" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

30 April 2009

Kadar Shah Teruskan Usaha

Ahli Umno Bahagian Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman dijangka memfailkan afidavit beliau kepada mahkamah minggu depan bagi memaksa Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan terhadap laporannya berhubung politik wang semasa Perhimpunan Agung dan Pemilihan Umno Mach lalu.

Datuk Kadar Shah, anak kepada bekas pengerusi tetap Umno, Tun Sulaiman Ninam Shah berkata pasukan peguam beliau telahpun menyiapkan afidavit tersebut dan menegaskan beliau tetap akan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli umno yang prihatin.

"Saya tetap dengan prinsip saya mahu memfailkan afidavit yang saya sudah sediakan. Tempoh saya beri kepada ROS sudah melebihi sebulan dan sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan lanjut diambil.

"Saya hanya terima surat ROS mengatakan mereka telah menerima laporan saya, itu saja," kata Datuk Kadar Shah ketika dihubungi TV Antara.

Beliau juga memberitahu telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin Umno mengenai hasratnya itu dan ada yang memujuk beliau menangguhkan rancangan beliau.

"Saya beritahu mereka saya serius dalam perkara ini dan setakat ini saya telah beri mereka peluang untuk berbincang dengan pucuk pimpinan parti tapi saya masih mahu meneruskan rancangan saya.

"Nasihat saya kepada pemimpin Umno jangan pandang ringan apa yang saya hendak lakukan. Walaupun mereka pandang perkara ini enteng kerana fikir mereka berkuasa dan berpengaruh namun kesan tindakan saya ini memberi kesan besar kepada parti," ujar beliau lagi.

Pada perhimpunan Umno lalu, Datuk Kadar Shah dan adiknya, Hassan, sebagai perwakilan Muar, telah memboikot pengundian jawatan tertinggi Umno kerana membantah Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin dibenarkan mengundi walaupun kedua-dua mereka didapati bersalah terbabit dalam politik wang oleh Lembaga Disiplin parti.

Pada 24 Mach lalu beliau bersama bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Mazlan Harun membuat aduan kepada ROS terhadap parti mereka sendiri dengan harapan agensi tersebut mengambil tindakan terhadap Umno berhubung kes politik wang dan larangan bertanding.

Sekiranya ROS bertindak mengikut peraturan dan peruntukan perundangan di bawah pertubuhan tersebut, kemungkinan besar perhimpunan agung Umno lalu akan dibatalkan dan akan memberi kesan mendalam terhadap semua keputusan pemilihan parti termasuk pemilihan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden Umno.

(TVA)

Pindaan Perlembagaan Parti Perkenal Pemilihan Terus

Parti Keadilan Rakyat akan memperkenalkan sistem pemilihan akar umbi, atau grassroot democracy, bagi mengukuhkan urustadbir parti dan mencerahkan halatuju perjuangan.

Sehubungan itu, PKR bercadang untuk membenarkan kesemua 300,000 ahli di seluruh negara terbabit secara langsung dalam pemilihan pemimpin nasional. Naib Presiden Sivarasa Rasiah berkata sistem pemilihan akar umbi ini adalah tujahan utama dalam strategi menerapkan nilai demokrasi dalam parti.

“Antara usul penting adalah melaksanakan sistem pemilihan terbuka menggantikan sistem perwakilan sedia-ada. Sistem ini membolehkan semua ahli PKR memilih pemimpin mereka dari peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat,” kata Sivarasa.

Kongres khas akan diadakan pertengahan tahun ini untuk perwakilan membahaskan pindaan-pindaan terbabit.

Sivarasa menjelaskan gejala politik wang yang dilihat dalam pemilihan parti politik lain khususnya Umno mendesak kepada pelaksanaan sistem demokrasi akar umbi ini.

“Kita juga berpendapat menyerahkan kuasa undi ke peringkat akar umbi dapat mengatasi politik wang yang menular dalam parti-parti lain. Kita tidak mahu gejala yang sama meresap ke dalam PKR,” tegas beliau.

Selain dari aspek pemilihan parti, Sivarasa berkata tempoh jawatan Presiden akan dihadkan kepada tiga penggal sahaja. Penggal penuh adalah 3 tahun.

“Ini satu lagi usul penting, dan diperkenalkan sejajar dengan seruan demokrasi yang kita canangkan. Melihat kepada kedudukan PKR hari ini, adalah penting untuk menampilkan imej yang PKR benar-benar komited kepada demokrasi,” katanya.

Sistem cawangan juga akan diaktifkan semula bagi mengukuhkan gerak-kerja parti di peringkat akar umbi dan masyarakat seluruhnya.

Selain itu, jawatan Naib Presiden ditambah dari 5 kepada 7, sesuai dengan kemajmukan PKR hari ini.

“PKR adalah satu-satunya parti yang benar-benar nasional. PKR mempunyai pembabitan dari semua kaum dengan pelbagai budaya dan agama, lantas barisan Naib Presiden perlu dibesarkan supaya PKR benar-benar mewakili aspirasi rakyat seluruhnya,” ujar Sivarasa.

Pelantikan ke jawatan kanan parti juga turut dihadkan bagi membuka ruang kepada lebih ramai pemimpin yang dilantik akar umbi PKR.

Sivarasa menjelaskan pindaan-pindaan ini perlu sesuai untuk PKR menghadapi cabaran politik Malaysia di masa hadapan.


DSAI: 1Malaysia Sekadar Kosmetik

'Kita Anak Malaysia, Satu Malaysia'

Laungan di atas cukup melunakkan setelah PR difitnah sebagai alat Cina! Setelah didapati dukungan Cina dan India terhadap UMNO/BN merosot parah, maka dikumandangkan semula slogan satu Malaysia.

Alahai mirip 'Malaysian Malaysia' yang dituntut DAP sekian lama tetapi diserang Umno sebagai perkauman Cina. Akhirnya pimpinan Umno sekonyong-konyong melutut kapada tuntutan perkauman.

Namun jika ditinjau mendalam, apa yang diamalkan adalah sekadar kosmetik, atau botox yang menggantikan bedak sejuk dan celak. Kelonggaran dan liberalisasi adalah untuk menawan hati pengusaha kaya Cina asalkan tidak menjejaskan kepentingan projek, kontrak dan habuan kroni mereka.

Ini berbeda dengan gagasan kita merangka Agenda Ekonomi Malaysia yang menjurus kapada kepentingan rakyat terbanyak, termasuk kaum majoriti Melayu-Bumiputera terpinggir dan miskin atau Cina dan India lainnya.

Dan isu lebih mendesak dari sudut prosedur tender, ketelusan, mengelak amalan boros, rasuah dan pembaziran tidak ditangani.

Demikian slogan ampuh. Bagaimana pula dengan pengamalan “Satu Malaysia”? Lihat saja mesej perkauman dan asabiyah sempit dalam kursus BTN!

Di media umum dibicara perpaduan satu Malaysia. Tetapi dalam kursus diracuni fahaman Melayu terjerat akibat gelojoh Cina dan muslihat serta khianat Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz. Bukankah munafik namanya?

Lagi pun tujuan mereka adalah untuk menyalahkan kalangan lain dan bukannya penjenayah dan perasuah besar yang menyebabkan Melayu hidup merempat setelah diperintah Umno selama satengah abad.

Disebalik tabir, dalam gelap dan berselindung mereka menyerang tetapi bacul manakala berdepan!

(DSAI)

Pembikinan Dinasti Perdana Menteri


Peribahasa Inggeris ada mengatakan "a picture paints a thousand words" atau dalam erti kata lain sebuah potret itu menceritakan seribu kata-kata tanpa perlu berbicara. Pepatah ini dikatakan diceduk daripada kata-kata hikmah Cina yang berkata, "One picture is worth ten thousand words."

Ambil contoh gambar rajah yang dipaparkan di atas. Ia diambil dari sebuah blog, stocktube.blogspot.com. Gambar ini menarik kerana ia boleh membawa pelbagai interpretasi dan makna, bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat dan mentafsirkannya menurut fakta yang maklumat yang ada pada seseorang itu.

Secara kasar atau harfiah ia memaparkan empat gambar pemimpin negara, dua orang ayah dan dua orang anak. Seorang sudah meninggal dunia dan tiga lagi masih hidup. Salah seorang yang masih hidup sudah pun pencen sejak 2003.

Gambar tersebut juga mempunyai garisan-garisan yang menunjukkan keterkaitan di antara disetiap gambar tersebut.

Yang teratas ialah gambar Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bekas Perdana Menteri Malaysia kedua dan ayah kepada Perdana Menteri baru dan yang keenam negara, Datuk Seri Najib. Mengikut putaran jam, di bawah beliau ialah gambar Datuk Mukhriz Mahathir, anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat.

Gambar ayah beliau terletak bertentangan dengan gambarnya. Datuk Mukhriz baru sahaja dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri walaupun kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno dengan Khairy Jamaluddin dan Dr Khir Toyo.

Khairy ialah menantu kepada seorang lagi Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang kelima bagi negara.

Kedudukan pemimpin-pemimpin tersebut dalam susunlapis senarai Perdana Menteri dinyatakan dalam ayat yang agak kecil di atas setiap gambar. Umpamanya Tun Razak sebagai Perdana Menteri kedua dan seterusnya.

Walau bagaimanapun bagi Datuk Mukhriz yang juga disebut sebagai Perdana Menteri simbol tanda tanya diletakkan pada penghujungnya. Mungkinkah ini membawa maksud beliau kini diasuh dalam tradisi keperdanamenterian seperti juga ayahnya dan bakal pemimpin tertinggi negara pada satu hari kelak?

Ditengah-tengah gambar itu terpampang satu ayat, "The making of a dynasty" atau pembikinan sebuah dinasti. Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat istilah dinasti bermaksud "jurai raja-raja pemerintah yg berasal daripada satu keturunan atau keluarga atau tempoh sesebuah negeri diperintah oleh raja-raja yg berasal daripada satu keturunan".

Jadi bolehlah kita simpulkan perkataan dinasti yang dimaksudkan di dalam gambar tersebut memberi bayangan bahawa hubungan antara keempat-empat gambar tersebut adalah hubungan pemerintahan atau kekuasaan yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi yang dibawahnya.


Disebelah setiap gambar pula terdapat seakan-akan ayat monolog yang menggambarkan tokoh-tokoh dalam gambar tersebut berkata-kata. Mungkin ini bertujuan untuk menjelaskan lagi maksud tersirat yang terkandung disebalik gambar-gambar itu. Sungguhpun kata-kata itu boleh dianggap diucapkan secara berseloroh namun ia juga membawa maksud yang lebih daripada itu atau dalam istilah bahasa Inggerisnya mempunyai "double meaning".

Mari kita kaji dengan lebih mendalam ayat-ayat dalam "bubble" atau bulatan setiap ayat pada setiap gambar.

Bermula dengan Tun Razak beliau berkata,"Welcome back to Umno, Mahathir". Sejarah perjalanan dunia politik Tun Dr Mahathir mencatatkan beliau pernah dipecat dari jawatan ahli majlis Tertinggi Umno pada 12 Julai 1969 oleh presiden parti ketika itu yang juga Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.

Ini kerana beliau telah mengedar secara terbuka suratnya di mana beliau telah mengkritik hebat dasar dan kepimpinan Tunku yang didakwa lebih menguntungkan rakyat keturunan Cina. Ini ekoran peristiwa berdarah 13 Mei 1969 selepas kekalahan teruk kerajaan Perikatan Umno-MCA-MIC pada pilihan raya umum. Akhirnya Tun Dr Mahathir dipecat dari parti pada 26 September 1969.

Setelah Tunku meletak jawatan 1970 Tun Razak mengambil alih sebagai Perdana Menteri dan beliaulah antara pemimpin Umno yang berusaha keras melobi supaya Tun Dr Mahathir diterima kembali sebagai ahli Umno. Perlu dikata juga bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Harun Idris juga berjasa besar terhadap mantan Perdana Menteri dalam usaha membawa beliau kembali ke pangkuan Umno.

Tun Dr Mahathir diterima semula sebagai ahli umno pada 7 Mach 1972. (Pada 19 Mei 2008 beliau keluar daripada Umno atas kerelaannya sendiri kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan penggantinya, Tun Abdullah. Beliau kembali semula kepada Umno sehari selepas Datuk Seri Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri).

Pisang emas di bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi di bawa mati

Mungkin atas prinsip "hutang budi di bawa mati' inilah maka Tun Dr Mahathir dalam gambar rajah itu mengungkapkan kata-kata "TQ (thank you) Razak Senior, I'll make sure your son gets the reward". Apa yang disebut dalam monolog rekaan itu nampaknya ada kebenaran.

Setelah Tun Razak meninggal dunia di kota London pada 14 Januari 1976, sepupu beliau, Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri ketiga. Tun Dr Mahathir pun dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran.

Datuk Seri Najib yang ketika itu berusia 23 tahun dan masih menuntut disebuah universiti di United Kingdom diseru pulang bagi mengisi vakum politik yang wujud daripada kematian bapanya.

Beliau terus dicalonkan sebagai ganti ayahnya di Pekan, Pahang sebagai Ahli Parlimen dan dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebaik sahaja memenangi pilihan raya kecil yang diadakan.

Karier politik Datuk Seri Najib kembang mekar bak bunga mawar di taman sari di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir yang mengganti Tun Hussein pada 16 Julai 1981 sebagai Perdana Menteri.

Kerjaya politiknya bukan lagi maju mengikut peredaran masa tetapi boleh disifatkan melangkau masa seperti "quantum leap" kerana pada usia 29 tahun beliau dilantik menjadi Menteri Besar Pahang, menjadikan beliau Menteri Besar termuda pernah dilantik kejawatan tersebut.

Giliran Tun Dr Mahathir pula untuk membalas budi Tun Razak dengan mengasuh anak mentor beliau setapak demi setapak meniti hamparan dunia politik yang sudah dilakar untuknya sejak 1976.

Setelah berjaya Datuk Seri Najib digarap sebagai Perdana Menteri oleh mentornya, Tun Dr Mahathir, tiba giliran beliau pula menyatakan dalam dialog yang direka sebagai berkata,"TQ (thank you) Mahathir Senior,I'll make sure your son gets the reward". Reward atau habuan apa yang dimaksudkan disini? Susah tentu jawatan Perdana Menteri yang disandang Datuk Seri najib satu hari kelak akan menjadi hak milik Datuk Mukhriz pula. Objektif itu yang disasarkan oleh anak Tun Dr Mahathir itu apabila beliau berkata dalam ayat fantasi itu," Najib, remember what you promised my
papa".

Setelah tamat lapisan pertama yang terdiri dari lima Perdana Menteri, kini masuk era generasi kedua mengambil alih tampuk pemerintahan negara bermula dengan Datuk Seri Najib.

Tali temali kekeluargaan yang mengikat tiga daripada keluarga Perdana Menteri ini semakin kukuh dan erat dalam generasi kedua ini.

Tun Razak dan Tun Hussein adalah biras. Anak Tun Razak menjadi Perdana Menteri sementara anak Tun Hussein, Datuk Seri Hishammuddin dilantik Menteri Dalam Negeri dalam kabinet sepupunya. Datuk Mokhzani, adik kepada Datuk Mukhriz pula berkahwin dengan Mastisa Hani Mohamed, anak kepada Datuk Mohamed Abid iaitu cucu pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar.

Maka berkait rapatlah melalui tali hubungan perkahwinan jaringan yang wujud diantara keluarga Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Dr Mahathir.

Seperti juga dalam konsep "multi level marketing" yang diamalkan oleh sistem perniagaan jualan langsung, prinsip tolong menolong antara ahli adalah tunggak kejayaan.

Tidak mustahil kaedah yang sama digunapakai dalam bidang politik. Kini jaringan Perdana Menteri sudah tersedia, hanya menunggu masa untuk dipenuhi oleh calon yang sudahpun dikenalpasti sejak dahulu. Ia bukan lagi menjadi permainan nasib atau takdir semata-mata tetapi satu acuan yang telah direka sejak lama oleh pendokong-pendokong sistem terdahulu.

Datuk Mukhriz hanya perlu bersabar dan belajar untuk tidak melawan sistem, nama beliau sudah naik tunggu ambil tiket sahaja.

(TVA)


Gempa Bumi Lemah Landa Manjung, Perak

Penduduk di beberapa kawasan di Manjung, Perak, merasai gegaran akibat gempa bumi lemah berukuran 2.6 skala Richter melanda kawasan itu pada pukul 9.35 malam ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di latitud 4.3 utara dan longitud 100.6 timur dan terletak 11 km dari utara Pulau Pangkor. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemusnahan berlaku akibat gempa bumi itu.

(BERNAMA)

29 April 2009

Apa Tujuan Pemuda PAS Pulau Pinang?

Apa dah jadi dengan Pemuda PAS Pulau Pinang dan Bahagian Permatang Pauh yang mahu meletakkan juga calon mereka pada PRK DUN Penanti? Ketuanya, Mohd Hafiz Mohd Nordin berkata satu perbincangan dengan presiden parti berhubung hal itu akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Mereka juga dikatakan akan memulau PRK ini. Ketua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan memberitahu, parti tersebut mahu bertanding di kerusi tersebut kerana pengundi di bahagian itu sudah tiada keyakinan terhadap PKR.

Nampaknya mereka ini sudah jelas melanggari semangat setiakawan dalam PR. Kenyataan sebegini telah masuk siri yang ke-2 kalinya. Situasi sebegini tidak patut ditonjolkan disaat PR menghadapi serangan yang semakin sengit daripada UMNO/BN. Mengapa sekarang, bilamana PR terutama PKR bersiap sedia untuk bertempur dalam PRK ini, soal tiada keyakinan kepada PKR muncul?

Majoriti rakyat tetap tidak berganjak dan masih mempercayai PR yang diketuai Ketua Umum DSAI. Tidak timbul soal tiada keyakinan. Betapa kecewanya rakyat sekiranya situasi ini benar2 berlaku. Yang untung adalah UMNO/BN.

Datuk Mustafa Ali (Pengarah Pilihan Raya PAS pusat) pula menegaskan bahawa PAS tidak akan meletakkan calon mereka. Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah masaalah dalaman parti.

Sekiranya benar ini berpunca daripada masaalah dalaman parti, ianya perlu diselesaikan dalam parti, jangan timbulkan suasana yang akan menampakkan kekerohan dalam PR. Lainlah sekiranya ada pihak yang memang mahukan suasana sedemikian berlaku.......

PRK Penanti:Umno Putuskan Isnin Depan

Keputusan sama ada Umno akan turut bertanding dalam PRK DUN Penanti pada 31 Mei depan, akan diputuskan dalam mesyuarat biro politiknya Isnin depan. Mesyuarat tersebut yang akan dipengerusikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 5 petang.

Anggota lain biro tersebut ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Turut hadir ialah Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Umno serta pengerusi badan2 perhubungan Umno negeri.

Isu Manohara: Majlis JP Buat Laporan Polis

Majlis Jaksa Pendamai (JP) Kelantan membuat laporan polis supaya menghentikan apa-apa berita tentang Cik Puan Temenggung Kelantan, Manohara Odelia Pinot, 17, seperti yang disiarkan dalam akhbar harian nasional keluaran 28 April (semalam).

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat semalam yang diketuai oleh Naib Presiden Majlis JP, Senator Datuk Ahmad Rusli Iberahim . Menurut beliau, berdasarkan laporan kedua-dua akhbar tersebut, bertajuk 'Keluarga Manohara cadang saman Istana Kelantan' dan 'Terdesak hendak jumpa Manohara' adalah berita yang tidak benar dan berunsur fitnah, memburukkan Institusi Diraja.

Majlis JP berpendapat bahawa pihak yang bertanggungjawab membuat laporan berita berkenaan berhenti dari menyiarkan laporan tersebut dan juga meminta polis menyiasat dalang yang terlibat disebalik semua ini.

UMNO/BN Paling Takut DUN Perak Dibubar

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 7 Mei 2009. Satu tarikh terdesak, yang ditetapkan oleh kerajaan negeri kudeta tanpa persetujuan atau pengetahuan speaker DUN, V. Sivakumar.

Kerajaan kudeta pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, tidak mempunyai pilihan, selain wajib mengadakan sidang DUN dengan segera kerana tempoh waktu mengenapkan enam bulan daripada tarikh sidang DUN terakhir diadakan hanya tinggal beberapa hari lagi.

Dewan mesti bersidang pada tarikh paling lewat sebelum berakhir 16 Mei 2009. Jika tidak bersidang, maka secara automatis DUN Perak terbubar. Pembubaranlah perkara yang paling ditakuti Umno/BN.

Beberapa kes mahkamah juga masih tergantung. Namun adalah dipercayai, ia akan diselesaikan atau terselesai menjelang atau sebelum persidangan DUN itu. Kes saman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan perlantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar adalah antara kes yang tersangat relevan.

Jika perlantikan Dr Zambry ini benar atau mengikut perlembagaan negeri, mengapa pula Dr Zambry memohon mahkamah membuat periystiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah ? Yang pasti tentu ada kekeliruan dan asas yang boleh dipertikaikan dalam hal ini. Sehingga ini mahkamah peresekutuan menolak permohonan Dr Zambry agar dia diisytiharkan sebagai MB yang sah.

Semua ini akan menjadi "precedent" (ketentuan dan contoh) dalam system perundangan Negara. Ia akan menjadi bahan rujukan dalam kes seumpama ini pada kemudian hari. Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang dihalau keluar dewan rakyat dan kemudian digantung perkhidmatannya sebagai Ahli Parlimen juga telah menyaman Speaker Dewan Rakyat.

Semuanya “dibenarkan” kini setelah kes Dr Zambry menyaman Sivakumar dan mahkamah membuat keputusan bahawa Sivakumar salah dalam membuat keputusannya terhadap Dr Zambry.

Maka begitulah juga yang dipertikaikan oleh Gobind Singh. Ertinya speaker kini tidak lagi mempunyai immuniti, malahan sesiapa sahaja rakyat bolehmendakwa sesiapa sahaja yang membuat kenyataan dalam DUN mahupun Dewan Rakyat kerana imuniitinya kini boleh dicabar di mahkamah dan mahkamah boleh mengatasi keputusan DUN ataupun Dewan Rakyat.
Sesungguhnya semua ini mengundang bahaya.

Pada 7 Mei nanti, adalah dijangkakan bahawa satu “keributan” akan berlaku. Sivakumar masih berkuasa dalam DUN. Beliaulah yang akan menentukan segala perjalanan dalam DUN. Tentunya perkara asas yang menjadi persoalan ramai ialah kedudukan kerusi anggota DUN.

Datuk Seri Nizar dan barisan Adun Pakatan Rakyat tentunya tidak perlu berganjak daripada kerusi yang sudah diduduki sebelum ini, iaitu di sebelah kanan Speaker Dewan. Datuk Seri Nizar menduduki kerusi pertama di barisan kerusi sebelah kanan Speaker, manakala Dr Zambry dan Adun BN di sebelah kiri Speaker.

Persoalannya apakah susun atur kedudukan Adun ini sudah diatur semula. Kalau sudah dimaklumkan dan disusun semula kedudukannya, maka ia atas arahan siapa. Yang pasti bukan arahan Speaker.

Pada persidangan DUN 7hb Mei nanti, tentu akan berlaku keributan terutama perebutan kerusi tempat duduk Adun-Adun. Dr Zambry tentunya mahu menduduki kerusi pertama yang diduduki Datuk Seri Nizar. Namun Datuk Seri Nizar tentunya tidak akan berganjak kerana secara perlembagaannya beliau belum meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Mahu tidak mahu semuanya akan terpulang pada Speaker. Inilah antara perkara yang akan menarik perhatian ramai.

Selepas hal ehwal kedudukan kerusi ini selesai, siapa pula yang akan dijemput oleh Speaker untuk menyampaikan watikah titah ucapan kepada Paduka Seri Sultan Perak yang akan bertitah merasmikan persidangan.

Dijangkakan, Speaker sekali lagi mahu tidak mahu akan menjemput Datuk Seri Nizar selaku Menteri Besar yang sah untuk menyerahkan watikah titah ucapan itu. Maka keributan akan berlaku kerana Dr Zambry akan menentang keras.

Apakah agenda persidangan ? Siapa yang akan menetapkan agendanya. Tentunya dengan kelulusan Speaker ? Atau apakah sebaik speaker berucap, maka Dr Zambry akan terus mengusulkan undi tidak percaya pada Datuk Seri Nizar dalam usahanya melucutkan dan mengesahkan bahawa Datuk Seri Nizar telah tidak menerima mandat DUN.

Namun sebelum Dr Zambry dapat berbuat demikian, saya jangka Speaker dengan kuasa yang ada padanya terus mengeluarkan perintah keluar dewan pada Dr Zambry dan enam exconya dan selepas itu mengusulkan undi tidak percaya pada Datuk Seri Nizar.

Sekali pun Zambry dan enam exco berkenaan tidak keluar dewan, ia tidak menjadi halangan bagi Speaker kerana beliau akan hanya menghitung siapa yang diputuskannya layak mengundi. Hasil undian akan pasti memihak pada Datuk Seri Nizar akhirnya.

Yang pastinya, dengan segala apa jua dayanya, Dr Zambry , Umno dan BN akan berusaha menghalang apa jua kuasa yang boleh diperintahkan oleh Speaker.

(Perakdaily.com)

28 April 2009

Dr. Mansor Osman Calon PR DUN Penanti

Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr. Mansor Osman akan bertanding di kerusi DUN Penanti mewakili PR. Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pulau Pinang. Pengumuman telah dibuat oleh DSAI di Yayasan, Aman, Penanti di bahagian Permatang Pauh sebentar tadi.

Dr Mansor, 56, merupakan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau merupakan antara pesaing utama untuk menjadi calon PKR pada PRK berkenaan. Dr Mansor menjadi pilihan utama memandangkan beliau tidak dicalonkan mewakili PKR sebagai senator oleh DUN Pulau Pinang.

Mana Baik, Menculik Atau Letak Jawatan Cara Terhormat?

Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) telah memberi satu pilihan, mana yang lebih baik antara meletak jawatan secara terhormat atau menculik wakil rakyat dan kemudian memaksa mereka menyokong parti tertentu sehingga menyebabkan sesebuah kerajaan tumbang?

Kenyataan TGNA ini adalah tindak balas kepada pendapat beberapa pemimpin UMNO/BN yang telah mengesyorkan agar satu akta digubal bagi mencegah wakil rakyat dari meletak jawatan tanpa alasan kukuh (sesuka hati).

Beliau mencadangkan lebih baik kerajaan memberi keutamaan kepada isu penculikan wakil rakyat dengan menggubal 'akta anti culik'. Ini ekoran dari apa yang telah berlaku dinegeri Perak. Sampai sekarang kemelut diPerak belum selesai. Sekiranya ada 'akta anti culik', sudah pasti perkara seperti ini tidak berlaku.

Pada Febuari lalu, 3 bekas wakil rakyat dari PR di Perak 'diculik' dan kemudian muncul bersama Najib di Putrajaya dengan membuat kenyataan menyokong BN. Kebenaran cerita 'culik' ini ekoran daripada Najib dilihat membisu walaupun ramai yang mengatakan beliau terlibat dalam penculikan tersebut.

Ini termasuklah laporan polis yang telah dibuat oleh Fauzi Muda mengenai isu yang lebih kurang sama. Beliau telah mencabar polis supaya segerakan pendakwaan terhadap beliau agar senang beliau mengemukan semua bukti dengan apa yang telah didakwanya.

Sekarang, TGNA bersama isteri berada di Makkah bagi mengerjakan umrah. Keadaannya sihat dan dapat mengerjakan umrah dengan baik.

27 April 2009

PRK Penanti, PAS Hormati PKR

Baru2 ini PAS Permatang Pauh telah membuat kejutan dengan membuat kenyataan bahawa PAS akan meletakkan calon mereka pada PRK Dun Penanti sekiranya diadakan ekoran peletakkan jawatan ADUN disitu dengan pelbagai alasan.

Terbaru, Datuk Mustafa Ali (Pengarah Pilihan Raya PAS pusat) telah membuat kenyataan bahawa PAS akan memberi laluan kepada PKR untuk bertanding di kerusi DUN Penanti. PAS menghormati hak PKR untuk meletakkan calon mereka bagi mempertahankan kerusi DUN berkenaan walaupun disitu merupakan kubu kuat PAS.

PAS akan tetap memberi sokongan kepada PKR sebagai satu pasukan. Macam juga kawan, kita akan beri sokongan jika kawan kita bertanding. PKR dalam Pakatan, sudah pasti kita sokong dan kita yakin PKR mampu memenangi kerusi ini. Jika dilihat kepada 'track record' pilihan raya sebelum ini, kita menang dengan majoriti yang besar. Saya lihat kita tidak ada masalah yang besar kali ini.

Khalid Saman SPRM, Kerajaan Malaysia

MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim memfailkan saman terhadap SPRM, Ketua Persuruhjaya SPRM Ahmad Said Hamdan dan Kerajaan Malaysia. Beliau memfailkan saman itu berikutan kenyataan fitnah Ahmad Said bersabit penyenggaraan kereta peribadi Khalid dan pengagihan lembu korban pada Hari Raja Haji yang lalu.

Saman fitnah terhadap Ahmad Said difailkan oleh peguam Khalid, Sankara Nair di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang merujuk kepada kenyataan Ahmad Said sebagaimana yang disiarkan di akhbar New Straits Times bertarikh 21 Februari. Akhabar itu memetik Ahmad Said sebagai berkata SPRM kononnya mempunyai bukti salah laku yang melibatkan Khalid.

Sankara berkata Ahmad Said jelas melanggar tatakerja dengan membuat tuduhan melulu terhadap Menteri Besar Selangor itu. Ini kerana hanya Peguam Negara berhak membuat sebarang kenyataan mengenai berhubung isu2 pendakwaan dan pertuduhan.

Tindakan MACC secara langsung melanggar kuasa2 yang diberikan kepada badan itu dibawah Akta SPRM 2009 dan juga tatakerja mereka kepada Menteri Besar dan dalam melaksanakan tugas mereka.

Kenyataan Ahmad Said memberi gambaran bahawa klien beliau terbabit dalam amalan rasuah. Beliau juga menegaskan, tuduhan Ahmad Said bukan sahaja tidak berasas, tetapi berniat untuk mencemar nama baik Khalid Ibrahim dan pejabat MB Selangor. Sehingga ke hari ini, Peguam Negara tidak membuat sebarang pertuduhan terhadap Khalid.

Menentukan kecukupan bukti untuk pendakwaan terletak sepenuhnya dibawah bidang kuasa Peguam Negara dan tindakan SPRM menuduh sewenang-wenangnya secara jelas melanggar bidang kuasa Peguam Negara. Tuduhan Ketua Persuruhjaya yang disiarkan di dada-dada akhbar bersamaan seperti serangan terhadap klien dan mencemar nama baik beliau.

Saman fitnah terhadap Ahmad Said difailkan selepas Ketua SPRM itu enggan menjelaskan tindakannya menfitnah Menteri Besar Selangor. Khalid menuntut ganti rugi dan serta perintah injunksi ke atas Ahmad Said dan SPRM daripada mengulangi tuduhan2 itu secara bertulis dan lisan.

Kita tidak menyatakan jumlah spesifik yang mahu dituntut dari mereka. Bagi Khalid, soal wang ringgit bukan kepentingan, sebaliknya gantirugi ini sebagai pengajaran kepada mereka. Apa yang penting bagi beliau adalah membersihkan namanya dari tuduhan2 itu.

31 Mei Mengundi Di Penanti

Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon jatuhnya pada 23 Mei, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas ADUN PKR itu bagaimanapun tidak diseret ke mahkamah kerana SPRM tidak mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian.

Adakah Rakyat Tertarik Dengan Reform Najib?

Najib tanpa membuang masa telah mengotakan janjinya untuk membuat 'reform'. Dalam parti mahupun yang melibatkan rakyat. Reform yang UMNO telah pertontonkan buat masa ini kelihatan kurang jelas dengan maksud sebenar reform tersebut.

Kita mulakan dengan reform parti yang telah dilaksanakan oleh Najib. Lihatlah individu2 yang telah menjadi pilihan beliau seperti Rafidah Aziz, Ali Rustam, Shahidan Kassim serta beberapa nama lain. Inilah konon2nya antara pemimpin2 yang boleh merialisasikan perubahan.

Ramai yang berpendapat ini sebagai perubahan muka yang tidak akan menunjukkan 'usaha drastik' pembaharuan dalam UMNO. Ali Rustam yang paling terbaru disahkan terlibat dengan rasuah turut menjadi pilihan. Apakah mereka sudah ketandusan pemimpin yang 'bersih'? Majoriti rakyat juga berpendapat bahawa langkah ini tidak akan memberi sebarang impak kepada persepsi rakyat terhadap UMNO.

Reform yang melibatkan rakyat pula adalah mengenai 'Satu Malaysia'. Kenapa bila PR melaungkan tentang 'ketuanan rakyat', mereka kecoh mengatakan ianya merupakan satu pengkhianatan terhadap bangsa Melayu serta raja2 Melayu? Apakah rakyat tidak dapat menilai siapa yang tiru siapa mengenai slogan ini? Kemana hilangnya ketegasan serta kelantangan mereka sebelum ini?

Yang terbaru adalah mengenai pemansuhan 30% partisipasi bumiputera yang telah di hapuskan oleh Najib walaupun ianya bukan secara menyeluruh. Maka dengan ini, berakhirlah DEB kerana jika kita amati dalam DEB telah menetapkan dasar ekuiti 30% bumiputra tersebut.

Syabas Najib kerana berjaya menghapuskan DEB yang diperkenalkan oleh bapa beliau iaitu Razak. Kalau dulu UMNO dan pencacai UMNO menentang KM Pulau Pinang yang ingin menghapuskan DEB disana sehingga ada yang membuat laporan polis tetapi kenapa pencacai2 ini tidak buat benda yang sama sekarang?

Adakah ini akan menguntungkan UMNO dari pandangnan ahli2 UMNO? Sebelum ini Pengekalan Hak Keistimewaan Melayu merupakan asas sokongan Melayu terhadap UMNO. Mereka ingat dengan 'mencetak rompak' dari perjuangan PR, mereka dapat mengembalikan kepercayaan kaum2 lain dinegara ini, melayu dalam UMNO macam mana?

Apakah dengan langkah Najib ini akan lahirnya golongan 'penentang baru' dalam UMNO? Najib sanggup bekorban demi untuk menarik majoriti rakyat yang telah betul2 kecewa kepada UMNO/BN.

Rakyat lebih selesa dengan 'perjuangan asli' yang telah dibawa oleh PR yang kebanyakan ideanya adalah datang dari Ketua Umum PR iaitu DSAI. Mereka tidak akan memandang kepada reform yang dilihat lebih kepada 'mencetak rompak' daripada PR....

26 April 2009

Berhenti Dari Memburukkan Tengku Temenggong

Dato' Husam Musa (Anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan)

Beliau berharap media tempatan dan luar negara menghentikan tindakan memburukkan rumahtangga Tengku Temenggong Kelantan. Ini kerana hubungan baginda dengan isterinya kelihatan sentiasa mesra sejak berkahwin tahun lalu.

Sebelum ini pasangan diraja tersebut sering hadir pada program anjuran pihak istana dan kerajaan negeri. Jadi tidak timbul lagi ia berlaku sebagaimana dilaporkan sesetengah media sebelum ini.









Bukti yang terbaru, Tengku Muhammad Fakhry Petra (Tengku Temenggong) bersama isteri, Cik Puan Temenggong (Manohara) yang berasal dari Indonesia telah berangkat ke majlis kenduri kesyukuran di rumah beliau sempena menyambut menantu iaitu isteri (Indah Purnama Sari-19) kepada anak sulungnya (Ahmad Syafi-21)yang juga berasal dari Indonesia di Kampung Kota semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berharap pihak tertentu supaya tidak lagi menyebar berita negatif terhadap pasangan terbabit. Biarkan pasangan diraja berkenaan hidup dengan aman dan melayari bahtera rumah tangga mereka tanpa campurtangan daripada pihak lain.


Krisis Perak Misi Terancang Umno/BN

Krisis politik Perak yang berlanjutan sejak 5 Februari lalu adalah satu misi terancang yang didalangi dan dicetuskan oleh Umno dan Barisan Nasional menurut pengerusi biro undang-undang DAP Perak, Nga Hock Cheh.

Beliau yang berucap sebagai salah seorang ahli panel Jumaat lalu pada forum bertajuk “Perak and BN Government: Legal or Constitutional Grab” anjuran National Press Club kelmarin memberitahu kemelut politik itu adalah angkara tidak sabar Umno dan BN untuk berkuasa di Perak setelah Pakatan Rakyat dinobatkan sebagai kerajaan mutlak pilihan rakyat menerusi Pilihan Raya Umum ke 12 Mac tahun lalu.

Nga yang merupakan seorang peguam kanan menyifatkan krisis politik Perak sebagai satu tragedi yang menimpa rakyat negeri itu.

Menurut Nga lagi tindakan meletak jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mat Radzi, ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu, kedua-duanya daripada Parti Keadilan Rakyat, serta ADUN Jelapang daripada DAP, Hee Yit Foong adalah titik tolak kepada rancangan rampasan kuasa Umno dan BN yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini.

Beliau mengandaikan rampasan kuasa itu sebagai seekor lembu yang dilepaskan dari tali pengikatnya.

Peristiwa kudeta haram itu kata beliau lagi tidak berhenti di situ sahaja tetapi dalam masa yang sama turut mengheret institusi raja-raja, bidang legislatif yang diketuai Speaker dan institusi kehakiman.

Jelas Nga pembabitan ketiga-tiga pihak termasuk kuasa eksekutif sebenarnya tidak banyak membantu untuk menyelesaikan kemelut politik secara adil malah ia semakin menyulitkan keadaan sehingga mendedahkan peranan badan kehakiman yang kelihatan tidak lagi berkecuali.

Beliau yang yang menjadi salah seorang anggota panel peguam Speaker, V. Sivakumar menyimpulkan bahawa krisis tersebut itu hanya dapat diselesaikan jika merujuk semula kepada rakyat untuk membuat penentuan mutlak.

Nga berkata hanya pilihan raya mampu menyelesaikan masalah dan jika ini berlaku tidak ada siapa yang akan mempersoal dan mempertikaikannya.

Sehubungan itu beliau menafikan dakwaan seorang anggota panel forum, Datuk Shafee Abdullah yang mengatakan krisis politik bermula sejak 8 Mac tahun iaitu selepas keputusan pilihan raya umum lalu.

Lebih 2,000 orang menghadiri forum yang diadakan di Dewan Bandaran Ipoh.

(TVA)

Jangan Urus PKR Seperti 'Kedai Runcit'

Editor Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, yang telah dikeluarkan waran tangkap oleh mahkamah kelmarin, terus memuatkan tulisan beliau sambil menggesa pengunjungnya agar memberi komen yang konstruktif, bukannya ulasan yang boleh ‘memusnahkan’ laman web tersebut.

Malah, Raja Petra yang kini berada dalam “buangan kendiri” di luar Selangor ekoran perselisihan dengan Kerabat Diraja negeri itu menekankan, Malaysia Today bukan merupakan laman web yang propembangkang ataupun antikerajaan semata-mata.

Selain itu, dalam tulisannya semalam beliau menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menguruskan parti itu seakan-akan sebuah kedai runcit.

Beliau mengemukakan pandangan itu bagi mewajarkan bahawa Malaysia Today bukan laman web yang memuji atau mengecam satu-satu pihak sahaja.

“Tidak… Malaysia Today bukan propembangkang dan antikerajaan semata-mata.

“Apatah lagi bukan kesemua negeri berada di bawah Barisan Nasional (BN). Beberapa negeri berada bawah Pakatan Rakyat.

“Jadi, Pakatan Rakyat juga kerajaan. Dan, kita kita mengkritik kerajaan-kerajaan negeri, bermakna Paktan Rakyat,” katanya.

Walaupun Pakatan Rakyat hanya berusia setahun, berbanding BN, terdapat aspek yang sudah cukup untuk dikritik.

Sebagai contoh katanya, Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, mengendalikan PKR sebagai ‘entiti kawalan peribadinya’.

“Kemungkinan 10 tahun lalu, pada 1999, ia mungkin boleh diamalkan. Ketika itu, Parti Keadilan seperti kedai runcit. Jadi anda boleh kendalikan parti seperti kedai runcit,” katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, sepanjang satu dekad yang lalu PKR telah berkembang daripada sebuah “kedai runcit menjadi pasar raya besar.”

“Tetapi Anwar masih menguruskan parti ini seperti kedai runcit, bukan seperti pasar raya besar yang ia telah berkembang sehingga sekarang,” katanya lagi.

Beliau tidak merujuk kes-kes khusus bagi menggambarkan amalan “kedai runcit” di pihak Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sehingga 1998.

Sambil menekankan ia sebagai satu kegagalan Anwar, Raja Petra menulis lagi, “beliau (Anwar) menganggap beliau sebagai pemimpin seorang yang bagus.”

“Seorang pemimpin yang bagus bukan hanya mengendalikan partinya seorang diri. Seorang pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang menguruskan orang dalam parti,” jelas Raja Petra yang pernah digambarkan sebagai penyokong kuat Anwar dan PKR serta Pakatan Rakyat.

Oleh itu tambah beliau, Anwar mesti belajar untuk menguruskan orang-orang di bawahnya dengan baik.

“Terdapat ramai yang berbakat dalam partinya. Turunkan tanggungjawab kepada mereka dan biarkan mereka menguruskan parti menggunakan kebijaksanaan dan pertimbangan masing-masing,” katanya.

Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap Raja Petra selepas beliau tidak hadir untuk perbicaraan kes hasutannya kelmarin.

Hakim Rozina Ayob juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada isteri Raja Petra, Mable @ Marina Lee, selaku penjamin.

Peguam Raja Petra, J. Chandra memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak dapat menghubungi anak guamnya dan tidak dimaklumkan mengenai sebab penulis blog itu tidak dapat hadir.

Bagaimanapun, katanya, Raja Petra menulis alasannya pada blognya pagi kelmarin dengan menyatakan bahawa diri dalam buangan daripada negeri Selangor kerana ada isu dengan Sultan Selangor.

Raja Petra, 59, didakwa menerbitkan satu artikel bertajuk “”Let’s Send Altantuya Murderers To Hell” yang mengandungi ayatayat menghasut di laman web http://www.Malaysia Today.com.Dia didakwa melakukan perbuatan itu dirumahnya di No.5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, pada 25 April tahun lepas.

Rozina menetapkan 22 Mei untuk sebutan kes.

(Malaysia Today)

25 April 2009

Zaid Sahut Cabaran Rais !

Zaid Ibrahim menerima cabaran Rais Yatim untuk berdebat. Beliau sanggup pada bila2 masa dan di mana saja tetapi Rais mestilah menyatakan secara spesifik apa perkara yang hendak diperdebatkan. Sekiranya diadakan, seharusnyalah disiarkan secara langsung oleh RTM, stesen tv yang dikuasai kerajaan.

Rais dilihat kurang senang dengan kenyataan2 Zaid yang menghentam dan mengkritik bos barunya, Najib terutama melalui media asing. Oleh itu, Rais mencabar Zaid untuk berdebat di khalayak ramai jika beliau yakin dakwaan terhadap Najib itu benar.

Kita berharap debat terbuka antara Rais dan Zaid akan menjadi kenyataan dan orang ramai seharusnya diberi peluang menonton perdebatan antara 2 tokoh undang2 itu melalui siaran langsung RTM. Selaku menteri yang mengawal selia Jabatan Penyiaran, sudah tentu tiada masalah bagi Rais untuk mengarahkan RTM berbuat demikian. Jangan cakap tak serupa bikin.

24 April 2009

Rais Jamu Bloggers Di Restoran Mewah

Dalam usaha merapatkan hubungan dengan bloggers tanahair, kira2 50 blogger dibelanja makan malam oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim di Restoran Seri Melayu, sebuah restoran mewah di Kuala Lumpur. Makan malam itu dianjurkan sebagai tanda sokongan kerajaan kepada budaya media baru yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Menurut kenyataan rasmi Kementerian itu, Rais mahu menggunakan peluang itu untuk 'beramah-mesra dengan para blogger'. Walaupun majlis ini diketahui umum namun media dihalang dari membuat liputan keatas majlis itu. Ini menimbulkan spekulasi majlis khas tersebut hanya diadakan bagi blogger2 terpilih atau yang pro-UMNO/BN.

Antara bloggers yang hadir adalah Abdul Kadir Jasin, Ahiruddin ‘Rockybru’ Atan, Ruhanie Ahmad, Ibrahim Yahya, yang juga Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Nuraina Samad dan Syed Akbar Ali. Apa yang menarik, blogger yang membuat kritikan terhadap kerajaan tidak kelihatan.

Sepanjang makan malam itu, Rais dilaporkan berkata: "kawan2 saya memberitahu tidak kurang dari 5,000 blogger yang serius menyuarakan pendapat mereka dalam pelbagai isu. Sebahagian dari mereka berhenti menulis untuk media arus perdana untuk menumpu blogging sepenuh masa. Di kalangan blogger ini adalah anak2 kita sendiri, mahasiswa dan pengajar, yang membentuk kelompok kritikal dalam masyarakat kita".

Beliau memohon blogger2 yang hadir untuk memuji kerajaan bila pujian itu wajar diberikan, terutamanya apabila kerajaan melaksanakan dasar2 yang bagus. Beliau turut berkata kesahihan undang2 memantau dan mengawal media dan perhubungan di negara ini seperti Akta Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia 1998 tidak perlu dipertikaikan lagi. Undang2 ini tidak akan digunakan selagi blogger menjaga etika penulisan mereka.

"Terdapatnya aturan dan taktik tertentu untuk blogging yang sebenarnya sebahagian dari budaya kita sebagai Melayu dan Muslim. Antaranya adalah melaporkan apa yang betul dan adil, dan bukan memfitnah. Penting untuk blogger2 ternama menjaga kredibiliti, kerana kritikan mereka mudah diterima oleh orang-ramai," tambah Rais.

(TVA)

Sambil2 belanja pun, mesti ada agenda yang tersembunyi sehinggakan media pun dilarang membuat liputan semasa majlis tersebut. Seronokkan jadi blogger yang tak mengkritik kerajaan, dapat makan ditempat yang mewah2. Betul juga Pak Rais ni, kan beliau menteri yang telah dilantik oleh PM baru. Mustahil untuk menjemput para bloggers yang menghentam kerajaan boss baru beliau.

Kenyataan Media Mohammad Fairus

KENYATAAN MEDIA

YB MOHAMMAD FAIRUS KHAIRUDDIN

24 APRIL 2009

Saya dengan penuh tawaduk merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT dengan segala Keagungan dan KebesaranNya yang telah menganugerahkan keadilan dan pembelaan terhadap kebenaran saya.

Pengumuman SPRM yang telah membebaskan saya dari segala tuduhan itu adalah suatu manifestasi kebenaran saya yang telah selama ini saya pertahankan. Ternyata usaha keji pihak-pihak tertentu yang telah menabur fitnah hingga menyebabkan luka terhadap saya, keluarga dan Parti Keadilan Rakyat tidak diizinkan Allah untuk menyanggah kebenaran saya. Syukur, Alhamdulillah.

Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu, ahli-ahli politik serta media-media tertentu yang telah mengaibkan serta menabur fitnah terhadap saya. Saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku ADUN N12 Penanti serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Ketua Umumnya; Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini yang telah memberikan kejayaan kepada saya dalam membela kebenaran saya telah memberi kekuatan baru kepada diri saya sendiri, keluarga dan seluruh pencinta kebenaran dan keadilan. Sesungguhnya bernarlah firman Allah SWT di dalam Al Quran yang mafhumnya berbunyi “…Dan apabila datangnya al Haq(Kebenaran) itu, maka kebathilan pasti akan musnah.”

Salam Perjuangan.

Yang Benar,

MOHAMMAD FAIRUS BIN KHAIRUDDIN.

NO K/P: 760702-07-5413

Apa Hal PAS Permatang Pauh Mengecoh?

Apa sekalipun alasan yang hendak dilemparkan oleh PAS Permatang Pauh ia sudah terkeluar garisan. Sebodoh-bodoh ahli PKR pun tidak pernah terfikir perkara sebegini boleh direncana oleh ahli-ahli PAS diPermatang Pauh.

Kesimpulannya siapapun tidak percaya ada satu bentuk tindakan serupa ini. Memang benar tidak adapun perjanjian secara resmi yang sesuatu kawasan Pilihanraya itu ditandingi oleh PAS, PKR atau DAP. Tetapi bukankan persefahaman yang telah diputuskan dalam PRU 12 itu yang telah membawa sedikit sebanyak kejayaan?

Jika sekiranyalah PAS Permatang Pauh mengatakan pembahagian kerusi di-kawasan ini tidak adil dimana PAS hanya diperuntukkan satu (1) kerusi DUN sahaja sedangkan PKR mendapat satu (1) Parlimen dan dua (2) DUN. Bagaiman pula di Lenggong dimana PAS selain mendapat kerusi Parlimen juga mendapat kerusi DUN (Kenering)? Sedangkan PKR hanya mendapat DUN Kota Tampan sahaja. Disini jelas para pimpinan diperingkat atasan sangat praktikal dalam keputusan mereka.

Pada hemat saya ini adalah agenda orang-orang tertentu yang mempunyai kepentingan di Penanti. Untuk memastikan rancangannya memperoleh kejayaan sesuatu usaha untuk dapat meresap kedalam PAS Permatang Pauh perlu dilakukan. Saya tidak percaya pada satu pendapat yang kaitkan dengan pemilihan kepimpanan PAS

Ini Agenda tempatan semata. Mungkin ada imbuhan tertentu dijanjikan. Walau bagaimanapun Kepimpanan PAS mesti memandang serious gejala ini. Kita kena faham memang ada yang mahu melihat kapal kita pecah. Para Ikan Yu yang sedang kebuloran sedang mengelilingi kita. Saya juga tidak suka membangkitkan hal-hal kesefahaman dimana ada ketikanya kita terpaksa akur dan memberi laluan atas kehendak pimpanan demi menjaga keharmonian.

Jika ahli-ahli PAS boleh sendiri-sendiri menentukan kehendak mereka saya percaya ianya akan dicontohi oleh ahli-ahli parti lain dalam Pakatan. Dimasa itu siapa yang bertepuk tangan paling kuat?

Ahmadzawawi

Apakah Kesan Daripada Keputusan SPRM?

SPRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa Mohammad Fairus Khairuddin telah didapati tidak terlibat dalam penyelewengan yang membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Adakah rakyat boleh menerima 100% keputusan yang telah dibuat oleh SPRM ini? Kalau sebelum ini SPRM dilihat hanya akan menyegerakan penyiasatannya keatas kes2 yang melibatkan individu2 dari PR sahaja.

Ada juga yang berpendapat, dengan tindakan SPRM sebelum ini hanyalah untuk memberi tekanan dan memburukkan nama pemimpin PR supaya meletakkan mereka di dalam keadaan tertekan untuk melepaskan jawatan.

Satu kejutan dimana kes Fairus ini telah disiapkan dalam masa yang singkat serta didapati tidak bersalah.

Bila Ketua AMK Kepala Batas muncul dalam TV3 Suku yang telah membuat dakwaan tersebut, barulah pimpinan tertinggi PKR segera menyiasat. Apakah hasil siasatan mereka sehinggakan Fairus terpaksa melepaskan semua jawatan? Sekiranya Fairus tak bersalah, kenapa kita patut mengalah? Apakah dengan mengalah, isu ini akan selesai?

DSAI sendiri dilihat begitu sukar untuk bertindak sedangkan isu ini sudah lama diajukan kepada beliau. Mungkin benar pendapat beliau yang mengatakan bukti belum cukup dan memungkinkan ada unsur irihati. Semasa Fairus melepaskan jawatan TKM 1 dan exco, beliau mengatakan Fairus hanya melepaskan 2 jawatan tersebut, tetapi tidak sebagai ADUN Penanti. Selang beberapa hari, barulah kedengaran yang Fairus juga meletakkan jawatan sebagai ADUN dengan alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah.

Adakah benar ini adalah satu pengkhianatan keatas Fairus? Samada benar wujudnya pegkhianatan diatas rasa irihati, atau Fairus sebenarnya memang terlibat, PKR terpaksa hadapinya dengan berhati-hati. Mungkin ada satu muslihat terancang yang mahu membuatkan PKR terutamanya di Pulau Pinang berpecah.

Jadi, apakah keputusan yang akan SPR umumkan pada Isnin ini mengenai PRK DUN Penanti? Walau apapun, kita serah kepada Ketua Umum PKR dan PR bagi menyelesaikan isu ini agar ianya tidak akan memberi kesan yang buruk kepada PKR amnya serta PR umumnya.

Yang saya kagum dengan Fairus ini walaupun pelbagai desas-desus kedengaran ialah, beliau masih lagi tidak melompat buat masa ini dan tidak pernah muncul dalam tv bagi memburuk-burukkan PKR mahupun PR.

23 April 2009

Media Indonesia Dilarang Tanya Najib Tentang Manohara

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengelak menjawab soalan mengenai dakwaan 'kehilangan' bekas model, Manohara Odelia Pinot, sewaktu berada di Jakarta untuk bertemu dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono hari ini.

Wartawan yang membuat liputan sidang akhbar selepas pertemuan mereka, tidak dibenarkan bertanya mengenai kes tersebut.

Sewaktu sidang akhbar itu berlangsung, ibu Manohara - Daisy Fajarina - pula mengadakan sidang akhbarnya untuk merayu kepada Najib supaya membantu mencari anaknya itu, lapor AFP.

Manohara berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan, tahun lalu.

Daisy mendakwa anaknya mengalami deraan fizikal dan emosi oleh suaminya, yang didakwa bersama Manohara di Malaysia tanpa kerelaan anaknya.

"Sebagai perdana menteri Malaysia yang baru, saya menggesa Najib menyiasat dan mempertahankan kebenaran dan hak kami," kata Fajarina di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Wanita Indonesia.

"Saya hanya mahu anak perempuan saya dibebaskan... sebagai seorang ibu saya mempunyai hak untuk bertemu anak saya," tambahnya.

Daisy pengsan apabila beliau diserbu oleh para wartawan Indonesia yang memberi liputan meluas mengenai kisah Manohara itu.

(AFP)






Kenapa RPK terpaksa Menghilangkan Diri..?

Bloger Raja Petra Kamaruddin hari ini berkata beliau terpaksa “menghilangkan diri” buat sementara kerana percaya dirinya akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk kali ketiga.

Raja Petra juga berkata beliau bertelingkah dengan Sultan Selangor berhubung pendiriannya bersabit kemelut politik di Perak dan telah bertindak keluar dari negeri itu. .

Blogger popular itu berkata, sebagai seorang kerabat diraja Selangor, beliau memutuskan untuk keluar dari Selangor, selaras dengan hukuman ke atas kerabat negeri yang dianggap derhaka kepada Sultan.

Atas dua sebab itu, Raja Petra berkata beliau tidak dapat hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini untuk membolehkan kerajaan mendakwanya di bawah Akta Hasutan.

Blogger berusia 57 tahun itu dijadual dihadapkan ke mahkamah kerana artikelnya bersabit pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.

Rencana itu mengaitkan pembunuhan Altantuya kepada isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor dan dua pegawai tentera.

Mahkamah Sesyen seterusnya mengeluarkan waran tangkap ke atas Raja Petra kerana gagal hadir untuk kes berkenaan.

Raja Petra berkata sebelum ini beliau ditahan di bawah ISA bersabit artikel sama. Selain itu, beliau turut menghadapi pertuduhan jenayah di mahkamah Kuala Lumpur kerana menulis fakta-fakta sama berhubung pembunuhan Altantuya.

“Perkembangan masa kini tidak menyakinkan saya bahawa saya akan menerima pengadilan yang saksama,” kata Raja Petra dalam laman Malaysia Today.

Beliau juga berkata setelah ditahan dibawah ISA dua kali, “saya tidak akan memudahkan tugas mereka untuk menahan saya buat kali ketiga. Saya juga tidak mahu didakwa atas tuduhan derhaka yang boleh membawa kepada hukuman gantung,” sebagaimana yang berlaku kepada ahli Al Maunah, kata Raja Petra.

(Malaysia Today)

Najib Mansuhkan Kuota Melayu Dalam Sektor Perkhidmatan Awam

Perdana Menteri yang baru, Najib Razak hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan. (Sila baca petikan berita di bawah)

Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?

Apabila Najib mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:

1. Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?
2. Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?
3. Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?
4. Dimanakah Prowaris?

Apa lagi yang Najib tak lakukan?

Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.

Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.

Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.

Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.

Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!

(Amin Iskandar)

Adnan Tetap Kena Bayar RM63 Juta

Syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. (Seruan Gemilang) mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob membayar dahulu saman sebanyak RM63 juta sebelum mengemukakan permohonan rayuan.

Pengarahnya, Saiyeed Ali Al-Habsyee berkata, Adnan sepatutnya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang memberi tempoh 14 hari mulai Isnin lalu untuk membuat bayaran tanpa penangguhan.

Dalam kenyataan Adnan semalam (kelmarin), beliau menegaskan bahawa defendan dalam kes ini masih ada ruang untuk membuat rayuan atau mengenepikan keputusan mandamus yang dikeluarkan oleh Hakim Datuk Abd. Halim Aman Isnin lalu.

"Sepatutnya defendan membuat bayaran dahulu dan disusuli permohonan rayuan atau tindakan lain," katanya kepada pemberita pada sidang media di pekarangan Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Akhbar semalam melaporkan permohonan Kerajaan Pahang untuk mengetepikan keputusan saman sebanyak RM63 juta oleh syarikat tersebut akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini Jumaat ini.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Adnan melunaskan bayaran RM63 juta kepada Gemilang dalam tempoh 14 hari berhubung satu kes melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di kawasan seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar, Pekan.

(Kosmo)


Benar Atau Tdak Isu Manohara?

Malaysiakini telah melaporkan seorang kerabat Kelantan didakwa mencederakan isterinya Manohara Odelia Pinot, bekas model muda Indonesia. Mengapa cerita ini timbul disaat negara kita sedang menghadapi keadaan politik yang sedang berkocah?

Sekiranya benar, ini amat memalukan negara kita terutamanya negeri Kelantan. Tapi bagi saya, cerita yang sebegini terutama ianya timbul disaat politik negara sedang berkocah, sebenarnya sukar untuk dipercayai dengan mudah.

Apakah ada agenda lain yang bertujuan merosakkan nama baik dan pada masa yang sama turut menjerat keluarga Di Raja Kelantan? Ataupun ada pemimpin2 politik yang cuba cetuskan isu bagi mengalih perhatian rakyat dinegara ini?

22 April 2009

PRK Kepala Batas & Usukan Serentak..?

PERLETAKAN jawatan Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2 April lalu akan diikuti dengan persaraannya sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas yang diwakilinya selama lapan penggal atau 30 tahun.

Sabahkini.net menerima maklumat daripada sumber dalaman Umno, berhubung ura-ura Tun Abdullah akan mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen selewatnya pada awal Jun 2009 iaitu menjelang sidang Dewan Rakyat.

“Pada rancangan awal beliau sepatutnya meletakkan jawatan Ahli Parlimen Kepala Batas ketika melepaskan jawatan Perdana Menteri. Agak ganjil juga jika beliau yang berpangkat Tun duduk bersama-sama dengan Ahli Parlimen lain di DEwan Rakyat,” kata sumber tersebut memaklumkan Sabahkini.net.

Sumber tersebut juga menyebut, pilihanraya kecil (jika kerusi diistiharkan kosong) akan diadakan serentak dengan Kerusi Dewan Undangan Negeri Usukan kerana desakan daripada pelbagai pihak agar Japlin meletakkan jawatan sebaik sahaja didakwa di mahkamah setelah diikat jamin sebanyak RM100,000 kerana terlibat dengan politik wang.

Bagaimanapun sumber tersebut tidak menyatakan tarikh tepat Kerusi Usukan akan dikosongkan kerana BN yakin tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan kubu kuat UMNO berkenaan.

“Kita masih menunggu pengesahan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sabah,” ujar sumber tersebut yang mengakui Japlin tidak dapat diterima umum sebagai usaha untuk membersihkan rasuah di dalam era Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

Mengikut sejarah, Pak Lah mula menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas sejak tahun 1978 menjadikannya antara Ahli Dewan Rakyat paling lama berkhidmat iaitu selama lapan penggal berturut-turut.

Pak Lah pernah digugurkan daripada Kabinet mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1987 walaupun memenangi jawatan Naib Presiden Umno kerana beliau mewakili Team B yang diketuai oleh Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah namun beliau tidak menyertai Semangat 46.

Karier Pak Lah melepasi zaman gerhana selepas memenangi pertandingan Naib Presiden Umno pada 1990 menyebabkan Tun Dr Mahathir tiada pilihan dan terpaksa melantik beliau ke Kabinet sebagai Menteri Luar.

Sejak daripada itu bintang beliau terus bersinar sehingga akhirnya dilantik ke jawatan tertinggi negara sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003 selama lima tahun, lima bulan dan tiga hari.

(Sabahkini)










Benarkah Permasaalahan Dalam PR Wujud?

Baru2 ini media arus perdana mahupun alternatif ada menceritakan kisah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng secara peribadi menyatakan perasaan kurang gembira kerana DSAI tidak memaklumkan kepada beliau mengenai peletakan jawatan Mohammad Fairus.

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussin Ali pula meminta agar Lim tidak melanjutkan lagi perbincangan melalui media mengenai isu yang sama. Ini kerana ia hanya menguntungkan pihak lawan. Hari ini Lim menganggap masalah antara beliau dan DSAI telah selesai. Beliau mengesahkan bahawa DSAI telah memohon maaf.

Jadi, mulai hari ini semua pihak hendaklah berhenti dari mencana isu ini. Bagi saya, PR sejak kebelakangan ini seperti ada yang tak kena. Permasaalahan dalaman dilihat semakin menjadi-jadi.

Terbaru Malaysiakini pula melaporkan selepas DAP dan PKR, kini PAS pula dengan PKR. Dalam mesyuarat agung PAS Permatang Pauh hujung minggu lalu, semua 115 perwakilan sebulat suara menyokong usul agar PAS bertanding di DUN Penanti.

Usul tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehari selepas itu dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur. PAS kawasan menolak sikap PKR yang memaksa Mohammad Fairus - telah melepaskan jawatan exco dan timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang - meletakkan ADUN pula sehingga PRK terpaksa diadakan.

Jadi, sekiranya benar isu terbaru ini, parti lawan dilihat tidak berseorangan mengenai pendapat bahawa mereka tidak berpuas hati dalam keadaan terpaksa menghadapi PRK ini. Kenapa suasana ini boleh berlaku? Dalam PR sendiri sudah saling mencurigai? Sekiranya beginilah sikap parti2 koponen dalam PR, nescaya Najib akan membuat 'kenduri besar' kerana kerajaan beliau akan terus kekal memerintah!

Apakah parti komponen dalam PR tidak percaya bahawa tindakkan ADUN Penanti melepaskan jawatan demi kepentingan rakyat? Bukankah kita tidak mahukan pemimpin yang ada 'penyakit'? Benar atau tidak, tuan empunya diri tidak pula sibuk2 menghentam parti beliau. Sepatutnya beliau yang bertindak sedemikian.

Cuba kita ingat kembali, DSAI sediri tidak terburu-buru untuk memutuskan perkara ini. Sedangkan isu ini sudah lama kedengaran. Beliau telah berkata bahawa bukti tidak cukup serta tidak mustahil ADUN Penanti ini disabotaj oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Cuma selepas ketua AMK Kepala Batas membuat sidang media dalam TV3 Suku, kes ini terpaksa diputuskan dengan kadar segera.

Disini kita boleh lihat, DSAI sebenarnya tidak mahu bertindak tanpa ada bukti yang kukuh. Dalam kenyataan beliau sendiri semasa Fairus menghantar surat peletakan jawatan sebagai TKM 1, beliau mengatakan Fairus ingin menyambung belajar keluar negeri. Sedangkan pada masa itu majoriti telah dapat mengagak siapa sebenarnya yang terlibat dalam skandal rasuah batu kuari.

Sekiranya isu ini tidak benar, saya memohon maaf. Tapi kalau nak dikira, Malaysiakini adalah media alternatif yang sama rata. Harus diingat kepada semua pemimpin, ahli, pendokong serta pengikut PR, sekiranya kita tidak dapat bersabar dengan dugaan serta segala tektik kotor pihak lawan, nescaya rakyat yang ingin melihat perubahan yang diimpi-impikan selama ini teramat kecewa kepada PR.

UMNO/BN tidak dapat ditumbangkan sekiranya PR yang menjadi harapan rakyat hari ini terpecah disaat-saat akhir untuk menghampiri kemenangan. Teruskan perjuangan, perbaiki kelemahan, selesaikan segala permasaalahan dan mantapkan Pakatan......


21 April 2009

Antara Keberanian Fairus dan Ketamakan J.O.H.N.

Tindakan UMNO/BN merampas kuasa dengan menumbangkan kerajaan sah pilihan rakyat daripada PR Perak 5 Februari lalu mempunyai implikasi politik yang amat mendalam ke atas negeri itu yang berlarutan sehingga kini tanpa nampak penyelesaian yang telus walaupun tanda2 ke arah tersebut semakin nyata.

Apa pun UMNO/BN berjaya mendalangi kerja kotor mereka melalui penderhakaan 3 ADUN Negeri PR iaitu ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu, ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi, kedua-duanya daripada PKR dan ADUN Jelapang daripada DAP, Hee Yit Foong. Seorang lagi, ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR beberapa hari sebelum rampasan kuasa kerajaan negeri Perak telah menyertai semula UMNO.

Beberapa hari lalu ADUN Penanti daripada PKR, Mohammad Fairus Khairuddin pula meletak jawatan secara mengejut walaupun sudah dijangka sejak beliau melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang 8 April lalu.

Dengan serta merta PM, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tindakan Fairus itu sebagai "political ploy" atau permainan politik dan mengumumkan pada masa yang sama kemungkinan BN tidak akan menyertai PRK yang bakal diadakan dalam tempoh 60 hari demi mengelakkan pembaziran.

Lain pula nada beliau apabila 3 ADUN dari Perak melompat dari PR untuk menjadi wakil bebas tetapi menyatakan sokongan terhadap BN. Beliau berkata itu adalah hak ketiga-tiga ADUN tersebut serta Datuk Nasaruddin untuk memilih parti mana yang mereka sokong. Jadi apakah persamaan yang dimiliki oleh kesemua ahli politik ini dan pula perbezaan antara tindakan Fairus, Jamaluddin, Osman, Hee dan Nasaruddin?

Berbeza dengan Fairus yang secara terhormat meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan juga ADUN Penanti, Jamaluddin, Osman, Hee dan Nasaruddin atau akronimnya J.O.H.N. meninggalkan parti mereka melalui cara yang dianggap rakyat sebagai hina, tidak berprinsip, tidak bermaruah dan mudah di beli dengan wang ringgit dan tarikan material.

Walaupun Fairus sedang disiasat oleh SPRM berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang beliau memilih untuk menyelamatkan imej dan masa depan parti serta nama baik beliau dan keluarga dengan melepaskan kesemua jawatan dalam kerajaan.

Alasan yang diberi pula adalah munasabah, iaitu untuk menyambung pelajaran pasca siswazahnya serta memberi tumpuan kepada keluarga. Beliau tidak boleh disabitkan dengan kesalahan rasuah selagi SPRM belum selesai menjalankan siasatan dan pendakwaan belum dibuat terhadap beliau.

Sebenarnya Fairus mempunyai banyak opsyen, sekiranya mahu kekayaan melimpah ruah melalui tawaran wang ringgit dan projek beliau boleh terus melompat kepada UMNO atau menjadi ADUN Bebas atau mengumumkan keluar parti. Namun beliau memilih jalan yang lebih payah tetapi tetapi kaya dengan nilai moral, integriti dan maruah yang tinggi. Tindakan Fairus hanya membangkitkan kemarahan Umno dan BN bukannya kemarahan rakyat.

UMNO/BN marah kerana mereka tidak mampu lagi berhadapan dengan satu lagi kekalahan yang memalukan setelah dihukum rakyat di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Bagi UMNO/BN, kekalahan di Penanti sekiranya mereka bersetuju bertanding bererti kepimpinan Najib dan gagasan BN ditolak secara mutlak oleh rakyat Semenanjung Malaysia.

Dengan kenyataan Najib bahawa BN mungkin tidak bertanding di Penanti sudah cukup meghadiahkan kekalahan moral kepada Umno dan BN dan kemenangan hakiki kepada PR. Bagaimana pula dengan tindakan J.O.H.N.? Senario politik Perak dikatakan bermula dengan misteri kehilangan mereka bertiga.

Jamaluddin dan Osman menghilang diri atau dihilangkan sejak 26 Januari dan membuat deklarasi pada 3 Mach bahawa mereka kini berstatus ADUN Bebas. Pada masa yang sama Hee juga dilaporkan hilang apabila gagal menghadiri satu majlis anjuran DAP lantas mencetuskan khabar angin beliau telah melompat parti.

Tindakan Hee agak mengecewakan kerana gagasan PR sahajalah yang sanggup meletakkan Hee pada kedudukan yang tinggi bukan sahaja sebagai ADUN malah lebih daripada itu apabila dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri wanita daripada golongan OKU yang pertama di Malaysia.

Begitu juga dengan nasib Datuk Nasaruddin yang bersungguh-sungguh berkata beliau meninggalkan UMNO kerana tidak tahan dengan kepimpinan yang disaluti rasuah dan menyatakan UMNO menuju kepada kehancuran disebabkan itu. Lebih kurang seminggu menyertai parti barunya, PKR, beliau dilaporkan menyertai semua parti yang dicercanya sebelum itu.

Pada 4 Februari seperti yang dijangka rakyat Perak keempat-empat ADUN tersebut muncul di Sri satria, kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Najib. Beliau tanpa segan silu di atas perbuatan yang dilakukan dengan politik kotor yang diamalkan dengan membeli, merasuah, mengugut dan menculik ADUN2 tersebut lantas mengumumkan bahawa mereka kini memberi sokongan padu kepada BN.

Melihat kepada 2 senario antara apa yang dilakukan oleh Fairus dan apa yang dirancangkan oleh kumpulan J.O.H.N., nyata perbezaannya adalah antara langit dengan bumi, antara prinsip dan sifat tamak haloba, kesetiaan dan penderhakaan, politik pro-rakyat dan politik kedurjanaan.

Fairus melakukan apa yang dilakukan demi parti dan rakyat, supaya parti selamat dan terus utuh dan memulangkan mandat kepada rakyat agar memilih pemimpin yang terbaik bagi mereka. J.O.H.N. pula memilih periuk nasi mereka yang mendahului kehendak, kepentingan dan aspirasi rakyat.

(TVA)






UMNO/BN TEWAS DALAM KEMENANGAN

Selepas saja Che Det menghentam Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dengan memecat beliau dengan gelagat diktatornya serta mengaibkan beliau dengan pertuduhan yang tidak masuk akal dek majoriti rakyat marhaen, UMNO/BN dilihat seumpama 'tewas dalam kemenangan'.

Sejak daripada itu, UMNO/BN hanya dilihat begitu mendapat mandat daripada rakyat selepas Pak Lah mengambil alih peneraju negara daripada Che Det semasa menghadapi PRU-11. Selepas kita menghadapi PRU-12 yang telah mengejutkan UMNO/BN, setiap kali diadakan PRK, mereka tewas (hanya menang di Batang Ai).

Mungkin kerana ini, Che Det beranggapan suasana kemenangan besar UMNO/BN pada PRU-11 akan berulang lagi dengan kejayaan beliau menekan agar Pak Lah turun sebelum dari tamat tempoh dan mengangkat Najib yang umpama anaknya sebagai PM.

Selepas sahaja Pak Lah mengambil-alih jawatan daripada Che Det, beliau terus mengambil langkah berani dan tegas iaitu membebaskan DSAI serta menggugurkan segala pertuduhan yang terpaksa ditanggung lagi oleh insan yang istimewa ini (DSAI). Kemarahan Che Det kepada Pak Lah memuncak lagi apabila Pak Lah dengan bertanggungjawab menghentikan projek Jambatan Bengkok dan Wliayah Iskandar.

Che Det dengan egonya telah keluar daripada parti UMNO dan menyerang Pak Lah dengan sengitnya. Yang kelakarnya beliau mengatakan bahawa UMNO menjadi 'teruk' adalah berpunca daripada Pak Lah. Apakah Che Det berpendapat melayu mudah lupa seperti beliau yang dilihat mudah pelupa? Che Detlah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan UMNO, membina UMNO dan meruntuhkan UMNO sekali lagi dan hari ini mahu membina sekali lagi pada lewat usianya.

Baru beberapa hari saja Najib menjadi PM,dengan angkuhnya beliau telah kembali ke pangkuan UMNO. Hari ini, suara Che Det begitu kerap kedengaran kembali dengan memberi komen2 mengenai pentadbiran negara dan bagaimana cara negara ini harus ditadbir. Beliau kini dikatakan sudah mula membayangi kepimpinan negara. Adakah pemimpin yang sebegini boleh membawa perubahan kepada UMNO/BN?

Projek Jambatan Bengkok dan Wlilayah Iskandar telah dikhabarkan akan disambung semula. Dengan langkah yang telah diambil, ini akan membuktikan lagi bahawa UMNO/BN telah kembali pada era Mahathir yang tidak mempedulikan istilah pembaziran. Yang penting bagi mereka, kekayaan 'wajib' dikaut seboleh yang mungkin tanpa mengira apakah masaalah yang akan timbul didepan hari.

UMNO seharusnya sedar bahawa antara pembaharuan yang perlu di buat tidak akan dapat dilaksanakan dengan mudah. Najib sendiri perlu mengambil iktibar bahawa perubahan yang mahu dilaksanakan akan sedikit sebanyak mencalar kedudukan UMNO dahulu atas alasan kepahitan ubat bagi menawar penyakit.

Kedudukan UMNO yang tenat sekiranya di banding dengan keadaan dan kedudukan mereka sebelum ini. Perubahan di perlukan tetapi bentuk2 perubahan yang dapat di terima bukan sahaja oleh ahli UMNO malah oleh semua termasuk orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya masih kabur dan tidak menentu.


Usul Terhadap Ali Rustam Ditolak!

PR dalam cubaannya untuk menegakkan keadilan dan membenteras rasuah telah menemui kegagalan. Ini berikutan usul undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam telah menemui kegagalan. Usul itu ditolak oleh Speaker DUN, Datuk Othman Muhamad pagi tadi.

Ketua PR di DUN Melaka, Goh Leong San (DAP-Kesidang) telah memfailkan notis berkenaan untuk memanggil satu Sidang DUN tergempar bagi membincangkan usul tersebut. Menurut beliau usul tergembar itu berbunyi:-

"Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan mengarahkan suatu undi tidak percaya diadakan terhadap Ketua Menteri Melaka pada persidangan yang berlangsung pada 20 hingga 23 April 2009, kerana penglibatan beliau dalam politik wang semasa pemilihan parti menunjukkan perbuatannya yang tidak beretika, tidak bermoral dan tidak menyenangkan telah menyebabkan rakyat Melaka kehilangan keyakinan serta meragui integriti terhadapnya".

Alasan yang telah diberikan oleh speaker DUN pula ialah berdasarkan 3 syarat di bawah Peraturan Mesyuarat DUN Melaka iaitu (pertama) perkara tertentu, (kedua) berkehendak disegerakan dan (ketiga) kepentingan orang ramai.

"Saya telah meneliti usul itu, memang ia memenuhi syarat pertama iaitu perkara tertentu tetapi syarat berkehendak disegerakan dan kepentingan orang ramai. Tapi saya lihat, ianya tidak relevan, tidak ada kaitan di situ kerana ianya tidak perlu disegerakan, ia bukan seperti bencana alam.

Walaupun usul berkenaan menyentuh isu yang khusus tetapi tidak memenuhi dua kriteria yang lain iaitu tidak perlu disegerakan dan bukan menyentuh kepentingan publik memandangkan ia telah pun diselesaikan oleh Umno".

Dengan keputusan speaker DUN ini, rakyat yang ingin dipimpin oleh pemimpin yang bebas dari penyakit rasuah teramatlah kecewa. Ini kerana UMNO/BN merupakan sebuah kerajaan yang digembar-gemburkan oleh PM Baru iaitu kepentingan rakyat akan didahulukan.

Jadi bila ada pemimpin mereka yang terlibat dengan rasuah, mereka haruslah mengambil tindakan yang tegas seperti melucutkan apa jua jawatan yang disandang oleh pemimpin berkenaan. Dalam pemilihan parti lagi, mereka telah terbukti terlibat dengan menggunakan 'politik wang', apatah lagi bila pemimpin berkenaan menjadi pemimpin yang memimpin rakyat disesebuah negeri.

20 April 2009

Penyokong MB Dakwa Idris Jusoh Terlibat

Setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan mendakwa bekas MB Datuk Seri Idris Jusoh terbabit secara langsung dalam kemelut politik yang melanda Terengganu sekarang. Idris kecewa kerana tidak dilantik menjadi MB Terengganu selepas PRU lalu.

Semua ADUN yang mahu menyingkirkan Ahmad merupakan orang Idris kerana mereka dipilih oleh bekas MB itu untuk bertanding dalam PRU lalu. Ditambah pula dengan ramai penyokongnya kalah dalam pemilihan Umno di peringkat bahagian tahun lalu. Datuk Rosol Wahid kalah, Datuk Din Adam kalah...orang2 inilah yang tidak puas hati dengan MB.

Mereka juga bersikap tidak mahu bersemuka untuk berbincang dengan Ahmad bagi menyelesaikan isu yang mereka tidak puas hati itu. 10 ADUN berkenaan tidak pernah datang untuk menghadiri mesyuarat pra-majlis anjuran Umno negeri, sebelum sidang DUN bermula.

Mereka tidak mahu menerima Ahmad sebagai ketua, sepatutnya orang bawah mesti sokong orang atas. Soal pelantikan MB ia dibuat berdasarkan undang2 tubuh kerajaan negeri. Beliau juga menolak dakwaan pengerusi kelab penyokong BN Terengganu, Datuk Rosol Wahid bahawa Ahmad sukar ditemui.

MB itu mengamalkan dasar terbuka dan sesiapa sahaja boleh bertemu dengannya. Orang kampung selalu penuh di pejabatnya. Telefon saja nak bertemunya, bukan payah sangat. Kumpulan ADUN BN mahu menyingkirkan menteri besar, kerana kecewa mereka kalah dalam pemilihan Umno bahagian tahun lalu.


Jangan Bincang Isu Fairus Di Media

Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali berkata, "Bagi pihak PKR saya meminta Ketua Menteri Pulau Pinang supaya tidak melanjutkan lagi perbincangan melalui media tentang kes Mohammad Fairus ini kerana ia hanya menguntungkan pihak lawan Pakatan.

Hari ini DSAI dan Lim Guan Eng telah sempat berbual dan saya percaya semua kekeliruan telah mereka selesaikan. Saya minta semua parti, pemimpin dan ahli dalam PR agar bersatu untuk memastikan kemenangan besar dalam PRK Penanti jika diadakan.

Kami berharap SPR akan bertindak secara profesional mengikut undang2 dan tidak terpengaruh oleh sikap sesetengah pihak berkuasa yang seolah-olah cuba hendak mengelak PRK dari diadakan. Umno berhak untuk tidak meletakkan calonnya dalam PRK Penanti yang sepatutnya diadakan tidak lama lagi.

Mungkin PM dan UMNO bimbang akan kalah dan lebih bimbang lagi jikalau kalah dengan perbezaan undi lebih besar. Kami mengalu-alukan sekiranya Umno memutuskan tidak akan bertanding.

BN boleh memberikan sebarang alasan yang disukainya untuk tidak menyertai PRK ini. Tetapi, kenapa soal pembaziran baru sekarang ditimbulkan, pada hal kerajaan UMNO/BN tidak habis2 membazirkan wang rakyat? Mengapa soal main politik ditimbulkan sekarang pada hal pemimpin2 UMNO/BN tidak sudah2 bermain politik melalui media yang mereka kuasai?".

Elizabeth Wong Kunjungi TGNA

Adun kontroversi, Elizabeth Wong telah membuat kunjungan hormat ke atas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya, di JKR 10 Kota Bharu. Elizabeth kelihatan bersama seorang teman dan seorang pengawal peribadi telah membuat kunjungan tersebut pada Sabtu. Pertemuan selama 40 minit itu juga merupakan pertemuan empat mata antara beliau dan Nik Aziz. Menurut Eli, pertemuan tersebut berlaku jam 2 petang dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Mursyidul Am PAS itu kerana memberi sokongan kepada beliau sebelum ini.

"Saya akan memberi fokus kepada kerja yang telah ditangguhkan dan bersemangat untuk kembali berkhidmat untuk rakyat," jelasnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.

Ditanya butiran pertemuan itu, Elizabeth tersenyum dan berkata bahawa Nik Aziz seorang yang bertimbang rasa kepada kesnya dan Eli berterima kasih kepada Mb Kelantan itu. Elizabeth sebelum ini dikaitkan dengan isu gambar yang tersebar di internet telah kembali bertugas setelah dua bulan bercuti. Beliau menerima kembali jawatan sebagai Adun Bukit Lanjan dan juga Exco kerajaan Selangor. Beliau juga berpendapat bahawa pandangan dari Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin sebagai pandangan peribadi dan beliau juga masih bersahabat baik dengan Zulkifli.

siasahdaily

Najib Dah Ada Kuasa Penuh!

PERAHU sudah di air, dayung sudahpun di tangan. Najib Razak sudah berkuasa penuh sebagai Perdana Menteri keenam. Baginya, rakyat wajib didahulukan dan pencapaian perlu diutamakan.

Maka demi kepentingan rakyat, maka segala perbelanjaan mestilah dibuat dengan penuh hemah. Dan, demi meningkatkan pencapaian maka setiap urusan mestilah dinilai di segi manfaatnya kepada negara.

Lantas, bagi menyerlahkan pandangan ini kepada rakyat jelata, Najib pun melaungkan pendiriannya tidak mahu membazir dana rakyat dengan mengongkosi pilihanraya kecil di Penanti, Pulau Pinang.

Sehubungan itu, beliau menegaskan ini bukan bererti Barisan Nasional dan Umno yang dipimpinnya takut menghadapi Pakatan Rakyat di Penanti. Beliau hanya ingin menjimatkan wang rakyat, masa dan tenaga. Perhatian, katanya, mesti ditumpukan pada urusan ekonomi yang disergah kemelesetan ekonomi dunia.

Dilihat dari perspektif ini maka bolehlah dirumuskan bahawa pendirian Najib itu adalah bersandarkan perkiraan ekonomi. Lantas beliau memulangkan perhitungan kesan politik daripada pemikirannya yang enggan bertanding di Penanti itu kepada rakan-rakan politik dalam Umno dan Barisan Nasional.

Maka ramailah yang memberi pandangan. Reaksi Samy Vellu ibarat harimau kumbang yang terluka. Rekod buruk MIC dalam pilihanraya umum lalu tidak mematahkan semangat juangnya. Malah bertambah garang. Samy mahu BN meletakkan calon di Penanti!

Bagaimanapun Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon yang baru mendapat habuan jawatan menteri (meskipun kalah dalam pilihanraya umum lalu), cepat-cepat memuji kebijaksanaan Najib yang mengatakan tidak perlu bertanding di Penanti. Beliaupun mengulang-ulang kata hikmat Najib – elak membazir sumber dan tenaga.

Sementara bagi pencacai lain, ramailah yang mengingatkan ahli Umno supaya membaca kata Najib itu sebagai larangan jangan ada ahli parti itu berkira untuk bertanding sebagai ahli bebas. Siapa yang engkar akan dipecat!

Pada permukaannya memang pandangan Najib itu kelihatan sesuatu yang mulia. Namun ada sedikit masalah dalam kes ini. Mentor Najib, Dr Mahathir Mohamad pula berpendapat Umno kena lawan di Penanti. Jika tidak, katanya, adakah apabila berlaku kekosongan kerana ragam atau takdir yang membabitkan ahli Umno sendiri di kawasan kuat Umno, parti itu juga enggan bertanding untuk jimat wang, masa dan tenaga?

Tambahan pula, Penanti adalah kubu kuat Anwar Ibrahim. Sebagai seteru nombor satu Anwar, tentu Mahathir tidak mahu melihat Anwar menang tanpa bertanding dan berkokok ke seluruh pelosok negara mengungkit betapa Umno yang baru beliau (Dr Mahathir) sertai semula takut untuk bersabung!

Kesimpulannya, adakah Najib bersedia berbalah dengan Mahathir? Dan, mampukah Najib membuktikan ketegasannya dalam mempertahankan pendirian politik (yang bersandarkan perhitungan ekonomi)?

Untuk membuktikan ketegasan, Najib perlu kesampingkan semua hujah pihak yang mahu BN bertanding di Penanti, termasuk pandangan Dr Mahathir. Dalam keadaan ini barulah rakyat akan berasa lega akhirnya ada pemimpin negara yang benar-benar tegas dengan pendiriannya. Barulah dalam keadaan itu rakyat mungkin terbuka pintu hati untuk meletakkan kepercayaan kepada anak mantan perdana menteri malaysia kedua ini.

Bagaimanapun Najib tetap Najib. Tak pernah berpendirian tegas. Awal-awal lagi beliau telah lakarkan ruang untuk keluar daripada kemelut politik yang bakal berlaku. Najib membuat kenyataan berani ini dengan bersyarat – jika dipersetujui oleh rakan-rakan dalam Umno dan Barisan Nasional.

Maknyanya, Najib masih ada peluang berpatah arah jika rakan lain tak setuju. Itu demokrasi ala Najib. Meskipun begitu, bila hendak menghalalkan hujah tidak mahu bertanding, Najib mengatakan kerana tidak mahu terjebak dengan helah politik Pakatan Rakyat yang menggunakan pilihanraya kecil untuk sentiasa di hati rakyat. Walhal, di atas nama demokrasilah pilihanraya kecil itu diadakan! Fairus letak jawatan untuk membersihkan namanya daripada gugatan rasuah kuari. Begitu juga dengan Arumugam yang berhenti jadi Adun Bukit Selambau untuk memelihara keselematan ahli keluarganya.

Bila tidak tertanggung amanah politik, mereka memulangkan hak menentukan pemimpin kepada rakyat. Bukankah itu demokratik? Dan, nilai demokrasi tulen tidak boleh diukur dengan wang ringgit.

Sepanjang kerjaya politiknya mana Najib pernah membuat keputusan nekad untuk menegakkan pendirian politiknya. Pada tahun 1987 apabila berlaku keretakan Team A menentang Team B dalam Umno, beliau hanya membuat keputusan untuk bersama Team A setelah nyata Team B tidak boleh menang.

Bagaimanapun jika Najib buat keputusan awal menyertai Team B, kemungkinan Team A pimpinan Mahathir hendak menang mungkin tipis. Jika tidak percaya, tanya Tun Musa Hitam!

Mengambil kira caragaya politik Najib selama ini dan juga betapa rapuhnya kedudukan Umno yang telah tidak menang tiga pilihanraya kecil yang ditandinginya berturut-turut, agak sukar untuk menelan hujah bahawa Najib enggan bertanding di Penanti kerana soal ekonomi. Ia lebih condong kepada kegusaran akan kalah lagi.

Yang jelas pemikiran Najib ini adalah satu statement politik. Belumpun sebulan menjadi Perdana Menteri Najib gagal untuk membayangkan betapa beliau boleh menjadi negarawan seperti bapanya. Pendirianny berhubung Penanti lebih mudah dibaca beliau sebagai ahli politik kaliber Abdullah Badawi sahaja.

TVA



Majoriti ADUN BN Terengganu Mahu MB Letak Jawatan

Sejumlah 18 daripada 24 ADUN BN Terengganu kini dipercayai menyokong kumpulan yang mendesak MB, Datuk Ahmad Said supaya meletakkan jawatan. Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah mendakwa, sehingga hari ini jumlah ADUN yang menolak Ahmad meningkat daripada 10 kepada 18 orang.

Menurutnya, ADUN terbaru menyertai kumpulan mereka termasuklah beberapa exco kerajaan negeri. Bagaimanapun, beliau tidak dapat mendedahkan nama2 exco terbabit untuk menjaga kedudukan mereka sekarang.

Majoriti ADUN BN Terengganu mahu Ahmad meletak jawatan. Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihaknya percaya pucuk pimpinan tertinggi parti akan membuat keputusan yang terbaik untuk kepentingan rakyat dan negeri Terengganu.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA