" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

12 April 2009

DSAI Tak Nak Layan Isu Kabinet Bayangan Mahu Guling Kerajaan

Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berkata, beliau tidak mahu melayan dakwaan BN bahawa Kabinet bayangan yang ingin dibentuk oleh PR merupakan satu rancangan untuk menggulingkan kerajaan.

"Biarkan mereka kata apa yang mereka hendak berkata. Lihat apa yang berlaku di Perak, mereka yang mengambil alih kerajaan," kata beliau pada sidang media selepas membuka pusat khidmat ADUN Bukit Selambau di Taman Ria Jaya di sini hari ini.

DSAI mengulas kenyataan Timbalan PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa rancangan DSAI itu untuk membentuk Kabinet bayangan menunjukkan beliau merancang untuk menggulingkan kerajaan.

Muhyiddin juga berkata, rancangan sedemikian merupakan usaha kali kedua oleh DSAI. Beliau pernah menggerakkan usaha untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru menjelang 16 September lalu tetapi idea itu tidak menjadi kenyataan.

DSAI berkata, "anggota Kabinet bayangan itu akan terdiri daripada wakil ketiga-tiga parti berkenaan. Ketiga-tiga parti berkenaan telah bersetuju dan telah mengemukakan nama untuk mengisi panel berkenaan. Saya belum mengumumkan nama2 itu lagi tetapi saya kemungkinan berbuat demikian selepas mesyuarat kami yang akan datang. Panel itu akan diketuai oleh ahli2 Parlimen".


1 comment:

Anonymous said...

salam...
diorang dah kecut perut..kita tunggu je dan sabar..sebentar tadi kdn dah warning kedai buku kawan2 kita supaya jangan jual harakah dan keadilan...kononnya ia adalah surat khabar parti politik..so1 tak boleh dijual secara terbuka...kah..kah...kah

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA