" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

31 December 2008

Malam Intifadhah Palestin

Atas kesedaran dan keinsafan terhadap keganasan dan kekejaman zionis Israel membunuh rakyat Palestin MuslimCare dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) menganjurkan malam Intifadhah Palestin dan Kutipan Dana 1 Juta untuk Gaza.

Malam Intifadhah Palestin itu akan diadakan pada Jumaat malam Sabtu 2 Januari bermula jam 8.30 malam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam (belakang Hotel Bluewave).Pemidato Khas pada malam itu Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Abd Samad; Dr Hafidzi Mohd Nor dari Palastine Center of Excellence (Pace) dan moderator, Dr Azhar Yaakob.Artis Muadz dan Fazs turut mengambil peluang mempersembahkan nasyid Intifadhah.

Manakala khutbah khas Palestin akan berkumandang di seluruh Masjid di Negeri Selangor pada hari tersebut.Sumbangan amat dialu-alukan bagi meringankan penderitaan dan bebanan rakyat Palestin.

Segala pertanyaan hubungi ahli Majlis MBSA merangkap Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron 019-2140240; Timbalan Pengerusi MuslimCare merangkap ahli PBT, Zulkifli Mohd Nani 019-.2401615. (Harakah)

Tunggu DSAI sebelum letak jawatan

S Manikavasagam hanya meletakkan jawatan timbalan ketua perhubungan PKR Selangor tetapi mengekalkan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi dan ahli parlimen Kapar.
Beliau mengugut meninggalkan parti selepas berdepan masalah kepimpinan kerajaan Selangor yang diketuai oleh ketua perhubungan PKR negeri Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau, yang sering dipanggil Mike, berkata nasibnya dalam PKR akan ditentukan selepas berbincang dengan penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa minggu lagi.
DSAI dan presiden PKR,DSWA sekarang berada di luar negara, sementara Manikavasagam pula akan ke India sehingga 15 Januari. (Malaysiakini)

Propaganda Umno Tidak Wajar Dilayan-DSAI

Baru-baru ini saya mendengar khabar yang tak baik dari orang Umno yang mengatakan bahawa ada pergolakan di dalam kepimpinan KeADILan di Selangor.

Khabarnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sedang dalam percubaan digulingkan dan Azmin Ali hendak dinaikkan sebagai MB Selangor baru.

Saya harap masalah dalaman KeADILan dapat diatasi segera supaya boleh bertumpu bebakti kepada rakyat di samping melunaskan janji-janji pilihanraya.

Samada ini fitnah atau tidak saya harap masalah ini wajar diatasi supaya seluruh pimpinan atas KeADILan dapat bekerja seperti biasa untuk rakyat.

Kalau tidak kerajaan Selangor takkan kekal lama lagi lima tahun kelak. PR akan terus kempunan nak perintah M`sia.

DAP sedih Maal Hijrah dicemari pembunuhan kejam Israel

"Bagi DAP ini bukan soal agama atau kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian yang adil tanpa mendiskriminasikan sesiapa mengikut agama dan kaum. Ini adalah soal kemanusian sejagat yang harus diselesaikan tanpa sentimen tertentu."

Demikian kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sedih apabila sambutan Maal Hijrah 1430 yang disambut keseluruhan umat Islam sedunia di kotori peristiwa pembunuhan kejam rakyat Palestin di Gaza oleh tentera Israel.

Beliau berkata,"Walaupun di Malaysia sambutan berkenaan diraikan dengan suasana aman damai dengan masyarakat yang berbilang bangsa,tetapi rakyat di Gaza meraikan dengan tangisan anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami dan sebaliknya".

Bagi yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), serangan ganas itu tidak prikemanusiaan dan mendesak Kerajaan Malaysia mengutuk terhadap Israel agar menghentikan segera pengeboman sebaliknya mencari kedamaian dengan cara perbincangan.

"Dengan rasa rendah diri saya mengucapkan salam Maal Hijrah kepada Umat Islam di mana berada semoga azam untuk sama-sama hidup mesra dengan raykat Malaysia yang berbilang bangsa diteruskan dengan jujur dan ikhlas, " ujarnya dalam kenyataan yang kepada Harakahdaily semalam.

Sehubungan dengan tindakan Israel itu beliau menyarankan Kerajaan Malaysia memanggil Duta Amerika Syarikat untuk menyampaikan bantahan rakyat Malaysia terhadap sokongan membuta tuli Amerika kepada Israel walaupun tahu pembunuhan itu melibatkan kanak-kanak dan orang awam yang tidak berdosa.

Beliau juga meminta Kerajaan Malaysia mendesak Amerika Syarikat campur tangan untuk mendapatkan penyelesaian adil dan saksama untuk semua pihak yang berbalah di bumi Palestin.Justeru itu, beliau berharap Maal Hijrah kali ini disambut dengan penuh azam yang tinggi untuk memelihara kedamaian dan dijauhkan sengketa yang akan merugikan negara tercinta.(Harakah)

30 December 2008

PR PERLU BERWASPADA DALAM MENANGANI ISU

Sedarkah kita semua,kalau silap perhintungan,maka PAS akan mengulangi kesilapan yang lalu.Ini rentetan dari jerat yang dipasang oleh UMNO yang diketuai KJ tempoh hari.Skrang sudah jelas motif utama rancangan forum itu adalah untuk menjerat PAS untuk kembali kepada isu utama parti itu iaitu isu Hukum Hudud.
Semasa tsunami politik pertama berlaku pada PRU-10 rentetan daripada peristiwa hitam yang terpaksa ditanggung oleh Bapa Arus Perubahan kita (DSAI),PAS bersama BA telah mendapat sokongan yang begitu memberangsangkan.PAS telah berjaya menawan negeri Terengganu.Tetapi sayangnya PAS di Terengganu mampu bertahan untuk sepenggal sahaja.
Pada PRU-11,BA telah dikalahkan dengan begitu teruk sekali.Ini kemungkinan besar kerana pada 2002 PAS telah melancarkan dokumen NEGARA ISLAM yang telah menyebabkan orang bukan Islam bahkan orang Islam sendiri pun tidak faham mengenai frasa dokumen tersebut.Ini seolah-olah bagi mereka PAS cuba menekan Islam keatas orang lain.Jadi Rakyat mengalih sokongan mereka kepada BN.Mungkin mereka mahu memberi peluang kepada MR CLEAN untuk menerajui Kerajaan.
Semasa PAS mengambil pendekatan menonjolkan menifesto parti PAS FOR ALL & NEGARA BERKEBAJIKAN,besertakan DSAI telah bebas dari penjara,sokongan yang luar biasa telah terbukti termasuklah dari pengundi bukan Islam.Maka gabungan 3 parti yang terbentuk dibawah Pakatan Rakyat iaitu PAS,PKR & DAP telah hampir2 berjaya memerintah Malaysia dalam PRU-12.Nasib BN baik kerana ada Sabah & Serawak semata-mata.
PKR pun sekarang tak habis2 diserang.Yang terbaru adalah akibat daripada reform yang telah dibuat oleh Ketua Umum PKR (DSAI).Maka kedengaranlah suara2 yang tak berpuas hati dengan tindakan beliau itu.Adakah beliau mengambil tindakan itu tanpa berfikir samada langkah yg diambilnya itu adalah untuk kebaikan atau kerosakan kepada parti....?
Yang terbaru sekali isu yang menimpa PKR adalah akibat dari desas-desus MP Kapar yang mahu keluar dari PKR.Dengar ceritanya besok lebih 50 pemimpin India peringkat Nasional dalam PR akan adakan perjumpaan bagi menentukan hala tuju kedudukan dan sokongan mereka dalam ikatan pembangkang itu.
Pertemuan yang dilihat sebagai "amat penting" itu akan membincangkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan ekoran dakwaan bahawa masyarakat India juga terus 'didiskriminasi dan dipinggirkan' oleh kepimpinan ikatan pembangkang itu.Samada benar atau tidak isu terbaru ini,sama2lah kita nantikan apa yang akan berlaku...
Ingatlah kepada semua pemimpin & pendokong perjuangan Pakatan Rakyat,janganlah kita mengulangi kesilapan yang lalu.Kalau kita terlepas peluang kedua ini,maka betapa susahnya untuk kita menanti peluang sebegini lagi.Kita kena ingat,BN sekarang sudah menuju zaman kegelapan.

HENTIKAN PERBALAHAN DI MEDIA-Dr Syed Husin Ali

Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali mengingatkan pemimpin-pemimpin KeADILan dan Pakatan Rakyat supaya tidak membuat kenyataan terbuka mengenai perbezaan pendapat dan perbalahan melalui media terutama yang dikuasai parti pemerintah.

"Saya menggesa dan merayu kepada semua pemimpin Pakatan agar berhenti mengemukakan perbezaan serta pertentangan mereka melalui media terutama yang dikuasai parti pemerintah BN," kata dalam satu kenyataan yang dipetik daripada Suara Keadilan.

Kenyataan itu dikeluarkan disaat media-media BN memperbesarkan laporan mengenai kenyataan Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam yang menyatakan akan keluar parti serta kenyataan balas oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.

Begitu juga dengan laporan mengenai perbezaan pendapat antara Ahli Parlimen Kelang Charles Santiago dengan Speaker Selangor Teng Chang Khim.

Menurut Syed Husin, masalah ancaman MP Kapar hendak keluar dari KeADILan sudah terlalu dibesar-besarkan oleh sesetengah media yang dikuasai oleh parti pemerintah.Mereka menyelewengkan sesetengah kenyataan pemimpin Pakatan untuk menunjukkan gabungan itu berpecah.

Memang jelas, tujuan mereka (media-media ini) ialah untuk menarik perhatian awam dari kemelut dalam BN dan juga parti-parti komponen utamanya, terutama menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Menurut Syed Husin lagi, pemimpin-pemimpin berkenaan sebaliknya harus duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian secara dalaman malah ada beberapa saluran dan prosedur bagi berbuat demikian.

Sehubungan itu, tambah beliau mesyuarat Biro Politik-badan tertinggi penentu dasar politik KeADILan akan diadakan pada 31 Disember ini untuk membincang semua perkara berkaitan dan mencari penyelesaian.

Ia akan dipengerusikan oleh Syed Husin sendiri memandangkan Presiden Dr Wan Azizah Ismail dan Penasihat KeADILan Dato' seri Anwar Ibrahim berada di luar negara sehingga 6 Januari depan. (Harakah)

KeADILan gesa sokong usul kutuk Israel

KeADILan menggesa semua parti politik menyokong satu usul di Parlimen bagi mengutuk pembunuhan terbaru di Gaza bagi menunjukkan pendirian teguh negara dalam menentang tindakan ganas sebuah negara dan pendudukan haram.

Timbalan Presidennya Dr Syed Husin Ali berkata keadaan ketika ini seolah-olah sudah menjadi satu rutin bagi negara Zionis untuk menunjukkan kekuasaan tenteranya setiap tiba majlis sambutan hari tertentu.

"Kali ini ia berlaku selepas Krismas, semasa kaum Muslim menyambut hari pertama tahun 1430 mengikut kalendar Islam, dan permulaan Muharram, satu daripada empat bulan penting dalam Islam."

"Kami ingin menggesa rakyat Malaysia supaya mendoakan penduduk yang teraniaya di dunia, dan berharap satu keputusan yang lebih berhati-hati dan penuh matang dapat dibuat oleh pemimpin-pemimpin dunia, agar kewarasan dan kemanusiaan dapat dikembalikan di wilayah itu," menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata serangan udara yang ganas tentera Israel menampakkan sekali lagi sikap negara Zionis itu yang terus menunjukkan komitmen tidak ikhlas di meja rundingan, dan pada masa yang sama terbabit dalam tindakan membunuh dan membawa kemusnahan.

Menurutnya keganasan kekal menjadi dasar negara Israel, dan ia akan berterusan selagi komuniti antarabangsa, terutama negara barat yang menjadi sekutu Israel, tidak menunjukkan sebarang bantahan malah membenarkan dan menyokong tindakan pengecut negara itu terhadap orang awam yang tidak berdosa. (Harakah)

Buktikanlah KEBERSAMAAN PAS-PKR-DAP di Kuala Terengganu

"PRK P.036 Kuala Terengganu adalah medan paling tepat bagi PR mempamerkan KEBERSAMAAN mereka dalam PR. Walaupun BN telah memulakan kempennya seawal minit pertama lagi, PAS, PKR dan DAP jangan mudah melatah! Biarkan mereka taburkan peluru kapur mereka terhadap PR, namun PR jangan terus mengalah!

BN telah sekian lama (dulu, kini dan selamanya) berusaha memecah-belahkan Pakatan Pembangkang tetapi BN tetap juga mengalami kekalahan demi kekalahan dan yang terakhir, mereka tewas lagi di 5 buah negeri dan gagal merampas kembali kerusi Permatang Pauh baru-baru ini.

Di Kuala Terengganu, ISU HUDUD hanyalah permulaan kepada pelbagai lagi isu-isu yang akan dimainkan oleh BN dalam PRK P.036. Sesungguhnya BN langsung tidak punya kekuatan tersendiri untuk berdepan dengan calon PAS yang mewakili PR melainkan memainkan isu-isu keagamaan dan perkauman sempit...

Melihat kapada senario politik semasa, TIDAK SUKAR untuk PR merampas kembali kerusi P.036 Kuala Terengganu memandangkan kemenangan BN pada PRU Ke-12 banyak bergantung kepada personal touch calonnya! Itupun menang dengan undi tipis. Berbanding dengan personaliti calon BN sekarang, orang kampung semua dah tahu... Justeru, PR hanya perlu memperlihatkan kekuatan dan perpaduan untuk berhadapan dengan tipu muslihat mereka.

KEBERSAMAAN dan KESEPADUAN perlu dibuktikan melalui tindakan; bukannya dengan kata-kata retorik bahawa "KITA BERSAMA", tetapi apabila berhadapan dengan situasi sukar (tatkala diasak olah BN) kita kelihatan TIDAK BERSAMA!Buktikanlah yang kita TETAP BERSAMA WALAUPUN KELIHATAN SEPERTI TIDAK BERSAMA!!!

Harapan penulis hanya satu: Menangkan calon PAKATAN RAKYAT sebagai tanda PROTES rakyat terhadap BN - Kerajaan Negeri dan Persekutuan - yang ternyata gagal mengurus serta mentadbir Negeri dan Negara sehingga rakyat terbanyak diabaikan hak-hak mereka terutama dalam soal pengagihan ekonomi, keselesaan hidup/tempat tinggal, pendidikan anak-anak, kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Pakatan Rakyat perlu perjelaskan kepada setiap seorang pengundi (tanpa terkecuali; kecuali pengundi hantu) apakah yang mereka - Pengundi Berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu - telah nikmati sepanjang pemerintahan BN di sana??? Apakah yang telah disumbangkan oleh Wakil BN kepada pengundi Parlimen Kuala Terengganu sekalipun beliau memegang jawatan penting di Pusat???; dan apa ruginya jika mereka memprotes sebagai SATU PENGAJARAN kepada kepimpinan BN yang ada sekarang???

Memenangkan Calon BN pada kali ini, bermakna kita terus membiarkan mereka menzalimi dan mengkhianati hak rakyat - dulu, kini dan selama-lamanya!...

BERANI BERUBAH!!! CEGAH SEBELUM PARAH!!! (tranungkite-zalipaka)

29 December 2008

Polis beri permit lancar kempen anti-ISA malam ini

Majlis pelancaran kempen mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang gagal disempurnakan bulan lalu, akan dilancarkan semula malam ini.Kali ini, pihak penganjurnya telah mendapatkan permit polis untuk mengadakan majlis pelancaran tersebut di Stadium Bandar Baru Bangi.


Perkara itu disahkan oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad ketika dihubungi hari ini.Katanya, polis memberi permit tersebut dengan syarat perhimpunan itu diadakan di dalam stadium tersebut.Kamaruzaman yang juga penyelaras lokasi untuk program itu berkata, pada mulanya, permohonan penganjur mengadakan program berkenaan tidak diluluskan.Namun, tambah beliau, setelah rayuan dibuat, polis memberikan kebenaran minggu lalu.

Wakil keluarga tahanan berucap

Pelancaran itu akan dilakukan bersama oleh ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat pada jam 9 malam ini.Mereka terdiri daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan seorang wakil DAP.

Wakil keluarga tahanan ISA, Norlaila Othman dan wakil mahasiswa adalah antara pemimpin lain yang dijadual turut berucap di majlis tersebut.Kamaruzaman berkata, stadium tersebut boleh memuatkan 15,000 penonton, termasuk di bahagian padang.

Beliau menambah, perhimpunan itu pada mulanya dijadualkan di Stadium Selayang tetapi ditukar ke Stadium Bandar Baru Bangi ekoran kerja-kerja pengubahsuaian yang sedang dijalankan di Stadium berkenaan.

Seramai 250 Unit Amal PAS daripada Wilayah Persekutuan dan Selangor dikerahkan malam ini bagi mengawal keadaan dan lalu-lintas, katanya.

Syed Ibrahim di Mekah

Sebelum ini, majlis pelancaran kempen itu hendak diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah pada malam 23 November lalu.Bagaimanapun, pihak polis telah bertindak menyuraikan orang ramai yang berhimpun di situ kerana ia tidak mendapat permit polis.

Polis turut menahan sembilan orang termasuk Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.Kempen tersebut adalah anjuran bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) serta parti-parti gabungan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh tidak dapat menghadai majlis malam ini kerana masih berada di tanah suci.Acara kemuncaknya adalah perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur Mac tahun depan. (Malaysiakini)

28 December 2008

Henti memperkatakan Hudud dari konteks politik - Prof. Aziz Bari

PAGI tadi saya berkesempatan berjumpa dengan Pensyarah Kuliyyah Unang-undang UIA, Prof Abdul Aziz Bari di pejabatnya di UIA Gombak. Sudah lama saya ingin berjumpa dan bertukar fikiran dengan Profesor ini yang juga pakar mengenai perlembagaan negara ini. Mungkin kerana kesibukan masing-masing menyebabkan niat itu tidak menjadi kenyataan hinggalah pagi ini.

Hari ini sejarah bagi saya kerana berjumpa dengan beliau. Perjumpaan itu tentulah bertolak daripada wacana Tranformasi Politik Malaysia di Kota Bharu minggu lepas di mana beliau salah seorang panelis bersama Khairy Jamaluddin dan Husam Musa. Saya turut sama hadir untuk mengikuti wacana yang dianggap penting dalam proses membangunkan politik bangsa itu.

Ada beberapa yang saya inginkan penjelasan daripada beliau berkenaan wacana itu. Dalam pengamatan saya ada semacam sesuatu yang tidak memuaskan hatinya. Ada perkara yang tidak sampai atau sempat dilontarkan menerusi wacana itu.

Alhamdulilah, walaupun hari ini hari cuti umum namun profesor berkenaan sedia untuk ke pejabatnya. Khabarnya beliau selalu berada di pejabat tanpa mengira hari termasuk hari cuti umum!

Berbaloi, hampir tiga jam bersembang mencakupi pelbagai topi politik semasa dengan beliau khasnya mengenai hukum hudud yang kini sudah menerawang semula di persada maya dan menjadi polemik menarik antara orang politik. InsyaAllah interviu penuh dengan beliau akan disiarkan dalam Siasah minggu hadapan.

Rumusan mengenai pertemuan tadi, Abdul Aziz minta agak hudud jangan lagi dimompokkan sebagai satu sistem yang kejam dan zalim. Menurutnya masyarakat juga sudah faham mengenai hudud dan hukum hudud ini bukan perkara baru bahlah lama diperkatakan.

Dalam hal ini katanya Pas harus berhenti daripada memperkatakan hudud dalam konktes politik dan ia juga perlu dibincang seara terbuka dan lebih rasional lagi mengatasi kerangka politik partisan itu sendiri.

“Hudud bukan hak Pas tetapi hak semua individu yang yakin kepadanya. Jadi janganlah tempelkan hudud itu kepada Pas sahaja saja, umpamanya mengatakan hudud ini undang-unang rekaan Pas dan sebagainya,” begitulah tegas Abdul Aziz.

Dalam pada itu perbincangan mengenai hudud perlu dibuat dalam satu flatform khas yang khusus dan spesifik. Ia juga bukan seharusnya dibincang oleh Pas tetapi harus melibat golongan profesional lain, kumpulan agama, golongan akademi atau NGO yang memperjuang Islam seperti Peguam Muslim atau sebagainya.

Dalam pada itu menurut Abdul Aziz, Pas janganlah sesekali menjadikan hukum hudud untuk mengejek dan mengutuk Umno kerana sebagai tabii Umno akan membalas dan mempertahankan dirinya kalau ianya diejek.

“Bila keadaan ini berlaku maka terjadilah polemik tidak berkesudahan antara kedua puak yang tidak mengutungkan Islam,” tukasnya.

Secara jujur Abdul Aziz merasakan Pas tidak mampu untuk melaksanakan hudud secara bersendiri kerana ia memerlukan banyak perkara yang perlu dilengkapkan. Misalnya prasarana untuk melaksanakannya masih belum wujud seluruhnya. Justeru kata menurutnya kalau pun Pas ada kuasa ia tidak semestinya Pas mampu melaksanakannya.

“Pas hanya boleh berkata ia ingin melaksakananya tetapi pelaksananya siapa?” tanya beliau. “Pelaksanaan hukum hudud bukan semudah diucapkan. Perkara paling penting mempersiapkan segala prasarananya terlebih dahulu baru boleh dilaksanakan,” tegasnya.

Menarik… itulah yang dapat saya simpulkan mengenai pandangan yang dilontarkan oleh Abdul Aziz mengenai hudud ini. Apa yang penting beliau tidak mahu hudud dijadikan alat atau pun diperkatakan dalam kerangka politik kerana ia akan menjadi polimek yang tidak mengutungkan mana-mana pihak. (AIC-truckster)

Hadiri Intifadah Selasa ini di kedutaan Amerika!

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengajak semua rakyat Malaysia memastikan kehadiran mereka dalam perhimpunan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak bagi membantah keganasan terburuk pengganas-pengganas Israel di Gaza sepanjang konflik Palestin-Israel sejak 1967.

Intifadah tersebut akan diadakan Selasa ini, 30 Disember, jam 11.00 pagi.

Salahuddin menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik menyemarakkan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika itu.

"Jika anda ragu-ragu untuk menyertai Intifadah rakyat Malaysia menentang keganasan Israel Selasa ini, anda boleh membaca apa yang diucapkan oleh seorang pegawai pertahanan awam entiti haram Israel bernama Ofer Shmerling: Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel".

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yakin, pengganas-pengganas Israel tidak akan bertindak sekejam itu jika tidak mendapat sokongan, dukungan dan restu Amerika.

Dalam keganasan terbaru itu, lebih dari 100 tan bom dihunjam oleh pengganas-pengganas Israel ke atas orang-orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua di Gaza dan angka kematian kini menghampiri 250 manakala lebih 400 cedera.

Amerika hari ini menyalahkan Hamas kerana "melanggar perjanjian gencatan senjata" dan menuduh sengaja memprovokasi Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza.

Negara penaung keganasan Israel itu juga tidak menuntut supaya entiti haram itu menghentikan serangan tersebut.

Dakwaan Amerika itu bertentangan dengan pendedahan akhbar Haaretz Israel yang menyatakan, keganasan terbaru Israel di Gaza itu telah dirancang sejak enam bulan lalu dan bukan disebabkan sebarang provokasi.

Amerika dilihat cuba menyingkirkan Hamas sejak ia memenangi pilihan raya Parlimen Palestin, Januari 2006.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyatakan, serangan "Operation Cast Lead" itu akan berlanjutan selagi diperlukan oleh entiti haram itu. (Harakah)

Umno halang hukum Allah

Jika PAS berusaha bersungguh-sungguh cuba melaksanakan hukum hudud semasa memerintah Kelantan dan Trengganu, Umno juga tidak ketinggalan bersungguh-sungguh cuba menghalang perlaksanaan hukum Allah tersebut. Tidak cukup pemimpin Nombor 1 UMNO ( pada masa itu ) menulis surat amaran kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hukum hudud ada juga pemimpin UMNO yang sanggup mencabar undang-undang hudud tersebut di Mahkamah. Malahan yang lebih teruk sekali pemimpin UMNO sanggup melabelkan hukum Alllah tersebut sebagai hukum hudud PAS.

Jika PAS boleh menyokong Bank Islam, Takaful , Universiti Islam mengapakah Umno amat sukar menerima hudud hanya kerana ianya digubal oleh Kerajaan PAS. Mengapa Umno tidak boleh sama sekali memberi ruang kepada PAS dalam isu hudud ini. Jika Perlembagaan menjadi penghalang sepertimana yang dikatakan oleh Zahid Hamidi mengapa selama ini Umno tidak bersedia memindanya bagi membolehkan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

Paling minima yang Umno lakukan adalah jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam. Dalam perkara yang bukan agama jika kamu salah bercakap, kamu hanya membuat kesilapan dan kesilapan tersebut tidak akan menjejaskan aqidah kamu.

Sebaliknya isu agama lain. Jika salah bercakap sila-silap akan tergelincir aqidah. Atas dasar itu dalam isu hudud diamnya para pemimpin Umno lebih baik daripada mereka bercakap. Ini kerana jika mereka diam kita mungkin rasa mereka jahil dalam isu hudud ini sebaliknya jika mereka bercakap barulah kita sedar memang confirmlah mereka ini memang jahil. (Harakah)

KERAJAAN BN SUDAH WAJIB DITUKAR...!!!

Saban hari makin terbukti bahawa KERAjaan BN yang dikepalai oleh UMNO(melayu) sudah WAJIB ditukar..!!!
Ingatkah kita semasa TDM jadi PM,golongan Anti-Hadis telah menunjukkan kemunculannya tanpa ada sekatan dari pihak berkuasa.
Pelbagai kenyataan yang menghina Nabi kita degan bebas-sebebasnya diadu-domba oleh puaka2 ini.Adakah apa2 tindakan yang telah diambil oleh pihak KERAjaan keatas golongan ini..!!?Jawpannya,tidak.Ini kerana TDM sudah tergolong dalam golongan ini.
Nampaknya sekarang dimana TDM telah mengundurkan diri dari jawatannya,golongan ini masih bebas bergerak dengan kemunculan terbaru blog adibah ahmad yang telah disabotaj oleh golongan ini.Reaksi dari KERAjaan sama juga dengan yang dulu.
Bagi mereka golongan ini tidak merbahaya.Tindakan wajib diambil apabila ada golongan yang boleh menggugat KERAjaan sahaja.Sepantas kilat mereka bertindak..!!Tapi kenapa KERAjaan sebegini masih berjaya memerintah negara kita?
Tidak ada parti yang boleh menggugat mereka didalam pilihanraya.Jauh sekali untuk berdemonstrasi sampai ketahap apa yang berlaku seperti di Thailand & Indonesia sampai ada rakyat yang sanggup berkorban nyawa.
Bila parti PKR lahir diatas kezaliman KERAjaan ini keatas Bapa Arus Perubahan kita,yang telah membawa kepada gabungan 3 parti Pembakang yang diketuai PKR berjaya bersatu dibawah satu pakatan yang dinamakan Pakatan Rakyat(PR) mereka sudah hampir2 tersungkur semasa PRU-12 itu hari."Inilah hikmahnya disebalik musibah yang menimpa kita."

Pengurusan Ekonomi Perlu Dimantapkan

Dalam ucapan perbahasan belanjawan baru-baru ini ada saya nukilkan petikan dari Cicero, “The budget should be balanced, the treasury should be refilled, public debt should be reduced, the arrogance of officialdom should be tempered and controlled….lest Rome become bankrupt.” Cicero bukan sahaja terkenal sebagai seorang orator malah juga sebagai seorang ahli politik dan falsafah di zaman Rom, tentu menyedari kepentingan pengurusan kewangan yang baik, telus dan boleh dipertanggungjawab; ciri-ciri yang semakin terhakis dari pengurusan ekonomi negara kita.

Berdepan dengan kedudukan ekonomi sejagat yang tidak menentu serta sikap kerajaan yang masih dalam penafian akan dampak krisis tersebut ke atas ekonomi negara, kita sudah tentu merasa terkejut akan desas desus adanya usaha untuk membeli kembali 40% pemilikan janakuasa berasaskan arang batu terbesar negara di Kapar oleh Tenaga Nasional Berhad sedangkan pada asalnya, ianya adalah milik TNB. Janakuasa tersebut dijual kepada Malakoff pada tahun 2004 dengan harga RM 1.68billion dan sekiranya Kementerian Kewangan meluluskan rancangan tersebut, maka TNB berkemungkinan membayar sejumlah RM 2.9billion kepada Malakoff untuk membeli kembali janakuasa tersebut.

Adalah wajar buat kerajaan, TNB dan Malakoff memastikan segala urusan telus untuk penelitian awam. Di samping itu perbincangan dan nasihat dari pelbagai pihak tidak boleh diabaikan sama sekali. Pakatan Rakyat secara tuntas menegaskan bahawa ketirisan tidak lagi boleh dibiarkan berterusan. Krisis ekonomi seharusnya menyedarkan semua pihak. Nasihat Cicero bahawa the arrogance of officialdom should be tempered and controlled….lest Rome become bankrupt merupakan mutiara kata yang semakin relevan kini.

(DSAI)

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mangkat

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.

Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul RahmanSetiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

"Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,' kata beliau dalam sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini, lapor Bernama.

Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.

Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada jam 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.

"Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.

"Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ," katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

Berkabung 40 hari

Katanya jenazah Almarhum baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.

Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini.

"Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.

"Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,' katanya.

Katanya Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja'afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada jam 10 pagi esok.

Tuanku Ja'afar yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-10 bermula 26 April 1994 hingga 25 April 1999 diputerakan di Klang, Selangor, pada 19 Julai 1922.

Baginda merupakan putera kedua Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Agong yang pertama.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti, Kuala Pilah dari tahun 1928 hingga 1933 dan seterusnya melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar dari tahun 1933 hingga 1944.

Kemudian, baginda melanjutkan pelajaran ke Raffles College Singapura pada tahun 1941, tetapi ia terganggu apabila meletusnya Perang Dunia Kedua.

Semasa pemerintahan Jepun, baginda berkhidmat sebagai pegawai di Pejabat Tanah, Seremban manakala dari 1946 hingga 1947, baginda bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah di Rembau, Negeri Sembilan.

Baginda juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan di Ipoh dan Pegawai Daerah di Tampin, Negeri Sembilan.

Tuanku Ja'afar meneruskan pengajian yang tertangguh disebabkan Perang Dunia Kedua, dengan memperoleh Ijazah Undang-undang LL.B di Universiti Nottingham, United Kingdom pada tahun 1951.

Semasa berada di Britain, baginda juga mengambil peluang untuk mengikuti beberapa kursus ikhtisas seperti Kursus Pentadbiran di Balliol College Oxford, Kursus Bidang Ekonomi dan Diplomat di Universiti Oxford.

Sebagai seorang yang dinamik dan berfikiran luas, baginda telah diamanahkan menjawat beberapa tugas penting di luar negera; antaranya sebagai Kuasa Usaha Tanah Melayu di Washington, Amerika Syarikat dan Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tetap Persekutuan Tanah Melayu ke Bangsa Bangsa Bersatu di New York dari tahun 1957 hingga 1958.

Baginda juga berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama dan Kounselor di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Tanah Melayu di London, dan kemudian pada tahun 1958 hingga 1962 sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di London.

Baginda dilantik sebagai Duta Malaysia di Republik Arab Bersatu yang beribu pejabat di Kaherah dari tahun 1963 hingga 1965 dan Pesuruhjaya Tinggi ke Nigeria dan Ghana dari tahun 1965–1967.

Tuanku Ja'afar menjadi Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 16 April 1976 dan sering menggesa supaya mutu pendidikan negara dipertingkatkan.

Baginda dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-Undang oleh beberapa universiti seperti Universiti Filipina (27 Julai 1990), Universiti Nottingham (21 Julai 1995), Universiti Santiago, Chile (28 September 1995) dan Universiti Brunei Darussalam (11 September 1996).

Baginda pernah menerima Anugerah Pingat Keamanan Dunia Sri Chin Moy Centres International pada 11 Disember 2005 yang disampaikan oleh Sri Chin Moy yang mengasaskan pertubuhan antarabangsa itu sebagai menghargai sumbangan dan jasa baginda dalam kemajuan pendidikan, perkhidmatan awam, sukan, serta memartabatkan nama Negeri Sembilan dan Malaysia di mata dunia.

Tuanku Ja'afar dan keluarga juga turut dikenali sebagai "Keluarga Diraja Sukan" kerana baginda sekeluarga meminati sukan kriket, tenis, badminton, skuasy, hoki dan golf di dalam dan luar negara.

Baginda meninggalkan Tuanku Ampuan, Tunku Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, tiga putera dan tiga puteri iaitu Tunku Dara Naquiah, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin, Tunku Imran, Tunku Jawahir, Tunku Irinah dan Tunku Putera Nadzaruddin.

Diarah bayar AS$1 juta

Keluarga diraja Negri Sembilan yang diterajui oleh Tuanku Ja’afar mempunyai pegangan dalam beberapa buah syarikat, termasuk Antah Holdings, sebuah konglomerat yang terbabit dalam bidang kewangan, industri minyak dan gas serta dalam bidang pembuatan.

Pada 15 Oktober lalu, Mahkamah Khas yang ditubuhkan untuk mendengar kes membabitkan kerabat diraja hari ini mengarahkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, membayar AS$1 juta (AS$1 = RM3.4) kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) selepas memutuskan Tuanku Ja'afar perlu mematuhi terma-terma dalam surat kredit.

Mahkamah juga mengetepikan saman balas Tuanku Ja'afar terhadap bank berkenaan untuk mengisytiharkan bank itu tidak berhak mengikut undang-undang untuk melepaskan simpanan tetapnya bagi menyelesaikan bayaran AS$1 juta itu.

Saman itu dikemukakan setelah Tuanku Ja'afar, pada atau kira-kira pada 12 Februari 1999, memperoleh melalui Standard Chartered Bank, satu surat kredit tunggu sedia (SBLC) bernilai AS$1 juta untuk Connecticut Bank of Commerce (CBC) di Amerika sebagai kemudahan kredit yang diberi kepada sebuah syarikat Amerika dikenali sebagai Texas Encore LLC (TEC).

TEC, yang bergiat dalam bidang pengeluaran getah tayar, sepatutnya menggunakan wang itu bagi membuka dan mengendalikan sebuah kilang yang terletak di kawasan kilang Ford Motors, di Detroit, Michigan, Amerika. (Malaysiakini)

27 December 2008

PAS dan DAP perlu contohi PKR

"Sejak dari dulu lagi PAS dan DAP selalu bertelagah mengenai ideologi parti masing-masing. Kedua parti politik senior dalam Pakatan Rakyat berbangding PKR yang jauh lebih muda dari PKR langsung tidak menggambarkan kedua parti ini sebagai parti politik yang berpengalaman.

Inilah yang menjadi salah satu punca PAS dan DAP masih gagal menjadi parti pemerintah.Kontroversi isu mempertahankan ideologi parti secara tidak langsung menggugat keyakinan rakyat terhadap DAP-PAS.

Kehadiran Anwar dalam kem pembangkang telah banyak memberi kesan positif dan perubahan drastik terhadap pihak pembangkang.Anwar secara langsung berperanan penting dalam menyatupadukan pakatan pembangkang PAS-DAP dalam PRU-12 dalam menentang pihak kerajaan UMNO-BN.

Akhirnya hasil gabungan PAS,PKR dan DAP dalam PRU-12 telah mencipta kejayaan yang bersejarah dengan kemenangan besar pihak pembangkang dalam PRU lepas dengan berjaya menguasai 5 negeri seterusnya menggagalkan majoriti 2/3 bagi kerusi parlimen kerajaan BN.Kini pakatan pembangkang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Sepatutnya PAS dan DAP perlu menggunakan peluang yang sebaiknya dengan kejayaan yang mereka perolehi pada PRU lepas.Permasalahan rakyat bawahan perlu diutamakan daripada permasalahan politik.Mereka harus sedar bahawa kerajaan UMNO-BN sentiasa mencari ruang dan peluang bagi melaga-lagakan pihak pembangkang. Itu adalah senjata utama UMNO dalam menentang pihak lawan.

Menfitnah dan mengkontroversikan sesuatu isu sensitif adalah kerja UMNO.Sepatutnya PAS-DAP sudah peka dengan taktik jahat UMNO.Jika terdapat permasalah melibatkan komponen PR perlulah diadakan perbincangan secara tertutup.

Setiap kali ada isu yang melibatkan PAS-DAP akan disensasikan oleh media di bawah kuasa UMNO.Secara tidak langsung mereka telah berjaya mengelirukan rakyat.Kita lihat PKR mereka terus-menerus memperkemaskan organisasi jentera parti bagi mengukuhkan lagi kedudukan parti.

PKR di bawah Anwar lebih banyak bekerja dari melayani isu politik.PKR sentiasa merangka strategi dari masa ke semasa bagi menguatkan parti.Antara program dan aktiviti yang dijalankan oleh PKR adalah seperti Kursus penguasaan bahasa Malaysia dikalangan pemimpin,kursus berpidato,SEHARUM, dan banyak lagi.Mereka tidak melayan langsung tekanan dan tomahan negatif dari pihak UMNO.

Sebaliknya terus bekerja walaupun sentiasa diserang dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.Sedangkan kita ketahui bahawa yang paling UMNO-BN benci adalah PKR berbanding PAS dan DAP.Kini PKR melebarkan sayapnya ke Sabah dan Sarawak bagi mendapat sokongan rakyat diluar semenanjung.

Anwar selaku penasihat umum parti selalu bertindak dalam menjana dan menyumbang idea-idea baru bagi mengukuhkan PKR.Sedangkan Anwar lebih banyak menghadapi tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Dalam masa yang sama beliau sedang menghadapi pendakwaan liwat 2 terhadapnya.

Namun ia langsung tidak menggugat semangat Anwar dalam usaha menguatkan jentera parti seterusnya PR.Semasa Anwar bertangding dalam PRK Permatang Pauh beliau teruk diserang dengan pelbagai tuduhan jahat dan fitnah yang begitu mengaibkan dirinya.Ia langsung tidak dilayan oleh Anwar dan terus bekerja keras memberi ceramah bagi meraih sokongan dari pengundi.Jika dilayan keranah UMNO ia akan memburukkan keadaan.

Tuduhan dan tekanan dari rejim UMNO-BN perlu dipersetankan.Ia hanya membuang masa untuk menjawab segala tuduhan tersebut.Jika dilayan ia akan mengundang kontroversi yang lebih parah.Apabila PRK Kuala Terengganu semakin hampir UMNO seperti biasa akan melaga-lagakan PAS-DAP berkenaan isu perlaksanaan hudud.Jika kita perhatikan PAS telah tersepit dengan perangkap UMNO dalam isu tersebut.Kenyataan Husam Musa berkenaan Hudud di kontroversikan bagi memecahbelahkan PAS-DAP.

Sebenarnya yang menimbulkan isu hudud adalah UMNO.Mereka yang memanaskan isu ini. PAS-DAP secara tidak langsung telah menari mengikut rentak aluanan UMNO.Sepatunya inilah masa untuk PAS,DAP dan PKR mengukuhkan perpaduan bagi menentang rejim UMNO setersnya menwan kerusi Kuala Terengganu.UMNO perlu dikalahkan dalam PRK K.Terengganu.Kerusi parlimen BN perlu dikurangkan.Hari pengundian semakin hampir PAS,PKR dan DAP perlu duduk semeja bagi merangka strategi dalam menghadapi PRK K.Terengganu.

Kemenangan adalah matlamat utama bagi PR.Agenda utama adalah permasalahan rakyat bawahan yang perlu dibela.Semangat kebangkitan pada PRU-12 perlu dikembalikan bagi menghadapi PRK K.Terengganu.Kredibiliti PR sekarang bergantung kepada PRK K.Terengganu.Calon yang bertanding adalah dari PAS.PKR dan DAP perlu memberi sokong 100% kepada calon PAS yang juga sebagai calon PR.Ketepikan permasalah ideologi yang boleh merugikan parti sekaligus mampu memusnahkan PR.

Apa yang penting jumlah kerusi Parlimen PR perlu bertambah." (tranungkite-anak_muar)

Ayuh meriahkan kempen 'JOM SERTAI PAS' hari ini!

Orang ramai khususnya pencinta, pendokong dan penyokong perjuangan Islam dialu-alukan dan dijemput untuk hadir bagi memeriahkan lagi kempen 'JOM SERTAI PAS' yang diadakan hari ini.

Kempen tersebut diadakan di Dataran Shah Alam, dekat sini manakala Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan kempen 'JOM SERTAI PAS' itu pada jam 3 petang di tempat yang sama.

Sebelum ini Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof memberitahu, majlis tersebut sebagai langkah pro aktif PAS untuk mengajak masyarakat mendekati dan menyertai PAS sebagai sebuah parti Islam yang memperjuangkan kepentingan semua rakyat dengan adil dan saksama.

Menurut beliau, antara yang akan hadir ialah bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Dato' Zahar Hashim, yang baru-baru ini mengisytiharkan diri menyertai PAS bersama 13 AJK Bahagian dan 28 Ketua Umno cawangan dalam bahagian tersebut.Orang ramai dijemput hadir ke majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan Lajnah Pemerkasaan PAS Pusat tersebut. (Harakah)

Pemuda PAS buat demo bantah i-Dance

Pemuda PAS Pulau Pinang terus mengadakan demontrasi menentang i-Dance yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Demonstrasi itu diadakan di dua lokasi iaitu di Masjid Jamek Kubang Semang, Permatang Pauh dan Masjid Jamek Sungai Nibung, Bayan Baru selepas solat fardhu Jumaat semalam.

Kedua-dua lokasi demontrasi tersebut mendapat sambutan daripada hadirin sambil melaungkan beberapa slogan yang mendesak Kerajaan Pakatan Rakyat membatalkan program yang dakwa memberi kesan pada golongan muda agar tidak menghampiri dadah, ketagihan alkohol dan budaya lepak di pasaraya besar.

Program tarian jalanan itu telah diadakan Ahad lepas sebagai saringan pertandingan manakala pada 28 Disember ini merupakan pertandingan akhir.

Sebelum ini Pemuda PAS Negeri telah mengadakan dua demontrasi aman iaitu pada 12 dan 19 Disember 2008 lalu masing di masing Permatang Janggus, Permatang Pauh dan Masjid Kampung Rawa di Jelutong.

Exco Belia dan Sukan Negeri, Lydia Ong menerusi Setiausaha khasnya, Steven telah mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan PAS Negeri yang melibatkan Dewan Ulamak PAS Negeri.

Memandangkan isu ini semakin panas, sekali lagi Lydia menghantar surat pada Pemuda PAS supaya diadakan perbincangan terperinci di samping ingin tahu perancangan PAS untuk duduk semeja berbincang tangani masalah remaja masa kini.

Minggu lalu, Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man telah menasihati Pemuda PAS Negeri agar tidak lagi menganjurkan demontrasi sebagai jalan penyelesaian sebaliknya mencadangkan cara perbincangan.

Cara perbincangan katanya, lebih relevan deripada melaungkan ketidak puasan hati di jalanan terhadap program berkenaan. (Harakah)

26 December 2008

Apakah yang lain juga akan dilarang ke Sarawak?

Kerajaan negeri mungkin menggunakan kuasa Imigresennya untuk melarang kemasukan lebih ramai ahli politik dari Semenanjung, termasuk pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, ekoran kebimbangan bahawa semakin ramai rakyat negeri itu menyokong pembangkang.

Ini ekoran tindakan pihak imigresen negeri itu melarang ahli Parlimen Padang Serai (Kedah), N Gobalakrishnan, memasuki Sarawak dua hari lalu. Beliau ke sana untuk menghadiri seminar anjuran PKR di luar bandar Kuching serta untuk menziarahi keluar angkatnya (Iban).
Gobalakrishnan tiba pada jam 5.15 petang Rabu lalu, dan diberitahu oleh pegawai imigresen yang dia dilrang masuk ke negeri itu.

Menurut jabatan imigresen Sarawak, Gobalakrishnan perlu memohon permit untuk masuk ke Sarawak mengikut seksyen 66 (1) Akta Imigresen.Mengikut peraturan, rakyat Malaysia dari Semenanjung tidak memerlukan permit kemasukan ke negeri itu asalkan mereka membawa pasport.

Pegawai imigresen juga memberitahu Gobalakrishnan bahawa mereka bertindak atas arahan dari pejabat setiausaha kerajaan negeri.Beliau telah meminta rakannya dari PKR, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padungan, yang juga seorang peguam, untuk mencabar larangan tersebut di mahkamah. (Malaysiakini)

Amaran pada Umno:Usah 'permain' Hudud, Qisas

Tindakan menentang Hudud dan Qisas bukan sahaja melibatkan akidah seseorang tetapi dilihat sebagai 'menderhaka' kepada Sultan Terengganu yang telah memperkenankan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas di negeri Terengganu ini.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu tidak teragak-agak untuk mengadap dan menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, sekiranya Umno-Barisan Nasional tidak menghentikan permainan politik murahan berkaitan isu hukum Hudud dan Qisas

Ketuanya, Fariz Musa berkata isu Hudud dan Qisas tersebut sengaja ditimbulkan oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dengan tujuan memerangkap Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa dan menimbulkan polimik khususnya di kalangan masyarakat bukan Islam ketika berdebat di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

"Tujuan Khairy tidak lain adalah untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina khusus di Parlimen Kuala Terengganu yang akan menghadapi Pilihan raya Kecil tidak lama lagi,"katanya yang dipetik dari laman web Buletin Online melalui wartawannya, SM Noor.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabat Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Terengganu, Gong Kapas, semalam.

Beliau berkata isu Hudud dan Qisas tidak perlu dipolitikkan oleh Umno kerana ianya merupakan isu yang lapuk dan tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada para pengundi berketurunan Cina di Kuala Terengganu dan rakyat Terengganu amnya.

Katanya, ia adalah kerana masyarakat keturunan Cina khususnya dan rakyat Terengganu amnya tidak jahil, telah arif dan matang berkaitan Hudud dan Qisas kerana mereka telah diberikan pengetahuan dan penjelasan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sewaktu PAS memerintah Negeri Terengganu.

"Kerajaan PAS Terengganu telah membawa Enakmen Kesalahan Jenayah Hudud dan Qisas Terengganu 2002 kedalam Dewan Undangan Negeri dan diluluskan sebulat suara. Enakmen tersebut juga telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 dan kemudiannya diwartakan pada 25 September 2002.

"Walaupun masih belum berkuatkuasa namun kerajaan Umno-BN yang merampas kembali pemerintahan dari PAS pada tahun 2004 tidak menolak dan meminda Enakmen tersebut, di mana dalam kerajaan Umno-Barisan Nasional itu termasuk seorang wakil bukan Islam iaitu dari MCA,"jelas Fariz.

Katanya wakil MCA tersebut sehingga hari ini tidak pernah menyuarakan apa-apa ketidakpuasan hati terhadap enakmen itu yang telah menjadi sebahagian daripada undang-undang bagi negeri Terengganu.

Sehubungan dengan itu beliau berkata, sebenarnya Umno sudah terdesak dan tidak mempunyai isu sehingga isu hudud dan qisas cuba dipolitikkan .

"Khairy sebenarnya yang masuk perangkap sendiri dan akan menjadi liabiliti kepada Umno dan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil P036 Kuala Terengganu.

"Beliau harus sedar bahawa Enakmen Hudud dan Qisas telah menjadi undang-undang yang diperkenan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin,"tegasnya.

Justeru katanya sebarang tindakan menentang atau mepelekehkan Hudud dan Qisas bukan sahaja membawa kepada menghina Islam dan implikasi aqidah, malah boleh dilihat sebagai 'menderhaka' kepada Sultan Terengganu yang telah memperkenankan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas di negeri Terengganu ini.

Beliau juga mendesak agar semua pihak menghentikan segera sebarang perbahasan isu politik murahan Hudud dan Qisas yang cuba dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional.

"Semua pihak termasuk parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat harus lebih matang menghadapi karenah Umno yang sudah 'bankrup'dan mestilah mengambil pendekatan tidak melayan sebarang propaganda yang cuba dicetuskan oleh Umno-BN dan media arus perdana,"tambahnya. (Harakah)

Presiden PAS lancar kempen 'JOM SERTAI PAS', Sabtu ini

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan kempen 'JOM SERTAI PAS' pada 27 Disember 2008 (Sabtu), jam 3 petang bertempat di Dataran Shah Alam, dekat sini.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof memberitahu, majlis tersebut sebagai langkah pro aktif PAS untuk mengajak masyarakat mendekati dan menyertai PAS sebagai sebuah parti Islam yang memperjuangkan kepentingan semua rakyat dengan adil dan saksama.

Menurut beliau, antara yang akan hadir ialah bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Dato' Zahar Hashim, yang baru-baru ini mengisytiharkan diri menyertai PAS bersama 13 AJK Bahagian dan 28 Ketua Umno cawangan dalam bahagian tersebut.

Orang ramai dijemput hadir ke majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan Lajnah Pemerkasaan PAS Pusat tersebut. (Harakah)

BLOG HINA ISLAM MUNCUL LG.......

Saya dapat maklumat ini dari blog sahabat,(perisik-rakyat).Kelahirannya blog ini masih baru lagi pada 24 Dec iaitu sehari sebelum hari krismas.
Blog ini telah dinamakan diatas nama wanita yang bernama Adibah Ahmad.Yang saya terasa terkilan,siap dengan gambar & nombor telefon dipaparkan pada blog ini.Jarang anak melayu berani sampai ketahap ini.
Mengikut maklumat kat tempat wanita ini bekerja,confirm Adibah ini kena sabotaj.Report polis pun sudah dibuat.Ada dari mereka mengatakan siap dah jumpa menteri lagi..Masaalahnya bila diminta copy report polis untuk dipublish pada blog sahabat(perisik-rakyat) yang telah memberikan maklumat ini,masih lagi gagal.Sama2 kita tunggu apa kah kesudahannya.....

25 December 2008

BEGINILAH CARA BN DIKETUAI UMNO BERPOLITIK

Bila Agama & Politik disukukan,maka jadilah sesebuah kerajaan itu sepertimana yang berlaku kepada negara kita.Hukum Hudud dijadikan senjata mereka bagi menakutkan kaum lain dinegara kita.Benda ini berlaku akibat daripada ideologi mereka mengenepikan Agama dalam masa mereka berpolitik.

Yang mejadi lebih parah ialah semasa TDM menjadi PM lagi.Pelbagai kenyataan yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin yang beragama Islam.Sampaikan satu masa dulu ada fatwa dari ulama mereka mengatakan bahawa wang hasil daripada pelaburan Tabung Haji kedalam Sports Toto adalah halal.

Dulu dia kutuk Rasulullah, dia perlekeh bab siksa kubur, dia minta Quran ditafsir semula, dia perlekeh hukum Allah, dia perlekeh hudud, dia sekat bantuan ke sekolah agama rakyat dengan harapan sekolah agama rakyat tidak mendapat tempat dimuka bumi 'Malaysia Boleh' ini.

Bila begini cara mereka berpolitik,maka lahirlah Peristiwa Hitam yang menimpa Bapa Arus Perubahan ini (DSAI) dengan pertuduhan liwat keatasnya.Alangkah malunya kita Rakyat Malaysia kepada dunia kerana negara ini digembar-gemburkan aman,makmur & diisytihar sebagai negara Islam.Kerana dek Politik mereka,perkara sebegini boleh berlaku.

Cerita liwat ini berlaku lagi dimasa P/Lah menjadi PM yang sampai sekarang pun belum tahu lagi kesudahannya.Kita dah boleh agak,bila saja DSAI tamat tempoh Edahnya untuk layak menjadi calon,cerita Liwat 2 ini sudah mula dimainkan.

Ini terbukti apabila DSAI telah mengisytiharkan bahawa beliau akan bertanding di P Pauh bagi mengisi kekosongan kerusi akibat daripada perletakan jawatan isteri beliau (DSWA) sebagai ahli parlimen disana.Maka berlakulah adegan yang lebih hebat lagi dimana sikena liwat bersumpah didalam Masjid menggunakan Al-Quran.

Mereka tak pernah mempedulikan pandangan daripada alim ulama' yang tak sebulu dengan mereka.Disinilah kita baru nampak yang Puak Umno ini 'menggunakan agama dalam masa mereka berpolitik' dengan cara mereka tersendiri.'Malaysia Boleh...'
Yang terbaru,isu perlaksanaan Hukum Hudud telah dibunyikan loceng oleh puak2 ini.Pihak media arus perdana yang menjadi tunggangan mereka selami ini telah mengambil tempat untuk menjalankan tanggugjawab mereka dengan penuh 'cemerlang,gemilang & terbilang....'

Penswastaan: Antara skim cepat kaya Mahathir & rompakan Najib

Penswastaan ialah satu dasar ekonomi yang dianjur oleh kaum pemodal kapitalis pada tahun 80′an dahulu. Ini adalah dasar ekonomi yang mula-mula dianjurkan oleh Ronald Reagan dan Margaret Thatcher. Ini adalah dasar ekonomi kapitalis fahaman kanan yang ekstrim.

Sebelum dasar penswataan di perkenalkan banyak negara dalam dunia ini masih memiliki harta-harta dan syarikat-syarikat awam. Banyak syarikat-syarikat yang berjaya ini dimiliki dan dikendalikan oleh kerajaan. Syarikat awam ertinya syarikat yang dimiliki oleh orang ramai.

Kaum pemodal meleleh air lior apabila melihat syarikat air, syarikat api, pejabat pos, syarikat talipon, syarikat kapal terbang, sekolah, hospital dan seribu satu macam syarikat yang dimiliki oleh rakyat. Kaum pemodal tidak dapat menahan nafsu duitan mereka untuk merompak syarikat-syarikat ini.

Syarikat-syarikat milik kerajaan bermula dengan cita-cita untuk memberi khidmat kepada orang ramai. Syarikat-syarikat in diusahakan bukan atas dasar mencari untung maksima. Dalam masa yang sama syarikat-syarikat ini juga berjalan dengan pengendalian yang baik dan profesional. Untung bukan slogan syarikat-syarikat ini. Rugi juga bukan moto syarikat ini.

Khidmat untuk orang ramai ialah shahadah untuk semua syarikat-syarikat milik kerajaan. Syarikat-syarikat ini berimankan - khidmat terbaik untuk kesejahteraan ramai. Syarikat milik orang ramai didirikan untuk memberi khidmat kepada orang ramai.

Skim cepat kaya Mahathir Muhamad

Tiba-tiba Mahathir Muhamad melancar skim cepat kaya pada tahun 80an. Syarikat-syarikat Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, MAS, Pembeklan Air, Pejabat Pos, Hospital, Taman Negara, Jalan Raya, Balai Raya, Dewan Orang Ramai, Rumah Rehat – semua ini adalah contoh-contoh syarikat dan harta orang yang ditelah diagih-agihkan oleh Mahathir Muhamad kepada kaum kerabat dan kroni-kroninya.

Inilah skim cepat kaya Mahathir Muhamad yang dijadikan dasar gerombolan United Malays National Organisation. Di tahun-tahun itu, ketika Mahathir ditahta, kita ada mendengar berita Mamat Basikal Buruk jadi towkay gedung-gedung perniagaan. Kita mendengar Mat Driber Lori jadi pemilik empangan terbesar. Kita mendengar Mat Sekolah Tak Tamat menjadi tuan punya syarikat penerbangan. Kita mendengar cerita Mat Tak Pandai Cakap Inggeris menjadi pemilik loji air.

Semua harta-harta dan syarikat yang dimiliki orang ramai telah diambil alih untuk di jadikan milik pribadi. Semuanya dirompak untuk diagihkan kepada kroni. Cara rompakan ini cukup senang: Para kroni mengajukan cadangan-cadangan dengan kertas kerja kepada badan Unit Perancangan Ekonomi - EPU.
Bunyinya cukup lunak tetapi hakikatnya amat berlainan. Badan perancangan ini juga dirasuah untuk meluluskan rompakan ini. Para birokrat di badan Perancangan ini juga mendapat habuan untuk meluluskan rompakan ini. Mereka bersubahat untuk sama-sama merompak.
Hasilnya di zaman Mahathir Muhamad banyak lanun dan perompak menjadi kaya raya.

Bayangkan berpuluh puluh tahun syarikat dan harta-harta ini telah dibagunkan sedikit demi sedikit. Syarikat MAS - dari dua buah kapal terbang yang disewa dari BOAC akhirnya menjadi sistem penerbangan antarabangsa. Bayangkan dari hanya beberapa buah peti pos akhirnya Pejabat Pos berjaya memberikan khidmat ke seluruh negara. Cuba fikirkan bagaimana hutan diteroka dan jalan raya dan landasan keretapi dibuat.

Berapa bilion ringgit pelaboran telah di curahkan oleh kerajaan? Berapa banyak masa, tenaga dan berapa banyak nyawa rakyat yang telah digunakan untuk mendirikan syarikat-syarikat ini? Dalam sekelip mata sahaja semua harta-harta ini telah dirompak oleh Mahathir Muhamad. Harta-harta milik kita semua ini dengan bagitu senang diagih-agihkan kepada kaum keluarga dan kroni.

Dasar rompak harta orang ramai inilah yang dipanggil dasar pengswastaan. Dasar ini juga dikaitkan dengan apa yang dipanggil dasar globalisasi. Dasar globalisasi ini membolehkan syarikat-syarikat gergasi antarabangsa datang sama menjarah dan merompak harta negara kita.
Apakah kita lupa syarikat Air Kelantan pada satu masa dahulu sebahagian besarnya adalah milik Thames Water dari United Kingdom. Tidak kah kita merasa takut apabila air yang kita minum ini tuan empunyanya ialah orang luar. Tidak kah kita merasa gerun apabila hospital kita adalah milik Singapura, Britain atau Amerika? Tidak kah kita terganggu apabila syarikat talipon kita kini dimiliki oleh Jepun, Korea dan Australia?

Dasar penswastaan ini telah berjalan lebih dari 20 tahun. Porak peranda hasil dari dasar ini sedang kita lihat. Sekolah dan universiti bukan lagi gudang ilmu untuk mendidik warga bangsa tetapi menjadi gedung ‘menipu’ untuk membuat duit.

Hospital yang dulunya milik kita bersama kini apabila kita jatuh sakit kita pula kena bayar. Kita diberi ubat yang ‘tidak bermutu’ tetapi jika hendakkan ubat yang bermutu – sila bayar. Jika tidak ada duit maka jawabnya kita dapat rawatan lekeh atau tidak ada rawatan langsung.

Lihat pula berapa banyak jalan-jalan raya sedang dihalang dengan tol. Air dan api dinaikan harga saban tahun. Talipon terus melonjak sewanya. Untung, untung dan untung dijadikan akidah syarikat swasta ini.

Dahulu - ketika semua syarikat ini dimiliki oleh orang ramai – jika dapat untung – keuntungan ini akan dimasukkan ke dalam dana negara. Bila syarikat ini di swastakan bila ada untung maka untung ini masuk ke dalam poket tuan pemilik saham syarikat ini. Ini bezanya antara syarikat milik kerajaan dengan syarikat yang diswastakan.

Rompakan Najib Razak

Minggu lalu Najib Razak telah cuba melakukan rompakan di siang hari. Najib Razak sedang mula membuat jaringan kroni-kroni baru. Sime Darby adalah kroni pertama Najib Razak. Jika di selidik dan di halusi maka pasti akan kita ketemui bahawa Najib Razak dan kaum kerabatnya mungkin ada memiliki kepentingan dalam syarikat Sime Darby ini. Atau telah ada ‘persetujuan’ yang syarikat Sime Darby ini akan memperkukuhkan kedudukan Najib dari segi sokongan politik dan kewangan.

Sime Darby ingin merompak Institut Jantung Negara. Ini telah di persetujui oleh Najib Razak. Najib Razak sendiri membuat kenyataan - DIA TIDAK AKAN MENGHALANG NIAT SIME DARBY.

Lihat dengan jahat dan licik Najib Razak telah ‘membocorkan’ berita rancangan rompakan ini sesudah perlimen ditutup untuk bercuti satu bulan. Ini niat jahat.

Najib Razak tidak mahu projek rompakan IJN ini dibicangkan di parlimen. Pasti perancangan rompakan ini telah lama berjalan secara senyap-senyap. Secara sulit pasti ada ‘deal’ yang telah dibuat. Kenapa projek rompakan ini tidak diberitahu secara telus kepada wakil rakyat di parlimen? Kenapa dengan tiba-tiba Najib besetuju? Mana dia dasar ketelusan yang selalu dIwar-warkan oleh gerombolan United Malays National Organisation?

Semua rompakan penswastaan di buat dalam gelap. Hingga ke hari ini kita – orang ramai – masih belum dapat membaca perjanjian antara kerajaan dengan syarikat lebuh raya. Perjanjian syarikat ini telah dibuat dengan kerajaan. Ertinya perjanjian ini dibuat dengan kita semua. Kerajaan itu ialah orang ramai. Orang ramai ialah kita semua kerana kita yang melantik kerajaan. Kalau kita melantik kerajaan kenapa kita tidak boleh mengetahui apa yang di janjikan.

Justeru, dasar penswastaan ini wajib dihentikan. Dasar ini membawa mudarat kepada orang ramai. Tugas kerajaan bukan untuk mengkayakan kroni dan kaum kerabat. Tugas kerajaan yang berjiwa rakyat ialah mendahulukan kepentingan ramai dari kepentingan kroni dan anak bini. Tugas utama kerajaan ialah untuk memastikan rakyat terbanyak hidup selesa dengan pembahagian dan agihan ekonomi yang adil.

Rakyat wajib berwaspada dengan dasar penswastaan. Orang ramai perlu membuka mata dan berjaga-jaga kerana perompak-perompak harta orang ramai ini masih berkeliaran. Selagai mereka berkuasa rompakan harta rakyat akan berterusan. Untuk ini kita tidak ada pilihan –hentikan dasar ini dan mereka kita nyahkan dari tampok kuasa. (tukar tiub)

24 December 2008

Kapten Zahar sertai PAS: Hijrah bermakna untuk PAS Selangor

KUALA LUMPUR - Keputusan Kapten (B) Dato' Zahar ImageHashim menyertai PAS disifatkan sebagai sesuatu yang cukup bermakna kepada PAS Selangor menjelang sambutan Maal Hijrah Isnin depan.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata demikian selepas menerima borang keahlian penyertaaan bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya selatan bersama 28 ketua cawangan dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan pagi tadi di De Palma Hotel, Ampang.

Turut hadir dalam majlis itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Ali dan Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahrir.

Nasharuddin juga menegaskan semangat Hijrah tahun ini juga amat bermakna kepada Zahar dan rakan-rakannya.

Selain itu Nasharuddin berkata, penyertaan Zahar yang amat bersesuaian dengan semangat Hijrah yang diraikan oleh umat Islam.

"Hari ini kita menyambut mereka bukan sebagai rakan tetapi sebagai ahli keluarga yang bersama berjuang bagi memastikan PAS menjadi parti yang diyakini seluruh rakyat Malaysia," kata Nasharuddin.

PAS kata beliau sentiasa membuka pintu kepada individu yang ikhlas mahu berjuang bagi memastikan perjuangan parti mahu menegakkan keadilan di negara ini tercapai.(Harakah)

UMNO SEDANG SERONOK MEMALU GENDANG USANG.......

"BIASALAH,INI POLITIK" ungkapan kata inilah yang sampai sekarang diagung2kan oleh ahli2 politik.Saya cukup2 takut dengan pakar2 politik.Kita sedia maklum yang KJ adalah dari parti umno(parti sekular) memang licik dalam berpolitik.Politik puak2 ni,agama tak masuk dalam senarai semasa mereka 'berpolitik'.
Sejak dari nagara kita mencapai Kemerdekaan lagi telah diperintah oleh gabungan parti yang mengenepikan agama(ISLAM) dalam sistem pemerintahan mereka sedangkan ketua parti(UMNO) dalam Gabungan mereka ini adalah 100% Melayu(ISLAM).
Rakyat Malaysia telah didodoikan dengan sistem yang telah diatur oleh golongan tertentu(pro sekularisme) yang membuat penekanan bahawa 'Agama & Politik tidak boleh dicampur'.Akibat daripada ini Rakyat dinegara kita sudah menjadi selesa dengan cara Gabungan ini memeritah negara.
Kerana inilah kita yang mahukan Perubahan kena atur langkah kita sebaiknya.Betapa besarnya tanggungjawab yang PR terpaksa tanggung.Apa tidaknya,betapa banyaknya kerosakkan yang telah mereka(BN) lakukan,yang penting sekali adalah 'Minda Rakyat'.
Bila sebut 'Minda Rakyat',kerana inilah Rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang Bukan Islam cukup takut dengan isu perlaksanaan 'Hukum Islam' ini.
Jadi janganlah kita menyalahkan mereka 100% bila mereka cukup2 takut bila isu ini dibangkitkan.
Kalau kita nak salahkan,sepatutnya kepada golongan yang mereka agong2kan mereka adalah parti melayu(sinonim dengan Islam) yang sudah sampai 'tua(uzur)' pun tak laksanakanya.Sedangkan Hukum Islam ini adalah menjadi 'Tanggungjawab setiap manusia yang bergelar Islam'.
BN sudah merasakan yang populariti Gabungan Kerajaan mereka sudah menjunam dengan teruknya.Semua kaum sudah muak dengan mainan politik kotor yang dimainkan oleh ketua parti mereka.Bagi menghalang kemaraan Bukan Islam dari mendekati PR,inilah 'Ugutan Usang' yang mereka gunakan dari dulu lagi.
Sekarang DAP sudah menjadi parti peneraju terutama bagi kaum cina & BN tau yang mereka telah berjaya 'Memprogramkan Minda Bukan Islam' dengan menakutkan mereka tentang Hukum Islam ini.Kerana inilah semua parti dalam PR tak payah melayan apa2 pun istilah yang mereka gunakan.Kita kena bersatu d atas kewajipan kita iaitu Majoriti Rakyat Malaysia tak mengira kaum mahukan Kerajaan BN yang dah usang ini ditukar...!!!!.

23 December 2008

TGNA Pertahankan Wartawan Baling Kasut Kearah Bush

KOTA BHARU- Keberanian wartawan Iraq, Muntazer al Zaidi membaling kasut ke arah George W Bush turut dipertahankan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Saya puji wartawan yang lempar kasut kerana telah menggunakan ruang yang ada untuk menentang perbuatan mungkar.Hak bagi mencegah mungkar boleh dilakukan menggunakan tangan, lidah, hati atau kasut seperti dilakukan wartawan di Iraq.Bagi mereka yang pandai melukis boleh guna kartun dan bagi mereka yang tiada kaedah lain bolehlah guna kasut," katanya selepas seminar anjuran Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Dewan Teratai semalam.
Baru-baru ini seorang wartawan penyiaran Iraq membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat pada satu sidang media ketika lawatan perpisahannya ke Iraq pada 14 Disember lalu.Ekoran insiden itu wartawan terbabit ditahan pihak berkuasa Iraq. Bagaimanapun tindakan beraninya mendapat sokongan pelbagai pihak di seluruh dunia.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tindakan membaling kasut ke arah Presiden Amerika merupakan tanda penentangan terhadap kemungkaran dan penganiayaan yang dilakukannya terhadap masyarakat dunia."Langkah yang diambil wartawan terbabit adalah jelas mewakili masyarakat Iraq yang telah ditindas penjajahan Amerika Syarikat dan ia merupakan satu tindakan bijak," katanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata, tindakan kerajaan BN melalui Jabatan Pembangunan mewujud kembali Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) di Kelantan akan merosakkan perpaduan rakyat.

"JKKP lah yang menyebabkan manusia berpecah belah, di Kelantan sepatutnya rakyat berada di bawah satu parti dan parti lain tak perlu masuk campur.Kami dah ada penghulu dan penggawa, apa kerja nak tubuh JKKP lagi.. mulut pemimpin mereka hari-hari kata nak bersatu, tetapi mereka inilah yang menjadi punca berpecah belah," katanya.

Baru-baru ini Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Yahaya Mohamad dilaporkan berkata, JKKP akan ditubuh bagi merancang projek kerajaan persekutuan di setiap mukim.(Harakah)

SERTAI PAS ESOK?ZAHAR MASIH BERFIKIR...

Di sebalik desas-desus akan menyertai parti pembangkang esok, Ketua Umno Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim sebaliknya memberitahu, beliau masih memikirkan tentang kemungkinan tersebut.
Ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Zahar berkata, beliau masih belum membuat keputusan sama ada meninggalkan Umno dan seterusnya menyertai pembangkang atau terus bersara daripada dunia politik.
"Saya masih memikirkannya. Yang anda dengar (menyertai pembangkang petang ini) itu khabar angin sahaja." Beliau berkata demikian bagi mengulas ura-ura kononnya beliau bersama 20 ketua UMNO cawangan bahagian itu akan meninggalkan parti untuk menyertai Pas pada petang ini.
Kumpulan berkenaan dikatakan akan menyerahkan borang keahlian PAS mereka kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali disaksikan kepimpinan Pas negeri itu dalam satu majlis khas.
Beliau bagaimanapun mengakui yang beliau kemungkinan besar akan menyertai PAS jika memutuskan untuk menyertai pembangkang."Berdasarkan ideologi parti yang sesuai dengan saya, saya akan pilih PAS tapi saya masih lagi menunggu pendapat daripada penyokong-penyokong saya.Jika saya menyertai pembangkang, mereka juga nampaknya akan mengikut jejak langkah saya," katanya.
Zahar sebelum ini digantung keanggotaannya dalam UMNO selama tiga tahun kerana membuat kenyataan mengkritik parti.

-mSTAR Online

22 December 2008

ISU HUKUM HUDUD BERJAYA DICETUSKAN KJ

Semua sudah maklum,DAP cukup2 TAKUT dengan perlaksanaan hukum ISLAM ini.Belum lagi mengenali,sudah menolak mentah2.Isu ini bukan baru,dari awalan gabungan parti2 pembakang lagi untuk menghadapi PRU-10,sebab UTAMA perpecahan adalah isu ini juga.Pihak yang paling SENANG HATI melihat ketidaksefahaman anggota parti dalam PR mengenai perlaksanaan hukum ISLAM ini adalah parti yang ahlinya 100% Islam iaitu UMNO.
Saya pun terkejut bila mendapat tahu Dato' Husam akan berdebat dengan KJ.Kenapa sekarang,dimana PR tengah sibuk2 dengan PRK di K Terengganu,isu perlaksanaan hukum ini bergema lagi...?Ini adalah rentetan daripada program DEBAT ini.Kita semua maklum,HUKUM ISLAM ini adalah menjadi tanggugjawab setiap individu beragama Islam.Saya pun tak berani mengulas panjang ISU ini.Cuba kita selami apakah tujuan sebenar disebalik DEBAT ini dengan melihat video yang saya dah postkan dibawah sebelum ini walaupun pendek.
Majoriti penyokong PR terutamanya PAS,ternanti-nanti untuk melihat DEBAT ini secara langsung melalui Kelantan TV(KTV).Tapi semuanya hampa kerana siaran langsung itu tidak berjaya diterbitkan.Faham2lah,pihak mana yang sabotaj kalau siaran langsung itu menyajikan suasana yang PANAS....terutamanya pihak yang berusaha mencetuskan isu ini.Kalau nak katakan pihak PR,tak mungkin kerana sekarang ini bukanlah masanya yang sesuai.PR kena tumpukan pada K Terengganu.Ini komen dari TGNA kita yang mungkin boleh menyejukan SUASANA PANAS...., ini
KOTA BAHARU, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata "tiada masalah untuk PAS melaksanakan undang-undang Hudud dan Qisas kerana halangannya hanya terletak pada pemikiran mereka yang kurang memahami undang-undang itu.Jika hukuman gantung boleh dilaksanakan kepada pengedar dadah maka tidak jadi masalah untuk rakyat menerima hudud yang antara lain menguatkuasakan hukuman bunuh kepada pembunuh dan hukuman potong tangan kepada pencuri".
Katanya lagi,"Hudud ini bukan dibawa PAS tetapi dibawa oleh Islam sejak dari zaman Nabi Muhammad lagi, jadi bagi orang Islam yang mentadbir negara adalah wajib bagi mereka melaksanakan hudud".
Pemimpin PAS seperti beliau hanya mampu menggubal undang-undang Hudud dan Qisas itu tetapi pelaksanaannya akan diadili oleh mahkamah dan hakim berdasarkan bukti dan fakta.Beliau berkata,"jika tiada bukti yang cukup,hakim tidak akan jatuhkan hukum hudud keatas pesalah itu.Sama seperti undang2 yang ada sekarang".
Mengenai penerimaan parti komponen dalam PR,beliau berkata"PAS sedia berbincang dengan mereka.Jika tidak mahu menerima,mereka perlulah kemukakan alasan kenapa tidak boleh menerimanya.Islam memberi peluang kepada semua untuk berbincang".


Debat Dato' Husam vs KJ-sekejap pun jadi le...

video

Kabel Dasar Laut Terputus daa....

video

21 December 2008

PAS Akan Umum Calon Pada 1 Januari

PAS hanya akan mengumumkan calonnya yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu 1 Januari ini.Ia diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat PAS di Kuala Terengganu dan diumumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.Jawatankuasa tersebut telah mencapai keputusan mengenai calon yang bakal mewakili PAS dan Pakatan Rakyat.

Hadi memberitahu wartawan bahawa pihaknya telah memperolehi calon yang lebih layak berbanding calon Barisan Nasional (BN)."Kita akan mencapai kemenangan," katanya.Jelas beliau, calon berkenaan ialah seorang profesional dan berjiwa rakyat.

Ketika ditanya mengapa tidak diumumkan calon pada hari ini beliau berkata: "tiada masalah dalaman dan kami boleh ambil masa (untuk umum calon)".Sebelum ini PAS berkata, ia akan mengumumkan nama calon selepas 21 Disember.Pengumuman calon akan diadakan di stadium tertutup pada 1 Januari.

Selain Mohamed Sabu yang bertanding di kerusi itu 8 Mac lalu, nama lain disebut bakal mewakili PAS ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustapa Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad.

Di kalangan nama-nama itu, Syed Azman dikatakan mempunyai peluang besar untuk menghadapi calon lain khususnya calon BN

Keburukan Dari Kegagalan 16Sept

Beginilah umpamanya,kalau kita dengan sepenuh hati menaruh harapan diatas sesuatu perkara yang inginkan ianya berlaku mengikut kehendak hati kita,alangkah kecewa & hampanya kita bila ianya tidak berlaku separti yang dirancangkan.Pratus populariti PR telah merudum akibat dari kegagalan projek ini.
Begitulah bagi pihak RAKYAT yang kurang memahami istilah perjuangan dalam PR.Mereka menyokong PR hanya semata-mata mahukan PERUBAHAN....Yang penting bagi mereka kerajaan BN perlu di JATUHKAN.Mereka dah muak dengan cara BERPOLITIK puak2 BN ini.Tak habis MEMBODOHKAN mereka.
Golongan ini yang berkemungkinan besar sudah kurang berminat terhadapPR.Mereka tak akan berfikir benda ni semua teramat susah untuk dilakukan.Ini kerana kerajaan BN sudah terlalu lama memerintah MALAYSIA.Maknanya,mereka tidak akan merelakan PR mengambil-alih tampok pemerintahan dari mereka dan ramai dari mereka sedar yang kerajaan mereka berada diambang KEHANCURAN.
Saya masih ingat DSAI pernah berkata "Kalau Allah dah takdirkan kita menang,kita akan menang,pedoman saya ialah semasa PRK Permatang Pauh.Habis jentera jentolak BN digunakan.Begitu banyak wang RAKYAT di taburkan disana,kes SUMPAH LIWAT pilihanraya,tetapi kita tetap mendapat kemenangan kerana Allah telah mentakdirkan kita untuk menang".
Dengan izin Allah PRK berlaku lagi di Kuala Terengganu.Disini PR boleh berusaha pulihkan segala kelemahannya.Buktikan kepada RAKYAT bahawa perjuangan & kemaufakatan PR masih TEGUH..!!!Ingatlah semua,kalau kita terlepas peluang ini maka berkemungkinan berpuluh tahun lagilah untuk kita melangkah kembali.Ingatlah semua,kekuatan kerajaan BN betul2 bergantung diatas gabungan parti.Jadi untuk menjatuhkan mereka,kita kenalah menggunakan landasan kemaufakatan yang Allah telah kurniakan kepada kita iaitu PR.

Kebaikan di Sebalik Kegagalan 16Sept

Kerajaan BN memang TAKUT untuk menghadapi cara yang DSAI gunakan.Mereka telah berusaha sedaya upaya untuk menghalangnya dari berlaku.Target utama mereka ialah DSAI mesti DIHAPUSKAN....Dengan itu maka berulanglah KES LIWAT(2) keatas DSAI.Tapi usaha kali ini nampaknya tak berapa menjadi.Sampai sekarang kes ini masih belum selesai.Tak sedarkah mereka,rentetan dari pertuduhan LIWAT(1) yang sebelumnya,populariti DSAI semakin bertambah.
Ini adalah usaha untuk mengganggu tumpuan DSAI & juga point bagi mareka untuk mengalahkan beliau semasa PRK Permatang Pauh tempoh hari.Hinggakan sumpah menjadi satu mainan dalam trend politik mereka.Nampaknya mereka tak pernah belajar dari kesilapan lalu.
Disaat DSAI terpaksa menempuh kes liwat yang ke-2,sudah kelihatan ada sesuatu yang tidak kena dalam PR itu sendiri.Saya masih ingat berbagai kenyataan telah keluar dari mulut beberapa pemipin dalam PR,seumpamanya"DSAI ingin jadi PM adalah angan2 Mat Jenin" dan "saya ada bukti yang mengatakan bahawa DSAI memang terlibat dengan kes liwat yang terbaru ini" dan "Kenapa sibuk sangat dengan cerita kematian Al Tantuya..!!?" dan lain2 lagi.Benda2 ini semua tak sepatutnya keluar dari kalangan pemimpin PR.
Sama juga di pihak MP BN yang ingin melompat kesebelah PR yang boleh mejatuhkan kerajaan BN.Kalau sekarang mereka boleh melompat kesebelah sini,tidak mustahil mereka boleh melompat kesebelah sana bila2 masa sahaja.
Pemimpin yang dah buat silap,hendaklah bertanggungjawab diatas kenyataan PANAS mereka.Selagi benda begini tak diselesaikan seikhlasnya,istilah muafakat dalam PR adalah dari pandangan luaran sahaja.Berapa lama kerajaan PR mampu bertahan seandainya projek 16Sept BERJAYA..?Benda2 ini semua adalah KEBAIKAN kepada PR.Sementara masa yang masih ada ini,"PERKEMASKANLAH PR,SELESAIKAN SEGALA PERMASAALAHAN SEIKHLASNYA demi untuk merialisasikan HARAPAN RAKYAT".

20 December 2008

Wan Farid Calon BN di KT

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Salleh diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di majlis pengumuman calon BN di Kuala Terengganu petang ini.

Najib juga merupakan pengarah pilihanraya kecil tersebut. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 Januari depan.

Wan Ahmad Farid, 46 - bekas peguam lulusan Universiti Thames Valley, London - merupakan anak jati Kuala Terengganu.

kuala terengganu by election wan farid bn candidate 031208Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.

Beliau menjadi ketua Umno bahagian Kuala Terengganu apabila mengalahkan penyandang jawatan, Senator Datuk Roslan Awang Chik.

Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail di Genting Highland pada 28 November lalu.

PAS pula akan mengumumkan calonnya esok.Selain itu, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) telah menyatakan minat untuk bertanding. Tiga orang lagi telah menyatakan minat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas.

Mereka ialah Maimun Yusuf yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu dan dua orang lagi ialah usahawan, Mohd Azlan Ismail dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan.

Baik Buruknya di Sebalik Kegagalan 16Sept

RAKYAT yang inginkan perubahan dalam masa terdekat menanti tarikh keramat 16Sept dengan penuh debaran termasuklah juga dari kalangan penyokong BN sendiri.Ada dari mereka yang sudah MELOMPAT keahlian pada mana2 parti dalam PR.Ada juga yang sudah standby bila PR mengambil-alih kerajaan Persekutuan,meraka akan terus melompat tanpa was2 lagi.Suasana ini berlaku bila seseorang itu tidak memahami istilah PERJUANGAN yang dibawa oleh PR.Bagi mereka siapa yang BERKUASA,mereka akan menyokongnya.Tak kisahlah,janji mereka menyokong kita...
Semua sudah maklum,tarikh 16Sept adalah tarikh Pembentukan Malaysia iaitu dengan penyertaan Sabah & Serawak kedalam Malaysia.Mungkin kerana inilah DSAI memilih tarikh ini sebagai hari PR mengambil-alih Kerajaan Persekutuan dari BN.
Dipihak Kerajaan BN sendiri pun akui,kalau dibiarkan saja tarikh ini berlalu,sudah PASTI mereka akan diJATUHKAN dengan aibnya.Tak tahulah mereka mendapat maklumat dari mana,mereka terus mengambil langkah drastik dengan menghantar MP2 mereka yang terpilih sahaja ke Taiwan yang konon2nya mereka pergi belajar kaedah pertanian disana.Kenapa sampai begitu ramai MP yang terpaksa mempelajari bidang pertanian?Setahu kita,Menteri Pertanian sahaja yang patut memikul tugas ini!!

Gurindam TGNA Kepada Pengundi2 di KT


"NAK BERI RASUAH SALAH,TAK BERI RASUAH KALAH,AKHIRNYA JADI SERBA SALAH,KERANA ITU JOM PAKAT UNDI PAS".
Beliau menyatakan perkara itu secara spontan kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco pagi tadi ketika diminta mengulas berhubung persediaan PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil itu tahun hadapan.Sebelum ini beliau pernah mengemukakan gurindam politiknya untuk dimanfaatkan oleh rakyat Kelantan sebelum pilihan raya umum 1990 yang mahsyur sehingga kini adalalah,"BERI DUIT AMBIL,BERI KAIN PAKAI,BERI GULA KACAU,BILA MENGUNDI PANGKAH BULAN".
Dalam masa yang sama beliau turut menyampaikan salam kepada seluruh warga pengundi Parlimen Kuala Terengganu supaya mengundi calon PAS dalam pilihan raya kecil itu pada 17 Januari tahun hadapan.
“Apa yang BN buat, PAS juga boleh buat, seperti pembangunan, nak jaga Melayu, kita juga boleh berbuat demikian, jadi tiada sebab Umno dan BN diberi peluang sekali lagi untuk memilih mereka.“Sedangkan pada waktu yang sama Allah telah memberi ruang pada manusia menilai setiap apa yang ada di hadapan mereka, contohnya terhadap pentadbiran kerajaan PAS Kelantan,”ujarnya lagi.
Tuan Guru memberitahu, apa yang berbeza Umno memperjuangkan kebangsaan, sebaliknya PAS dasar Islam yang wajar disokong oleh semua pihak.Tambahnya lagi, kerana keyakinan terhadap perjuangan PAS mereka menubuhkan Kelab Penyokong PAS dan bukannya kelab Umno walaupun sudah lama bersama parti itu.
Beliau juga berkeyakinan calon PAS dijangka akan memenangi dalam pilihan raya kecil itu nanti berikutan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku di dalam parti Umno dan kerajaan seperti perpecahan dan rasuah.Sambungnya, masaalah itu merupakan petaka yang buruk dalam mana-mana Negara sekalipun termasuk Malaysia di mana ianya turut disebut dalam perlembagaan negara.
“Saya tidak kisah siapa yang bakal menjadi calon dalam pilihan raya kecil itu nanti, mana-mana calon yang telah diputuskan dalam mesyuarat berhubung perkara itu wajar disokong.“Cadangan calon terdahulu Mat Sabu (Mohammad Sabu) hanyalah pandangan peribadi saya saja, kalau nak letak orang lainpun jika itu keputusan mesyuarat parti tiada halangan,” ujarnya lagi.
Ketika diminta mengulas berhubug calon bebas juga bakal bertanding dalam pilihan raya itu, PAS menerima dengan terbuka.“Dia dah bebas, tak boleh nak cakap apa lah, dia bebaslah nak bertanding ke nak apapun,” ujarnya lagi.
Tuan Guru turut menolak telah berlaku dua golongan dalam PAS di Terengganu sehingga menjadikan pilihan raya kecil itu nanti sebagai medan untuk menguji kekuasaan masing-masing.“Itu hanya andaian musuh, oleh kerana musuh dalam keadaan kelam kabut sekarang, jadi pandai-pandailah dia mengadakan sesuatu pada parti lawan, itu memang dah jadi kaedah manusia.“Biarlah lawan nak kata PAS sampai ada dua tiga kumpulan pun namun yang penting kita akan berdepan dengan senang hati,” ujarnya.

Isu Penswastaan IJN


Institut Jantung Negara yang ditubuhkan pada bulan September 1992 merupakan sebuah institusi kesihatan yang sudah lama menyumbang bakti kepada rakyat Malaysia. Ianya menjadi pusat rujukan bagi penyakit kardiovaskular di negara ini serta menawarkan khidmat untuk menangani dan mengurus penyakit jantung. Dengan khidmat para pakar yang terbaik, serta kerjasama yang erat dengan Papworth Hospital di United Kingdom dan Herz-und di Jerman, Institut Jantung Negara berupaya menjadi pusat pakar jantung terbaik di rantau ini dengan keupayaan teknologi terkini.

Namun keputusan kerajaan yang secara prinsipnya bersetuju dengan penswastaan IJN kepada Sime Darby Berhad amatlah mengecewakan. Di saat kita sedang menghadapi kesukaran untuk berdepan dengan kedudukan ekonomi sejagat yang meruncing, keputusan ini tentulah memberikan dampak yang bukan kecil kepada rakyat keseluruhannya. Pada hemat saya kerajaan tidak wajar mengambil langkah yang sebegitu drastik sedangkan rakyat amat memerlukan perkhidmatan kesihatan yang menawarkan kos berpatutan.

Rekod penswastaan kita ternyata tidak memberansangkan. Lihat sahaja apa yang berlaku dengan Telekom Berhad dan Pembekal Tenaga Bebas(IPP), penswastaan tidak menjamin peningkatan kecekapan dan keupayaan. Selagi penyakit kronisme dan pengambilan komisen berbillion ringgit dari tender kerajaan masih berlaku, penswastaan ternyata bukanlah jalan penyelesaian bagi mempertingkatkan kecemerlangan IJN.

Sungguhpun penswastaan mempunyai kesan positif terutamanya di dalam memacu pertumbuhan ekonomi, namun tanpa garis panduan jelas seperti pertanggungjawaban dan ketelusan apatah lagi ketirisan masih leluasa, penswastaan IJN dikhuatiri akan berakhir menjadi satu episod gelap dalam pengurusan ekonomi dan perkhidmatan kesihatan di negara ini.
Bakal PM Kita (DSAI)

19 December 2008

IMBAS KEMBALI BERMULANYA GELOMBANG BARU INI (akhir)


PR membuat kejutan pada PRU-12 dengan kejayaan menjatuhkan kerajaan BN di 4 buah negeri & mengekalkan kerajaan Negeri Kelantan.Jadi 5 buah negeri sekarang berada dibawah pemerintahan PR.Biasanya bila Pilihanraya selesai maka suasana kehangatannya semakin berkurangan.Tapi bila selepas PRU-12,suasananya bertambah hangat
Macam2 cerita yg kita dengar.Tapi yang paling penting sekali,kerajaan BN sudah mula gelabah.PR berjaya menafikan majoriti 2/3 yang selama ini begitu sukar untuk kita lakukan.Ada cerita yang mengatakan ada MP BN yang akan menyeberang untuk menyertai PR.
Selepas tamatnya tempoh EDAH DSAI,x lama selepas itu beliau telah mengambil tanggungjawab dengan menyertai PRK Permatang Pauh.Dengan izin Allah beliau telah memenangi kerusi yang sebelumnya dipegang sementara oleh isteri beliau iaitu DSWA walaupun bermacam cara telah digunakan oleh pihak musuh untuk mengalahkannya.
Majoriti RAKYAT begitu mengharapkan perubahan berlaku dalam masa terdekat.Ini akibat daripada kenyataan dari DSAI & pemimpin PR sendiri.Mereka telah memberi tarikh yang tepat untuk megambil-alih tampok pemerintahan dari BN iaitu pada 16sept.Tapi yang malangnya apa yang dirancang itu tak menjadi.Mahu tak mahu DSAI & pemimpin PR terpaksa menerima segala tomohan yang dilemparkan dari pelbagai pihak.

15 December 2008

AMK Akan Mengempur KT

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pihaknya telah pun menghubungi Ketua Pemuda PAS Terengganu dan akan mengadakan mesyuarat pemuda Pakatan Rakyat pada 17 Disember ini sebagai persiapan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Menurut Shamsul antara yang akan di bincangkan nanti ialah penubuhan bilik gerakan, pengagihan dan atur cara ceramah, membantu semakan daftar pengundi dan pelbagi lagi tugas yang membabitkan kempen pilihan raya.AMK akan pastikan gelombang kemenangan Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu turut melanda P36 Kuala Terengganu ini, katanya.
AMK akan menggabungkan seluruh AMK negeri-negeri untuk sama-sama turun berkampung di Kuala Terengganu untuk membantu dan bekerjasama erat dengan Dewan Pemuda PAS Terengganu bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat, katanya.Kemenangan ini amat bermakna kepada Pakatan Rakyat justeru gerak gempur pemuda harus berjalan dengan baik dan berkesan di semua pelusuk di kawan Parlimen Kuala Terengganu. Jentera pemuda Pakatan Rakyat juga akan memastikan tidak terdapat kemasukan pengundi hantu pada sebelum atau pada hari membuang undi pada 17 January depan.

IMBAS KEMBALI BERMULANYA GELOMBANG BARU INI (Bhgn 3)

Sekembalinya DSAI ketanah air,maka suasana KEHANGATAN politik di negara kita kembali lagi.Disinilah GELOMBANG MAHUKAN PERUBAHAN kembali dengan GAHNYA..Kerajaan BN betul2 dapat merasakannya.Sebelum ini DSAI dibagi CUTI PAKSA oleh mereka.
Kita semua sudah sedia maklum,PAS & DAP teramat sukar untuk duduk semeja.Cuba kita ingat kembali semasa BA terbentuk pada 1999 dengan ketiadaan DSAI.Dsaat2 akhir untuk menghadapi PRU-10,DAP telah mengambil tindakan keluar dari BA.PKR pada masa itu dipimpin oleh Dr Wan Azizah tak dapat mengatasi ketidaksefahaman ini.PKR hanya mampu mempertahankan kerusi di Permatang Pauh sahaja.
Bila DSAI menerajui PKR dengan jawatan Ketua Umum,PKR kembali mendapat sokongan RAKYAT dari pelbagai bangsa dinegara kita.PKR,PAS & DAP sekarang sudah dapat duduk dibawah satu pakatan yang dinamakan PAKATAN RAKYAT.Dengan KEKUATAN PR,maka semasa PRU-12 pada Mac lalu,PR telah menggegarkan negara kita dengan kemenagan yang begitu BESAR...

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA