu suasana tegang dalam negara kita? Kenapa akhir-akhir ini ada saja isu yang kononnya demi membela sesuatu kaum sahaja? DSAI dituduhnya sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Dengan isu terbaru ini menunjukkan bahawa kaum India cuba dicabar untuk turut sama bangkit membela kaum mereka dengan cara berarak bersama kepala lembu yang kita semua telah maklum bahawa lembu merupakan binatang suci bagi kepercayaan Hindu.

Tidak salah sekiranya ada antara kita yang beranggapan bahawa ini merupakan satu provakasi yang cuba menggugat keharmonian hubungan antara umat Islam (Melayu) dengan penganut Hindu (India) dalam negara kita. Sekiranya wujud suasana ini, mungkin ada pihak tertentu yang akan menggunakan sepenuhnya peluang yang ada demi kepentingan mereka.

28 August 2009

TBH: Coretan Inkues Pada 28/8

Inkues hari ini menyaksikan peguam yang mewakili keluarga TBH, Gobind Singh Deo akan mendedahkan laporan polis yang telah dibuat oleh saksi yang didera oleh pegawai SPRM Selangor semasa sesi soal-siasat dijalankan bersama-sama dengan bukti gambar kecederaan yang dialami mangsa.

Gobind mendakwa antara pegawai SPRM yang terlibat melakukan penderaan fizikal itu ialah saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini.

Gobind juga bercadang untuk mengemukakan beberapa soalan kepada Mohd Ashraf berhubung laporan polis itu yang mengaitkannya dengan dakwaan melakukan penderaan terhadap saksi tersebut.

Laporan polis itu menerangkan secara terperinci bagaimana saksi berkenaan didera oleh pegawai SPRM di Tingkat 14, pejabat SPRM Selangor yang diantaranya ialah:

pegawai bergilir-gilir menampar saksi.

menutup mata saksi dan menyuruhnya berbogel

membalut batang besi dengan surat khabar dan menggunakannya untuk memukul perut, punggung, tangan dan kaki saksi.

menendang di bahagian perut serta merotan untuk membelasah kemaluan dan tapak kaki sehingga saksi hampir pengsan.

Gobind mengatakan bahawa ini bukan satu-satunya laporan polis yang ada, malah banyak lagi yang akan dikemukakan kepada mahkamah.

Namun, Mohd Ashraf menafikan semua dakwaan tersebut. Ashraf mengatakan bahawa beliau dan pegawai atasannya, Arman Alies menyoal-siasat TBH dari jam 10.40 petang pada 15 Julai hingga 12.40 pagi keesokan harinya dibawah arahan Ketua Unit Siasatan, Hairul Ilham Hamzah.

Beliau hanya memerhati dan membantu dokumentasi siasatan manakala soal-jawab dilakukan oleh Arman dan beliau mengesahkan bahawa beliau ternampak TBH masih hidup diunit siasatan sekitar jam 4.45 pagi.

Beliau berkata, walaupun TBH gagal memberikan penjelasan berhubung 4 invois yang dicetak dari komputer ribanya, mendiang masih memberikan kerjasama sepanjang tempoh temu bual itu. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak pernah menggunakan sebarang unsur kekerasan ke atas mendiang.

Permohonan DSAI Gugur Pendakwaraya Di Tetapkan 1 Ogos

Mahkamah Tinggi menetapkan Selasa hadapan untuk mendengar penghujahan pasukan peguambela bagi menggugurkan semua anggota pasukan pendakwaraya dalam kes Liwat II. Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan 1 Ogos ini selepas mendengar penghujahan awal di kamarnya dari peguam Sivarasa Rasiah.

DSAI memfailkan permohonan mengugurkan kesemua anggota pendakwaraya selepas mereka didapati berat-sebelah dan prejudis dalam pendakwaan mereka. Ini termasuk berada dibawah telunjuk Peguam Negara Gani Patail yang dituduh memalsukan bukti dalam perbicaraan DSAI sebelum ini, serta menyelindung bukti dalam perbicaraan ini. Pendakwaraya See Mee Chun pula berkata pihaknya akan membantah permohonan ini.

27 August 2009

TGNA: Dasar Perjuangan UMNO Tidak Betul

TGNA memberi ulasan mengenai kekalahan UBN dalam PRK buat kali yang ke-7 berturut-turut. Beliau mengatakan bahawa penolakan yang begitu banyak terhadap UMNO ini, satu daripada sebabnya adalah berpunca daripada dasar yang dibuat oleh UMNO itu sendiri iaitu 'tolak Islam, ambil kebangsaan'.

Kelantan yang telah hampir 20 tahun menggunakan dasar Islam, alhamdulillah...ia mendapat penerimaan daripada semua pihak. Oleh itu, beliau dengan ikhlas meminta para pemimpin dan ahli UMNO agar mengubah dasar yang diperjuangkan parti itu selama ini.

"Bulan Ramadan bulan Quran, buatlah dasar lain. Kedaulatan Allah ke atas manusia seakan terhakis apabila dasar yang diperjuangkan bukan dasar Islam. Allah pernah berdaulat, tiba-tiba kita tidak mahu pakai al-Quran dan ambil dasar yang di bawa oleh orang Eropah."

TBH: Coretan Inkues Pada 27/8

Penolong Penguasa SPRM, Mohd Najeib Ahmad Walad tidak mendengar sebarang pergaduhan yang berlaku di tandas SPRM jam 2 pagi, 16 Julai lalu, seperti yang dikatakan oleh Mohd Anuar Ismail semalam. Beliau yang tampil sebagai saksi ke-18 turut berada di pejabat SPRM jam 2.30 pagi berkata, beliau tidak mendengar sebarang bunyi pergaduhan atau pertengkaran yang berlaku di situ.

Semalam, saksi ke 16, Mohd Anuar Ismail memberitahu mahkamah bahawa seorang pegawai SPRM, Bulkini Paharuddin mendengar pergaduhan antara Teoh Beng Hock dan Ahli Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah di tandas SPRM, 16 Julai lalu.

Selain itu, Mohd Najeib memberitahu mahkamah bahawa kehadiran mereka di pejabat SUK, tanpa notis geledah.

Peguam mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo mencadang bahawa kehadiran SPRM ke pejabat Ean Yong Hian Wah di bangunan SUK tanpa notis, menyebabkan Teoh berada dalam keadaan gelisah dan tidak bersedia.

Mohd Najeib memberitahu, beliau telah mencetak empat dokumen yang diperolehi daripada komputer riba milik Teoh di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 6 petang, pada 15 Julai lalu.

Teoh, bekas setiausaha politik kepada Exco Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan, salah guna peruntukan kerajaan Selangor di pejabat SPRM Selangor.

Prosiding bersambung esok.



Zaid: Konvensyen Piagam Pakatan Rakyat

Dato' Zaid Ibrahim (Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR)

Piagam ini (Piagam Pakatan Rakyat) akan menzahirkan asas-asas perjuangan yang di dokong oleh PR dan menjadi asas kepada segala dasar dan keputusan yang dibuat. Kita sudah mula untuk menggubal piagam ini dan pucuk pimpinan telah memberikan dua bulan untuk menghasilkannya.

Hakikatnya ialah, PR dapat menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dengan cepat dan berkesan. Ia telah dilakukan di Kedah, di Selangor, di Pulau Pinang kerana ada kesepakatan antara pemimpin untuk berbincang secara terbuka dan ikhlas.

Parti-parti seperti PKR dan DAP tidak mempunyai pengalaman memerintah sebelum ini, tetapi dalam sedikit masa, mereka telah menunjukkan potensi yang amat baik dan kita harus bina atas prestasi ini supaya parti kita, PR lebih mantap dan kukuh.

UBN yang semakin tidak stabil dan menunjukkan tanpa-tanda akan retak dari dalam. Kita tahu masalah-masalah dalam UMNO, krisis kepimpinan MCA dan MIC serta parti Gerakan yang tidak mempunyai sebarang gerakan. Saya bercakap ini bukan kerana 'over-confident' atau terlalu yakin tetapi hakikat ialah BN mempunyai terlampau banyak masalah dan telah hilang iltizam untuk berbakti kepada rakyat.

BN hari ini jauh berbeza dengan parti Perikatan yang kita kenali, tidak lagi wujud kesanggupan untuk duduk berbincang dan menyelesaikan masalah rakyat. UMNO telah menjadi sebuah parti elitist yang mementingkan kuasa sahaja. UMNO akan terus meremehkan PKR dan PR kerana itulah cara dan tradisi mereka akibat terlampau angkuh setelah memegang kuasa begitu lama.

sumber: Suara Keadilan

Muhyiddin Pecah Tembelang

Oleh: Ustaz Idris Ahmad

Kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kecewa dengan kekalahan teruk Umno di Permatang Pasir memperjelaskan lagi sikap berdolak dalik dan ketidakikhlasan Umno dalam membantu rakyat.

Dalam kenyataan beliau yang dipetik Bernama, Muhyiddin memfitnah penduduk Permatang Pasir sebagai pengundi yang tidak mahukan perubahan dan menolak pembangunan.

Kenyataan berbaur dendam itu diluahkan setelah mengetahui Calon PAS-PAS, Ust. Mohd Salleh Man berjaya menewaskan Calon BN-Umno, Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi.

Semasa berkempen, Muhyiddin bersama jentera Umno menyatakan bahawa “Permatang Pasir anak Emas Kerajaan BN’. Merata ceramah dan poster-banner menggunakan slogan ini. Slogan yang sama digunakan di Manik Urai.

Namun, penduduk Permatang Pasir lebih cerdik dan membuat pilihan tepat dengan mengekalkan DUN berkenaan dibawah kepimpinan PAS dengan majoriti yang besar.

Setelah gagal dengan Slogan ‘Anak Emas’ kini, Umno memecahkan tembelang sebenar mereka dan menjadikan Permatang pasir sebagai ‘Anak Betong’ pula.

Begitulah tabiat buruk Umno yang tidak pernah Ikhlas untuk berjuang bagi kesenangan rakyat. Bila mahukan undi mereka tabur apa sahaja termasuk duit palsu dan janji palsu. Bila kalah mereka melatah dan memfitnah pengundi dengan bermacam-macam perkataan. Hakikatnya pengundi tolak BN-Umno bukannya tolak pembangunan.

Akhirnya janji pembangunan BN tidak ke mana. Mujurlah Permatang Pauh tidak jatuh pada BN-Umno. Pas mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang memberikan mandat kepada PAS dan seterusnya kepada para petugas yang bertungkus lumus membantu mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir untuk PAS dan rakyat.

(Detikdaily)

26 August 2009

Polis Didapati Bersalah

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan bahawa tindakan polis membuat tangkapan kerana mengadakan ceramah di rumah persendirian adalah menyalahi undang-undang. Serentak dengan itu mahkamah juga mengarahkan pihak polis membayar gantirugi kepada Dr Hatta Ramli dan dua lagi yang menyaman polis kerana itu. Keputusan telah dibacakan pagi tadi di Mahkamah Tinggi di sini oleh Yang Arif Hakim Dato’ Mariana Yahaya.

Keputusan ini dibuat Mahkamah Tinggi Kuantan selepas menerima saman yang dibuat oleh Dr Hatta Ramli yang ketika itu ialah AJK Pas Pusat, bersama Mazlan Mohd Yasin (Timbalan YDP Pas Rompin) dan Nazri Ahmad (Ketua Pemuda Pas Rompin) terhadap Ketua Polis Daerah Rompin.

Ketiga-tiga mereka telah ditangkap oleh polis dalam satu majlis ceramah yang diadakan di Markas PAS di Bandar Muadzam Shah pada 10 Jun 2004 dan ditahan di lokap polis Rompin selama 12 jam.

Hakim Yang Arif, Datuk Mariana Yahya memutuskan bahawa ceramah yang diadakan oleh PAS Kawasan Rompin di sebuah rumah yang dijadikan Markaz PAS Bandar Muadzam Shah adalah sah walaupun tidak memperolehi permit polis.

Beliau memutuskan bahawa premis sedemikian bukan kawasan awam yang memerlukan permit polis untuk mengadakan ceramah. Oleh yang demikian beliau mendapati polis telah melakukan pencerobohan premis persendirian tersebut dan penangkapan terhadap Dr Hatta dan dua yang lain adalah salah.

Hakim juga memutuskan bahawa yang dikatakan premis persendirian adalah bangunan dan kawasan sekitarnya. Oleh yang demikian pihak polis tidak boleh mengganggu aktiviti yang dilakukan di premis tersebut melainkan ianya menimbulkan masalah kepada keselamatan negara.

Mahkamah juga memutuskan Dr. Hatta dan dua yang lain dibayar gantirugi yang jumlahnya akan dinilai dan ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi. Dengan keputusan Mahkamah ini PAS berpendapat sebarang bentuk ceramah di mana premis parti atau premis persendirian yang lain adalah sah dan tidak memerlukan permit polis.

(TheMalaysianInsider)


TBH: Coretan Inkues Pada 26/8

Inkues hari ini yang sepatutnya berkisar kepada empat dokumen yang dinyatakan sebelum ini seolah-olah bertukar kepada prosiding kes rasuah apabila saksi menerangkan butiran siasatan yang diperolehi oleh SPRM Selangor berkenaan dengan operasi mereka membanteras rasuah yang di dakwa dilakukan ADUN-ADUN Selangor.

Peguam pemerhati keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo kemudiannya membuat permohonan kepada mahkamah supaya prosiding diteruskan dengan meneliti dokumen-dokumen yang telah disebutkan oleh Anuar apabila disoal oleh peguam pemerhati SPRM, Abdul Razak Musa semalam.

Gobind dalam hujahnya berkata, "Adakah prosiding ini perbicaraan keatas DAP dan TBH atau prosiding mencari punca kematian mangsa? Kami tidak ada apa-apa yang ingin disembunyikan, kami boleh bawa saksi-saksi kami untuk menentukan tuduhan yang dibuat oleh Anuar. Tuduhan Anuar adalah tidak berasas. Ia tidak adil bagi anak guam saya iaitu si mati,".

Gobind mahu mahkamah membatalkan keseluruhan testimoni itu, kerana Razak telah melampaui batas. Majlis Peguam Malaysia dan peguam Ean Yong Hiah Wah juga berpendapat tindakan Razak adalah tidak wajar. Koroner Azmil Muntapha Abas bersetuju dengan hujah mereka dan memutuskan kes akan diteruskan dengan empat dokumen yang dipersetujui pada sesi inkues sebelum ini, namun beliau membantah permohonan Gobind untuk meneliti kesemua dokumen tersebut.

Azhar memberitahu mahkamah bahawa beliau juga telah diarahkan bersama dengan seorang lagi pegawai SPRM lain iaitu Mohd Hafiz Idris yang membawa CPU milik TBH menaiki kereta yang dipandu oleh mendiang menuju ke SPRM. Dalam perjalanan, Azhar mendakwa TBH telah menerima dua panggilan telefon dan beliau bercakap dalam bahasa Mandarin.

Apabila ditanya oleh Razak bagaimana nada percakapan TBH dengan individu yang menghubunginya, Anwar menjawab mendiang bercakap dengan tenang. Bagaimanapun Azhar mendakwa, TBH kelihatan gelisah semasa berada di pejabat SPRM.

Azhar juga memberitahu mahkamah, beliau telah diarahkan oleh Anuar untuk menemubual TBH berkenaan latar belakang pekerjaan dan juga adik-beradiknya. Selepas itu tiada lagi sebarang soal jawab yang dilakukan ke atas TBH sehingga jam 10 malam. Azhar juga mendakwa ketika dia bergerak pulang ke ibu pejabat di Putrajaya, dia melihat TBH masih berada di sofa di ruang pendidikan masyarakat.

" Ya saya rasa dari apa yang dicakapkan menunjukkan TBH berada di situ. TBH memang dalam keadaan biasa. Dia kata dia nampak gelisah. Memang la, kita seorang saksi yang tidak biasa dibawa ke pejabat SPRM. Pukul 10 malam diminta duduk di sofa 2 jam. Kita tak tahu ini semua menghala ke mana" kata Gobind.

sumber: TVA

Sultan Kedah Perkenan ADUN Lunas Digugurkan Dari Exco

MB Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lepas, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa semalam. Titah perkenan Sultan Kedah itu juga diterima semalam.

Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos.

Pada 24 Ogos, Azizan menyembahkan surat kepada Sultan Kedah bagi memohon perkenan baginda supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain. Memperkenan permohonan tersebut, Sultan Kedah memperkenankan pelantikan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan Exco yang kosong itu.

Azizan berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sama ada akan melakukan penambahan atau perubahan portfolio Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia. Buat sementara, beliau akan pegang portfolio itu sebelum majlis angkat sumpah.


Harun Taib Penghalang Kerajaan Baru Terengganu?

Benarkah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib menjadi penghalang pembentukan kerajaan baru di negeri itu?

Sekurang-kurangnya inilah khabar angin yang bertiup kencang sekarang terutama di kalangan ADUN Umno yang bercadang untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR di negeri itu. Sembilan ADUN Umno yang diketuai oleh Rosol Wahid dikatakan telah bersetuju untuk menyertai PKR. Mereka dikatakan akan bergabung dengan lapan ADUN PAS dan membolehkan mereka membentuk kerajaan baru di Terengganu.

Tetapi, hasrat ini terganggu apabila Harun yang juga Ketua Dewan Ulama PAS itu tidak bersetuju dengan rancangan itu kerana beliau dikatakan lebih senang bekerjasama dengan Menteri Besar yang ada, Datuk Ahmad Said.

Sebelas ADUN dan seorang wakil ADUN Umno telah mengadakan pertemuan dengan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di Kemaman selepas pilihan raya kecil Manek Urai selesai.

Dalam pertemuan itu, kata sepakat telah dicapai untuk membentuk kerajaan baru di Terengganu dengan cara kesemua mereka akan menyertai PKR. Langkah ini diambil berikutan perpecahan yang berlaku dalam Umno dan 12 dari ADUNnya tidak berpuashati dengan Ahmad.

Terengganu mempunyai 32 ADUN. Umno mempunyai 24, manakala PAS mempunyai lapan. Namun, di kalangan 24 ADUN Umno itu pula berpecah kepada dua kumpulan. 12 bersama Ahmad dan 12 lagi menentang.

Dalam sidang DUN yang lalu, 10 dari mereka telah memboikot sidang itu dengan alasan pejabat MB menghantar mesej mengugut mereka. Namun, hasil siasatan polis didapati semuanya dimanipulasi oleh bekas setiuasaha politik Datuk Seri Idris Jusoh semasa beliau menjadi MB dahulu iaitu Datuk Ramzi. Kini Ramzi telah didakwa di mahkamah dan sedang menunggu perbicaraan.

Perpecahan dalam Umno Terengganu bermula sebaik sahaja selesai pilihan raya umum ke 12 tahun lalu apabila Idris tidak diperkenan oleh Istana Terengganu untuk menjadi Menteri Besar. Ekoran itu, Ahmad telah dilantik. Ahmad pula telah mengenepikan semua penyokong Idris dan melantik mereka yang boleh bekerjasama dengan beliau dalam barisan exconya.

"Saya difahamkan, Harun Taib jadi faktor penghalang gabungan ini," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Menurut rancangannya, ADUN Umno yang menyertai PKR itu akan bergabung dengan PAS dan membawa undi tidak percaya dalam sidang DUN. Apabila menguasai kerajaan mereka bercadang untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan dan mendapatkan mandat baru dari rakyat.

Sebuah akhbar politik mingguan, Siasah, juga telah melaporkan perkara ini sebelum ini. Pada 20 Ogos lalu, Ahmad dikatakan telah membuat keputusan untuk membubarkan DUN Terengganu sebelum beliau dijatuhkan.

Namun, menurut sumber itu, apabila Harun tidak bersetuju untuk membentuk kerajaan dengan PKR kerana bagi beliau, hubungan dengan Ahmad lebih baik untuk PAS, Ahmad tidak jadi membubarkan DUN itu.

Hubungan Harun dengan Ahmad mula tersebar apabila Ahmad ke rumah Harun dan membeli dua ekor kambing dari beliau. Penganalisis politik percaya hubungan itu bukan setakat jualbeli kambing sahaja tetapi lebih dari itu.

Namun begitu, menurut sumber lain, cerita Harun tidak bersetuju dengan rancangan kerjasama dengan bekas Umno yang mahu menyertai PKR ini tidak lojik. Ini kerana, PAS Terengganu pimpinan beliau pada dasarnya setuju dengan rancangan untuk mengadakan pilihan raya semula di Terengganu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu taklimatnya kepada satu kawasan PAS di Terengganu meminta ahli PAS bersedia untuk menghadapi pilihan raya semula di Terengganu. Beliau menjangkakan, besar kemungkinan DUN Terengganu akan dibubarkan untuk membolehkan satu mandat baru rakyat di perolehi.

(TheMalaysianInsider)


25 August 2009

Kerajaan Selangor Fail Afidavit Bela Saman Pemula Peguam Negara

Kerajaan Negeri Selangor hari ini memfailkan afidavit pembelaan terhadap saman pemula oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Ia berhubung pembatalan pekeliling oleh Ghani mengenai arahan kerajaan Selangor yang melarang kakitangannya di temuduga oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di luar pejabat dan luar waktu bekerja.

Peguam Kanan Persekutuan, See Mee Chun hadir mewakili pihak plaintif, sementara pihak kerajaan negeri Selangor selaku defendan diwakili peguam Fahda Nur Ahmad Kamar dan Yusmadi Yusoff.

Fahda Nur Ahmad Kamar yang ditemui TvSelangor di perkarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam berkata, mahkamah telah menetapkan 8 September depan untuk pengurusan kes selanjutnya. "Tadi merupakan pengurusan kes dan kami telah memohon masa untuk menjawab afidavit Tan Sri Ghani Patail. Dan telah di beri tarikh selanjutnya 8 September 2009," katanya.

Timbalan Pendaftar Mohd Hafizi Abdul Halim mengeluarkan arahan itu di dalam kamar semasa prosiding pengurusan kes tersebut, hari ini. Peguam kanan yang mewakili kerajaan negeri Selangor, Tommy Thomas bagaimanapun hari ini tidak dapat hadir kerana mengendali kes lain.

Pada 20 Ogos Abdul Ghani memfailkan saman menuntut pengisytiharan pekeliling SUK Selangor yang melarang kakitangannya ditemubual oleh SPRM di luar pejabat dan luar waktu bekerja, tidak sah dan terbatal. Pekeliling ini diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 22 Julai 2009, bertujuan menjamin keselamatan pegawai, di samping memberi kerjasama kepada pihak SPRM.

Keputusan itu dibuat berikutan kematian Setiausaha Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang ditemui di Plaza Masalam Shah Alam pada 16 Julai 2009 lalu, ketika berada dalam tahanan SPRM.

(TVS)

Kenyataan Media DSAI

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

25 Ogos 2009

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran atas kemenangan calon Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir hari ini.

Meskipun berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, jelas kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan UMNO-BN yang memecahbelahkan.

Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihanraya kecil yang tetap bersabar mengharungi kepayahan dalam bulan Ramadhan ini. Kepada YB Tuan Haji Salleh Bin Man, tahniah diucapkan atas kejayaan ini. Maka bermulalah tugas untuk menunaikan amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, juga hasrat mereka yang sentiasa bergelora mahukan Perubahan dan melihat masa depan Pakatan Rakyat yang lebih gemilang.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia

Keputusan Terkini PRK Permatang Pasir

Keputusan Rasmi!
PAS menang dengan majoriti besar, tetapi merosot beberapa ratus undi berbanding dengan keputusan pada PRU-12 lepas. Tahniah kepada calon dan penyokong Pakatan Rakyat. Tahniah juga buat UBN yang telah berjaya mempertahankan kekalahan buat kali yang ke-7.....

Pada jam: 7.10 ptg

Mohd Salleh Man (PAS): 9618

Rohaizat Othman (BN): 5067

Majoriti: 4551


Jumlah keluar mengundi: 14, 832 (73.1%)

Keputusan terkini ini dibawakan oleh Pakatan Blogger

Peperangan Dalam MCA Sudah Bermula

Nampaknya MCA kini telah menjadi sebuah parti komponen BN yang 'popular'. Ianya bermula setelah keluarnya kenyataan daripada Tiong King Sing (Pengerusi Kelab Penyokong BN) yang mengatakan bahawa Ong Tee Keat ( Presiden MCA/Menteri Pengangkutan) telah menerima 'sumbangan' lebih RM10 juta daripada beliau. Sebelum ini Tiong mendakwa beliau telah menyumbang wang ringgit kepada Ong untuk tujuan politik.

Ekoran daripada itu, Ong telah memfailkan satu saman fitnah sebanyak RM500 juta terhadap Tiong melalui peguam beliau Ronnie Tan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ong menuntut Tiong menarik balik dakwaan tersebut dan memohon maaf secara terbuka dan memohon perintah daripada mahkamah ke atas Tiong untuk tidak lagi mengulangi dakwaannya.

Ong menyatakan bahawa dakwaan Tiong adalah berniat jahat dan bertujuan untuk mengalihkan perhatian rakyat dari skandal PKFZ yang membabitkan syarikat milik Tiong iaitu Kuala Dimensi Sdn Bhd.

TBH: Coretan Inkues Pada 25/8

Prosiding inkues hari ini bermula dengan memanggil semula saksi ke-16, pegawai penyiasat SPRM, Mohd Anuar Ismail. Keadaan Mahkamah menjadi hangat apabila peguam yang mewakili keluarga TBH, Gobind Singh Deo mengasak saksi dengan pelbagai soalan.

Mohd Anuar memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mendapat arahan daripada pihak atasan iaitu Timbalan Pengarah SPRM Hishamuddin Hashim dan Ketua Unit Penyiasatan Hairul Idham Hamzah bagi menyiasat berhubung kes salah guna kuasa peruntukan DUN, Kerajaan Negeri selangor.

Mohd Anuar mengakui, soal siasat yang dilakukan terhadap mendiang bukanlah sesuatu yang biasa dilakukan dalam tempoh yang agak panjang.

Mohd Anuar mengakui bahawa beliau tidak mengambil tahu tentang peguam mendiang iaitu M. Monaharan akan hadir ke pejabat SPRM. Gobind memberitahu bahawa M. Manoharan terpaksa menunggu hampir sejam di sana.

Bagaimanapun, peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa membantah soalan yang diaju Gobind dan mengatakan inkues seperti mahkamah kangaru. Koroner pun meminta agar Gobind tidak terlalu kasar menyoal saksi.

Mohd Anuar mengakui beliau telah mengabaikan TBH semasa beliau menjenguk proses soal siasat terhadap mendiang. Namun, Mohd Anuar tidak bersetuju dengan cadangan Gobind bahawa mendiang telah dikerumuni oleh 10 orang pegawai semasa soal siasat. Sebaliknya beliau menjelaskan hanya 2 orang.

Mohd Anuar mengakui bahawa beliau menggunakan nama samaran 'Mai' dengan alasan bagi memudahkan panggilan. Kemudian Gobind menekan saksi dengan menyatakan bahawa penggunaan nama 'Mai' adalah bagi mengelakkan saksi tidak tahu nama sebenar pegawai-pegawai yang menyoal siasat.

Mohd Anuar menyatakan bahawa beliau tidak membuat laporan polis selepas melihat mayat TBH pada 16 Julai kerana beliau mendapat arahan daripada Timbalan Pengarah SPRM, Hishamuddin Hashim supaya laporan polis dibuat pada esok hari.

Mahkamah ditangguhkan hingga esok.

65 Peratus Keluar Mengundi Sehingga 3 Petang

BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos (Bernama) -- Seramai 13,172 orang atau 65 peratus daripada 20,290 pengundi berdaftar telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir sehingga 3 petang Selasa.

Pengundian yang bermula 8 pagi tadi ditutup pada pukul 5 petang. Menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menyifatkan bilangan yang keluar mengundi setakat ini sebagai menggalakkan. Pilihan raya itu melibatkan pertandingan satu lawan satu antara Rohaizat Othman, 38, dari Barisan Nasional (BN) dan Mohd Salleh Man, 52, dari PAS.

Gelanggang Pengundian Permatang Pasir Bermula

Setelah berkempen selama seminggu, hari ini merupakan hari penentuan siapakah yang akan dipilih sebagai Aahli Dewan Undangan Negeri N11 Permatang Pasir. Seawal jam 8 pagi, sebanyak 39 saluran membuang undi telah dibukan di 9 pusat pengundian.

Pilihanraya kecil ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu diantara calon Pakatan Rakyat dari PAS, Mohd Salleh Man yang merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berdepan dengan calon UMNO Barisan Nasional, Rohaizat Othman yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh.

Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak membuang undi hari ini yang terdiri dari 72.36 peratus adalah pengundi melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.

Calon PAS, Mohd Salleh Man akan mempertahankan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya dari parti tersebut, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, kerana diserang jantung pada 31 Julai lalu.

UMNO Barisan Nasional bakal berdepan dengan jalan sukar apabila DUN Permatang Pasir terletak dibawah jajahan Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.

Lapan pusat mengundi itu dibuka di SJKC Lay Keow Permatang Pauh, SMK Sama Gagah, SK Permatang Pauh, SK Permatang Pasir, SK Bukit Indra Muda, SJKC Kubang Semang, SK Seri Penanti dan Sek Rendah Islam Al-Masriyah.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail adalah antara yang terawal keluar mengundi pagi ini. Anwar, Wan Azizah dan Mohd Salleh tiba di pusat mengundi SK Seri Penanti pada kira-kira jam 8.20 pagi untuk mengundi. Bercakap kepada pemberita, Anwar berkata beliau yakin Mohd Salleh akan menang dengan majoriti selesa.

(TVA)


24 August 2009

TBH: Coretan Inkues Pada 24/8

Inkues hari ini diteruskan dengan mendengar Peguam bela dan penguam cara yang mewakili kerajaan, Tan Hock Chuan membuat laporan kepada mahkamah tentang perintah berhubung surat misteri. Dalam laporan beliau berkata surat itu tidak mempunyai tanda tangan. Tiada bukti bagi menyokong semua 5 tohmahan mengenai pembabitan SPRM berhubung kematian TBH.

Surat yang bertarikh 5 Ogos 2009 dan tidak ditandatangani itu mendakwa bahawa

1) Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah memberi arahan kepada pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi siasatan supaya tidak melibatkan beliau dalam kes kematian TBH.

- Tan menyatakan bahawa polis telah merekodkan percakapan daripada saksi-saksi relevan dan mendapati tiada keterangan untuk membuktikan tohmahan ini.

2) Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah menggunakan teknik soal siasat tersendiri, bagaimanapun teknik tersebut tidak didedahkan oleh Tan dalam laporannya kepada mahkamah.

- Tan bagaimanapun tidak mendedahkan teknik tersebut dalam laporannya kepada mahkamah.

3) Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah memberikan sampel DNA beliau di biliknya sendiri, dan bukan di bilik mesyuarat seperti yang dilakukan oleh pegawai SPRM yang lain.

- Tan mengatakan bahawa, mengikut pakar saintis Dr Seah Lay Hong, dakwaan ini tidak benar kerana beliau sendiri hadir ketika semua pegawai SPRM terlibat memberikan sampel DNA.. Sampel DNA 12 pegawai SPRM, termasuk Timbalan Pengarah SPRM Selangor, telah diambil sekali lagi pada Rabu lepas dan hasil ujian menunjukkan sampel DNA tersebut adalah tidak sepadan dengan DNA misteri yang dijumpai pada belakang kot dan tali pinggang yang dipakai si mati pada hari kejadian.

4) Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah mengarahkan pegawainya mengelap cap jari pada bngkai tingkap.

- Tan mengatakan bahawa,hasil siasatan lanjut pihak polis telah mendapati tiada bukti yang menyokong dakwaan bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah mengarahkan pegawai bawahannya untuk mengelap kesan cap jari pada tingkap di mana si mati dipercayai terjatuh.

5) Timbalan Pengarah SPRM Selangor tidak mengetik kad perakam waktu ketika keluar dari pejabatnya pada hari kejadian, iaitu 16 Julai lalu.

- Tan mengakui mengenai dakwaan ini, bagaimanapun beliau meminta mahkamah supaya mengambil kira pita rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan bahawa Timbalan Pengarah itu telah keluar dari pejabatnya pada pukul 6.26 pagi, 16 Julai 2009.

Peguam pihak keluarga TBH, Gobind Singh Deo meminta surat layang yang dibangkitkan itu ditandakan sebagai bahan bukti. Walaubagaimanapun, permintaan Gobind itu dibantah oleh Tan dan peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa.

Abdul Razak mengatakan bahawa tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan surat layang seumpama itu diterima sebagai eksibit dan menegaskan supaya mahkamah tidak terpengaruh dengan sesuatu perkara yang tidak diakui ketulenannya. Tan bagaimanapun mencadangkan supaya surat tersebut hanya disimpan sebagai rekod dalam fail mahkamah.

Koroner kemudian memerintahkan supaya surat itu tidak ditanda dahulu sebagai ekshibit sebaliknya disimpan dalam fail mahkamah, namun beliau membenarkan Gobind untuk menyoal balas saksi-saksi SPRM berhubung dakwaan dalam surat itu apabila mereka memberikan keterangan di mahkamah nanti.

Inkues seterusnya bersambung dengan keterangan daripada Saksi ke-16, pegawai penyiasat kes siasatan SPRM, Mohd Anuar Ismail. Beliau memberitahu mahkamah bahawa kali terakhir beliau melihat TBH adalah pada pukul 2 pagi, 16 Julai.

Selepas itu, kira-kira pukul 9 pagi pada tarikh yang sama beliau menjumpai beg TBH berhampiran sofa di pejabat SPRM. Namun dia tidak melihat kelibat TBH di sekitar pejabat. Beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa tidak ada sebarang kekerasan dan ugutan terhadap Teoh semasa proses soal siasat dijalankan.

Pada pukul 5 pagi, 16 Julai beliau dimaklumkan oleh pegawai SPRM yang bernama Mohd Ashraf Yunus, bahawa TBH telah meminta minuman daripadanya. Kira-kira pukul 6 pagi tarikh yang sama, pegawai yang bernama Raymond Nion anak John Timban telah melihat TBH masih tidur diatas sofa dalam pejabat SPRM. Mahkamah ditangguhkan hingga esok.

DSAI Tidak Terkejut Dengan Tindakan Radzhi

DSAI mengakui ADUN Lunas, Mohammad Radzhi Salleh yang mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas semalam sebenarnya mempunyai masalah disiplin. Beliau berkata, Radzhi turut mempunyai masalah peribadi yang melibatkan masalah rumahtangga beliau dengan isteri keempat. Oleh itu, pimpinan PR telah memberi amaran keras kepada beliau beberapa bulan lalu.

DSAI berkata, Radzhi sememangnya cenderung untuk keluar parti dan beliau pernah berusaha membawa 5 lagi ADUN PKR untuk melompat parti, namun tidak berjaya. Beliau juga ada masalah disiplin dan masalah kewangan iaitu tuntutan yang berlebihan, yang sebelum ini dinasihatkan oleh MB, Datuk Seri Azizan Razak supaya terus dikawal.

Disebabkan masalah disiplin dan masalah peribadi yang dihadapi oleh Radzhi, minggu lalu beliau telah diberi amaran dan seterusnya mengakibatkan penggantungan bahagian Padang Serai (melibatkan kawasan beliau).

23 August 2009

Musim 'Melompat' Di Kedah Sudah Tiba

Sebelum ini kita telah mendengar desas-desus yang mengatakan bahawa kerajaan Negeri yang di perintah dibawah kerajaan PR 'bakal' digulingkan satu persatu. Cara yang mereka gunakan adalah seakan juga cara yang digunakan di Perak iaitu dengan cara 'memikat' Adun2 dari PR terutamanya dari PKR.

Kepada Adun2 yang berminat untuk meninggalkan parti yang telah 'mengangkat' mereka menjadi Adun pada PRU-12, kerjanya cukup2 'simple' dengan hanya menyatakan pendirian iaitu 'hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR dan perjuangan parti itu tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya. Mereka2 ini tidak perlu masuk UBN, cukup hanya menyatakan sokongan kepada Pak PM 1Malaysia sahaja dengan berdindingkan tiket bebas'.

Hari ini, untuk 'mengiyakan' cerita diatas, telah berlaku lagi peristiwa yang seakan dengan apa yang telah berlaku di Perak. Kali ini giliran negeri Kedah pula, bezanya cuma kerajaan disana tidak 'tumbang' dalam sekelip mata....

ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh telah bertindak keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini dengan alasan seperti apa yang saya ceritakan diatas. Pada mulanya, Pemangku ketua PKR Cabang Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan bertindak meninggalkan PKR dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut. Dengarlah rintihan 'Katak PKR' dari Lunas ini...

"Sebagai wakil rakyat, saya bersimpati dengan keputusan itu kerana mereka adalah orang yang bertanggungjawab memastikan kemenangan saya dalam pilihan raya lepas. seramai 200 orang anggota biasa dan 14 anggota jawatankuasa PKR bahagian Padang Serai menyokong pembubaran ini.

Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai AJK bahagian, saya turut keluar parti bagi menyokong keputusan itu. Walaupun meninggalkan PKR, saya akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di samping terus memberi sokongan kepada kerajaan pusat dan kepimpinan PM. Kalau kena beli, saya sudah tentu akan masuk parti yang membeli tetapi sekarang tidak ada mana2 parti pun yang beli, sebab tu saya bebas...."

Alasan beliau ini, macamlah kita semua belum melihat apa yang telah berlaku di Perak. Tapi, saya 'tabik' pada Mohd Radzhi kerana beliau dilihat sanggup 'sehidup semati' bersama Jamaludin Abu Hassan dan 200 orang anggota biasa dan 14 orang AJK (kalau mengikut apa yang beliau cerita). Susah benar nak cari pemimpin yang sedemikian.....

Sanggup ke Mohd Radzhi hidup seperti 2 Katak PKR dari Perak itu? Belum tentu rakyat kat tempat beliau dapat terima dengan selesa diatas tindakan ini. Mungkin beliau fikir, rakyat dikawasan beliau sanggup sehidup semati seperti beliau. Alasan beliau untuk mengatakan bahawa beliau tidak dibeli itu sudah tidak 'relevan' lagi di era selepas apa yang berlaku di Perak.

22 August 2009

Kit Siang: Mengapa Takut Siasat Muhyiddin?

Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu SPRM menjelaskan mengapa tiada siasatan dibuat terhadap Timbalan Presiden Umno Muhyiddn Yassin yang menyalahguna helikopter tentera untuk menghadiri acara Umno?

Sebuah helikopter Tentera Udara yang membawa Muhyiddin dilaporkan terpaksa mendarat cemas di Tuaran, Sabah. Muhyiddin dilaporkan mengguna helikopter itu untuk menghadiri mesyuarat Umno di Sabah. Sehubungan itu, AMK (Angkatan Muda Keadilan) memfailkan aduan ke SPRM Johor.

Di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, SPRM mengadakan operasi besar-besaran menyiasat wakil-wakil rakyat PKR, PAS dan DAP, sehingga membawa kepada kematian seorang setiausaha politik Teoh Beng Hock.

Kit Siang berkata ketiadaan tindakan keatas Muhyiddin menunjukkan SPRM adalah alat Umno-BN dan mengamalkan sikap berat-sebelah dalam siasatan mereka.

Ahli politik veteran turut merujuk kepada kes bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Ramli Yusoff yang didakwa kerana menggunakan helikopter polis untuk tujuan bukan rasmi. Meskipun Ramli dibebaskan dari sebarang tuduhan, namun pihak pendakwararaya menunjukkan kesungguhan untuk mendakwa beliau dan memfailkan rayuan.

"Saya mahu tanya SPRM mengapa ia mengamalkan sikap berat-sebelah kerana belum lagi memulakan siasatan keatas dakwaan bahawa Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin telah menyalahguna kedudukannya dengan menggunakan helikopter tentera untuk merasmikan mesyuarat Umno di Sabah minggu lalu walhal ia tidak mempunyai kaitan dengan tugas-tugas rasmi beliau," kata Kit Siang.

"Jika Ramli didakwa kerana menyalahguna helikopter Cessna Caravan milik polis untuk tugas-tugas bukan rasmi, mengapa Muhyiddin tidak didakwa kerana menyalahguna helikopter tentera untuk tujuan yang tidak kena-mengena dengan tugasnya sebagai TPM mahupun Menteri Pendidikan. Apakah ada satu undang-undang untuk Menteri Kabinet Umno dan satu undang-undang untuk orang-orang kecil?" soal Kit Siang.

(TVA)


Tan Sri Khalid sedia bayar kepada Bank Islam

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid berkata, beliau sedia membayar balik pinjaman RM66 juta (AS$18.521 juta) kepada Bank Islam yang diambilnya pada tahun 2001 untuk membeli saham Guthrie Bhd. Bagaimanapun, keputusan itu tertakluk kepada saman balas yang difailkan oleh peguamnya kepada Bank Islam pada 18 Mei 2008.

"Saya percaya kalau dibicarakan kedua-dua pihak, bank Islam dan saya bertanggungjawab. Jika bank Islam menang dalam perbicaraan selepas rayuan dan saya kena membayar. Kalau bank Islam dan saman saya dipersetujui oleh mahkamah dan kemudian bank Islam akan membayar kepada saya. Jadi saya terima tentang perkara ini dan saya telah membuat persediaan kewangan untuk menentukan bahawa perkara ini dapat dilakukan dan diselesaikan",katanya.

Tan Sri Khalid mengulas penghakiman ringkas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang memerintahkan beliau membayar 66 juta ringgit kepada Bank Islam. Hakim Rohana Yusof bagaimanapun menetapkan 16 September depan untuk sebutan permohonan penangguhan hukuman serta untuk menetapkan tarikh bagi dakwaan balas Tan Sri Khalid.

Johor Terpaksa Bayar Gantirugi Kerana Muhyiddin

Walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura, tetapi beliau didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya.

Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya. Walaupun fakta kes tersebut tidak menunjukkan Muhyiddin menjual tanah kepada Stamford, tetapi ia menyatakan kesanggupan pihak yang disebut mewakili Muhyiddin berkerjasama dengan syarikat itu untuk membuat keuntungan dengan memajukan tanah di Johor. Mengikut dokumen Majlis Peguam, syarikat tersebut ialah syarikat Singapura.

Asian Wall Street Journal 16/6/95 melaporkan, di dalam dokumen Stamford kepada mahkamah, pada penghujung 1989 syarikat itu bersetuju dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Yahya Talib untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah syarikat itu. Dokumen itu menyatakan, menurut AWSJ, Syed Mokhtar dan Yahya adalah pihak “yang bertindak untuk diri mereka sendiri dan Muhyiddin”

Menurut dokumen itu juga, pihak yang diwakili oleh Syed Mokhtar dan Yahya melabur RM1.8 juta di dalam usahasama tersebut, iaitu 30 peratus dari ekuitinya. 70 peratus lagi dipegang oleh Stamford. Syarikat usahasama itu kemudiannya menguasai hartanah itu dan mengemukakan permohonan baru untuk menukar statusnya bagi kegunaan industri.

Kerajaan Johor pula meluluskan permohonan itu dengan “begitu pantas”, dakwa Stamford di dalam samannya di mana ia juga mendakwa kumpulan Syed Mokhtar telah “meraih keuntungan bersih sebanyak RM83.2 juta”.

Masalah di antara kedua-dua pihak tercetus apabila, menurut dokumen mahkamah Stamford, kumpulan Muhyiddin menjadi “begitu tamak”. Mereka mahu mewujudkan usahasama kedua di mana mereka mahu menguasai 70 peratus saham dengan membayar RM74,100 setiap hektar kepada Stamford bagi baki 2,672 hektar miliknya.

Bila Stamford berkeras mahu mengekalkan 70 peratus pegangannya dan dibayar RM185,250 bagi setiap hektar tanahnya, salah seorang rakan Muhyiddin memberi amaran kepada syarikat itu bahawa dokumen pengambilalihan tanah sudah pun berada di meja Muhyiddin yang ketika itu Menteri Besar Johor dan beliau boleh “mendatanganinya bila-bila masa”.

AWSJ melaporkan, Muhyiddin sendiri mengugut Stamford pada bulan Disember 1992 dengan mengingatkan salah seorang pengarahnya bahawa “masa semakin singkat”. Keadaan semakin tidak memihak kepada syarikat tersebut apabila Julai 1994, kerajaan Johor mengambilalih tanah tersebut bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor.

Tindakan itu memaksa Stamford menyaman Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya kerana kerugian yang ditanggung akibat apa yang didakwanya sebagai konspirasi untuk mengambilalih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah. Stamford mendakwa ketiga-tiganya menyalahgunakan peruntukan akta itu untuk mengambilalih 6,544.4172 ekar tanah di mukim Tebrau, Johor Baru melalui perbadanan itu.

Kes itu diselesaikan apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan kerajaan Johor membayar RM313.25 juta kepada Stamford manakala sebuah lagi syarikat, Kelana Ventures Sdn Bhd diarahkan membayar RM92.12 juta.

Dalam kempen pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menuduh Muhyiddin mengkhianati hak orang Melayu ketika menjadi Menteri Besar Johor dan mengetuai Umno negeri itu.

“Bagaimana Umno hendak menjadi parti yang membela orang Melayu sedangkan mereka sendiri yang menggadai dan menjual tanah rezab Melayu kepada orang asing dari Singapura?” beliau mempersoalkan. Beliau menjelaskan bukti mengenai perkara itu didedahkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

“Tanah Rezab Melayu ini satu-satunya hak bagi orang Melayu. Umno tidak boleh jawab, dan ini bukan fakta yang saya pungut atau dengar di tepi jalan lalu dibawa ke dalam ceramah, tidak. Ini bukti yang kita bawa dalam persidangan DUN Johor baru-baru ini di mana Umno dan anggota DUN Johor dari Umno tidak boleh jawab,” katanya. Sehubungan itu, beliau berkata Umno tidak seharusnya diberikan peluang untuk terus hidup.

Baru-baru ini Muhyiddin dilaporkan kesal dengan tohmahan pembangkang kononnya beliau pernah menjual sebidang tanah kepada Singapura semasa menjadi Menteri Besar Johor. Katanya fitnah itu sengaja dilemparkan kepadanya bagi menaikkan kebencian rakyat kepada beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya (semasa menjadi Menteri Besar Johor) tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura dan ini adalah fitnah semata-mata,” kata beliau pada ceramah Perdana di Tanjong Putus sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

(TheMalaysianInsider)


20 August 2009

UBN Dan Permasaalahan...

Sekarang UBN mahu tidak mahu, terpaksa menerima hakikat bahawa parti mereka tidak habis2 dilanda permasaalahan yang berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Walaupun berbagai tuduhan telah dilemparkan kepada PR, demi untuk 'mewujudkan' suasana dimata rakyat seolah-olah PR sedang menuju kehancuran.

Yang terbaru ialah mengenai calon UBN di PRK DUN Permatang Pasir iaitu saudara Rohaizat yang dikatakan telah terbabit dalam kes pecah amanah yang telah membawa kepada pembatalan lesen guaman sivil beliau dan kini heboh diperkatakan. Bagaimanapun, tuan yang empunya diri tidak mengaku malah beliau menyalahkan rakan kongsinya.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata, Rohaizat tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad, sebaliknya Rohaizat, yang menjadi mangsa keadaan setelah rakan kongsi beliau (Yusri Isahak) meninggalkan firma berkenaan. Jadi, beliau terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan rakannya. Artikel boleh diikuti di [Rohaizat Tidak Terlibat Transaksi Rakan Kongsi Dan Koperasi]

Boss NO 2 (Muhyiddin) pula menyarankan Rohaizat agar memberi kenyataan bersumpah sekiranya perlu. Ini untuk memastikan agar tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyelewengkan kenyataan sebenar mengenai isu itu. Artikel ini boleh diikuti di [Muhyiddin Minta Rohaizat Beri Kenyataan Bersumpah]

Ekoran daripada itu semua, rakan kongsi Rohaizat iaitu saudara Yusri Isahak (yang dituduh) tidak berdiam diri. Beliau telah tampil memberi penjelasan bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan' oleh pihak yang berkenaan pada satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini. Beliau juga akan menemui kepimpinan PAS dan PKR untuk menggunakan pentas ceramah mereka bagi memberi penjelasan mengenai isu ini.

Inilah UMNO, bagi mereka kes yang sebegini adalah perkara biasa (soal peribadi). Dimanakah maksud 'rakyat didahulukan'? Bagi mereka, calon yang mereka pilih ini adalah yang terbaik. Saya percaya, bagi rakyat terutamanya pengundi di Permatang Pasir akan menolak pilihan calon yang sebegini. Dengan timbulnya isu ini, UBN sememangnya tidak layak untuk 'berentap' dengan PR dalam memikirkan permasaalahan rakyat serta menjanjikan yang terbaik untuk rakyat.

Calon PR Bakal Realisasi Kerajaan Berjiwa Rakyat

Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng berbangga apabila Pakatan Rakyat dapat mengemukakan seorang calon yang bersih dari sebarang masalah integriti dan moral. Menurutnya, keputusan PAS untuk mencalonkan Salleh Man bertepatan dengan usaha kerajaan negeri yang mahu mencipta sejarah menjadi negeri berjiwa rakyat.

Menurut beliau, pembentukan kerajaan berjiwa rakyat memerlukan usaha bersama dan perkongsian prinsip yang satu bagi memastikan tradisi kepimpinan BN yang mengamalkan kerajaan kroni dapat dibasmi dan beliau yakin masyarakat di Permatang Pasir sedia maklum mengenai usaha penubuhan kerajaan berjiwa rakyat tanpa mengira kaum agama dan latar belakang.

Beliau menambah, pihaknya mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat Permatang Pasir untuk menentukan pemimpin jenis apa yang mahu mereka hantar mewakili warga Permatang Pasir ke DUN.

sumber: TVA

19 August 2009

TBH: Coretan Inkues Pada 19/8

Koroner Azmil Muntapha Abas mengeluarkan perintah kepada Pegawai Penyiasat, ASP Ahmad Nazri Zainal supaya menjalankan siasatan segera berhubung satu surat misteri yang dipercayai mengandungi penemuan baru bagi membantu inkues kematian TBH.

Koroner turut mengingatkan kepada peguam bagi semua pihak supaya tidak mendedahkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan surat tersebut kepada media kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan polis.

Pada prosiding yang bermula kira-kira pukul 3.12 petang tadi, peguam yang mewakili keluarga TBH, Gobind Singh Deo memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau menerima sepucuk surat yang mengandungi maklumat penting berhubung inkues ini.

Surat mengandungi 5 muka surat bertaip lengkap berkepala surat tersebut diserahkan untuk simpanan mahkamah. Peguam pihak kerajaan, Tan Hock Chuan bagaimanapun taida bantahan terhadap permohonan tersebut.

Tan mengatakan, dakwaan dalam surat ini perlu disiasat oleh polis kerana kita semua berada di sini untuk mendapatkan kebenaran berhubung perkara ini. Ada beberapa nama disebut dalam surat itu dan pihak polis perlu diberikan peluang untuk mengesahkan kebenaran dakwaan dalam surat ini atau pun sebaliknya.

Mahfuz : Jika Saya Boleh, Kenapa Tidak Najib?

Berikutan keputusan mahkamah membersihkan namanya yang cuba digambarkan sebagai kaki pukul, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera membersihkan namanya yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad melalui akhbar Berita Harian membayar ganti rugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena itu berikutan laporannya yang menuduh Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam Parlimen.

Mahfuz menyaman akhbar tersebut ekoran laporan muka hadapannya pada 9 November 2000 bertajuk 'Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk'.

"Bagi saya, apa yang penting ialah nama saya dibersihkan. RM150 ribu tak akan dapat mengimbangi rasa malu saya apabila digambarkan sebagai kaki bertumbuk," kata beliau yang mendapat ganti rugi kedua dalam tempoh tidak sampai setahun.

Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Khalid Mohd membayar ganti rugi RM120,000 kepada Mahfuz Omar kerana memfitnah beliau melalui bertajuk 'Demonstrasi — Mahfuz isytihar bersama Keadilan' yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia pada 4 Mac 2001.

Sambil menyifatkan kedua-dua keputusan mahkamah itu sebagai bukti bahawa PAS dan pembangkang sering menjadi 'mangsa spin' media pro-Barisan Nasional (BN), Mahfuz yakin Najib boleh membersihkan namanya yang berkali-kali dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya.

"Mungkin Najib juga seperti saya dan aktivis pembangkang lain di negara ini yang sering menjadi mangsa spin (putar belit) media pro-BN dan sebagai mangsa 'spin,' saya dapat merasai tekanan yang dihadapi Najib.

Sebab itulah, kalau saya boleh membersihkan nama saya yang digambarkan sebagai kaki bertumbuk, saya tidak nampak sebab mengapa Najib tidak boleh membersihkan namanya yang sering dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya oleh media-media luar negara," kata beliau yang berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS.

Beberapa akhbar luar negara seperti Liberation, The Nation, Sunday Times, Times of India, The Australian, New York Times, International Herald Tribune, Far Eastern Economic Review dan Kompas menyiarkan artikel-artikel yang membangkitkan persoalan yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya dan komisen besar yang diberikan oleh syarikat Perancis, Armaris, kepada sebuah syarikat Malaysia.

Malah, di dalam Dewan Rakyat Mac lalu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo melemparkan tuduhan 'kamu pembunuh' terhadap Najib. Walaupun Gobind digantung dari menghadiri Parlimen selama setahun tanpa dibayar elaun dan ganjaran berikutan tuduhannya itu, Perdana Menteri tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Gobind dan kesemua pihak yang menuduhnya itu sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri menggesa Najib membersihkan namanya.

Sambil menjangkakan media asing akan terus memburukkan Najib, Dr Mahathir berkata, apa yang lebih penting ialah apa yang difikirkan oleh rakyat Malaysia. "Dengan merekalah Najib perlu membersihkan namanya," kata beliau.

Selain Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah juga menggesa Najib membersihkan namanya. Razaleigh mengambil contoh tindakannya menyaman beberapa media asing yang mengaitkan beliau dengan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF). Tindakan undang-undang tersebut dibuat di negara dimana akhbar-akhbar tersebut diterbitkan, kata Razaleigh. Beliau menang kesemua kes samannya, akhbar-akhbar berkenaan menyiarkan permohonan maaf malah beliau mendapat ganti rugi.

(TheMalaysianInsider)

18 August 2009

TBH: Coretan Inkues Pada 18/8

Cap Jari Siapa di Tingkap Tingkat 14?

Forensik temui kesan cap jari pada tingkap di tingkat 14 Bangunan Plaza Masalam. Patologis kerajaan percaya bahawa Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock, yang ditemui mati dipercayai terjatuh dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membunuh diri.

Penemuan cap jari pada tingkap tempat kejadian bagaimanapun menimbulkan seribu tanda-tanya. Sepertimana kesan DNA misteri yang ditemui pada jaket dan tali pinggang mangsa, cap jari yang dijumpai itu juga tidak sepadan dengan mana-mana saksi. Cif Inspektor Mazli Jusoh di inkues hari ini berkata, kesemua cap jari yang kelihatan pada tingkap tersebut tidak lengkap dan tidak cukup sifat.

Mazli juga mendakwa beliau tidak melakukan sebarang dokumentasi iaitu sama ada mencatat dan merakam sebarang gambar memandangkan tidak ada satu pun yang memenuhi kriteria.

"Dalam kes ini memang ada kesan cap jari tetapi tidak cukup sifat dan ia menunjukkan pengesahan negatif kerana sifat. Ia memerlukan sekurang-kurangnya lapan sifat (untuk pengesahan)," katanya yang dipanggil semula untuk memberi keterangan.

Mazli ketika memberitahu mahkamah, terdapat lebih kurang lapan garisan yang boleh dilihat pada tingkap berkenaan tetapi tidak menepati sifat seperti yang dikehendaki dalam prosedur.

Ketika ditanya peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Beng Hock di bahagian manakah beliau melakukan pemeriksaan, Mazli berkata: "Saya siasat pada bahagian cermin, bingkai cermin serta bahagian bawahnya.

"Dalam kes ini tidak diambil kesan cap jari yang tidak lengkap itu kerana kawasan tersebut berdebu dan berhabuk, sebab apabila diambil, kadang-kadang sifatnya hanya 50-50. Di tempat berhabuk, jalur (garisan pada jari) tidak begitu timbul," katanya. Mazli juga mengakui tahu bahawa kawasan tingkap itu (tempat Teoh terjatuh) digunakan oleh anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merokok.

Sementara itu ketika soal balas, Mazli kelihatan berang dengan beberapa pertanyaan Gobind terutama mengenai ketiadaan laporan pengesahan cap jari. Mazli sebelum itu menerangkan kepada mahkamah bahawa apabila tiada sebarang cap jari yang lengkap ditemui, beliau tidak akan melakukan dokumentasi dan tiada sebarang laporan akan dicatitkan.

Jawapan beliau itu ditempelak oleh Gobind, "Jadi begitu kamu boleh datang ke mahkamah dan cakap apa saja, yang kamu tidak boleh sahkan langsung cap jari ini?".

Mazli menjawab "Jika tiada (cap jari), tiadalah."

Mengenai kesan air peluh yang tidak diambil dari tingkap itu, Mazli berkata jika spesimen peluh diambil dengan cara calitan ia akan merosakkan kesan jari.

Selepas itu, saksi berikutnya Dr. Prashant Samberkar, pensyarah Patalogi Perubatan Universiti Malaya dipanggil untuk memberi keterangan. Dr. Prashant dalam keterangannya memberitahu penglibatan beliau dalam proses bedah siasat Beng Hock bersama Dr Khairul adalah atas permintaan pihak polis dan bukannya dari keluarga mendiang seperti yang didakwa oleh Dr Khairul sebelum ini.

Dalam keterangannya, Dr Prashant berkata, Beng Hock masih bernyawa selepas jatuh dari tingkat 14 berdasarkan kecederaan yang dialami si mati. Beliau memberitahu mahkamah, pemeriksaan yang dilakukannya menunjukkan tidak ada sebarang tanda-tanda pergelutan atau kecederaan akibat mempertahankan diri. Dr. Prashant menganggarkan Beng Hock mati dalam lingkungan 11.15 malamm pada 16 Julai 2009.

(TVA)

Saksi SPRM tergamam

Ketika Tan Hock Chuan (peguam pihak kerajaan) meminta saksi ke-16 Pemangku Penguasa Kanan SPRM, Mohd Anuar Ismail menjelaskan tentang bagaimanakah siasatan dijalankan ke atas mendiang TBH, Mohd Anuar secara tiba2 tergamam dan tidak dapat menjawabnya. Adakah beliau memang tidak memahami soalan ataupun ada sesuatu yang menghantuinya? Mohd Anuar merupakan pegawai SPRM yang terlibat dalam penyiasat keatas TBH.

Walaupun Tan mengulangi beberapa kali soalan yang sama malah turut mempermudahkan soalan tersebut namun Mohd Anuar masih berada dalam situasi yang sama. Tan menukar soalan adakah beliau (Mohd Anuar) tanya kepada mereka (TBH dan Nadzri) sama ada terdapat apa2 masalah?

Barulah Mohd Anuar lantas menjawab bahawa beliau ada bertanya kepada kedua-dua mereka itu jika terdapat apa2 masalah. Nazdri maklumkan kepada beliau tidak ada apa2 masalah, namun TBH hanya mendiamkan diri.

Jelas Mohd Anuar, rakaman percakapan TBH dibuat antara pukul 1.30 pagi dan 3.30 pagi pada hari yang sama. Beliau sempat memerhatikan keadaan itu antara 2 ke 3 minit dan TBH tidak digari sepanjang berada di pejabat SPRM. Proses rakaman percakapan dibuat dalam keadaan pintu bilik yang sentiasa terbuka.

Mohd Anuar juga memberitahu bahawa selepas menjenguk TBH dan Nadzri, beliau kemudiaanya tidur di sofa di ruang rehat pegawai. Kemudian dalam pukul 3.30 pagi beliau pergi ke tandas dan buat keputusan untuk tidur di surau sehingga pukul 5 pagi.

Dalam prosiding tersebut juga Tan mencadangkan supaya rakaman percakapan TBH oleh pegawai SPRM dikemukakan kepada mahkamah untuk diteliti bagi membantu siasatan berhubung kematiannya.

Tan juga mencadangkan supaya koroner membaca keterangan tersebut terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada ia relevan ataupun tidak untuk diserahkan kepada semua pihak yang terlibat mengendalikan kes itu. Cadangan tersebut disokong oleh Pengarah Perundangan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa. Beliau (Abdul Razak) berkata, rakaman itu boleh menunjukkan bagaimana tahap pemikiran dan mental Teoh sepanjang siasatan dijalankan.

Peguam yang mewakil keluarga TBH, Gobind Singh Deo membantahnya kerana pada pendapat beliau, keterangan itu tidak banyak membantu dan ia tidak akan menunjukkan keadaan sebenar TBH sebelum beliau meninggal dunia.


TGNA Mahu Saman Pemutar Belit Kenyataan Beliau

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA), akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataan beliau.

"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya,"beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa 'Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga' di pejabatnya tengahari tadi.

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya TGNA berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga. Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada beliau di muka depannya kerana menyiarkan kenyataan yang salah tentang beliau. Nampaknya, TGNA terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini.

Beliau berkata, "Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain. Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno. Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno.

Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno. Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,".

Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno

Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, TGNA berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.

Bliau berkata, "Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap. Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar. Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,".

(sumber: HarakahDaily)

Adun Galas Sudah Boleh Makan Seperti Biasa

Adun Galas, Chek Hashim Sulaima sudah boleh makan seperti biasa dan berjalan di sekitar wadnya di China kerana tidak ada lagi wayar di badannya. Demikian kata Timbalan YDP PAS Gua Musang, Dr Zulkifli Mohamad. Sehingga kini sudah beberapa kali rakyat Kelantan dikejutkan dengan berita kononnya Adun Galas, Chek Hashim Sulaima meninggal dunia.

Ketika kempen PRK Dun Manek Urai 14 Julai lalu, berita itu sudah tersebar luas di Kelantan. Dan pagi ini sekali lagi berita serupa bertiup kembali. Keghairahan itu dipercayai dicetus pihak tertentu apabila dilihat mereka sudah mengatur gerak kerja politik di Dun Galas sebaik sahaja mengetahui Chek Hashim sakit.

Bagaimanapun berita kematian itu dinafikan Dr Zulkifli Mohamad. Ketika dihubungi beliau berkata, Adun Galas semakin sihat selepas menjalani pembedahan pada 7 Ogos lalu dan kini sudah berpindah ke hospital lain untuk mendapat rawatan susulan.

"Saya pun ada menerima berita yang menyebut Adun Galas meninggal pagi ini, tetapi Ustaz Azman Hussin yang berada bersama Chek Hashim (gambar) di China memberitahu keadaannya beransur sihat sekarang. Chek Hashim sudah boleh makan seperti biasa dan berjalan di sekitar wadnya kerana tidak ada lagi wayar di badannya," kata beliau.

Pada 7 Ogos lalu Chek Hashim menjalani pembedahan bagi merawat kanser di bahagian paru-parunya di The First People's Hospital Fu San di Guantong, China. Adun Galas menjalani rawatan di China sejak 23 Julai lalu dan dijangka kembali ke Kelantan tidak lama lagi selesai menjalani rawatan susulan. Hospital terbabit antara yang terbaik bagi rawatan kanser di China di mana setiap bulan menerima berpuluh-puluh kes membabitkan penyakit terbabit. _

(HarakahDaily)



17 August 2009

TBH: Coretan Inkues Pada 17/8

Dr Khairul Aznam Ibrahim pakar Pathologi dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang yang menimbulkan 'teori bunuh diri' telah mengaku hari ini di dalam mahkamah di hadapan koroner bahawa beliau tidak menemui sebarang fakta untuk menyokong teorinya itu.

Dr Khairul memberitahu mahkamah bahawa beliau tahu pemuda yang berumur 30an itu telah mendaftar untuk melansungkan perkahwinan pada hari dia ditemui mati di tingkat 5 Plaza Masalam, sembilan tingkat di bawah pejabat SPRM.

Beliau juga memberitahu mahkamah yang beliau telah menemuduga abang, adik perempuan dan TBH pada hari yang sama. Namun beliau tidak memperolehi latarbelakang psikologi untuk menyatakan si mati mempunyai kecenderungan membunuh diri atau penyalahgunaan apa-apa bahan. Khairul menyatakan fakta-fakta menunjukkan TBH tidak mempunyai kecenderungan membunuh diri.

Mahkamah kecoh dengan pertelagahan antara barisan peguam yang mewakili keluarga mendiang TBH dan peguam dari pejabat Peguam Negara apabila peguam keluarga mangsa, Gobind Singh Deo mendapati bahawa pakar patologi yang membedah-siasat tubuh mangsa, Dr Khairul Azman Ibrahim, hanya menyiasat keluarga mangsa tetapi tidak melalukan sebarang siasatan terhadap mana-mana pegawai SPRM.

Gobind mengasak Dr Khairul mengapa dia dengan sengaja tidak menyoal siasat mana-mana pegawai SPRM untk mengetahui kejadian yang menimpa si mati. Dr Khairul beralasan bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian kerana itu tugas polis. Asakan tidak dapat diteruskan selepas dihalang oleh peguam mewakili Pejabat Peguam Negara.

Semasa disoal-siasat Khairul berkata, ahli keluarga mengsa dan tunang mendiang tidak mengemukakan sebarang jawapan yang menyokong teorinya sebelum ini. Khairul sebelum ini berangapan bahawa mangsa telah membunuh diri.

"Tidak ada masalah psikologi, tidak ada masalah perubatan, tidak minum dan tidak berhutang. Malah si mati juga disifatkan keluarga sebagai seorang yang bersikap terbuka dan mudah berbincang," katanya.

Inkues kemudian menjurus kepada adakah si mati mengalami tekanan psikologi ketika soal siasat dan adakah terdapat kemungkinan kesan kecederaan yang dialami bukan disebabkan hentakan ketika jatuh tetapi kerana dipukul menggunakan objek seperti paip PVC, cota atau pembaris besar.

Dr Khairul juga menyatakan kesan patah pada tulang rusuk kanan si mati juga menunjukkan kesan patah yang sama. Katanya juga, kesan patah pada paha dan kecederaan pada punggung si mati juga adalah disebabkan oleh akibat kesan jatuh.

Namun, Gobind bertanya pendapatnya sama ada kesan patah tersebut boleh disebabkan akibat dipukul dengan objek keras, Dr Khairul tidak menolak kemungkinan itu, namun beliau menegaskan bahawa hasil pemeriksaannya mendapati kesan kecederaan lutut tersebut adalah akibat terjatuh.

Dia juga menerangkan keretakan pada tengkorak si mati adalah disebabkan impak daripada kesan terhentak ketika jatuh dari tempat yang tingi.

Dr Khairul juga menyatakan bahawa kesan retakan pada tengkorak si mati boleh disebabkan akibat dipukul dengan alat tumpul ataupun benda leper. Namun dia tetap menegaskan bahawa dalam pemeriksaannya dalam kes ini, dia percaya keretakan tersebut adalah akibat dari kesan jatuh dari tempat tinggi.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA